Nabila Huda Sedih Keguguran






Nabila Huda menyifatkan belum rezekinya bersama suami, Mohd. Izwan untuk menimang cahaya mata selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Sehari selepas dihujani ucapan tahniah dalam laman Instagram berikutan kemenangannya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30), aktres Nabila Huda mengejutkan banyak pihak apabila berkongsi berita sedih kerana mengalami keguguran.

Perkongsian pelakon drama bersiri Kamar Kamariah itu ternyata mengundang simpati pelbagai pihak apatah lagi Nabila mendedahkan, dia bersama suami, Mohd. Izwan Johar telah menanti zuriat selama empat tahun sejak berkahwin pada 2015.

Meski kekal positif dengan ketentuan Allah, bagaimanapun Nabila gagal menyembunyikan kesedihan naluri keibuannya terutama selepas melihat reaksi anak hasil perkahwinan terdahulunya, Keisha Laila, 9, ketika berkongsi mengenai khabar sedih itu.

Selepas tamat proses berpantang Nabila membuat kemunculan pertamanya pada majlis pengumuman duta kempen Ramadan Raya Media Prima Berhad baru-baru ini. Selain bercerita mengenai kisah dukanya, Nabila turut berkongsi mengenai aktiviti seninya sepanjang bulan Ramadan kali ini.

Bagaimana keadaan Nabila selepas mengumumkan keguguran pada awal April lalu?

Nabila Huda: Alhamdulillah, saya okay dan kehidupan perlu diteruskan. Sudah tentu saya sedih kerana sudah lama menanti zuriat ini terutamanya suami. Namun, sudah ditakdirkan tiada rezeki.

Mungkin Allah membuat keputusan ini untuk memberikan saya lebih banyak masa berbulan madu bersama suami. Saya percaya perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

Siapakah yang paling terkesan dengan berita keguguran tersebut?

Sudah tentu insan pertama terkesan dengan berita ini adalah suami. Namun, saya lebih sedih apabila memaklumkan berita ini kepada Keisha kerana dia sangat teruja menantikan kehadiran seorang adik.

Sebagai ibu, saya menerangkan keadaan sebenar kepada Keisha. Sejak daripada awal kehamilan, saya sudah memaklumkan kepada Keisha untuk tidak terlalu teruja. Selepas diberikan penjelasan dengan baik, Keisha dapat menerima hakikat.

Jika anda sudi kongsikan, apakah nasihat yang diberikan kepada Keisha?

Saya menganggap Keisha seperti rakan, jadi tiada rahsia antara kami. Saya terangkan kepada Keisha bahawa dia perlu bersyukur dengan ketentuan Allah kerana saya dan suami mempunyai lebih banyak masa memanjakan dirinya.

Sekiranya adik Keisha lahir, kami mungkin tidak dapat meluangkan banyak masa dengannya. Sebaik mendengar nasihat tersebut dia mula memahami dan mengesat air mata.

Tujuan saya menggunakan pendekatan tersebut supaya Keisha lebih faham mengenai situasi yang kami alami. Keisha juga lebih mudah menerima pendekatan sedemikian.

Anda kelihatan sangat kuat berdepan dugaan ini. Adakah anda langsung tidak terkesan dengan kehilangan ini?

Tipu saya tidak bersedih dengan kehilangan ini kerana kami telah lama menanti zuriat bersama-sama. Tetapi tiada gunanya saya bersedih secara melampau kerana kami boleh berusaha.

Seperti yang saya terangkan sebentar tadi, Allah lebih tahu yang terbaik. Mungkin Allah berasakan kami belum bersedia. Saya dan suami mempunyai banyak masa untuk berbulan madu. Kami boleh terus mencuba untuk mendapatkan cahaya mata.

Adakah anda duta kempen Ramadan Raya Media Prima Berhad?

Saya tidak terlibat sebagai duta kempen #SetulusIkhlas. Kehadiran saya hanyalah untuk mempromosikan drama baharu Kamar Kamariah.

Saya juga akan tampil dalam satu slot drama Iktibar terbitan produksi A. Aida Productions.

Apakah aktiviti seni anda sepanjang Ramadan ini?

Saya hanya berehat di rumah. Ramadan adalah waktu saya meluangkan masa sepenuhnya bersama keluarga dan untuk beribadah.

Saya akan mengehadkan aktiviti seni dan hanya akan menjalani penggambaran sebuah telefilem selama lima hari ketika bulan Ramadan nanti.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/nabila-huda-sedih-keguguran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengawal Keselamatan Yang Dipukul Buka Mulut Luah Rasa Sedih Dan Pesanan Dia Pasti Buat Pelawak Terkenal Ini Terdiam

Pengawal Keselamatan Yang Dipukul Buka Mulut Luah Rasa Sedih Dan Pesanan Dia Pasti Buat Pelawak Terkenal Ini Terdiam

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 492 hits
Yahya 70 yang juga pengawal keselamatan di taman perumahan berkenaan menyifatkan perbuatan artis lelaki berusia 49 tahun itu sebagai hadiah menyambut ulang tahun kelahirannya semalam Pengawal Keselamatan Yang Dipukul Buka Mulut Luah Rasa Se...
Hiburan Pengawal Keselamatan Sedih Disepak Dan Ditumbuk Pelawak Terkenal

Hiburan Pengawal Keselamatan Sedih Disepak Dan Ditumbuk Pelawak Terkenal

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 377 hits
Semalam viral video seorang pelawak terkenal menumbuk seorang pengawal keselamatan warga emas sehingga cedera di bahagian muka pinggang dan lutut Lelaki berusia 70 tahun itu yang dikenali sebagai Yahya Manap mengakui sedih dibelasah teruk t...
Saya Tak Pandai Didik Anak Macam Anda Ibu Mua 11 Tahun Luah Rasa Sedih Anak Dike Cam Netizen

Saya Tak Pandai Didik Anak Macam Anda Ibu Mua 11 Tahun Luah Rasa Sedih Anak Dike Cam Netizen

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 522 hits
Saya Tak pandai didik anak macam anda Ibu MUA 11 tahun luah rasa sedih anak dike cam netizen Sebelum ini telah tular kemahiran bersolek seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun ramai yang tidak percaya bahawa kanak kanak ini mampu mem...
Hiburan Normah Damanhuri Sedih Dengan Komen Netizen Lemparkan Tuduhan Sesuka Hati

Hiburan Normah Damanhuri Sedih Dengan Komen Netizen Lemparkan Tuduhan Sesuka Hati

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 903 hits
Kontroversi lelaki berpakaian wanita seksi dan menari lucah di perkahwinan Ahya Rosli sehingga hari ini masih lagi hangat diperkatakan Ramai yang tidak boleh terima apabila majlis perkahwinan dicemari dengan aksi ghairah yang bertentangan d...
Video Tak Jadi Sedih Moment Bulu Mata Master Chef Indonesia Mencuit Hati Ramai

Video Tak Jadi Sedih Moment Bulu Mata Master Chef Indonesia Mencuit Hati Ramai

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 547 hits
VIDEO Tak Jadi Sedih Moment Bulu Mata Master Chef Indonesia Mencuit Hati Ramai Ramai pastinya sudah tahu rancangan pertandingan memasak popular berjudul MasterChef Menghimpunkan pelbagai peserta daripada latar belakang berbeza semuanya akan...
Tak Berdendam Cuma Sedih Dedah Apa Sebenarnya Berlaku Ini Respond Pengawal Keselamatan Kepada Pelawak Popular Itu

Tak Berdendam Cuma Sedih Dedah Apa Sebenarnya Berlaku Ini Respond Pengawal Keselamatan Kepada Pelawak Popular Itu

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 968 hits
Tak Berdendam Cuma Sedih Dedah Apa Sebenarnya Berlaku Ini Respond Pengawal Keselamatan kepada pelawak popular itu Semalam viral video seorang artis lelaki bertengkar dan menumbuk pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati Nilai Negeri Se...
Setakat Mana Kita Sedih Hibah Th Terendah

Setakat Mana Kita Sedih Hibah Th Terendah

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 228 hits
Sedih kerana angka nya yang rendah atau sedih atas punca yang menyebabnya jadi rendah Sebagai penyimpan yang tidak mencapai ratusan ribu dan berbalik kepada niat awal menyimpan ada atau tiada hibah langsung bukan satu persoalan pun Paling s...
Rezeki Anak Ke 4 Cepat Alif Satar Syukur Isteri Hamil Semula Selepas Keguguran Awal Tahun

Rezeki Anak Ke 4 Cepat Alif Satar Syukur Isteri Hamil Semula Selepas Keguguran Awal Tahun

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 834 hits
Penyanyi dan pengacara Alif Satar mendedahkan isterinya Sha Dila mengalami keguguran ketika kandungan cahaya mata ketiganya memasuki lapan minggu pada awal tahun ini Bagaimanapun Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar 29 bersyuk...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Happy Deepavali 2025

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Marjeena Cafe Parit Buntar

Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali