Nabi Pun Rujuk Pakar Ketika Sakit Mufti Perlis



Nabi Muhammad SAW pun merujuk dan menerima pandangan pihak yang pakar dalam bidang perubatan ketika sakit, dan tidak hanya bergantung kepada makanan seperti habfatus sauda untuk sembuh, kata Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.
Memetik hadis apabila isteri nabi, Aisyah ditanyakan mengenai ilmu perubatannya, Aisyah menjawab dia belajar ilmu tersebut daripada wakil Arab yang datang mengajar bahan-bahan perubatan dan cara membancuhnya, ketika nabi sakit pada akhir hayat baginda.
“Maksudnya, nabi ini menerima perubatan yang dicadangkan oleh ahli perubatan. Nabi tak kata, cukup dengan habatussauda sahaja. Ini konsep yang salah,” katanya dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang disiarkan semalam.
Malah, kata Asri, nabi juga merujuk sahabat-sahabat yang sakit kepada Al-Harith ibn Kaladah, seorang pakar perubatan yang dikatakan bukan beragama Islam.
“Sebab apa, sebab itu adalah bidang dia. Nabi tidak kata, apalah kamu cari Al-Harith ibn Kaladah, cukup dengan habatussauda sahaja.
“[…] Hatta nabi merujuk kepada ahli apabila sakit. Nabi tidak kata semua makan habatussauda, air zamzam, dengan madu, cukuplah. Kalau tidak, tidaklah berkembang dunia perubatan Islam,” katanya lagi.
Dia mengulas satu komen yang dibacakan moderator, Rizal Ramli, berbunyi:
“Bagi pendapat aku yang bodoh lagi bingai ini, tak ada penyakit jangan cari penyakit. Kalau suntik vaksin boleh bawa kemudaratan walaupun sedikit, kenapa aku nak risikokan diri aku? Aku amalkan apa yang Rasulullah sebutkan sahaja. Alhamdulillah, habatussauda untuk tingkatkan imunisasi”.

Kata Asri, jenama makanan sunnah kadang-kadang disalahgunakan sehingga akhirnya mengelirukan orang ramai.
Katanya, meskipun pengambilan habatus sauda ada disebut di dalam hadis, tetapi nabi tidak menyebut habatussauda bagi menghadapi mana-mana wabak.
Forum itu mengupas isu Vaksin: Cegah sebelum kalah.
Di media sosial, golongan menolak vaksin banyak yang mempertikaikan pengambilan vaksin Covdi-19, dengan ada yang menyandarkannya kepada teori konspirasi.
Ada pihak yang memilih untuk bergantung pada makanan sunnah sebagai ikhtiar meningkatkan sistem imun badan bagi menghadapi Covid-19, seperti madu dan habatussauda.
Ada juga pihak yang masih mempertikaikan status vaksin Covid-19, dari segi kehalalan bahannya, malah ada yang berpandangan ia mengandungi bahan haram.
Pesan Pengerusi Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Wan Zahidi Wan Teh, umat Islam tidak harus mengmbil mudah soal mengharamkan sesuatu perkara tanpa bukti ia haram.
Mengharamkan sesuatu tanpa bukti, bererti dia mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, dan hukumnya sama dengan perbuatan menghalalkan apa yang haram di sisi Islam.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI pada 3 Dis lepas yang mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan yang ditetapkan kerajaan.
Pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata ada tiga aspek penting penentuan hukum halal dan haram: iaitu dalil al-Quran dan hadis, sumber berunsur najis (seperti haiwan tidak disembelih atau babi), dan sumber daripada bahan yang mendatangkan mudarat.
Katanya, dalam bab vaksin Covid-19 di Malaysia, berdasarkan kenyataan KKM, ketiga-tiga aspek itu tidak dipenuhi, maka penggunaan vaksin tidak boleh diharamkan sewenang-wenang.

 
Dapatkan pandangan ulama dunia
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Zulkifli Mohamad pula berkata dia telah mendapatkan pandangan ulama terkemuka tentang hukum pengambilan vaksin, termasuk Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, Mufti Mesir Shawki Allam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu Syeikh Abdullah Ben Bayyah.
Rata-rata mereka, katanya berfatwa bersandarkan kepada rujukan pakar kesihatan bagi memastikan vaksin ini (vaksin Covid-19) selamat dan halal digunakan.
Dia berkongsi satu komen yang dianggapnya sangat menarik mengenai keutamaan maqasid syariah, ketika dia mengadakan pertemuan dengan beberapa tokoh agama berbangsa Arab di pejabatnya.
“Saya tanya, sekarang orang nak sembahyang, nak ibadah, jadi itu hifzuddin (pemeliharaan agama). Sekarang masalahnya, di dalam Covid-19 kita nak jaga hifzunnafs (pemeliharaan jiwa). Kalau ikut tangga hifzuddin nombor satu.
“Kata dia, betul, hifzuddin nombor satu, tapi yang menjaga addin (agama) itu orang, yang mengamal itu orang.
“Ini kaedah yang disebut Imam Ghazali, dan ini juga hujah yang disebut Al-Azhar – satu model yang dianggap masyhur di dunia,” katanya lagi.
Forum itu menampilkan sembilan ahli panel yang terdiri daripada mufti, pensyarah universiti, pendakwah dan pakar perubatan, dan dikendalikan Mohd Hariri Mohamad Daud selaku moderator bersama Rizal.
Panel-panel lain ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Luqman Abdullah; Timbalan Mufti Selangor, Anhar Opir; pakar perubatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah; timbalan ketua pengarah kesihatan (penyelidikan dan sokongan teknikal), Dr Hishamsham Mohd Ibrahim; serta pendakwa bebas Firdaus Wong Abdullah.

The post Nabi pun rujuk pakar ketika sakit – Mufti Perlis appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/27/nabi-pun-rujuk-pakar-ketika-sakit-mufti-perlis/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=nabi-pun-rujuk-pakar-ketika-sakit-mufti-perlis

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nabi Tak Kata Cukup Dengan Habbatus Sauda Itu Salah Mufti Perlis Perjelas Kekeliruan Makanan Sunnah Atasi Wabak

Nabi Tak Kata Cukup Dengan Habbatus Sauda Itu Salah Mufti Perlis Perjelas Kekeliruan Makanan Sunnah Atasi Wabak

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 290 hits
Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin tampil menjelaskan mengenai da kwaan serta kekeliruan sesetengah pihak berkaitan makananan sunnah yang mampu menyembuhkan peny akit
Saya Selalu Sakit Ari Ari Ketika Hamil Adakah Ini Normal Atau Saya Perlu Risau

Saya Selalu Sakit Ari Ari Ketika Hamil Adakah Ini Normal Atau Saya Perlu Risau

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 344 hits
Ramai wanita hamil yang mengadu rasa sakit ari ari ketika hamil Ari ari ialah kawasan bahagian bawah perut Hal ini membuatkan ibu hamil risau tentang mengapa mereka rasa sakit ari ari Adakah sesuatu sedang terjadi pada
Vaksin Rujuk Pakar Perubatan Bukan Pakar Media Sosial

Vaksin Rujuk Pakar Perubatan Bukan Pakar Media Sosial

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 221 hits
NOOR HISHAM ABDULLAHPUTRAJAYA Orang awam perlu mendapatkan maklumat sahih dan terkini berkaitan vaksin Covid 19 daripada pakar bukan merujuk media sosial semata mata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya ...
Pemuda Hilang Ketika Keluar Beli Roti Canai

Pemuda Hilang Ketika Keluar Beli Roti Canai

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 208 hits
Oleh Azman Bin Ibrahim dan ISKANDAR SHAH MOHAMED MA AYOB dan Jalaludin menunjukkan laporan polis serta gambar Muhammad Syukur yang hilang di Kampung Tambak Jawa Jeram Kuala Selangor Selangor UTUSAN ISKANDAR SHAH MOHAMED KUALA SELANGOR Seora...
Kad Lanyard Khas Bagi Penumpang Sakit Dapat Tempat Duduk Di Pengangkutan Awam

Kad Lanyard Khas Bagi Penumpang Sakit Dapat Tempat Duduk Di Pengangkutan Awam

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 241 hits
SINGAPURA Penumpang yang mempunyai masalah perubatan jangka panjang yang membuat mereka tidak boleh berdiri lama akan dapat menggunakan tanda pengecaman untuk membantu mereka mendapatkan tempat duduk di dalam bas dan kereta api di sini Mula...
Atuk Meninggal Gadis Kesal Ibu Dilayan Kasar Dibalai Ketika Mohon Rentas Negeri

Atuk Meninggal Gadis Kesal Ibu Dilayan Kasar Dibalai Ketika Mohon Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 393 hits
Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan 2 0 kembali dilaksanakan urusan merentas negeri sama sekali tidak dibenarkan kecuali atas sebab sebab mustahak Namun begitu surat kebenaran merentas negeri perlu mendapat kelulusan daripada pihak balai pol...
Masih Lagi Berasap Ketika Tiba Shuib Dan Sarah Hulur Bantuan Bina Rumah Mangsa Kebakaran

Masih Lagi Berasap Ketika Tiba Shuib Dan Sarah Hulur Bantuan Bina Rumah Mangsa Kebakaran

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 315 hits
Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini pasangan usahawan iaitu Shuib Sepahtu dan isteri penyanyi Siti Sarah tetap menabur budi menolong dan membantu mereka yang memerlukan di luar sana Sumber Instagram Siti Sarah nbsp
Apakah Syaitan Yang Sering Ganggu Ketika Solat

Apakah Syaitan Yang Sering Ganggu Ketika Solat

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 287 hits
Apakah Syaitan Yang Sering Ganggu Ketika Solat Apa nama syaitan yang sering ganggu solat kita Semasa solat lah kita ingat macam macam bertahun punya memori semua datang Bila duduk diam diam tak ada pulak gangguan perkara perkara yang kita t...
Merajuk Vs Sakit

Merajuk Vs Sakit

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 300 hits
Hari tu Mama Yan baru je start merajuk sebab suami tak nak pergi IKEA dia kata pening la pergi IKEA tu kena jalan jauh jauh pusing pusing Payah nak cari barang Lepas dia reject request kita tu petang tu dia pergi main golf Aik Pergi main go...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket