Nak Ajar Anak Cinta Allah Tiada Istilah Cepat Atau Lambat


Nak ajar anak cinta Allah, tiada istilah cepat atau lambat. Sebagai ibu bapa, kita sering tertanya-tanya, “Bilakah masa yang sesuai untuk mengajar anak tentang Allah?”
Nak Ajar Anak Cinta Allah, Tiada Istilah Cepat Atau Lambat Ada yang berpendapat terlalu awal boleh membuatkan anak keliru, manakala ada pula yang beranggapan terlalu lambat akan menyebabkan mereka sukar memahami. Namun, hakikatnya tiada istilah cepat atau lambat dalam mendidik anak mencintai Allah.

Cinta Allah Bermula Sejak Lahir Sebenarnya, proses mengenalkan anak kepada Allah boleh bermula seawal mereka dilahirkan. Bayi mungkin tidak memahami kata-kata kita, tetapi mereka dapat merasakan kasih sayang yang dicurahkan. Setiap kali kita mendukung, menyusukan, atau menidurkan mereka, kita boleh menyelitkan zikir dan doa.
Sebagai contoh, saat kita mendukung anak dan membisikkan “Allah sayang anak ibu/bapa,” ia menjadi satu bentuk pengenalan yang lembut kepada konsep kasih sayang Allah. Lama-kelamaan, anak akan terbiasa dengan nama Allah dan merasai kehadiran-Nya dalam kehidupan seharian.
Perkongsian daripada Siti Aminah Sulaiman cukup membantu ibu mendidik cintakan Allah dengan cara yang lembut tanpa paksaan.
“Kenapa kita perlu solat Ibu? Kita tak nampak Allah pun..kenapa kena solat pada sesuatu yang tak nampak?”
Seorang ibu mengadu pada saya soalan anaknya. Anak yang berusia 8 tahun itu keberatan untuk solat.
Terus terngiang-ngiang ditelinga saya suara Ustaz Syaari masa kelas Ibrah Surah Luqman yang lepas
Jawapannya ada dalam Surah Luqman.
Luqman mendidik anaknya mentauhidkan Allah dahulu, kemudian baru anak itu disuruh bersolat.
Kalau kita lihat nasihat Luqman pada anaknya dari ayat 12 ke 17, langsung tak sentuh pasal solat.
Sebelum bersolat, Luqman perintahkan anaknya untuk:
1) Bersyukur kepada segala nikmat yang Allah berikan.
2) Jangan syirikkan Allah.
3) Buat baik kepada kedua Ibu Bapa
4) Percaya pada perkara yang ghaib iaitu Hari Pembalasan.

Luqman beri analogi perbuatan yang baik atau buruk yang walaupun seberat biji sawi, kemudian ia tersembunyi di celah batu besar. Allah al Khabir mampu untuk keluarkan apa yang tersembunyi itu untuk dihakimi dan dan diberi balasan.
Melalui nasihat Luqman ini, kita boleh bayangkan Islam ini ibarat sebuah pohon.
AKAR bagi pohon ini ialah pendidikan akidah.
Asas akidah yang perlu kita ajar pada anak ketika usia 0-6 tahun ialah:
siapa Allah?
Iaitu Nama dan Sifat Allah dalam Asma ul Husna
Nikmat Allah yang ada pada tubuh kita dan sekeliling yang boleh anak lihat, rasa dan dengar.
Apabila benih akidah dah berjaya disemai dan menjalar menjadi akar yang kuat, maka akan lahirlah pohon berbatang kuat, berdaun rimbun dan berbuah.
Batang yang kuat ini ialah IBADAH (yang wajib seperti solat, puasa dan lain)
Daun yang rimbun ialah Ibadah Sunnah.
Buah ialah AHLAK yang cantik.
Pentingnya untuk kita sebagai ibu bapa untuk faham perkara ASAS dalam pendidikan anak.

Dalam Fasa Pendidikan anak, Allah perintah kita sebagai ibu bapa untuk suruh anak bersolat pada usia mereka 7 tahun, perintah solat akan jadi mudah jika benih akidah SUDAH DITANAM pada usia 0-6 tahun.
Bagaimana jika kita terlepas untuk semai akidah pada usia 0-6 tahun?
Jangan risau ibu ayah..tiada istilah terlambat untuk anak-anak kita. Rahmat Allah tu luas sekali..bila kita dah faham mengenai perkara ASAS dalam pendidikan anak,
Kita bermula semula dari perkara yang paling BASIC, iaitu bagaimana nak tanam benih dan semai akar yang kuat..tak kisah anak tu umur 8 tahun ke, 15 tahun atau 18 tahun sekalipun.
Ajar semula anak mengenal Allah dan kejadianNya. Anak perlu selalu merasakan kewujudan Allah dan adanya Hari Pembalasan.
Tiada istilah terlambat dalam kembali semula pada Allah. Saya yang dah berumur ni pun sedang belajar semula isi kandungan Al Fatihah..sebab nak lebih khusyuk dalam solat.
Tidak ada usia yang terlalu awal atau terlalu lambat untuk mengajar anak mencintai Allah. Ia bukan soal masa, tetapi soal istiqamah dan kreativiti dalam mendidik. Yang paling utama, kita sendiri perlu menjadi contoh terbaik kerana anak-anak belajar lebih banyak daripada apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar.
Semoga Allah memudahkan usaha kita semua dalam membimbing anak-anak mengenali dan mencintai-Nya.
Sumber: Siti Aminah Sulaiman
Baca artikel lain juga: Umur Dua Tahun Masa Sesuai Ajar Anak Solat, Ini Tip Mudah & Berkesan!
 
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Nak Ajar Anak Cinta Allah, Tiada Istilah Cepat Atau Lambat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-ajar-anak-cinta-allah-tiada-istilah-cepat-atau-lambat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bateri Kereta Cepat Kong Ini Punca Cara Nak Elakkan

Bateri Kereta Cepat Kong Ini Punca Cara Nak Elakkan

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 128 hits
Bateri Asyik Kong Jangan Sampai Kena Towing Pernah tak dah siap nak keluar masuk kereta pusing kunci tapi enjin senyap je Atau tengah isi minyak lepas tu kereta tak boleh start Kalau pernah memang sah bateri dah kong Stress kan Lagi lagi ka...
Bulan Puasa Ini Nak Panaskan Lauk Sahur Dengan Cepat Air Fryer Swiss Thomas Ini

Bulan Puasa Ini Nak Panaskan Lauk Sahur Dengan Cepat Air Fryer Swiss Thomas Ini

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 192 hits
Bulan puasa ni nak panaskan lauk cepat masa sahur Air Fryer Swiss Thomas ni memang lifesaver Kapasiti 6 5L boleh panaskan macam lauk pauk rendang ayam masak merah sayur kuih muih sampai sambal goreng sekali gus Cara nak guna pun senang digi...
Bella Astillah Syed Saddiq Cinta Atau Gimik Netizen Tak Senang Duduk

Bella Astillah Syed Saddiq Cinta Atau Gimik Netizen Tak Senang Duduk

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 139 hits
Weh korang perasan tak lately timeline kita penuh dengan cerita Bella Astillah Syed Saddiq Kalau dekat tiktok memang viral hashtag BASS ni Dari satu video TikTok terus jadi bualan satu negara Memang macam K drama live action kan tapi versi ...
Atikah Suhaime Disambut Kereta Mewah Keluar Hospital Wargamaya Kagum Nak Kembali Cepat Kurus

Atikah Suhaime Disambut Kereta Mewah Keluar Hospital Wargamaya Kagum Nak Kembali Cepat Kurus

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 127 hits
Pelakon cantik manis yang kini sudah pun bergelar ibu Atikah Suhaime sudah pun dibenarkan pulang ke rumah selepas melahirkan anak sulungnya Menerusi perkongsian videonya di Tik Tok Atikah dilihat cukup gembira memangku buah hati tersayang L...
Laaa Takat Tu Ja Berjuang Woiii Kalau Takat Ni Ja Nak Lawan Anwar Baik Balik Dok Jaga Anak Beranak Hang La

Laaa Takat Tu Ja Berjuang Woiii Kalau Takat Ni Ja Nak Lawan Anwar Baik Balik Dok Jaga Anak Beranak Hang La

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 162 hits
Gambar ni dikongsi oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Pulau Pinang Ibrahim Ani Sekarang dia dah deactivate akaun FB Tu yang aku cakap depa ni banyak sembang ja Konon nak bangkitlah berjuanglah Takkan bila kena report SKMM dah lari Adoi kata f...
Anak Lambat Pickup Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Anak Lambat Pickup Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 81 hits
Setiap anak berbeza ada yang cepat pickup ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu Sebagai ibu bapa penting untuk kita mengenali corak pemprosesan maklumat anak supaya kita dapat menyesuaikan kaedah pembelajaran yang terbaik untu...
Polis Suruh Bawa Turun Dia Taknak Video Cik Epal Bergelut Nak Jumpa Anak Anak Namun Dihalang Jofliam Jadi Tumpuan

Polis Suruh Bawa Turun Dia Taknak Video Cik Epal Bergelut Nak Jumpa Anak Anak Namun Dihalang Jofliam Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 192 hits
Tular hari ini mengenai sebuah video yang dimuat naik pensohor dan usahawan Cik Epal yang bergelut untuk berjumpa anak anaknya Han dan Yuki kerana dihalang bekas suami penjual pizza Jofliam Dalam video tersebut kelihatan Cik Epal ditemani s...
Ayda Jebat Rindu Nak Dukung Anak Masuk Hospital Jalani Rawatan Slipped Disc

Ayda Jebat Rindu Nak Dukung Anak Masuk Hospital Jalani Rawatan Slipped Disc

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 110 hits
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan selepas disahkan mengalami masalah mild slipped disc Menurut perkongsian Ayda menerusi Instagramnya dia sebelum ini mengalami kesakitan di bahagian belakang sebelum ...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Ketupat Goreng Untuk Sarapan Pagi

Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara