Mysiswaplace Platform Baucar Buku Pelajar Ipt Fasa 2
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengagihkan Baucar Buku Pelajar IPT Fasa Kedua melalui platform MYSISWAPLACE bermula 30 Oktober 2024. Pastikan anda mendaftar dan mengakses platform tersebut untuk mendapatkan baucar yang boleh digunakan untuk membeli buku dan keperluan pembelajaran.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan maklumat lanjut MySISWAPLACE dan cara membuat semakan kelayakan, memohon dan menggunakan baucar buku.
Baca juga:
Baucar Buku IPT MySISWAPLACE- Semakan / Penebusan RM100
Baucar Buku MADANI 2024 – Semakan & Penebusan
Apa itu MySISWAPLACE
MySISWAPLACE adalah portal yang membantu pelajar dengan menyediakan akses mudah dan cepat kepada bahan bacaan melalui pelantar atas talian yang dilengkapi dengan sistem yang telus bagi memastikan pelajar sentiasa mempunyai bahan rujukan yang diperlukan, memaksimumkan keberkesanan pembelajaran dan mengurangkan kesulitan.
Tujuan inisiatif ini justeru dapat membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekali gus dapat memugar budaya membaca dalam kalangan pelajar IPT serta bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan.
Bilakah MySISWAPLACE Dilancarkan?
Majlis Peluncuran MySISWAPLACE akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, pada 29 Oktober 2024.
Tentang Baucar Buku Fasa 2
Baucar buku fasa 2 dilaksanakan bermula pada 30 Oktober hingga 31 Disember 2024
Baucar buku IPT akan disalurkan melalui platform MySISWAPLACE di pautan https://mysiswaplace.my bermula 30 Oktober 2024
Penebusan kod baucar yang terjana di portal hanya sah digunakan untuk pembelian buku di portal tersebut sahaja
Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100
Cara Semak Kelayakan Baucar Buku IPT
Untuk menyemak kelayakan sama ada anda layak atau tidak menerima baucar buku fasa 2, anda boleh ikuti langkah mudah berikut:
Layari portal laman rasmi MySISWAPLACE di pautan berikut: https://mysiswaplace.my
Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan, No. Matrik, dan Jenis Institusi Pengajian Tinggi.
Setelah siap mengisi butiran yang dikehendaki, klik pada butang “Semak Kelayakan”.
*NOTA: Portal ini akan dibuka bermula 30 Oktober 2024 untuk penebusan.
Cara Mohon & Tebus Baucar Buku IPT & IPG
Untuk memohon dan menebus baucar buku fasa 2 bagi pelajar IPT dan IPG, anda boleh ikuti langkah mudah berikut:
Semak kelayakan anda di pautan berikut: https://mysiswaplace.my
Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan, No. Matrik, dan Jenis Institusi Pengajian Tinggi.
Kod akan dijana selepas semakan dibuat di portal rasmi GREaT.
Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital tersebut.
Setiap pelajar layak menebus baucar ini secara satu kali transaksi pembelian sahaja.
*NOTA: Portal ini akan dibuka bermula 30 Oktober 2024 untuk penebusan.
Tarikh & Tempoh Penebusan Baucar Buku 2024
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk pelajar IPTA yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif adalah dari 30 Oktober 2024 hingga 31 Disember 2024.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut terkini berkenaan dengan MySiswaPlace di pautan berikut: https://mysiswaplace.my/ atau ikuti FACEBOOK rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/mysiswaplace/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mysiswaplace