Muzikal Lawak Superstar Kembali Untuk Musim Kedua


Hi Korang,
‘Muzikal Lawak Superstar’ (MLS) program realiti muzikal komedi Astro Warna kini kembali untuk musim kedua! Program yang sarat dengan gelak tawa ini bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya secara eksklusif di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127) pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam mulai 18 Disember 2020. Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh disaksikan di mana sahaja menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di on demand, serta juga boleh dinikmati menerusi platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak. 


MLS menggandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak dan selebriti dari pelbagai cabang industri hiburan termasuklah pelakon, penyanyi dan personaliti popular. Program yang bakal bersiaran selama 12 minggu berturut-turut ini akan dikemudikan oleh dua nama sensasi dalam industri, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Lebih menarik lagi, lagenda rock tanah air, Dato’ Awie kembali menyarung jersi juri tetap, dan kini ditemani pelakon jelita, Fazura dan hero Melayu kegilaan ramai, Zul Ariffin! Bertindak sebagai Pengarah Muzik pula adalah komposer dan pemain gitar yang begitu disegani ramai, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih mesra disapa dengan Shah Slam. 


Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, “Penganjuran Muzikal Lawak Superstar untuk musim kedua ini adalah satu kebanggaan bagi kami. Dengan kejayaan MLS musim pertama tahun lalu serta penganjuran The Masked Singer Malaysia yang melabuhkan tirainya baru-baru ini, kami melihat perkembangan yang memberangsangkan terhadap genre komedi muzikal. Ini menjadi dorongan untuk kami selaku peneraju kandungan komedi utama tanah air terus menghasilkan konten yang lebih segar, lagi berkualiti demi menepati kehendak audiens. Dengan penglibatan nama-nama ‘heavyweight’ atau besar seperti Dato’ Awie, Fazura, Zul Ariffin, Shah Slam, Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan ramai lagi, besar harapan kami musim terbaharu ini bakal mendapat sambutan seterusnya mencatatkan penanda arasnya yang tersendiri, sekaligus mengukuhkan lagi jenama MLS ini sebagai program utama industri hiburan. Semoga terhibur, dan jangan lupa untuk mengundi kumpulan kegemaran anda di laman web rasmi kami!” 

TRIVIA MENARIK ‘MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2’ 
▪ MLS musim kedua mengekalkan format ‘2 pelawak + 1 selebriti’ bagi setiap kumpulan. 
Antara selebriti yang terlibat pada musim ini adalah Fakhrul UNIC, Khir Rahman, Syura, Keena Mentor, Cik B, Azmi Caliph Buskers, Johan Asaari, Ezlynn, Roy Azman, Zahid AF, Mark Adam, Lan Solo dan Fiza Thomas. 
▪ Setiap minggu, kesemua kumpulan akan diberikan 3-5 minit untuk melakukan persembahan sketsa komedi muzikal berdasarkan tema lokasi yang ditugaskan, seperti alam fantasi, majlis keramaian, institusi pendidikan, mercu tanda ikonik, negeri-negeri di Malaysia dan sebagainya. 
▪ Selari dengan tagline ‘Dalam Komedi Ada Nyanyi’, pemberian markah ditentukan menerusi tahap kreativiti sketsa komedi, kreativiti lirik serta dialog, lakonan dan persembahan pentas serta nyanyian yang dipersembahkan. Konsep ‘star’ juga akan digunapakai sebagai salah satu cara pengiraan markah, dan pemberian ‘star’ ini adalah eksklusif untuk Dato’ Awie, Fazura, dan Zul Ariffin sahaja selaku juri tetap. 
▪ Peminat bagi setiap kumpulan juga berpeluang menentukan nasib artis pujaan mereka kerana markah bagi peserta adalah dibahagikan 50-50 antara juri tetap dan audiens. Saluran undian dibuka sepanjang minggu untuk para peminat ‘berpesta klik’ antara satu sama lain! 
▪ Bagi kumpulan yang menduduki undian teratas pada setiap minggu pula, mereka akan dianugerahkan ganjaran seperti kad imuniti, pemilihan giliran persembahan minggu seterusnya, pemilihan juri yang memberi komen pada persembahan mereka, dan juga berpeluang memilih ‘live props’ (seperti penari latar atau pelakon tambahan) yang akan bertindak sebagai pembantu dalam persembahan mereka. 
▪ Izzue Islam dan Riena Diana muncul sebagai hos bagi Muzikal Lawak Superstar Live+ yang akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Astro Gempak, mulai 18 Disember 2020, jam 8.30 malam. Program virtual berdurasi 60 minit itu bakal berinteraksi bersama peminat disamping menyingkap kembali persembahan para peserta. 
▪ Pemenang keseluruhan bagi MLS musim kedua ini akan membawa pulang wang tunai RM150 ribu, serta akan mendermakan RM10 ribu kepada badan kebajikan yang tertentu. Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM75 ribu dan RM50 ribu. Tempat keempat tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana juga akan menerima wang tunai RM25 ribu sebagai hadiah kemenangan. 
▪ Stesen SINAR hadir sebagai radio rasmi bagi musim terbaharu MLS, manakala rakan media rasmi adalah Zon Lawak yang hadir dibawah jenama Astro Gempak. 

BARISAN PESERTA ‘MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2
Nama Kumpulan : UNI Ahli Kumpulan : Fad Bocey, Atu Zero, Fakhrul UNIC 
Nama Kumpulan : J-BORN Ahli Kumpulan : Man Raja Lawak, Joey Daud, Khir Rahman 
Nama Kumpulan : STAMP Ahli Kumpulan : Tapai Gegar Lawak, Che Mat, Syura 
Nama Kumpulan : GOJES Ahli Kumpulan : Mie Raja Lawak, Tauke Jambu, Keena Mentor 
Nama Kumpulan : ABC Ahli Kumpulan : Chiwan Chilok, Achok Chilok, Cik B 
Nama Kumpulan : HEART Ahli Kumpulan : Danial Lawak Solo, Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers 
Nama Kumpulan : TERUNA Ahli Kumpulan : Ilham Abata, Din Raja Lawak, Johan Asaari 
Nama Kumpulan : ZOMBI Ahli Kumpulan : Wan Gegau, Wan XOXO, Ezlynn 
Nama Kumpulan : VIRAL Ahli Kumpulan : Ali Puteh, Mamak Puteh, Roy Azman 
Nama Kumpulan : ZUZUZU Ahli Kumpulan : Nizam Jentik Jentik, Filzah, Zahid AF 
Nama Kumpulan : MASHUK Ahli Kumpulan : Syuk, Achey Bocey, Mark Adam 
Nama Kumpulan : LEKLU Ahli Kumpulan : Ewan Lopez Raja Lawak, Jaly Skool of Lawak, Lan Solo 
Nama Kumpulan : JAGO Ahli Kumpulan : Chot XOXO, Yus Skool of Lawak, Fiza Thomas 
Nama Kumpulan : PUPPET Ahli Kumpulan : Shariff Zero, Rul Puppet, Wan Puppet 

LANGKAH-LANGKAH MENGUNDI 

1. Layari laman web rasmi MLS di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar dan log masuk ke akaun Astro atau Facebook anda. 
2. Anda mempunyai 20 undian pada hari Sabtu hingga Khamis, dan 50 undian pada hari 
Jumaat untuk mengundi kumpulan kegemaran anda. 
3. Undian dalam talian akan dibuka sepanjang minggu dan akan ditutup selepas diumumkan oleh hos pada akhir rancangan setiap minggu. 
4. Undian akan dibuka semula setelah program minggu itu selesai


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2020/12/muzikal-lawak-superstar-kembali-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tunjuk Sisi Komedi Johan As Ari Bakal Bertanding Dalam Program Realiti Muzikal Lawak Superstar

Hiburan Tunjuk Sisi Komedi Johan As Ari Bakal Bertanding Dalam Program Realiti Muzikal Lawak Superstar

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 253 hits
Meskipun bergelut dengan kekurangan tawaran lakonan sejak penularan wabak COVID 19 di negara kita nampaknya pelakon Johan As ari seolah olah telah memperoleh sinar baharu apabila dia kini mula dikejar oleh penerbit setelah sektor penggambar...
Viu Dedah Poster Pertama Keluarga Baha Don Musim Kedua

Viu Dedah Poster Pertama Keluarga Baha Don Musim Kedua

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 293 hits
Viu telah melancarkan poster pertama siri kegemaran peminat Keluarga Baha Don musim kedua Musim pertama telah ditayangkan pada 11 Julai tahun lalu dan segera mendapat perhatian peminat kerana kelainannya serta komedi yang menghiburkan Anda ...
Tumpuan Awani 7 45 I Kembali Beri Peluang Kedua Keadaan Trafik Kembali Sesak

Tumpuan Awani 7 45 I Kembali Beri Peluang Kedua Keadaan Trafik Kembali Sesak

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 288 hits
Ingin berubah dan hidup seperti insan biasa namun bekas banduan tetap dipandang serong Kawasan pelancongan negara kembali menjadi tumpuan Perinciannya dalam AWANI 7 45 dan astroawani com SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c ast...
8 Pemenang Utama Gegar Vaganza Dari Musim 1 7 Bintang Kembali Menyengat

8 Pemenang Utama Gegar Vaganza Dari Musim 1 7 Bintang Kembali Menyengat

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 515 hits
Gegar Vaganza ialah sebuah rancangan realiti TV nyanyian Malaysia terbitan Astro yang menyaksikan penyanyi profesional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia bersaing dalam satu pentas menggalas tanggungjawab menyanyikan l...
Park Seojoon Jung Yumi Choi Wooshik Sah Sertai Youn S Kitchen Musim Ke 3

Park Seojoon Jung Yumi Choi Wooshik Sah Sertai Youn S Kitchen Musim Ke 3

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 192 hits
Ada tak dengar khabar angin mengenai Youn s Kitchen yang dikatakan bakal kembali dengan musim ke 3 tak lama lagi Selepas berbulan khabar angin berterbangan akhirnya program popular tersebut telah pun mengesahkan barisan panel untuk musim ke...
Bekalan Ikan Dijamin Mencukupi Pada Musim Tengkujuh

Bekalan Ikan Dijamin Mencukupi Pada Musim Tengkujuh

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 170 hits
Bekalan ikan dijamin mencukupi pada musim tengkujuh Source https malaysiagazette com 2020 11 28 bekalan ikan dijamin mencukupi pada musim tengkujuh respond Bekalan ikan dijamin mencukupi pada musim tengkujuh
Fjord Trout Norway Yang Selamat Dan Berkhasiat Menjadi Sajian Musim Pandemik

Fjord Trout Norway Yang Selamat Dan Berkhasiat Menjadi Sajian Musim Pandemik

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 292 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Ikan salmon dan Fjord Trout Norway merupakan ikan berkhasiat serba boleh dan selamat dimasak dan makan di rumah mahupun di restoran Ma...
Alex Janji Pulun Musim Depan

Alex Janji Pulun Musim Depan

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 213 hits
KUANTAN Pemain berpengalaman Azamuddin Mohd Akil kini mampu tersenyum apabila tenaganya masih diperlukan skuad Kedah buat musim kedua berturut turut Dia yang lebih terkenal dengan panggilan Alex berkata hanya ucapan terima kasih dapat dilua...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Pusing Bandar

Persiapan Dajjal Mengambil Alih Dunia

Sejarah Ringkas Siapa Yahudi Israel Dan Zionis

Aktiviti Undangan Menghadiri International Conference Of Religious Leaders 2024 Ppim 07 05 2024

Kecederaan Acl Gejala Diagnosis Dan Rawatan Pemulihan

Eli Eli Lama Sabactani Matius 27 Ayat 46 By Dr Haji Murariau Dosen A