Najib S Testimony At Src Trail



Dato Najib began his defense reading a 243 page written testimony with 317 questions from December 3rd till Monday last week, December 9th.

Attorney General, Tan Sri Tommy Thomas began cross examining Najib on Tuesday December 10th till Wednesday December 11th last week where he subsequently seek postphonement to enable him to study the testimony. Actually, he was unable to understand Najib's testimony in Malay. That resulted in him fumbling aimlessly with his questions and it looked inconsistent and comedic.

He will resume cross examination on Wednesday December 18th. In the meanwhile, this blogger manage to get a transcript of the written testimony and sharing it in three parts.

While Tommy concoct his questions from the same materials, readers can analyse the answers already given and not rely on abridged versions from media propaganda and pro-government social media spinning.

Sorry to any Tommy clones out there. It is in Bahasa Melayu. Part 1 below:


KANUN TATACARA JENAYAH
(SEKSYEN 420B)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PERBICARAAN JENAYAH NO:
WA-45-2-07/2018
WA-45-3-07/2018
WA-45-5-08/2018

PENDAKWA RAYA
LAWAN
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN HJ ABD RAZAK
(NO. K/P: 530723-06-5165)

PERNYATAAN BERTULIS
NAMA: DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABD RAZAK
JAWATAN: BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA & AHLI
PARLIMEN PEKAN
NO.K/P: 530723-06-5165

PENGENALAN


1. Saya telah dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Pendidikan tertinggi saya adalah dari University of Nottingham, First Degree dalam bidang Industrial Economic pada tahun 1974.

2. Bermula tahun 1978, saya telah dilantik menjadi Timbalan Menteri di Tenaga, Telekom dan Pos. Selepas itu, saya dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan Malaysia dan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia sehingga saya dipilih dan dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada tahun 1982. Kemudian, pada tahun 1986, saya dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan sehinggalah pada tahun 2009. Dalam tahun 1987, saya turun memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO. Pada tahun 1993, saya juga telah dilantik menjadi Naib Presiden UMNO.

3. Kemudian, saya telah dilantik menjadi Menteri Pertahanan Malaysia sehingga tahun 1994. Bermula tahun 1994, saya telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran Malaysia sehingga tahun 1999. Pada thaun 1999, saya sekali lagi dilantik menjadi Menteri Pertahanan Malaysia sehinggalah saya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2003. Setersunya saya telah dilantik menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 sehingga tarikh akhir iaitu 9 Mei 2018. Dalam tahun yang sama iaitu 2009, saya telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai Presiden UMNO sehinggalah saya meletakkan jawatan tersebut dua (2) hari selepas Pilihanraya Umum (PRU-14). Pada masa yang sama, saya juga memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan Malaysia bermula tahun 2008 sehingga tarikh akhir pilihanraya pada tahun 2018 iaitu 9 Mei 2018.

4. Antara skop kerja utama saya sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah antara lain:-

a. Menjadi Ketua Pentadbiran Kerajaan;
b. Menentukan dasar-dasar negara; dan
c. Memebangunkan negara dan memastikan ksejahteraan rakyat.
5. Antara skop kerja utama saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia adalah antara lain:
a. Menguruskan kewangan negara termasuk antaranya menentukan hasil negara dan menyediakan bajet negara;
b. Membangunkan ekonomi negara Malaysia; dan
c. Menentukan pinjaman dan menentukan dasar fiscal monetary negara.

PERNYATAAN

I. 1MDB-TIA


Q1. Dato’ Sri, tolong nyatakan secara ringkas bagaimana 1MDB telah ditubuhkan (“set-up”).

J: Seawal tahun 2009, Kerajaan Negeri Terengganu dan Menteri Besar Terengganu Incorporated (MBTI) bersama-sama dengan DYMM pada ketika itu, SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan telah memutuskan/membuat keputusan untuk menubuhkan satu dana kekayaan berdaulat (“sovereign wealth fund”) dengan modal sebanyak RM11 billion yang telah dinamakan sebagai Terengganu Investment Agency Bhd (TIA). Dana-dana tersebut sepatutnya diperolehi daripada hutang royalti minyak (kepada Terengganu) sebanyak RM6 billion dan baki selebihnya akan dikumpul/didapatkan melalui terbitan Islamic Medium Term Notes (1MTN) sebanyak RM5Billion seperti yang telah dicadangkan yang akan dijamin oleh Kerajaan Persekutuan . Pada ketika itu, saya telah dijemput di dalam kapasiti saya sebagai Menteri Kewangan untuk memudahkan pengeluaran IMTN.

Kesudahannya, Kerajaan Negeri dan MBTI tidak dapat bersetuju dengan terma-terma IMTN walaupun ianya telah dikeluarkan. Sebagai akibatnya, pada 8.8.2009, Kabinet telah meluluskan supaya Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih TIA. Ia adalah keputusan yang telah dibuat secara tidak rela “reluctantly made” bagi melindungi Kerajaan Negeri dan YDPA daripada rasa malu “embarrassment” dan juga untuk mengelakkan daripada impak buruk kepada pasaran bon Malaysia secara global. Ia adalah jelas di dalam 3 pilihan yang telah dipertimbangkan oleh Kabinet seperti yang telah ditunjukkan di dalam Minit Kabinet bertarikh 26.6.2009 yang mana kabinet telah menerima kedudukan Menteri Kewangan untuk bersetuju dengan pilihan No. 2. Iaitu, bahawa TIA akan masih berada di bawah Kerajaan Negeri tetapi dengan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan.

Pada 29.7.2009, Kabinet juga telah mengambil kira kandungan-kandungan Memo bertarikh 28.7.2009 yang telah melampirkan satu Nota daripada saya sebagai Menteri Kewangan yang bertarikh 28.7.2009 yang menggariskan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih TIA dan telah menamakan Malaysia Investment Bhd. ‘MIB’ yang kemudiannya dinamakan sebagai ‘1MDB’.

Sesalinan Memo daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) (Chief Secretary of Treasury) yang bertarikh 28.7.2009 melampirkan Nota daripada Menteri Kewangan tersebut yang bertarikh 28.7.2009 ialah di Tab 1 Ikatan Dokumen Pembelaan Jilid 2 (DBD2).

Sesalinan Minit Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29.7.2009 ialah di Tab 2DBD2

Q2. Adakah Low Taek Jho (Jho Low) alias JL mempunyai apa-apa peranan di dalam TIA sebelum diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan?

J: JL ,pada ketika itu, merupakan kenalan rapat of D.Y.M.M Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu yang mana ketika itu merupakan S.P.B Yang DiPertuan Agong dan adik perempuan Seri Paduka Baginda, Y.A.M Tengku Dato’ Rahimah Almarhum Sultan Mahmud. Konsep TIA, seperti apa yang saya fahami, muncul disebabkan perbincangan-perbincangan antara JL dan D.Y.M.M Tuanku dan Kerajaan Negeri Terengganu. Saya telah difahamkan bahawa JL telah dipilih sebagai Penasihat kepada Pengerusi Lembaga  Penasihat-penasihat TIA yang merupakan D.Y.M.M Tuanku sendiri.

Q3. Siapakah Pengarah-pengarah TIA sebelum ia diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan?

J: Saya percaya bahawa Pengarah-pengarah tersebut adalah Tan Sri Ismee Ismail (pada masa itu juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji), Dato’ Mohd Bakke Salleh (pada masa itu juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Holdings Bhd) , Tan Sri Datuk Azlan Zainol (pada masa itu juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif KWAP) dan Shahrol Azral yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif TIA.

Q4. Bagaimana Pengarah-pengarah 1MDB yang lain dilantik?

J: Seperti yang dinyatakan di dalam Nota bertarikh 28.7.2009 yang telah dilaporkan di dalam Kabinet pada 29.7.2009, Pengarah-pengarah 1MDB adalah Pengarah-pengarah yang sama di bawah TIA. Kesemua Pengarah tersebut adalah amat berpengalaman dan individu yang berkelayakan yang juga berkhidmat di dalam GLCs yang lain. Saya tidak nampak apa-apa sebab untuk menukar komposisi Lembaga yang mana Lembaga sedia ada telah terlibat di dalam operasi-operasi syarikat.

Q5. Bagaimana pula dengan penubuhan Lembaga Pengarah 1MDB, mengapa perkara ini telah diputuskan sedemikian?

J: Saya percaya bahawa penubuhan TIA sebelum pengambil alihan itu telahpun menetapkan supaya satu Lembaga Penasihat dapat diwujudkan. Saya fikir ini adalah suatu cara yang sangat baik dalam menghimpunkan pemimpin-pemimpin industri untuk memberikan nasihat kepada 1MDB bagi pelaburan-pelaburan dan perniagaan-perniagaan dan oleh yang demikian, konsep tersebut telah pun dikekalkan. Nota bertarikh 28.7.2009 itu telah diserahkan kepada Kabinet pada 29.7.2009 yang mengandungi senarai individu-individu yang telah dikenalpasti akan menduduki Lembaga Penasihat dan saya telah dipilih dan dilantik sebagai Pengerusi.

Q6. Adakah Lembaga Penasihat kemudiannya telah mengadakan mesyuarat?

J: Tidak, saya percaya tiada.

Q7. Mengapa?

J: Tiada Lembaga Pengarah ataupun Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengurusan Kanan telah memulakan apa-apa mesyuarat bagi tujuan untuk mendapatkan nasihat wajar yang diperlukan daripada Lembaga Penasihat yang menduduki sebagai Lembaga tersebut.

Q8. Memorandum & Artikel Persatuan 1MDB (M&A) yang telah dirangka dengan beberapa klausa-klausa yang memberikan kuasa-kuasa spesifik kepada PM seperti Artikel 68 dan Artikel 117. Bagaimana proviso-proviso ini terwujud?

J: Setelah keputusan dibuat supaya TIA diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan supaya saham-saham yang dipegang oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (“Minister of Finance Incorporated”) (“MKD”) yang mana Lembaga telah memaklumkan kepada saya mengenai keperluan untuk meminda M&A yang sedia ada untuk mengambilkira kepentingan MKD dan untuk membawa perkara yang sama selaras dengan konsep Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih MIB. Di dalam Nota bertarikh 28.7.2009, ia telah dinyatakan supaya MIB akan melaporkan kepada Perdana Menteri (PM) dan bahawa Lembaga Pengarah akan dilantik oleh Pengerusi BOA itu.

Kesemua perkara ini telah dicadangkan oleh Lembaga Pengarah dan Pengurusan tersebut. Saya tidak nampak apa apa yang luar biasa mengenai perkara ini memandangkan sebagai seorang Perdana Menteri, saya diberikan kuasa mutlak mengenai perlantikan Pengarah-pengarah di syarikat GLC yang lain seperti Khazanah, Petronas, PNB, TNB dan Telekoms, dan sebagainya.

Nota tersebut juga memperuntukkan supaya M&A akan dipinda sewajarnya. Bagaimanapun, M&A 1MDB tersebut tidak pernah ditunjukkan kepada saya dan tidak memaksa pada bila-bila masa pun supaya proviso-proviso tersebut untuk dimasukkan.

Sesalinan M&A 1MDB adalah dikemukakan di Tab 3 DBD2

Q9. Merujuk kepada Artikel 68, pada pandangan pertama, ia menunjukkan seolaholah mana-mana pekerja Kerajaan tidak layak daripada dilantik sebagai seorang pengarah syarikat tersebut. Mengapa perkara ini diputuskan sebegini?

J: Seperti yang telah saya nyatakan, pada ketika itu, saya tidak pernah melihat klausa sebenar tersebut. Ia telah dinyatakan kepada saya bahawa perlantikan pengarah-pengarah tersebut akan diIuluskan oleh Pengerusi BOA itu sendiri.

Ini adalah seperti yang telah dirangkakan di dalam Nota bertarikh 28.7.2009.

Saya tidak pasti mengapa klausa tersebut telah digubal sebegitu. Akan tetapi, Peguamcara saya telah menasihati saya bahawa klausa tersebut tidak menghalang perlantikan mana-mana wakil MKD kepada Lembaga tersebut.

Q10. Bagaimana pula dengan Pengurusan 1MDB, adakah Dato’ Sri terlibat dengan mana-mana pihak/individu yang akan dilantik?

J: Tidak. Saya secara dasarnya berurusan dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi 1MDB dan tiada sebarang urusan dengan pihak pengurusan. Saya percaya bahawa individu-individu tersebut akan dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau Lembaga itu sendiri.

Q11. Adakah JL masih terus mempunyai apa-apa peranan dalam 1MDB setelah TIA diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan?

J: Seperti yang saya nyatakan, JL adalah Penasihat Tuanku Tuanku Mizan di bawah TIA. Beliau mempamerkan diri beliau sebagai seorang yang amat berpengaruh di negara Timur Tengah yang mana saya percaya bahawa beliau pasti mampu dalam mempermudahkan urusan pelaburan dan perkongsian
antara mereka. Negara-negara ini telahpun mempunyai lebihan wang tunai yang berlebihan disebabkan kenaikan harga minyak. Oleh yang demikian, saya berfikiran bahawa pengaruh dan jalinan oleh JL sememangnya akan mempermudahkan matlamat-matlamat dan pelaburan-pelaburan 1MDB seperti yang diinginkan.

II. KELULUSAN OLEH EPU & CADANGAN UNTUK SRC

Q12. Bolehkah Dato’ Sri terangkan secara terperinci kepentingan dan signifikan berkenaan keperluan kawalan tenaga sebagai kunci utama nasional dalam pembangunan semasa tempoh Dato’ Sri sebagai seorang Perdana Menteri?

J: Dari seawal pertengahan tahun1980, Kerajaan Malaysia telah mengenalpasti keperluan bagi jaminan dan pengurusan pelbagai sumber bagi memastikan Malaysia mempunyai sumber tenaga yang berterusan dan tidak terganggu.

Seawal tahun 1990 Malaysia sudah terlalu bergantung kepada minyak dan gas sebagai sumber tenaga. Beberapa Rancangan Malaysia telah menekankan keperluan dalam membangunkan inisiatif-inisiatif lanjut supaya dapat membolehkan Malaysia dalam mengekalkan sumber tenaga yang mantap dan seterusnya menghapuskan kebergantungan Malaysia yang melampau kepada minyak, gas dan arang batu.

Salah satu misi utama Bahagian Tenaga di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (PMO) yang memfokuskan kepada inisiatif yang telah dirangka untuk memastikan “energy security” dan kos yang “viable”.

Pada ketika saya dipilih dan dilantik sebagai Perdana Menteri, negara ini hanya mempunyai dua sumber tenaga yang utama iaitu minyak, gas dan arang batu. Minyak dan gas telah diiktiraf secara globalnya sebagai sumber tenaga yang berkurangan dengan cepat sekali. Inisiatif negara untuk arang batu, walaupun saya percaya ia telah dirangka dengan niat yang terbaik, yang mana ia telah menyebabkan suatu monopoli bekalan tenaga oleh TNB dan telah mengakibatkan ketidak-saingan dalam pasaran. Kontrak Projek Penjana Tenaga Bebas (IPP) yang terdahulu sepatutnya telah memecahkan monopoli ini tetapi, apa yang telah berlaku adalah percambahan kontrak yang telah diberikan secara rundingan terus, yang mana pada dasarnya bermakna Kerajaan Malaysia telah dikontrakkan untuk membayar perkhidmatan-perkhidmatan tersebut tanpa mengambilkira kualiti dan kuantiti kepada perkhidmatan yang telah disediakan (‘Sweetheart deals’). Secara muktamadnya, ia mewujudkan suatu pembantutan dalam pembangunan ekonomi. Apabila harga tenaga itu tidak lagi kompetetif, ia mengakibatkan kepayahan kepada pengguna semasa ie rakyat yang paling terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. Harga tenaga yang tidak kompetetif juga suatu halangan kepada pelaburan-pelaburan baru di Malaysia dan bagi pelaburan sedia ada untuk berkembang dengan efisien. Selanjutnya, selama bertahuntahun Petronas telah membekalkan bekalan gas kepada IPP pada tahap yang bersubsidi yang telah membawa kepada berbilion ringgit kerugian tersembunyi kepada Petronas dan ini mengakibatkan potensi dividen yang berkurangan kepada kerajaan.

Setelah mengalami dilema seperti yang telah saya nyatakan, saya telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Bahagian Tenaga di EPU untuk mengenalpasti penyelesaian yang stabil dan mantap dengan matlamat untuk memperbaiki dan menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia dan khususnya pada golongan B40 dan juga untuk menggalakkan pasaran yang lebih baik bagi pelaburan baru yang sedia ada.

Seterusnya, dalam Rancangan Malaysia ke-10 yang telah dilancarkan pada 3.6.2010 semasa pentadbiran saya, salah satu daripada asas utama pembangunan yang telah dikenalpasti adalah perlunya bekalan tenaga yang boleh stabil, berkualiti tinggi dan kos efektif .

Dasar Tenaga Baru “The New Energy Policy” (2011-2015) yang juga telah digunapakai pada masa itu, menekankan keperluan kawalan tenaga dan keberkesanan ekonomi serta pertimbangan berkenaan alam sekitar dan pertimbangan sosial. Dua (2) prinsip utama bagi dasar tersebut adalah

(i) suatu inisiatif dalam memastikan dan menguruskan bekalan tenaga yang stabil dan
(ii) mendasarkan harga tenaga pada harga pasaran secara berperingkat

Q13. Bilakah idea di sebalik pembentukan/penubuhan SRC International Sdn Bhd (SRC) dibawa kepada perhatian Dato’ Sri?

J: Sekitar bulan Ogos 2010, saya telah menerima sepucuk surat daripada 1MDB yang telah mencadangkan pembentukan/penubuhan syarikat yang mempunyai sumber yang strategik dalam memenuhi matlamat kebangsaan bagi memastikan bekalan tenaga yang mampan dan berterusan. Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB pada ketika itu iaitu (Shahrol Azral) berkenaan perkara ini. Saya percaya bahawa Shahrol telah menyediakan sesalinan draf surat ini pada masa itu. 1MDB di dalam surat tersebut telah merangkakan rasional cadangan pembentukan tersebut sebagai suatu panduan untuk melaksanakan pelaburan-pelaburan dalam sumber tenaga yang strategik.

Q14. Bolehkah saya rujuk Dato’ Sri kepada P356. Adakah ini surat daripada 1MDB yang Dato’ Sri katakan itu?

J: Ya.

Q15. Apakah pandangan Dato’ Sri mengenai cadangan daripada 1MDB tersebut?

J: Saya berpendapat bahawa idea disebalik SRC International adalah tepat pada masanya, memandangkan RMK-10 telah dimuktamadkan dan dilancarkan pada 10/6/10. Dalam mencapai matlamat RMK-10, kerajaan pada masa itu telah mengambilkira faktor pertambahan keperluan bagi sumber tenaga semulajadi seperti arang batu dan minyak serta gas bagi menjayakan pembangunan inisiatif tersebut. Pada ketika itu, kerajaan juga telah memutuskan untuk melihat potensi kemungkinan digunakan tenga nuclear dan keperluan infrastruktur berasas kehendak Dasar Tenaga Negara. Atas dasar itu, matlamat penubuhan SRC International adalah selaras dengan dasar pembangunan nasional.

Selaras dengan amalan biasa kerajaan, saya telah mengarahkan EPU melalui Menteri yang bertanggungjawab atas EPU iaitu Tan Sri Nor Mohd. Yakcop (“TSNMY”) untuk mengkaji cadangan tersebut. Hal ini kerana skop penubuhan SRC iadalah suatu inisiatif yang julung kali dijalankan.

Q16. Mahkamah ini telah mendengar keterangan bahawa EPU telah mengedarkan satu Memo bertarikh 13.10.2010 (P357) yang mana cadangan telah dirangkakan berdasarkan penilaian keboleh laksannaan atas cadangan yang dinyatakan di dalam surat oleh 1MDB. Adakah Dato’ Sri terlibat dalam proses berkenaan dengan Memo ini?

J: Tidak, saya tidak terlibat dalam proses tersebut. Penilaian kebolehlaksanaan telah dibuat oleh mereka yang berkemampuan di Bahagian Tenaga di bawah bimbingan Dr Kamariah Noruddin yang telah berkhidmat di dalam EPU sejak tahun 1980an. Perkara itu telah diteliti oleh arwah Datuk Noriyah Bt Ahmad yang merupakan Ketua Pengarah EPU dan juga Dato Md Nor Nawi yang merupakan TKSP Bahagian Tenaga di Perbendaharaan Malaysia pada ketika itu. Saya percaya bahawa cadangan-cadangan tersebut adalah suatu usahasama anatara EPU dan Kementerian Kewangan. Saya telah membuat catitan kepada memo yang telah disediakan oleh TSNMY berkenaan kelulusan cadangan yang dikemukakan di dalam Memo tersebut setelah TSNMY juga membuat catitan yang sama.

Q17. Adakah pengesahan EPU di dalam Memo tersebut memerlukan sebarang rundingan dengan mana-mana Kementerian?

J: Tidak, tiada pengesahan diperlukan. EPU telah ditubuhkan bagi melihat dan meneliti cadangan inisiatif pembangunan berkenaan dengan Dasar pembangunan kebangsaan sedia ada. EPU juga merupakan unit yang terbaik dalam menentukan sama ada cadangan SRC adalah selaras dengan rancangan itu kerana jabatan tersebut sememangnya bertanggungjawab dalam merangka Rancangan Malaysia ke-10.

Q18. Di dalam Memo tersebut, permohonan 1MDB untuk mendapatkan Geran Kerajaan sebanyak RM3billion tidak disokong oleh EPU sebaliknya EPU telah mengesyorkan supaya geran pelancaran sebanya 20juta diluluskan. Adakah perkara ini mengecewakan Dato’ Sri?

J: Tidak sama sekali. Kerana saya sedar bahawa geran ini tidak di masukkan di dalam belanjawan. Belanjawan negara memnag ada had bumbung atau ceiling yang disediakan mengikut kemampuan kewangan kerajaan. Rancangan Malaysia ke-10 tidak pernah meyediakan jumlah geran sebanyak itu sebagai peruntukan bagi pembangunan sumber tenaga. Sebaliknya, EPU telah bersetuju untuk menyediakan geran pelancaran (launching grant) sebanyak RM20juta. Justeru saya telah menjangkakan geran permohonan daripada SRC sebnyak 3 billion akan ditolak berdasarkan justifikasi yang telah dinyatakan dalam memo tersebut namun, SRC dicadangkan mendapatkan modal yang diperlukan melalui pinjaman komersial atau inisiatif usaha korporat atau pengeluaran bon supaya persaingan sihat diantara syarikat berkaitan kerajaan dapat diwujudkan. Saya juga berpendapat. Bahawa geran yang diperlukan ini tidak seharusnya diambil melalui belanjawan kerajaan sebab ini akan mengakibatkan pengurangan dana untuk projek2 pembangunan yang lain.

Q19. Adakah hal berkenaan geran tersebut dirujuk Kementerian Kewangan?

J: Tidak. Ini tidak diperlukan kerana penetuan had bumbung peruntukan untuk pelbagai sector adalah dibawah bidangkuasa EPU secara macro dan mengikut keperluan sektor.

Q20. Boleh saya rujuk Dato’ Sri kepada P359. EPU di dalam suratnya kepada 1MDB bertarikh 10.11.2010 secara jelas telah merujuk kepada geran pelancaran sebanyak RM20 juta di bawah RMK-10. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Dato’ Sri?

J: Ya.

Q21. Bolehkah Dato’ Sri rujuk D575. Bolehkah Dato’ Sri terangkan isi kandungan Minit daripada Setiausaha dalam Bahagian MKD kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan?

J: Minit ini telah dikeluarkan berdasarkan kelulusan bagi geran sebanyak RM20 juta kepada 1MDB. Minit tersebut telah menyatakan secara jelas bahawa geran itu merangkumi had yang telah ditetapkan di bawah ‘Maksud Bekalan10’ yang mana sebahagian daripada keperluan tersebut yang telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-10.

Q22. Sebagai seorang Perdana Menteri, bolehkah Dato’ Sri pada masa tersebut mengarahkan supaya geran pelancaran sebanyak RM3 billion diberikan seperti yang telah dipohon?

J: memang saya boleh lakukan perkara ini dengan syarta mendapatkan kelulusan khas darpipada cabinet. Walaubagaimanapun, mengikut amalan kepimpinan saya, saya suka mendapatkan pandangan-pandangan daripada semua kementerian dan agensi yang terlibat khususnya dalam hal ini EPU, KWAP dan Kementerian Kewangan. Pendapat daripada mereka membantu saya untuk membuat keputusan. Mereka sependapat bahawa modal yang diperlukan oleh SRC tidak wajar diambil dari siling dana pembangunan yang sedia ada kerana ini akan menjejaskan keperluan pembanganan untuk sektorsektor lain yang amat diperlukan.

Q23. Apabila EPU menggunakan frasa ‘mendapatkan pinjaman bank komersil’ diperenggan 5 di muka surat 4 dalam Memo tersebut, adakah ini tidak termasuk dengan pilihan pinjaman-pinjaman yang telah diberikan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang lain?

J: Saya tidak fikir begitu. Saya faham terma yang kemudiannya menjadi peruntukkan satu pilihan bagi pinjaman komersial diberikan berbanding dengan suatu geran. Selanjutnya, jika daya maju komersial projek yang dicadangkan telah disyorkan sebagai sesuatu yang dapat dilaksanakan, dan berpotensi menjadi sesuatu yang menguntungkan, seperti yang berlaku di sini, maka ia akan menjadi suatu kepentingan ekonomi yang paling baik bagi Kerajaan untuk mengatur pinjaman daripada GLC. Dengan cara ini, Kerajaan mendapat keuntungan daripada hasil aktiviti permodalan dan pulangan daripada aturan pinjaman. Geran pelancaran sebanyak RM20 juta itu adalah sebagai modal permulaan yang diperlukan bagi 1MDB untuk melaksanakan tindakan yang diperlukan untuk layak memohon satu pinjaman komersial.

Tiada gambaran bahawa tiada badan yang bakal memberi pinjaman kerana perkara ini telah diserahkan kepada SRC supaya keputusan dapat dibuat.

Q24. Mengapa Dato’ Sri mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh SRC seperti yang telah diluluskan oleh EPU di dalam Memo tersebut akan membawa pulangan yang lumayan?

J: EPU telah antara lain mencadangkan supaya, SRC dibenarkan untuk terlibat dalam pengimportan arang batu bagi memenuhi keperluan Malaysia. Sehingga ke tahap itu, pengimportan arang batu dimonopoli oleh TNB sahaja. Satu-satunya syarat adalah supaya SRC memastikan bekalan arang batu yang diimport ditawarkan pada harga yang kompetitif. Dalam erti kata lain, peluang-peluang telah diberikan kepada SRC untuk menceburi ke dalam industri yang mana hanya terdapat satu syarikat yang menyertai sebelum ini. Saya percaya nilai komersial bagi setiap urusan seperti yang diluluskan ini adalah jelas.

Q25. Sila rujuk P357. Adakah Dato’ Sri telah berbincang dengan TSNMY mengenai Memo daripada EPU itu?

J: Saya tidak ingat. Saya rasa mungkin pernah, tetapi besar kemungkinan saya hanya merujuk kepada isi kandungan memo yang jelas serta kelulusan daripada Tan Sri Nor Mohammaad Yackop. Oleh itu, saya merekodkan keputusan saya sebagai menyokongnya berdasarkan catitan 'dipersetujui seperti perenggan 4’

Q26. Apabila EPU muncul dengan memo yang telah meluluskan cadangan SRC, apakah yang Dato’ Sri rasakan mengenai masa depan SRC? Adakah Dato’ Sri mempunyai apa-apa pandangan ke mana hala tuju SRC di masa hadapan?

J: Saya berpendapat SRC dapat memainkan peranan penting dalam merealisasikan Dasar Tenaga Nasional (“National Energy Policy”). Kebimbangan saya adalah terhadap kebergantungan kepada minyak dan gas yang melampau, memandangkan terdapatnya kekurangan sumber. Implikasi ini mungkin tidak dirasai pada ketika ini akan tetapi yakinlah bahawa ia pasti akan memberikan kesan yang lebih cepat daripada apa yang kita sangka sekiranya kita tidak mempunyai apa-apa rancangan alternatif (backup plan) seperti penglibatan di dalam inisiatif tenaga nuclear. Tambahan pula, ia akan mengambil masa beberapa tahun untuk mengolah semula (rework) infrastruktur negara kita untuk menampung teknologi tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, tenaga angin dan tenaga hidro. Oleh itu, ia mewujudkan stok sumber tenaga pada pertengahan waktu yang akan mengekang kita sehingga masa yang akan datang apabila tenaga yang boleh diperbaharui menjadi suatu perkara yang biasa (becomes the norm).

Q27. Selepas EPU mengemukakan cadangan-cadangannnya, adakah terdapat mesyuarat susulan mengenai perkara itu tersebut?

J: Ya. Mesyuarat susulan telah dijalankan oleh Bahagian Tenaga di bawah bimbingan TSNMY yang merupakan Menteri yang bertanggungjawab ke atas aktiviti-aktiviti yang dicadangkan oleh SRC. Perkara-perkara ini berada di bawah arahan TSNMY kerana terdapatnya bahagian tenaga yang khusus di EPU, dan mereka adalah agensi yang ditugaskan untuk melihat perkembangan sektor tenaga dan melaksanakan dasar-dasar tenaga untuk negara.

III. PENUBUHAN SRC


Q28. Adakah Dato’ Sri terlibat dalam penubuhan SRC pada 7.1.2011?

J: Tidak. Seperti yang saya nyatakan, perkara itu berada di dalam skop EPU. Saya percaya bahawa 1MDB telah melaporkan kepada EPU mengenai penubuhan SRC. Bagaimanapun, saya hanya menyedari penubuhan syarikat itu kemudiannya.

Q29. Mahkamah ini telah mendengar keterangan bahawa M & A SRC (P15) mempunyai peruntukan yang terkandung di dalamnya yang bertujuan memberikan kuasa eksklusif kepada Perdana Menteri. Khususnya di dalam Perkara 67 yang menyatakan tentang pelantikan dan penyingkiran pengarah secara rasmi dengan kelulusan Perdana Menteri dan Perkara 116 yang mengandungi perkara-perkara tertentu yang tidak dapat dilaksanakan oleh Lembaga Pengarah tanpa kelulusan Perdana Menteri. Adakah Dato’ Sri terlibat dalam proses yang membawa kepada P15 dilaksanakan atau dirujuk dalam apa-apa cara sekalipun?

J: Tidak. Saya tidak dirujuk dan diperjelaskan mengenai penubuhan SRC sehingga kemudiannya. Setelah melihat dokumen penubuhan SRC tersebut, saya mendapati bahawa syarikat itu telah ditubuhkan melalui B & M Consultancy Services Sdn Bhd dan Lim Poh Seng yang juga setiausaha syarikat 1MDB. Saya juga mendapati bahawa peruntukan Perkara 67 dan Perkara 116 dalam P15 adalah ulangan Perkara 68 dan Perkara 117 M & A 1MDB tersebut. Mungkin inilah sebab mengapa Perkara 67 dan Perkara 116 dimasukkan ke dalam P15.

Q30. Adakah Dato’ Sri pada mana-mana peringkat mendesak kemasukan peruntukan-peruntukan ini ke dalam M & A SRC?

J: Tidak, saya tidak terlibat atau dirunding di peringkat itu. Saya mendapati bahawa di dalam surat bertarikh 3.6.2011 (P364) SRC menyatakan bahawa penubuhannya telah diluluskan oleh Menteri EPU, iaitu TSNMY.

Q31. Dato’ Sri, sila rujuk D363. Ia menunjukkan sesalinan P15 diserahkan kepada Bahagian Tenaga pada 16.3.2011 oleh 1MDB. Adakah Dato’ Sri pada manamana peringkat telah dimaklumkan tentang peruntukan dalam P15, khususnya Perkara 67 dan 116?

J: Tidak. Tiada apa-apa pun yang dimaklumkan kepada saya tentang kewujudan apa-apa peruntukan tertentu dalam P15. Tambahan juga, saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang mengejutkan.

Q32. Mengapa Dato’ Sri mengatakan sedemikian?

J: Apabila dipilih dan dilihat secara berasingan (“vacuum”), Perkara 67 dan 116 mungkin kelihatan seperti sesuatu penguasaan menjangkau secara menyeluruh (“overarching”). Itulah gambaran yang menunjukkan bagaimana sesuatu GLC beroperasi. Untuk memahami konteks Perkara tersebut dengan mendalam, kita juga harus melihat M & A GLC lain yang sebenarnya membawa peruntukan yang memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengawal hal ehwal syarikat.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kuasa PM atas pelantikan utama dalam GLC atau sekurang-kurangnya konvensyen perundingan yang sama adalah sesuatu yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran tersebut. Contohnya, Perkara 109 (3) M & A PETRONAS yang pada asalnya dirangka dan dilaksanakan pada tahun 1974 yang mana Pengerusi PETRONAS hanya boleh dilantik oleh Perdana Menteri dan diarahkan supaya bertindak menurut arahan Perdana Menteri. Rasional di sebalik mengapa kuasa sedemikian diletakkan di bawah Perdana Menteri adalah bagi membolehkan Perdana Menteri memastikan kepimpinan Pengerusi syarikat pada setiap masa sejajar dengan dasar dan kepentingan kerajaan.

Ia adalah lebih menyeluruh daripada Perkara 67 dan 116 dalam P15 yang mana saya ingin ulangi bahawa ia adalah perkara-perkara yang pada kebiasaannya berada dalam kuasa pemegang saham untuk diputuskan dan bukanlah dengan apa-apa cara melepaskan Lembaga Pengarah Syarikat daripada menjalankan tugas berkanun (fidicuary duties) dan tugas yang lainlain demi kepentingan syarikat (yakni, in the best interest of the company).

Berkenaan pelantikan pengarah, perkara yang sama harus ditentukan oleh para pengarah (Perkara 68) dan seterusnya kelulusan oleh PM adalah diperlukan supaya ia dapat disempurnakan dengan rasminya. Berkenaan penyingkiran pengarah pula, saya juga mendapati bahawa perkara yang sama dilakukan melalui resolusi syarikat (Perkara 70). Hanya selepas resolusi syarikat tersebut diluluskan sebelum ia disempurnakan secara rasminya, kelulusan daripada PM adalah diperlukan. Oleh yang demikian, seperti apa yang saya faham, PM tidak dapat melantik pengarah tanpa kelulusan Lembaga Pengarah terlebih dahulu dan tidak dapat menyingkirkan mana-mana pengarah sebelum resolusi syarikat diperolehi terlebih dahulu.

Sesalinan M&A PETRONAS di Tab 4 DBD2

Q33. Keterangan dokumentari yang dikemukakan menunjukkan bahawa SRC ditubuhkan dengan dua (2) individu sebagai pemegang-pemegang saham dan pengarahnya iaitu Nik Faisal dan Vincent Koh Beng Huat. Hal ini kekal sehingga Ogos 2011. Adakah Dato’ Sri tahu menahu tentang perkara ini?

J: Tidak, saya tiada apa-apa pengetahuan tentang perkara ini. Saya juga tidak pada mana-mana masa berjumpa sama ada dengan Nik Faisal ataupun Vincent Koh Beng Huat berkenaan SRC.

Q34. Keterangan dokumentari yang dikemukakan menunjukkan bahawa saham di SRC hanya dipindahkan kepada 1MDB pada akhir 2011. Adakah Dato’ Sri sedar tentang perkara ini?

J: Tidak, saya tidak tahu menahu tentang perkara ini dan hal ini adalah tidak konsisten dengan apa yang ditunjukkan kepada saya oleh 1MDB.

IV. PERMOHONAN PINJAMAN RM2BN YANG PERTAMA DARIPADA KWAP

Q35. Selepas penubuhan SRC pada 7.1.2011, Dato’ Sri telah menerima sepucuk surat daripada SRC yang ditujukan kepada Dato’ Sri pada 3.6.2011 (P364) di mana SRC telah memohon kelulusan daripada Dato’ Sri untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM3.95 bilion daripada KWAP. Adakah Dato’ Sri menyedari permohonan yang dicadangkan oleh SRC bagi pinjaman sebanyak RM3.95 bilion sebelum menerima surat ini?

J: Tidak, saya tidak menyedari bahawa SRC merancang untuk memohon pinjaman RM3.95 bilion mahupun diberitahu bahawa surat ini akan dihantar kepada saya. Saya telah bertemu dengan Shahrol Azral atau Nik Faisal atau kedua-duanya bersama-sama di antara tarikh penubuhan SRC hingga tarikh surat ini, di mana ketika pertemuan tersebut, saya telah dimaklumkan tentang inisiatif yang dicadangkan oleh SRC. Kemungkinan besar saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini sebelum saya menerima surat tersebut.

Saya tidak boleh mengingati secara khusus apa inisiatif yang telah dicadangkan itu, tetapi sudah semestinya ia adalah sesuatu yang cukup substantif terutama sekali apabila saya memberikan sokongan saya kepada SRC. Ini adalah berdasarkan visi SRC yang dijangkakan oleh EPU berdasarkan Memo EPU tersebut.

Q36. Mengapa surat tersebut dialamatkan kepada Dato’ Sri pula dan bukannya ditujukan secara terus kepada KWAP?

J: Merujuk kepada Perenggan 1 surat tersebut (P364), ia adalah dinyatakan bahawa SRC akan beroperasi di bawah nasihat YAB Dato’ Sri. Saya menganggap itu mungkin sebab mengapa surat itu telah dihantar kepada saya. Saya sebenarnya tidak tahu mengapa ia telah dihantar kepada saya kerana saya tidak dimaklumkan terlebih dahulu.

Q37. Bagaimana Dato’ Sri mendapat surat ini?

J: Kemungkinannya, ia telah dihantar ke pejabat saya. Pada kebiasaannya, ia telah diterima oleh Dato’ Azlin, Ketua Setiausaha Sulit (‘KSUS’) saya.

Q38. Adakah Dato’ Sri membincangkan isi kandungan surat tersebut dengan Dato’ Azlin?

J: Tidak, tiada sebarang perbincangan diadakan.

Q39. Megapakah minit Dato’ Sri diserahkan/dialamatkan secara peribadinya kepada Dato Azian, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP?

J: Apabila saya menerima surat ini, saya telah mengarahkan Dato Azlin Alias untuk berurusan dengan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah yang merupakan KSP dan juga Pengerusi Panel Pelaburan KWAP dalam mempertimbangkan sama ada KWAP akan memberikan pinjaman kepada SRC, yang merupakan syarikat baru yang diwujudkan pada ketika itu, iaitu salah satu kepentingan negara. Dato’ Azlin kemudiannya memaklumkan kepada saya bahawa Tan Sri Wan telah mencadangkan bahawa surat tersebut dirujuk kepada Dato Azian supaya proses biasa dapat dilakukan untuk mengadakan perbincangan dengan Panel Pelaburan KWAP. Oleh itu saya telah mencatitkan minit saya dengan sewajarnya.

Masih terdapat momentum di sebalik sokongan EPU kepada SRC. Disebabkan perkara ini masih hangat ia telah menarik perhatian saya dan saya telah memutuskan untuk memberi sokongan kepadanya. Terdapat keadaankeadaan di mana saya telah memberi persetujuan atau telah mencatit “Bersetuju” dan kemudian pegawai-pegawai tidak menyokong dan telah merayu kepada saya maka saya boleh menukar keputusan saya justeru, perkataan “Bersetuju” bukanlah bermaksud muktamad dan tidak boleh diubah. Ia tertakluk kepada proses penelitian oleh para pegawai yang adakalanya memberi pendapat yang berbeza. Oleh itu, perkataan ‘Bersetuju’ bukanlah bermakna persetujuan carte blanche. Ianya tidak menghalang pendapat-penadapat yang berbeza untuk diutara dan dipertimbangkan.

Q40. Adakah minit yang Dato’ Sri sediakan itu ditujukan kepada Datuk Azian untuk meluluskan pinjaman tersebut?

J: Tidak sama sekali. Sebagai Menteri Kewangan, saya sememangnya tiada kuasa untuk mengarahkan KWAP untuk meluluskan apa-apa pinjaman seperti itu. Kuasa tersebut terletak di bawah Panel Pelaburan seperti yang dinyatakan dalam Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Retirement Fund Act 2007) yang memperuntukkan bahawa Panel Pelaburan mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan perkara-perkara yang dibawa ke hadapannya. Malah, Datuk Azian sendiri tiada kuasa untuk meluluskan pinjaman-pinjaman bagi pihak KWAP. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, beliau hanyalah seorang ahli ‘ex-officio’ Panel Pelaburan yang tidak mempunyai kuasa untuk mengundi. Saya hanya meminitkan surat tersebut bagi perhatian beliau untuk memaklumkan sokongan saya mengenai permohonan pinjaman SRC memandangkan sebarang perkara yang SRC ingin jalankan adalah selari dengan kepentingan negara yang telah ditetapkan oleh EPU di dalam Memo terdahulu. Pendapat Dato’ Azian bahawa saya adalah “her ultimate boss” tidak membawa apa-apa pengertian dalam proses pertimbanagn pinjaman oleh KWAP kerana sebagai CO beliau tidak mempunyai sebarang hak mengundi dalam proses pinjaman.

Q41. Adakah Dato’ Sri mengarahkan Dato’ Azlin Alias untuk berjumpa dengan Dato’ Azian di Hotel Hilton selepas waktu pejabat?

J: Tidak. Saya hanya menyerahkan minit surat kepada beliau supaya beliau dapat menyampaikan perkara yang sama kepada Dato’ Azian. Saya tidak pernah mengarahkan beliau untuk berjumpa Dato’ Azian di Hotel Hilton. Ini mungkin adalah sesuatu yang mereka aturkan di antara mereka.

Q42. Adakah Dato’ Sri sedar terdapatnya perbincangan KWAP selepas surat ini dihantar kepada Dato’ Azian?

J: Tidak, tetapi saya telah dimaklumkan oleh Tan Sri Wan dan Dato’ Azian mengenai Panel Pelaburan yang telah mempertimbangkan dalam menawarkan pinjaman sebanyak RM1 billion kepada SRC dan bukanlah RM3.95 billion seperti yang telah dipohon. Saya tidak ingat apa yang telah dibincangkan di mesyuarat ini, atau sama ada wujudnya apa-apa perbincangan.

Q43. Tan Sri Wan memberi keterangan bahawa Dato’ Sri telah mengadakan satu lagi perbincangan dengan beliau berkenaan perkara tersebut dan telah meminta beliau untuk mempercepatkan proses pinjaman tersebut. Tan Sri Wan juga telah menyatakan bahawa Dato’ Sri telah memaklumkan kepada beliau bahawa “RM2bn adalah memadai”. Bolehkah Dato’ Sri jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan keterangan ini?

J: Saya percaya saya telah dimaklumkan bahawa SRC telah menyemak semula permohonan RM2 bn daripada permohonan RM3.95bn seperti yang telah dipohon pada awalnya. Oleh yang demikian, perbincangan tersebut seharusnya di dalam konteks seperti mana yang telah dibuat dalam semakan semula itu. Saya tidak ingat bila mahupun di dalam apa keadaan kami telah berjumpa, tetapi saya pasti bahawa saya tidak pernah memanggil Tan Sri Wan atas tujuan untuk mengadakan perbincangan tersebut. Hal ini telahpun timbul daripada keterangan Tan Sri Wan itu sendiri. Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa ia adalah inisiatif pertama yang diketengahkan yang telah membincangkan asas utama pembangunan selaras dengan RMK-10 dan Dasar Tenaga Nasional. Atas dasar tersebut, saya merasakan bahawa SRC seharusnya diberi sokongan daripada kerajaan dan oleh itu, perbualan tersebut tidak pernah terjadi sama sekali. Saya pernah memohon kepada KWAP supaya dapat mempercepatkan keputusannya dalam memberikan pinjaman itu ataupun untuk mendapatkan badan lain untuk memberikan pinjaman sekiranya pinjaman itu tidak berjaya bagi membolehkan SRC bergerak ke hadapan bersama-sama dengan rancangan-rancangan yang telah dirangka. Ini adalah supaya perkara. Ini adalah untuk membolehkan SRC memulakan gerak kerjanya.

Q44. Adakah terdapat apa-apa komunikasi antara Dato’ Sri dan SRC berkenaan dengan jumlah yang telah disemak semula itu?

J: Saya tidak ingat, tetapi sudah tentulah ia telah dimaklumkan kepada saya bahawa SRC telah menyemak semula permohonan mereka yang telah menjadi RM2bn. Jika tidak, ia adalah suatu yang tidak masuk akal bagi saya untuk mengatakan bahawa “RM2bn adalah memadai”.

Q45. Adakah ini merupakan arahan tersirat (veiled direction) daripada Dato’ Sri?

J: Saya tiada kuasa untuk mengarahkan Panel pelaburan KWAP sama ada dari segi undang-undang ataupun dari segi amalan biasa (in practice). Merujuk kepada perbincangan-perbincangan KWAP pada 19.7.2011 (P417) saya mendapati bahawa Panel Pelaburan tidak pernah bersetuju untuk memberikan pinjaman sebanyak RM2billion kepada SRC. Bagaimanakah perbincangan saya dengan Tan Sri Wan ditafsirkan sebagai suatu arahan. Ia adalah suatu ketidakjujuran intelektual yang paling ketara untuk menyamakan kuasa “hire and fire” dengan kuasa untuk mengarahkan Panel Pelaburan KWAP untuk mematuhi dan mengikuti sewenang-wenangnya apa yang saya arahkan.

Seperti apa yang telah dikatakan oleh Tan Sri Wan di dalam keterangan beliau, walau daripada mana pun permohonan dibuat, Panel Pelaburan akan tetap membuat keputusan berdasarkan merit permohonan. Setelah meneliti Minit Mesyuarat Panel Pelaburan yang telah diadakan pada 19.7.2011 (P417), saya mendapati bahawa Panel Pelaburan telah membincangkan perkara tersebut dengan panjang lebar dan hanya meluluskan pinjaman itu untuk menyokong inisiatif Kerajaan Malaysia. Terutamanya, inisiatif-inisiatif tersebut adalah sama seperti yang telah diperuntukkan di dalam Memo EPU (P357). Kelulusan Panel Pelaburan melalui 2 pilihan itu adalah suatu usaha bagi melindungi kepentingan kedua-dua KWAP dan Kerajaan Malaysia.

Q46. Adakah permohonan SRC itu terhalang oleh kerana ia adalah satu syarikat yang baru yang tidak mempunyai apa-apa rekod prestasi “track record” sebelumnya?

J: Saya tidak berfikiran begitu, kerana ia adalah atas dasar inisiatif pembangunan yang memerlukan sesuatu titik permulaan. Inilah sebabnya mengapa EPU meluluskan 'geran pelancaran' untuk memulakan dan mencadangkan pembiayaan selanjutnya yang diperoleh oleh SRC.

Kertas Kerja Kelulusan KWAP yang berkenaan kesemuanya telah mencatatkan maklumat korporat SRC dan nota lanjut bahawa SRC tidak mempunyai sebarang rekod prestasi dan hanya mempunyai potensi pelaburan.

Bagaimanapun, ia telah dinyatakan bahawa SRC adalah anak syarikat milik penuh 1MDB yang mana ia turut dimiliki sepenuhnya oleh MKD. Oleh itu, SRC telah dianggap sebagai anak syarikat MKD. Terutamanya cadangan-cadangan Jabatan Pendapatan Tetap KWAP ('FID') dan terma-termanya yang
telah dipersetujui oleh Panel Pelaburan mengandungi terma yang jelas bahawa SRC akan menjadi anak syarikat MKD melalui syarikat induknya.

Tan Sri Wan sendiri telah menyatakan dalam keterangannya bahawa beliau secara peribadi merasakan bahawa matlamat-matlamat yang ditetapkan oleh SRC adalah sejajar dengan kepentingan negara. Atas dasar itu, ia adalah suatu yang tidak masuk akal dan tidak semestinya permintaan SRC ditolak hanya kerana ia tidak mempunyai sebarang rekod prestasi. Malah sebarang badan mesti ada titik permulaan. Seperti, sebagai contoh, Petronas yang bermula operasinya di sebuah bangunan kayu di Jalan Dato’ Onn. Kini Petronas telah menjadi sebuah syarikat Fortune 500.

Q47. Adakah pinjaman daripada KWAP hanya akan diberikan kepada syarikat yang mempunyai trek rekod?

J: Pinjaman dari KWAP seperti yang saya ambil maklum adalah diberikan berdasarkan latarbelakang syarikat tersebut dan keupayaannya dalam menjana pendapatan untuk membayar balik pinjaman. Pertimbangan yang lain adalah termasuk inisiatif kebangsaan atau kekuatan penjamin. Dalam hal ini, 2 pilihan Panel Pelaburan KWAP pada 19.7.2011 kedua-duanya bergantung pada kedudukan Kerajaan Malaysia sebagai pinjaman utama atau penjamin kepada pinjaman tersebut.

Q48. Adakah Dato’ Sri dimaklumkan tentang 2 pilihan yang diluluskan oleh Panel Pelaburan KWAP pada masa itu?

J: Saya tidak boleh ingat secara khusus. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa Tan Sri Wan telah menyatakan di dalam keterangan beliau bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dengan pegawai pengurusan MOF tentang perkara ini.

Q49. Kronologi tentang apa yang berlaku seterusnya ditunjukkan dalam Kertas Pekeliling Panel Pelaburan (P374). Kertas itu menyatakan bahawa MOF telah bersetuju untuk melindungi pinjaman tersebut dengan mengeluarkan Sekuriti Kerajaan Malaysia ('MGS') akan tetapi tindakan ini telah dibatalkan selepas ia telah diterbit dan dilanggan. Adakah Dato’ Sri menyedari tentang perkara ini?

J: Tidak secara terperincinya. Pengeluaran MGS tersebut berada dalam lingkungan MOF dan hanya memerlukan kelulusan BNM yang merupakan pihak yang telah mengeluarkannya. Bukan seperti Jaminan Kerajaan, yang mana ia perlu dirujuk dan diluluskan kepada Menteri Kewangan atau Kabinet. Walau bagaimanapun, saya harus mengambil perhatian bahawa dalam mempersetujui pengeluaran MGS untuk menjaminkan pinjaman, Pengurusan Kanan MOF semestinya telahpun bersetuju untuk menjamin sekuriti pinjaman pada prinsipalnya. Saya hanya dimaklumkan bahawa pilihan yang dicadangkan oleh Panel Pelaburan tidak dapat dilaksanakan. Pilihan alternatif yang telah diputuskan oleh Panel Pelaburan adalah supaya Jaminan Kerajaan dapat diberikan kepada KWAP dalam menjamin pinjaman sebanyak RM2bilion itu.

Q50. Adakah Dato’ Sri dimaklumkan tentang fakta-fakta ini?

J: Saya tidak dapat ingat apabila hal ini dimaklumkan kepada saya tentang Jaminan Kerajaan yang telah dipertimbangkan dan disyorkan oleh Tan Sri Wan dan TSNMY yang juga membentangkannya di Kabinet yang mana dalam apa jua keadaan, mengikut prosedur yang betul.

Q51. Tan Sri Wan telah menerangkan dalam pemeriksaan balas bahawa pilihan jaminan kerajaan adalah pilihan yang sesuai apabila rancangan MGS tidak dapat dilaksanakan. Apakah pendapat Dato’ Sri di dalam hal ini?

J: Ya saya setuju. Pada masa SRC akhirnya membuat permohonan untuk Jaminan Kerajaan pada 12.8.2011 (D520), Pengurusan Kanan MOF semestinya telah pada dasarnya bersetuju untuk memerikan pinjaman kepada SRC untuk dijadikan sebagai perlindungan kerana MGS telahpun dikeluarkan dan telah dipersetujui. Apa yang tinggal selepas pilihan MGS tidak dapat diteruskan adalah menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi kelulusan Kabinet. Apabila perkara itu diputuskan sebegini, saya rasa bahawa langkah selanjutnya adalah untuk menyediakan kertas kerja bagi pertimbangan Kabinet.

V. PERMOHONAN SRC UNTUK JAMINAN KERAJAAN YANG PERTAMA

Q52. Bilakah Dato’ Sri mula menyedari bahawa SRC berhasrat untuk memohon jaminan kerajaan bagi tujuan memulangkan pinjamannya yang dicadangkan sebanyak RM2 bilion daripada KWAP?

J: Saya percaya ia adalah pada atau kira-kira ketika SRC mengeluarkan surat kepada MOF yang memohon jaminan kerajaan (D520).

Q53. Adakah D520 dibawa kepada perhatian Dato’ Sri?

J: Tidak secara terperincinya. Saya bagaimanapun telah dimaklumkan bahawa SRC telah membuat permohonan untuk jaminan kerajaan kerana KWAP memerlukan jaminan oleh Kerajaan. Perkara ini telah dirujuk kepada TSNMY sebagai Menteri yang bertanggungjawab kepada SRC pada masa itu.

Q54. Adakah Dato’ Sri sedar mengenai kelulusan Perbendaharaan dalam memo itu (P547)?

J: Besar kemungkinanya saya sedar, walaupun saya tidak mempunyai ingatan spesifik mengenai dokumen ini. Ia telah dimaklumkan kepada saya oleh seseorang sama ada daripada Perbendaharaan ataupun oleh TSNMY sendiri.

Saya menyedari tentang MJM (P537A & B) kerana ia akan diedarkan kepada Menteri Kabinet pada hari Isnin sebelum Mesyuarat Kabinet pada 17.8.2011.

Q55. Pn. Afidah Azwa (PW41) dan Hj Maliami (PW43) memberi keterangan bahawa mereka telah dipaksa untuk menyediakan Memorandum bagi kelulusan Kabinet (P537A & B). Pada 15.8.2011 mereka telah diarahkan untuk memastikan Kertas Kabinet disediakan untuk perbincangan pada mesyuarat Kabinet yang dijadualkan pada 17.8.2011. Keseluruhan proses itu dilihat sebagai tergesa-gesa. Maklumat yang diberikan kepada Puan Afidah daripada SRC tidak dapat mengesahkan yang mana ia bertentangan dengan praktis biasa Bahagian Perlaburan Khas Awam ('BPKA') MOF. Apakah pegangan dan pandangan Dato’ Sri mengenai ini?

J: Ia adalah sesuatu yang patut diberikan perhatian bahawa pada 12.8.2011, hal berkenaan pinjaman yang ingin dibuat untuk SRC telahpun dibincangkan sejak bulan Jun 2011. Saya mendapati bahawa apa-apa maklumat yang disediakan oleh SRC kepada KWAP mestilah dimaklumkan kepada MOF terlebih dahulu apabila pengurusan kanan MOF bersetuju dengan pengeluaran MGS. Keputusan untuk mengeluarkan MGS telah dibuat sebelum 12.8.2011. Tiada sebarang aduan dibuat mengenai proses terdahulu yang menyebabkan pengeluaran MGS dibuat secara terburu-buru. Berkenaan dengan keterangan Puan Afidah Azwa dan En Hj Maliami, mereka tidak mungkin mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan perkara-perkara, dan saya faham presepsi/tanggapan mereka terhadap tindakan tergesa-gesa tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak akan berkrompomi dengan integriti proses tersebut. Dengan berkata demikian, saya tidak memberikan apa-apa arahan kepada mana-mana ahli Perbendaharaan untuk mempercepatkan perkara ini melalui kabinet seperti yang dikatakan secara tersirat oleh Puan Afidah Azwa, yang telah tersilap dan dengan tidak sengaja memanggil SRC ‘syarikat PM’. Satu-satunya kepentingan saya dalam SRC adalah bahawa ia adalah untuk kepentingan negara.

Q56. Memorandum Perbendaharaan P547 menyatakan bahawa operasi SRC adalah selari dengan matlamat-matlamat RMK-10 dan Dasar Tenaga Negara. Bolehkah Dato’ Sri terangkan mengapa ini adalah suatu pertimbangan yang penting?

J: Saya tidak dapat menegaskan betapa pentingnya pertimbangan ini, terutamanya dalam kes entiti Berkaitan Kerajaan (Government Linked entities). Dasar kerajaan berpusat di sekitar Rancangan Malaysia dan inisiatif pembekalan stok sumber tenaga negara kita adalah salah satu daripada inisiatif seperti yang dinyatakan di dalam RMK-10.

Saya juga ingin menambah kenyataan saya bahawa surat permohonan SRC (P356) pada 24.8.2010 yang telah dialamatkan kepada saya oleh Dato’ 'Shahrol adalah tepat pada masanya kerana pada masa itu RMK-10 telah dilancarkan dan SRC adalah syarikat pertama yang muncul dengan cadangan selaras dengan asas utama seperti yang telah dikenalpasti termasuk pengambilalihan uranium.

Sebagai sebuah negara, kita terus meneroka idea untuk melaksanakan kuasa nuklear yang berkemungkinan bagi menampung pembangunan Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Kawasan sekitarnya sebagai alternatif yang lebih cekap dan mesra alam kepada pilihan tenaga arang batu yang tradisional.

Pada masa itu, import arang batu kita juga terlalu bergantung kepada satu negara pembekal sahaja iaitu Indonesia boleh mengundang risiko strategic dan kepelbagain sumber adalah wajar diusahakan. Ini adalah sejajar dengan kesimpulan EPU selepas perkara itu dikaji seperti kandungan Memo EPU tersebut.

Q57. Memorandum Perbendaharaan P547 dibawa kepada perhatian Tan Sri Nor Mohd Yackop dan tidak mengakui MOF2. Dari perspektif protokol, bolehkah Dato’ Sri memberi komen sama ada ini adalah selaras dengan amalan yang ditetapkan di MOF?

J: Sebagai kepentingan nasional yang berkaitan dengan aktiviti yang dicadangkan oleh SRC adalah sesuatu yang telah disyorkan oleh EPU, TSNMY adalah Menteri yang bertanggungjawab untuk mengemukakan perkara itu kepada Kabinet. Pada dasarnya, apa yang dinyatakan dalam P547 adalah perkara yang di bawah pengawasan EPU. Ini adalah amalan biasa di mana Kertas Kabinet dibentangkan oleh menteri yang menjaga jabatan yang terlibat dalam mencadangkan perkara yang sama.

Q58. Kertas-kertas Kabinet (P537A&B) yang akhirnya telah diluluskan oleh Perbendaharaan dan ditandatangani oleh TSNMY mengandungi justifikasi yang sama seperti apa yang dinyatakan di dalam Memo Perbendaharaan (P547). Mengapakah hal ini terjadi Dato’ Sri?

J: Hal ini adalah kerana keseluruhan dorongan di sebalik aktiviti yang dicadangkan oleh SRC seperti yang telah disyorkan oleh EPU adalah berdasarkan fakta bahawa SRC, walaupun ia adalah sebuah syarikat yang baru, telah dikenal pasti untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang akan menjadi inisiatif pembangunan utama untuk mendapatkan sumber tenaga seperti yang telah dikenalpasti dalam RMK-10 dan Dasar Tenaga Nasional. Ini adalah perkara-perkara yang berada di dalam bidang tanggungjawab EPU.

Setelah meneliti isi kandungan kedua-dua Memo Perbendaharaan (P547) dan Kertas-kertas Kabinet (P537A&B) Saya tidak dapat melihat apakah maklumat yang terkandung di dalamnya yang diperlukan untuk disahkan. Semua maklumat di dalamnya adalah sebahagian daripada perkara yang telah dimaklumkan kepada KWAP dan MOF sebelum Mesyuarat Kabinet. Justifikasi penting yang telah diluluskan oleh Ketua Perbendaharaan, Menteri yang bertanggungjawab di EPU dan secara muktamadnya Kabinet semuanya berdasarkan aktiviti-aktiviti yang SRC ingin lakukan seperti yang telah diluluskan oleh EPU di dalam Memo sebelumnya.

Q59. Dato’ Sri telah menghadiri Mesyuarat Kabinet pada 17.8.2011 dan juga mengundi cadangan-cadangan dalam P537A&B. Apakah asas Dato’ Sri dalam melakukan perkara tersebut?

J: Sebagai Perdana Menteri, saya dengan sepenuh hati bersetuju dengan inisiatif yang dicadangkan untuk dilaksanakan oleh SRC berdasarkan cadangan awal EPU dan hakikatnya, ia melibatkan perkara yang berkaitan dengan kepentingan negara.

Q60. Minit Mesyuarat Kabinet pada 17.8.2011 (P536) mengandungi keputusan Kabinet dalam P537A&B. Apakah yang dapat dilihat daripada Minit-minit tersebut?

J: Kabinet Malaysia yang menjadi tunjang utama negara sebulat suara meluluskan P537A&B berdasarkan justifikasi yang telah digariskan di dalamnya dan yang telah disyorkan oleh Menteri yang bertanggungjawab ke atas EPU dan oleh Ketua Perbendaharaan.

Q61. Adakah Dato’ Sri mempunyai apa-apa kepentingan dalam SRC pada peringkat itu?

J: Saya secara tegas menyatakan bahawa saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi dalam SRC, kecuali untuk kepentingan profesional saya sebagai seorang Perdana Menteri dan sebagai Menteri Kewangan dan kewajipan awam saya untuk bertindak atas dasar kepentingan yang terbaik untuk Kerajaan Malaysia.

Q62. Sebagai Menteri Kewangan adakah Dato’ Sri mempunyai kepentingan disemua syarikat MKD?

J: Saya bukanlah pemegang saham MKD. MKD adalah sebuah perbadanan berkanun yang diperbadankan di bawah Akta Menteri Kewangan (Diperbadankan) 1957. Satu-satunya kepentingan saya sebagai Menteri Kewangan adalah untuk memastikan keputusan yang berkaitan dengan syarikat-syarikat MKD dibuat demi kepentingan Kementerian Kewangan dan Kerajaan Malaysia. Perkara yang sama adalah menjadi asas bagi kepentingan saya sebagai Perdana Menteri.

Q63. Haruskah Kertas Kabinet memperinicikan projek-projek yang memerlukan pinjaman dengan jaminan (guaranteed loans)?

J: Tidak, kerana kertas Kabinet hanya berurusan dengan matlamat umum syarikat dan jika inisiatifnya bersesuaian dengan agenda nasional. Sebuah syarikat layak untuk menerima jaminan kerajaan asalkan ia memenuhi agenda tersebut.

Q64. Adakah Dato’ Sri mendapati Kertas Kabinet ini (P537A & B) mengandungi butiran yang mencukupi dalam membentuk asas bagi perbincangan di Kabinet?

J: Ya kerana ia telah memenuhi intipati seperti yang diperlukan oleh jaminan itu. Terdapatnya kelompangan (lacuna) dalam Dasar Tenaga Negara kerana tiadanya penggerak bagi pengambilalihan uranium sebagai aset tenaga sehingga ke tahap itu untuk memulakan penyelidikan negara dalam menggunakan tenaga nuklear. SRC yang sepatutnya menjadi penggerak tersebut.

Q65. Adakah Dasar Tenaga Nasional dibenarkan untuk disemak semula?

J: Ya, kemungkinannya, ia akan disemak setiap 5 tahun bergantung kepada kemajuan teknologi. Sebagai contoh, kita akan menyemak semula sama ada kuasa nuklear dapat dijana dengan selamat kepada alam sekitar dan rakyat.

VI. SRC – PERLANTIKAN PENGARAH-PENGARAH

Q66. Adakah Dato’ Sri bersetuju dengan pelantikan Nik Faisal Ariff Kamil dan Vincent Koh Beng Huat sebagai pengarah awal SRC?

J: Tidak. Saya tidak dimaklumkan mengenai perkara ini dan tidak meluluskan apa-apa pun.

Q67. Bolehkah Dato’ Sri merujuk kepada P493. Bagaimanakah surat bertarikh 1.8.2011 dikeluarkan oleh Dato’ Sri?

J: Pada sekitar Ogos 2011 senarai nama-nama pengarah yang dicadangkan oleh SRC telah diserahkan kepada saya oleh Dato’ Shahrol Halmi. Senarai itu mengandungi nama-nama yang terdapat dalam P493 dan telah menamakan Tan Sri Ismee sebagai Pengerusi dan Nik Faisal Ariff Kamil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan SRC. Saya dimaklumkan bahawa individu-individu ini telah dipilih oleh 1MDB dan saya tidak melihat sebarang alasan untuk tidak bersetuju dengan orang yang telah mereka namakan.

Q68. Apakah asas kelulusan Dato’ Sri dalam P493?

J: Alasan utama adalah berdasarkan fakta bahawa lembaga 1MDB yang merupakan syarikat induk SRC telah memilih individu-individu ini. Saya tidak mempunyai sebab untuk tidak bersetuju dengannya.

Q69. Adakah Dato’ Sri mengenali mana-mana individu tersebut sebelum itu?

J: Saya kenal Tan Sri Ismee yang berada di dalam Lembaga beberapa GLC pada masa itu termasuk Tabung Haji. Dato’ Shahrol dan Nik Faisal adalah sebahagian daripada Pengurusan Kanan 1MDB. Dato’ Suboh saya tahu adalah Bekas KSU di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar. Saya tidak kenal Dato Che Abdullah @ Rashdi dan menganggap bahawa beliau juga telah dipilih oleh 1MDB atas pengalaman masa lalu beliau.

VII. AABAR – USAHA SAMA SRC & DANA YANG DISALURKAN KEPADA CPBVI/SRCIM

Q70. Bilakah Dato’ Sri dimaklumkan mengenai potensi usaha sama (JV) antara Aabar Investments PSJC dan SRC?

J: Saya tidak boleh ingat bila tetapi saya rasa butiran berkenaan butir-butir tersebut telah dibincangkan antara pengurusan SRC dengan pihak Aabar. Saya percaya saya akan dimaklumkan berkenaan rancangan SRC oleh Lembaga Pengarah sendiri.

Q71. Adakah Dato’ Sri tahu bagaimana JV antara Aabar dan SRC timbul?

J: Pada sekitar Jun 2011 Putera Mahkota UAE mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dengan HH Jeneral Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan. Semasa lawatan , beberapa pelaburan antara Malaysia dan Abu Dhabi telah berlaku. UAE dan Malaysia telah menjalin hubungan ekonomi dan diplomatic yang sangat kukuh. UAE melalui Mubadala Development Co milik negara tersebut telah melabur secara besar-besaran di Malaysia di Iskandar Development Region, Malaysia. Terdapat perbualan antara HH dan saya mengenai kemungkinan penglibatan kedua-dua negara dalam pelaburan bersama dalam industri lain termasuk komoditi dan sumber strategik. HH sangat menyokong idea itu dan ia adalah sesuatu yang dipersetujui pada dasarnya. Walau bagaimanapun, penggerak ataupun metodologi perkongsian ini tidak pernah dibincangkan. Saya kemudiannya telah dimaklumkan bahawa idea JV antara Aabar dan SRC timbul sebagai hasil perbincangan tersebut di antara kedua-dua pihak.

Q72. Adakah JV tersebut merupakan inisiatif G2G?

J: Perkongsian antara Malaysia dan UAE adalah inisiatif G2G. Walau bagaimanapun, konseptualisasi Aabar – SRC JV dan inisiatif untuk menggunakan penggerak tertentu itu bukanlah sesuatu G2G. Saya difahamkan bahawa ini dilakukan secara langsung antara SRC dan Aabar. Walaubagaimanpun inistiatif Aabar – SRC sebagai pengegerak utama merealisasikan kerjasama antara Malaysia dan Abu Dhabi bukanlah sesuatu yang bersifat G2G tetapi merupakan inisatif komersil.

Q73. Adakah penubuhan SRC dan sokongan Kerajaan ke arah SRC yang dipermodalkan bergantung kepada Aabar-SRC JV?

J: Tidak, saya tidak percaya sedemikian. Penubuhan SRC adalah berdasarkan perkara-perkara yang digariskan dalam Memo EPU (P357) yang juga membentuk asas perjanjian EPU untuk memberikan geran pelancaran sebanyak RM20 juta kepada SRC. Rancangan nasional yang sama juga menjadi asas yang telah diluluskan oleh Kabinet untuk memberikan Jaminan Kerajaan kepada SRC pada bulan Ogos 2011. Aabar-SRC JV bukanlah sesuatu yang dimaklumkan kepada Kerajaan pada peringkat itu.

Q74. Sila rujuk P495, minit mesyuarat Lembaga Pengarah SRC yang pertama yang diadakan pada 23.8.2011. Dalam mesyuarat ini ia didapati Nik Faisal telah mewakili Lembaga Pengarah SRC bahawa pinjaman KWAP telah dipermudahkan oleh EPU dan Kementerian Kewangan sebagai persediaan bagi cadangan JV antara Aabar dan SRC dan pembayaran pinjaman itu dijangka diterima pada akhir bulan Ogos dan awal September. Adakah ini benar, Dato’ Sri?

J: Tidak sama sekali.

Q75. Dato’ Sri sila rujuk P495 lagi sekali. Di perenggan 5(x), muka surat 5, Nik Faisal mengatakan beliau akan mendapatkan petunjuk yang lebih jelas tentang pengaturan JV dengan Aabar daripada Kerajaan. Adakah Kerajaan terlibat dalam sebarang perbincangan dengan UAE atau Aabar mengenai cadangan JV pada bulan Ogos 2011?

J: Tidak. Perancangan JV yang dicadangkan antara SRC dan Aabar bukan sesuatu yang dimulakan atas dasar antara Kerajaan dengan Kerajaan.

Q76. Adakah Dato’ Sri dimaklumkan bahawa SRC telah memperolehi CP BVI daripada 1MDB Energy Sdn Bhd dan kemudiannya dinamakan semula sebagai sama SRCI Malaysia Ltd (“SRCIM”)?

J: Tidak. Saya bagaimanapun diberitahu bahawa SRC mempunyai anak syarikat yang dipanggil SRCIM di mana beberapa pelaburannya telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, saya tidak mengetahui bagaimana anak syarikat ini ditubuhkan dan mengenai perlantikan sebagai pengarah dan penandatangan akaunnya. Sekali lagi, semuanya merupakan perkara operasi yang saya anggap akan dilakukan di bawah pengawasan dan kawalan Lembaga Pengarah SRC.

Q77. Adakah Dato’ Sri dimaklumkan tentang penyaluran pembayaran dana SRC ke akaun SRCIM di Falcon Bank dan Bank Julius Baer berjumlah RM1.8 juta pada tahun 2011 dan RM1.8 juta lagi pada tahun 2012?

J: Bukan secara terperinci. Saya bagaimanapun diberitahu bahawa terdapat pelaburan SRC yang dibuat di luar negara tetapi saya tidak mengetahui butiran yang tepat. Ini sekali lagi menjadi perkara yang perlu dibincangkan dan diputuskan oleh Lembaga Pengarah. Sebagai PM dan Menteri Kewangan, saya mengandaikan bahawa Lembaga pengarah setiap syarikat milik MKD akan bertindak atas kepentingan terbaik syarikat berkenaan dengan semua perniagaan dan pelaburannya. Saya juga mengandaikan bahawa pelaporan biasa telah dilakukan kepada Bahagian MKD ("BMKD") Kementerian Kewangan dan tidak pernah mendengar apa-apa yang sebaliknya pada masa itu.

VIII. P530 & P497 – MINIT MKD BERKENAAN 1MDB

Q78. Dato’ Sri sila rujuk P495 sekali lagi. Di perenggan 5(viii), muka surat 4, Nik Faisal mengatakan bahawa terdapat resolusi yang dikeluarkan oleh pemegang saham 1MDB yang mana pengurusannya berhasrat untuk menghantar wang RM1.5 bilion untuk JV yang dicadangkan dan RM300 juta untuk pelaburan di Asia Tenggara kepada Falcon Private Bank Ltd dan Bank Julius Baer & Co Ltd (kedua-duanya Hong Kong) untuk ditempatkan dalam deposit masa. Adakah Dato’ Sri mengetahui dan menyedari mengenai perkara ini?

J: Tidak. Saya tidak mengetahui sebarang resolusi yang dikeluarkan oleh pemegang saham 1MDB, yang saya percaya adalah MKD, yang mencadangkan sebarang pemindahan dana kepada Falcon Private Bank Ltd dan Bank Julius Baer. SRC pada masa itu adalah syarikat subsidiari penuh 1MDB dan apa-apa keputusan berhubung dengan dana itu mestilah datang daripada Lembaga pengarah 1MDB kepada SRC. Peranan MKD sebagai pemegang saham 1MDB yang hanya akan meluluskan resolusi Lembaga pengarah 1MDB jika perkara  itu adalah sejumlah nilai yang besar. Saya percaya ini mengikut kehendak Akta Syarikat 1965. Seperti yang saya nyatakan di atas, saya juga tidak tahu menahu tentang JV Aabar-SRC sehingga ia telah dilaporkan kepada saya sebagai sesuatu yang telah diselesaikan oleh Lembaga pengarah.

Q79. Dato’ Sri sila rujuk P530(2) – (9). berdasarkan dokumen-dokumen ini, ia kelihatan seperti tiga (3) set Minit EGM dibawah S.147(6) CA 1965 dan Resolusi Pemegang Hak Hak Khas yang membawa nama Dato’ Sri. Tan Sri Ismee memberi keterangan bahawa dokumen-dokumen ini dibawa ke perhatian Lembaga 1

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2019/12/najibs-testimony-at-src-trail-part-1-q1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Src International Tommy Asak Najib Jawab Balik

Src International Tommy Asak Najib Jawab Balik

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 392 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak yang disoal balas pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas semalam kelihatan begitu panas Pada perbicaaran kes berprofil tin...
Src International Bukan Syarikat Perdana Menteri Najib

Src International Bukan Syarikat Perdana Menteri Najib

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 209 hits
11 Disember 2019 Datuk Seri Najib Razak menegaskan SRC International Sdn Bhd bukanlah syarikat Perdana Menteri seperti yang dicadangkan oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan perbicaraan kes berkenaan Beka...
Najib At Src Trial Late Saudi Monarch Donated The Money To Ensure Malaysia S Stability

Najib At Src Trial Late Saudi Monarch Donated The Money To Ensure Malaysia S Stability

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 348 hits
KL30 221019 SRCKUALA LUMPUR The donation from Saudi Arabia s late King Abdullah Al Saud was to ensure that Malaysia can become the model of a stable and modern Islamic country Datuk Seri Najib Razak told the High Court here The former prime...
Src International Tuduhan Kabinet Rubber Stamping Satu Penghinaan Najib

Src International Tuduhan Kabinet Rubber Stamping Satu Penghinaan Najib

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 300 hits
4 Disember 2019 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa tidak senang dengan tuduhan kononnya Kabinet adalah satu badan yang hanya sekadar mengecop atau rubber stamping body Beliau berkata demikian ketika membacakan pern...
Najib Src Trial Mahathir Has Documented Evidence To Prove Arab S Rm3 2b Political Donations

Najib Src Trial Mahathir Has Documented Evidence To Prove Arab S Rm3 2b Political Donations

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 297 hits
The RM3 2 billion deposited into Datuk Seri Najib Razak private accounts in multiple transactions between 2011 and 2013 were political funds donated by the Saudi Arabia kingdom The original documented evidence to prove the Arab political do...
Src Rarely Asked Najib For Advice Only Did So On 2 Occasions

Src Rarely Asked Najib For Advice Only Did So On 2 Occasions

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 472 hits
Datuk Seri Najib Razak said the SRC International Sdn Bhd board rarely asked for his advice and he did not habitually offer them any as the company s adviser emeritus the High Court heard today Testifying as the first defence witness in his...
I Didn T Pick Src Directors Because They Were Obedient Najib Tells Court

I Didn T Pick Src Directors Because They Were Obedient Najib Tells Court

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 292 hits
Attorney General Tommy Thomas questioned Najib Razak on his handwritten note in a letter to KWAP asking for a RM3 95 billion loan KUALA LUMPUR Former prime minister Najib Razak denied in the SRC International trial today that he had appoint...
Najib Appears Agitated By Ag S Line Of Questioning In Src Trial

Najib Appears Agitated By Ag S Line Of Questioning In Src Trial

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 249 hits
Former prime minister Najib Razak at the High Court in Kuala Lumpur today KUALA LUMPUR Former prime minister Najib Razak told the SRC International trial there was no need for former second finance minister Ahmad Husni Hanadzlah to go to Sw...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini