Mybkm 2022
MyBKM 2022 (LOG MASUK, MOHON, UPDATE & CHECK STATUS ONLINE)
Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BKM 2022
Pemohon yang perlu membuat Permohonan BKM 2022 adalah seperti berikut:
Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas COVID-19 (BKC); serta
Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
APAKAH BANTUAN KELUARGA MALAYSIA(BKM)?
Bantuan Keluarga Malaysia adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal
CARA LOG MASUK MyBKM
Berikut adalah merupakan cara Log Masuk BKM:
Layari portal rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my
Masukkan No MyKad anda (tanpa tanda sempang (-) atau dash)
Tekan butang Semak
Anda telah Berjaya Log Masuk ke dalam system BKM
Nota: Sekiranyan anda belum pernah mendaftar lagi, akan akan terpapar ralat “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.” Maka, anda perlu buat pendaftaran BKM terlebih dahulu.
CARA PERMOHONAN ONLINE MyBKM 2022
Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:
Layari portal rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my atau Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
Klik Permohonan Baharu
Pada bahagian Pemohon, lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muatnaik dokumen yang diperlukan.
Pada bahagian Pengesahan sila tick ruangan tersebut. Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan,
Klik butang Hantar jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan Permohonan di MyBKM 2022
Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan
CARA KEMASKINI/UPDATE MyBKM ONLINE
Untuk kemaskini makluma BKM anda adalah seperti berikut:
Layari portal rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my
Log masuk akaun anda
Kemudian klik pada Kemaskini Permohonan
Sila kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah dari sebelum ini
Maklumat yang paling selalu berubah ialah:
Nombor Akaun Bank
Status Perkahwinan
Nombor Telefon
Maklumat Anak
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MyBKM ONLINE 2022
Berikut adalah cara membuat semakan BKM anda:
Layari portal rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my
Log masuk akaun anda
Klik pada butang Peti Mel
Tekan perkataan Surat di bahagian atas dan Anda akan dapat lihat Subjek Permohonan BKM 2022
Tekan pada Permohonan BKM 2022
Akan keluar contoh paparan seperti ini
“Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BKM untuk semakan permohonan:Nombor MyKad Pemohon: XXXXXX-XX-XXXX
Nama Pemohon: XXXXXXXXX XXX XXXXXX
Tarikh & Masa: 25/01/2022 15:30 PM
Semakan permohonan dihantar / diterima oleh LHDN sudah selesai
CARA SEMAK STATUS KELULUSAN BKM 2022
Berikut adlaah merupakan cara semakan status kelulusan BKM:
Layari portal rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my
Log masuk akaun anda
Tekan butang Semakan Status
Sekiranyan LULUS – anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
Amaun Keseluruhan BKM Diterima. Contohnya RM800.00
Jadual Bayaran
Untuk mengetahui samada duit BKM sudah masuk atau belum, pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila baca cara dapatkan No Baucar BPR untuk tebus di BSN.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai MyBKM online, anda boleh layari pautan rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/
ARTIKEL LAIN
TARIKH BAYARAN BKM FASA 1 2022 (Check Bila Duit Masuk Bank)
The post MyBKM 2022 (LOG MASUK, MOHON, UPDATE & CHECK STATUS ONLINE) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/mybkm-online.html