Mykid Semakan Status Online Dan Cara Memohon Mykid
Pernah tular di media social bahawa MyKid telah dimansuhkan, sebenarnya berita itu tidak benar sama sekali, MyKid masih diteruskan cuma pada ketika itu berlaku kelewatan atas sebab kekurangan bekalan mikrocip global. Jadi ibu-bapa masih lagi boleh membuat semakan status mykid dan boleh memohon dan mendaftar mykid untuk anak-anak
$ads={1}
Pendapat peribadi, sejujurnya qaseh lebih suka MyKid kerana mudah untuk dibawa kemana-mana, contohnya atas urusan kesihatan, sekolah dan sebagainya. Korang dah buat MyKid untuk anak-anak ? Kalau dah, jangan lupa buat semakan status MyKid dan pada ibu-bapa yang belum memohon, meh qaseh kongsikan cara memohon MyKid dengan mudah
Apa itu MyKid $ads={1}
MyKid merupakan kad pengenalan bercip untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun. Bezanya dengan MyKad adalah tiada gambar dan cop jari. Maksud My adalah ‘Malaysia’, dan Kid pula, ‘kad identiti diri’. Jadi, MyKid ni pun dah siap-siap ada nombor pengenalan diri dan ia digunakan sejak lahir dan sepanjang hayatlah
Apa Yang Ada Pada MyKid ?Ada 3 aplikasi penting dalam MyKid yang korang perlu tahuAplikasi JPN (data kelahiran)Maklumat KesihatanMaklumat Pendidikan$ads={1}
Cara Memohon MyKid MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia berumur bawah 12 tahun, cara memohon MyKid sangat senang dan ada dokumen-dokumen penting yang ibu-bapa perlu sediakanIbu bapa perlu hadir ke kaunter Perkhidmatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdekat tanpa membuat temujanji jadi boleh walk in sahaja, permohonan MyKid tidak boleh dibuat secara onlineIsi borang JPN.MYKID01, jika tak tahu boleh tanya pada staff, diorang akan beri penjelasan secara terperinci lah
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon MyKidSijil Kelahiran Asal/borang (W) yang asalSijil lahir anak (original)Dokumen Pengenalan diri ibu-bapa Sijil Nikah pemohon Salinan IC ibu bapaSalinan sijil nikah ibu bapaSalinan sijil lahir anak3. Dah siap semuanya, staff akan berikan surat notis yang menyatakan tempoh siap MyKid dan bila ibu-bapa perlu ambil, korang juga boleh semak status MyKid anak-anak secara online sahaja
Info : Permohonan untuk membuat MyKid adalah PERCUMA{alertSuccess}
Cara Buat Semakan Status MyKid Secara Online Buka website http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
$ads={1}
Lengkapkan maklumat yang diminta Kemudian klik ‘semak’Status permohonan MyKid akan muncul, jika sudah siap boleh lah ibu-bapa ambil di kaunter JPNJika diberi surat notis, sila bawa bersama kad pengenalan pemohon (ibu bapa) dan sijil lahir anak yang original
Kelebihan MyKid Mudah dibawa kerana bersaiz kecilMengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swastaDigunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital,klinik bagi tujuan pemeriksaan dan juga persekolahanMempunyai ciri-ciri keselamatan yang tidak mudah disalah gunaMenggunakan teknologi cip yang membolehkan maklumat dibaca melalui cip dan juga mudah untuk dikemaskiniBentuk cantik dan menarik$ads={1}Apa Yang Perlu dibuat Jika MyKid Hilang atau Rosak?Dukacitanya jika MyKid anak hilang atau rosak, pihak JPN tidak akan menggantikan MyKid yang baru dan korang juga tidak akan didenda. Makanya, jika hilang dan rosak, korang perlu membawa sijil kelahiran asal untuk segala urusan. Haaaa so jaga lah MyKid tu baik-baik ya {alertSuccess}
Cara Tukar MyKid kepada MyKad Secara Online di Portal JpnBila anak sudah berinjak umur 12 tahun, maka MyKid perlu ditukar kepada MyKad. Sekarang makin mudah kerana boleh tukar secara online atau atas talian sahaja. Caranya sangat mudah :Daftar akaun dahulu di https://www.malaysia.gov.my/portal/registerPermohonan boleh dilakukan dengan melayari web https://web12tahun.jpn.gov.my/ atau imbas QR kodLog masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkanTick pada bahagian “saya setuju” setelah membaca terma dan syaratIsikan maklumat pada kad pengenalan 12 tahunTekan butang ‘hantar’Cetak maklumat permohonan kad pengenalan 12 tahunBawa salinan pendaftaran tersebut ke kaunter JPN untuk mengambil MyKad
Dokumen Sokongan Yang Perlu dibawa Sijil lahir original anakKad Pengenalan ibu bapaBil utiliti untuk pembuktian alamat
Bayaran Yang dikenakan Untuk Memohon MyKad 12 tahun
$ads={1}
PenutupSemoga perkongsian ini memudahkan dan memberi manfaat pada semua. Untuk maklumat lanjut boleh layari website http://jpn.gov.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2023/08/semakan-mykid-jpn.html