Najib Keluarkan Cek Hampir Rm23 Juta Bagi Khidmat Pasukan Media Antarabangsa


ismaweb.net
danial haziq
21/06/2023

Pihak kerajaan telah membayar RM76.8 juta setahun kepada APCO.

KUALA LUMPUR, 2 Zulhijjah 1444H, Rabu – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pembayaran hampir RM23 juta melalui 39 keping cek kepada syarikat Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd kerana menyediakan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepada bekas perdana menteri itu antara 2011 hingga 2014.

Pengarah syarikat itu, Datuk Mohd Omar Mustapha, 51, berkata pembayaran berjumlah RM22,981,688 diterimanya antara 3 Mac 2011 hingga 23 April 2014 kerana syarikat terbabit menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk penyediaan teks ucapan dalam bahasa Inggeris untuk Najib sama ada di dalam atau di luar negara.

“Ia juga bagi menyelaras segala urusan dengan pihak media antarabangsa yang berpusat di Malaysia, menyelaras temu duga Najib sewaktu lawatan ke luar negara dengan media antarabangsa dan menyediakan deraf temu duga atau artikel oleh Najib dalam majalah atau surat khabar dalam bahasa Inggeris,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib.

Menurut saksi pendakwaan ke-45 itu, urusan perkhidmatan syarikat tersebut kepada Najib bermula selepas timbulnya isu perkhidmatan oleh APCO Worldwide kepada kerajaan Malaysia yang pada 2010 pihak kerajaan telah membayar RM76.8 juta setahun kepada APCO.

“Pembayaran ini telah dibuat oleh pihak kerajaan atas perkhidmatan PR Antarabangsa (Perhubungan Awam) yang telah diberikan oleh APCO antara Julai 2009 hingga Jun 2010. Pembayaran ini telah menjadi isu yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang dalam Parlimen dan saya difahamkan kontrak antara APCO dan kerajaan selepas itu tidak disambung.

“Ekoran daripada isu tersebut, saya melihat terdapat peluang perniagaan di situ dan telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif APCO di Malaysia pada masa itu, Paul Stadlen untuk bertanya sama ada beliau bersedia untuk keluar daripada APCO dan menyediakan perkhidmatan secara persendirian dan beliau bersetuju,” katanya.

Omar berkata APCO antara syarikat PR Antarabangsa terbesar di dunia yang beribu pejabat di Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan di lebih 30 buah negara termasuk Malaysia.

Saksi itu seterusnya berkata, beliau juga telah berjumpa dengan Najib di pejabat Perdana Menteri pada Mac 2011 untuk menawarkan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepadanya.

Menurut Omar, dalam perbincangan itu, beliau telah menawarkan perkhidmatan tersebut dan pembayaran berdasarkan tuntutan yang dikemukakannya setiap bulan kepada Najib.

“Pada masa itu, Najib telah bersetuju dengan cadangan perkhidmatan tersebut. Saya tidak meminta sebarang kontrak ditandatangani untuk perkhidmatan ini dan beliau (Najib) juga tidak minta sebarang kontrak daripada saya. Urusan ini hanyalah melibatkan perjanjian lisan sahaja memandangkan isu ini kemungkinan besar boleh dipolitikkan.
 -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/najib-keluarkan-cek-hampir-rm23-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simpanan Kwsp Dan Peribadi Lesap Wanita Rugi Hampir Rm1 2 Juta

Simpanan Kwsp Dan Peribadi Lesap Wanita Rugi Hampir Rm1 2 Juta

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 209 hits
SEORANG wanita berusia 55 tahun mengalami kerugian RM1 18 juta apabila menjadi mangsa penipuan penyamaran menerusi panggilan telefon akibat terpedaya dengan dakwaan kononnya dia terbabit dengan jenayah berkaitan pengubahan wang haram Meneru...
Rm42 Juta Itu Kecil Sahaja Hanya Najib Mampu Selamatkan Kerajaan Madani Dan Umno

Rm42 Juta Itu Kecil Sahaja Hanya Najib Mampu Selamatkan Kerajaan Madani Dan Umno

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 315 hits
Bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membebaskan bekas perdana menteri Najib Razak demi rakyat Katanya dari sudut pandang scheme of things RM42 juta iaitu nilai dalam kes rasuah SRC Internati...
Pm Umum Bantuan Rm8 9 Juta Untuk Institusi Pendidikan Islam Kedah

Pm Umum Bantuan Rm8 9 Juta Untuk Institusi Pendidikan Islam Kedah

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 295 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan sebanyak RM8 9 juta bagi meningkatkan tahap dan mutu pendidikan di Kedah Katanya daripada jumlah itu sebanyak RM6 4 juta diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudah...
Polis Evo 3 Telah Mengutip Rm50 Juta Kuasai Box Office Tempatan Tahun 2023

Polis Evo 3 Telah Mengutip Rm50 Juta Kuasai Box Office Tempatan Tahun 2023

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 349 hits
Filem aksi tempatan Polis Evo 3 telah berjaya mengatasi filem filem blockbuster Hollywood untuk kuasai carta box office tempatan Sehinggakini filem arahan Syafiq Yusof itu telah mengutip RM50 juta sekaligus berada di kedudukan pertama menga...
Pm Umum Tambahan Rm500 Juta Atasi Masalah Air Kelantan

Pm Umum Tambahan Rm500 Juta Atasi Masalah Air Kelantan

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 273 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan RM500 juta untuk mengatasi masalah air bersih di Kelantan Anwar berkata peruntukan itu adalah hasil daripada perbincangan antara kerajaan persekutuan den...
The Flash Raih As 139 Juta Pada Minggu Pembukaan Elemental Flop Dengan Sekadar Mengutip As 48 Juta

The Flash Raih As 139 Juta Pada Minggu Pembukaan Elemental Flop Dengan Sekadar Mengutip As 48 Juta

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 289 hits
Sumpahan filem DC berterusan dengan The Flash menunjukkan prestasi lebih teruk daripadan anggaran awal yang dijangkakan sepanjang hujung minggu pembukaannya Walaupun menerima pujian dan skor penonton yang tinggi di Rotten Tomatoes filem sol...
Peneliti Chile Temukan Fosil Dinosaurus Berparuh Bebek Berusia 72 Juta Tahun

Peneliti Chile Temukan Fosil Dinosaurus Berparuh Bebek Berusia 72 Juta Tahun

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 214 hits
Menurut sebuah studi baru yang dipublikasikan di Science Advances penemuan fosil dinosaurus herbivora berparuh bebek ini diyakini pernah menjelajahi dataran sungai kuno dan terpencil Patagonia di Chile selatan sekitar 72 juta tahun yang lal...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji