Najib Tiada Siapa Mahu Masuk Penjara


Najib Razak tidak mahu dipenjara dan bersedia dibicarakan di mahkamah bagi membersihkan namanya. – Foto 101 East Al Jazeera
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyesal dengan apa yang dilakukannya sepanjang pemerintahannya walaupun berdepan pertuduhan jenayah di mahkamah.
Najib kini berdepan 38 pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah manakala isterinya Rosmah Mansor dengan 17 tuduhan.
Dalam satu wawancara bersama Financial Times, Najib menuduh musuh politiknya dalam UMNO berkonspirasi menjatuhkannya selain mengkritik pengundi kerana tidak menghargai jasanya dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia dan membidas kerajaan PH kerana tidak menunaikan janji PRU14.
Najib berkata, apa yang paling beliau kesalkan adalah kegagalannya untuk memahami perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia hingga berlaku keputusan pilihan raya umum yang mengejutkan dirinya.
Mengenai skandal yang dihadapinya, Najib menegaskan wang RM2.6 bilion, didakwa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) diseleweng dari dana 1MDB, adalah sumbangan kerajaan Arab Saudi yang mahu membantu negara Islam berdepan ancaman pelampau.
“Saya menerima kira-kira AS$681 juta (RM2.8 bilion) tetapi empat bulan selepas pilihan raya, sebelum isu 1MDB menjadi mendapat perhatian awam. Saya memulangkan semula AS$620 juta (RM2.58 bilion) kepada sumber. Kami ada sumber dan pindahan kawat untuk membuktikannya.
“Apa yang berlaku di luar iaitu berkaitan dengan wang lain akan diketahui melalui siasatan lanjut. Saya menegaskan bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan.. Saya tiada niat untuk membelanjakan wang itu dengan cara mewah,” jelasnya.
DoJ sebelum ini mendakwa sebahagian wang RN2.58 bilion itu digunakan untuk membeli rantai berlian merah jambu bernilai RM117.1 juta untuk Rosmah.
Bagaimanapun, Najib memberitahu, barangan kemas itu adalah hadiah hari ulang tahun kelahiran Rosmah daripada Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan, adik pemerintah Abu Dhabi.
Apabila ditanya mengenai 1MDB, wang tunai dan barangan kemas yang dirampas di rumahnya dan lokasi lain, Najib memberitahu, hampir AS$700 juta (RM2.9 bilion) yang didepositkan dalam akaun peribadinya adalah bukan untuk kegunaan peribadinya.
Polis merampas beg tangan mewah, barang kemas dan jam bernilai RM1.1 bilion serta wang tunai dari pelbagai mata wang berjumlah RM124.9 juta di kediaman yang dikaitkan dengan Najib.
Najib memberi alasan beliau hanya mengikuti amalan bekas presiden UMNO sebelum ini termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyimpan dana parti di rumah disebabkan tiada peraturan mengenainya.
Najib turut menyatakan rasa tidak sabar menghadapi perbicaraan yang dijadual berlangsung pada awal tahun depan.
“Saya mengalu-alukan perbicaraan ini kerana ia memberi peluang untuk membersihkan nama saya. Sudah tentu, tiada siapa yang mahu masuk penjara,” tegasnya.
Untuk rekod, peguam Tan Sri Shafee Abdullah yang mewakli Najib juga didakwa atas tuduhan menerima wang RM9 juta dari bekas perdana menteri tersebut sebagai upah merayu hukuman kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wang RM9 juta tersebut dipercayai bersumber dari dana SRC International sebuah anak syarikat 1MDB.
Kejayaan Shafee dalam rayuan tersebut menyebabkan Anwar dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.
Anwar dibebaskan dengan pengampunan penuh Yang Di-Pertuan Agong sejurus selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14. – Majalah Karma Malaysia 
MESTI BACA: Altantuya: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?
KLIK TONTON: Video Najib kena ‘grill’ Mary Ann Jolley wartawan Al-Jazeera
DIKEMASKINI: Akhirnya Najib mengaku cuma agak derma RM2.6 bilion
KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.
KLIK BACA: Arab Saudi nafi kerajaan mereka bagi derma 2.6 bilion kepada Najib
KLIK BACA: Orang UMNO betul tak betul penyangak pencuri mereka sokong, kata Dr Mahathir
KLIK BACA: Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!
The post Najib: Tiada siapa mahu masuk penjara appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/189765/najib-tiada-siapa-mahu-masuk-penjara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shafee Berkata Caj Cbt Terkini Terhadap Najib Tidak Masuk Akal

Shafee Berkata Caj Cbt Terkini Terhadap Najib Tidak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 307 hits
Kami akan bergembira dan pihak pendakwaraya akan mengalami mimpi buruk kata Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang yakin dengan tuduhan terbaru yang ditujukan kepada pelanggannya Datuk Seri Najib Tun Razak Datuk Seri Najib dan bekas Ketua...
Kit Siang Nasihat Maszlee Jangan Masuk Perangkap Najib

Kit Siang Nasihat Maszlee Jangan Masuk Perangkap Najib

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 515 hits
Pemimpin DAP nasihat menteri pendidikan agar tidak bercakap mengenai isu pemakaian stokin dan kasut sekolah
Najib Razak Troll Menteri Badut Si Dr Maszlee

Najib Razak Troll Menteri Badut Si Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 744 hits
Menteri Pendidikan kita berpandangan jauh Saya tidak faham mengapa ada yang mengkritik dia Warna kasut dan stokin sebenarnya penting dalam perkembangan dan pembentukan pelajar yang sempurna Sayang sekali Menteri menteri BN dulu tidak buat k...
Sarcasm Najib Kepada Maszle

Sarcasm Najib Kepada Maszle

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 163 hits
Menteri Pendidikan kita berpandangan jauh Saya tidak faham mengapa ada yang mengkritik dia Warna kasut dan stokin sebenarnya penting dalam perkembangan dan pembentukan pelajar yang sempurna Sayang sekali Menteri menteri BN dulu tidak buat k...
Operasi Kesan Pesawat Lion Air Jt610 Kini Masuk Hari Kelima

Operasi Kesan Pesawat Lion Air Jt610 Kini Masuk Hari Kelima

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 346 hits
JAKARTA Operasi pencarian bangkai dan sebahagian lagi kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas memasuki hari kelima hari ini dengan Presiden Indonesia Joko Widodo turut meninjau pusat utama operasi itu di Tanjung Priok dekat ...
Najib Kalau Tidak Akan Turunkan Harga Barang Mengapa Bermati Matian Mahu Mansuhkan Gst

Najib Kalau Tidak Akan Turunkan Harga Barang Mengapa Bermati Matian Mahu Mansuhkan Gst

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 356 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempersoalkan mengapa jika cukai jualan dan perkhidmatan tidak mampu menurunkan harga barangan dan perkhidmatan mengapa kerajaan Pakatan Harapan bermati matian memansuhkan cukai barang d...
Kit Siang Wants To Nail Najib For The Altantuya Murder

Kit Siang Wants To Nail Najib For The Altantuya Murder

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 517 hits
According to one previous Director of the Special Branch the police had already investigated Najib and Rosmah a decade ago and there is no evidence to link them to the murder or to prove they were involved in or were behind the murder In fa...
Lion Air Telusuri Korban Yang Tak Masuk Data Manifes

Lion Air Telusuri Korban Yang Tak Masuk Data Manifes

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 321 hits
Pihak Lion Air memastikan meski tidak tercatat dalam manifes korban akan tetap mendapatkan asuransi
Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Menukar Domain Blog Dari Com Kepada Blogspot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Melawat Kebun

Undang Undang Rimba Tarik Kereta Sinar Harian 05 07 2025

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini