Mylea Appreciation Night 2020 2021 Dan Pelancaran New Packaging Dream Curve
Seronok rasanya saya apabila pertama kali dapat menyertai majlis Mylea Appreciation Night yang dianjurkan oleh Amylea Group sempena meraikan para fighter (business partner), ejen-ejen dan kakitangan Amylea Group Sdn Bhd untuk pencapaian bagi tahun 2020 dan 2021.
Bertemakan glamorous dan tuxedo, majlis yang bertempat di Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu ini merupakan gabungan kepada Mylea Appreciation Night bagi tahun 2020 dan 2021 memandangkan majlis tersebut tidak dapat dijalankan secara fizikal bagi tahun sebelumnya disebabkan oleh endemik Covid-19 yang melanda.
Mylea Appreciation Night dalam Kilauan
Pada malam tersebut saya buat pertama kalinya bersua muka dengan pengasas Mylea sendiri iaitu Puan Amylia Farhana yang ramah dan cantik bergaya serta suaminya, Encik Mohd Fakhrulrazi yang tak lokek senyuman sepanjang majlis berlangsung.
Majlis yang bermula seawal jam 8.30 malam itu berjaya membuatkan mata saya tak berkedip memandang setiap tetamu yang hadir kerana tertarik melihat pakaian yang begitu anggun berkilau digayakan setiap ejen dan kakitangan Amylea Group. Bukan sahaja pakaian malah saya turut kagum melihat bagaimana Mylea menghargai setiap individu yang menjadi tulang belakang kepada kejayaannya.
Bertepatan dengan tema, hadiah penghargaannya juga bukan calang-calang ya. Hadiah utama berupa sebuah motorsikal dan sebuah telefon pintar dan tak lupa juga beberapa hadiah berupa pakej mengerjakan umrah menunjukkan bahawa Amylea Group sangat menghargai agen dan kakitangannya sehingga sanggup mengeluarkan sejumlah hadiah yang bukan rendah nilainya.
Tenggelam dalam dunia gilang gemilang pada malam itu, saya dapat merasakan kerendahan hati Puan Amylea apabila dalam ucapan yang mewakili dirinya dan suami, beliau menyatakan keterharuannya apabila para leaders dan fighters daripada Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka sanggup turun padang dan hadir ke majlis tersebut meski pun dari jauh.
Beliau turut memberitahu bahawa tanpa kehadiran mereka (business partner, ejen-ejen dan kakitangan Amylea Group Sdn Bhd), dirinya dan suami bukanlah siapa-siapa dan mendoakan agar Alllah Taala memewahkan lagi rezeki bersama platform Mylea supaya lebih ramai yang dapat dibantu dan Amylea Group dapat menjadi pembayar zakat terbesar.
Majlis makan malam tersebut turut diserikan dengan persembahan magik daripada Fakhrul Illutionz yang bukan sahaja membuatkan otak saya tak mampu berfikir malah anak-anak di rumah juga turut sama excited. Rupa-rupanya, saat saya menghadiri majlis tersebut, keluarga di rumah pula sedang menonton Facebook Live Mylea dan turut teruja melihat persembahan ahli silap mata yang mengagumkan sehingga membuatkan sel otak kami tak mampu berhubung.
Tak sempurna majlis makan malam tanpa persembahan nyanyian. Sambil mengisi perut dengan pelbagai juadah lauk pauk dan desserts yang berwarna-warni, halwa telinga kami turut dihiburkan dengan persembahan lunak merdu oleh dj radio Manis FM iaitu Nura dan pasangan duetnya Aiman yang popular di Youtube dengan tontonan melebihi 1 juta.
Dream Curve New Packaging Pelengkap Badan Impian
Turut memperkenalkan packaging terbaharu produk Dream Curve pada malam itu, Puan Amylea mengimpikan agar ramai yang mampu bertubuh langsing menjelang Hari Raya ini dengan perasa coklat oat dan hazelnut latte daripada Dream Curve. Pada harga RM69 sekotak termasuk penghantaran, minuman Dream Curve sesuai dijadikan minuman tambahan menjelang Ramadhan ini.
Kenapa perlu tunggu Ramadhan?
Ini kerana dua perasa berbeza yang terdapat dalam kotak Dream Curve bertindak secara berlainan setiap satunya. Perisa coklat oat membantu untuk memberi rasa kenyang berpanjangan dan mengawal nafsu makan, jadi ia amat sesuai diminum sewaktu bersahur di bulan Ramadhan. Manakala bagi perisa hazelnut latte, ia bertindak untuk membersihkan badan dan detoks menjadikan ia sesuai diminum sewaktu berbuka puasa atau ketika moreh.
Saya juga dah dapatkan minuman Dream Curve saya dan mula minum hazelnut latte seawal pagi ini untuk detoks segala radical bebas yang terdapat dalam tubuh. Rasanya memang sedap dan memenuhi selera saya, rasanya sekotak ini saya boleh habiskan dalam beberapa minggu saja kerana ianya memang sedap!
Oh, jika awak nak cuba sendiri minuman Dream Curve, saya sarankan untuk awak beli dua kotak dengan harga RM130 termasuk kos penghantaran bagi melayakkan awak menikmati sekotak lagi minuman Dream Curve secara percuma. Nak beli dimana? Klik je link di bawah:
Facebook Mylea : https://www.facebook.com/Myleahq.Official/
Instagram Mylea : https://www.instagram.com/mylea_hq/?hl=en
Hadiah Appreciation Night 2020 dan 2021
Seramai lapan orang telah berjaya membawa pulang hadiah berupa pakej umrah bagi prestasi memberangsangkan dalam pencapaian jualan mereka bagi tahun 2021. Empat daripadanya adalah dalam kategori fighter, dua orang dari kategori ejen manakala dua orang lagi adalah daripada kategori kakitangan Mylea.
Hadiah pencapaian ini hanya diberikan kepada mereka yang layak bagi tahun 2021 sahaja dan tidak bagi tahun 2020 memandangkan hadiah berupa pakej umrah telah diberikan dalam bentuk wang tunai memandangkan majlis tidak dapat dijalankan pada ketika itu disebabkan endemik.
Kemuncak majlis adalah apabila hadiah cabutan bertuah diumumkan bagi peraduan Gores & Menang sempena pelancaran New Advanced Formulation Mylea Freckles Serum yang telah diadakan baru-baru ini. Pemenang bertuah ini telah berjaya membawa pulang sebuah motosikal MW 110 dan sebuah telefon pintar.
Apa yang saya lihat, Mylea Appreciation Night ini bukan sahaja dapat membangkitkan semangat kakitangan untuk terus bekerja keras membuat jualan tertinggi demi meraih habuan lumayan tahunan bagi prestasi terbaik malahan turut menjentik hati mereka untuk terus bersama Mylea apabila hadiah bagi kategori ringkas seperti anugerah tepati masa, anugerah join kelas dan anugerah bonding terbaik juga turut diberikan.
Semoga Mylea terus maju jaya dan seterusnya menjadi penyumbang zakat terbesar pada tahun-tahun mendatang. Aamiin..da tak lupa juga untuk rekod, Mylea telah membayar zakat bagi tahun 2020 dan 2021 dengan anggaran melebihi RM900,000. Subhanallah..terbaik Mylea!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2022/03/mylea-appreciation-night-2021-dan-pelancaran-dream-curve-new-packaging.html