Mustahil Mampu Bayar Rm100k Gara Gara Sebar Video Munafik 2


Individu yang dikehendaki membayar tuntutan saman berjumlah RM100,000 kerana memuat naik dan menyebar filem Munafik 2 meluahkan rasa kesal atas perbuatannya.
Muhammad Izwan Shah Kamal Shah membuat kenyataan itu di Facebook selepas mahkamah memerintahkannya membayar ganti rugi kepada Skop Productions Sdn Bhd yang nilainya terlalu besar.
“Saya yang bernama Muhammad Izwan Shah ingin memohon maaf kepada pihak Skop Productions terutamanya kepada Datuk Yusof Haslam dan anaknya Syamsul Yusof kerana telah menyusahkan dalam beberapa bulan ini dengan mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan mereka.
“Saya amat menyesal dengan kesalahan yang telah saya lakukan, tindakan mahkamah mengeluarkan perintah supaya membayar RM100,000 sebagai ganti rugi kepada pihak Skop betul-betul membuatkan saya tersentak,” katanya dalam satu kenyataan terbuka di Facebook miliknya.
Menjelaskan lebih lanjut, kata Izwan, nilai RM100,000 sangat besar dan memerlukannya bekerja keras sepanjang hayat bagi membayar ganti rugi tersebut kepada Skop Productions.
“Mustahil untuk mendapatkan jumlah tersebut walau saya dapat hidup 100 tahun sekalipun,” katanya yang turut berjanji untuk melangsaikan jumlah itu walaupun dengan membayar sedikit demi sedikit kepada Skop Productions.
Sebelum ini media melaporkan Penerbit Yusof Haslam dan anaknya Syamsul Yusof mengambil tindakan ke atas seorang kakitangan rekaan grafik atas kesalahan melanggar hak cipta filem Munafik 2.
Pada 13 November lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Taiping, Asmadi Hussin, memerintahkan Izwan yang menggunakan nama profil Sasuke Kun untuk membayar RM100,000 kepada Skop Production.
Bagaimanapun, Izwan tetap menyatakan rasa bersyukur kerana tidak dikenakan hukuman penjara di atas kesalahan yang dilakukannya.
Izwan juga tidak kisah sekiranya tidak sempat mengecapi alam perkahwinan semata-mata perlu bekerja keras sepanjang hayat bagi membayar jumlah terbabit kerana yang penting baginya, dia masih diberi kesempatan untuk berbakti kepada kedua orang tuanya.
“Saya sangat bersyukur kerana tidak dikenakan hukuman penjara.
“Saya tak kisah saya tak ada kereta, tak ada rumah sendiri, walau tak ada jodoh sekurang-kurangnya saya masih berkesempatan untuk menjaga kedua ibu bapa saya yang kian meningkat usia,” katanya.
Izwan berharap nasib yang menimpa dirinya tidak berlaku kepada individu lain malah menggesa mereka yang masih meneruskan aktiviti melanggar hak cipta untuk segera menghentikan perbuatan itu.
“Tolong hentikan kerana negara kita ada undang-undang.
"Jangan anggap benda ni mudah dan ringan kerana saya pun macam tu juga permulaannya tapi tengoklah sekarang, kesan dan implikasi yang sedang saya hadapi,” katanya. -malaysiakini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mygosiphub.blogspot.com/2018/11/mustahil-mampu-bayar-rm100k-gara-gara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Menyesal Mustahil Untuk Saya Bayar Denda Rm100 000 Luah Pesalah Sebar Filem Munafik 2 Di Fb

Saya Menyesal Mustahil Untuk Saya Bayar Denda Rm100 000 Luah Pesalah Sebar Filem Munafik 2 Di Fb

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 873 hits
Saya menyesal mustahil untuk saya bayar denda RM100 000 luah pesalah sebar filem Munafik 2 di FB Saya yang bernama Muhammad Izwan Shah ingin memohon maaf kepada pihak Skop Productions terutamanya kepada Dato Yusof Haslam dan anak beliau Sya...
Penyebar Filem Munafik 2 Terduduk Apabila Diarah Bayar Rm100k Kepada Skop Production

Penyebar Filem Munafik 2 Terduduk Apabila Diarah Bayar Rm100k Kepada Skop Production

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 822 hits
Mahkamah Majistret Taiping Asmadi Hussin mengarahkan seorang jejaka Muhammad Izwan Shah Kamal Shah untuk membayar RM100 000 kepada Skop Productions pada Selasa Ini berikutan kesalahannya menyebarkan secara haram filem Munafik 2 di laman Ins...
Saya Dah Warning Sebelum Ini Syamsul Yusof Bersyukur Individu Sebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda Rm100k

Saya Dah Warning Sebelum Ini Syamsul Yusof Bersyukur Individu Sebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda Rm100k

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 542 hits
Saya Dah Warning Sebelum Ini Syamsul Yusof Bersyukur Individu Sebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda RM100k Saya Dah Warning Sebelum Ini Syamsul Yusof Bersyukur Individu Sebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda RM100k
Skim Fundmyhome Persoalannya Siapa Mampu Bayar 20 Deposit Untuk Beli Rumah

Skim Fundmyhome Persoalannya Siapa Mampu Bayar 20 Deposit Untuk Beli Rumah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 373 hits
Melalui Skim FundMyHome pembeli perlu bayar deposit atau wang pendahuluan 20 peratus Saya belek laman web FundMyHome tadi harga deposit yang perlu dikeluarkan berada dalam lingkungan RM65 000 dan ke atas Ada yang lebih gambar dari portal be...
Sri Bakar Diri Diduga Takut Pernah Sebar Video Hoaks Kecelakaan Lion Air

Sri Bakar Diri Diduga Takut Pernah Sebar Video Hoaks Kecelakaan Lion Air

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 305 hits
Hal itu disampaikan Kepala Bidang Pelayanan Medis RSU Kota Tangsel Imbar Umar Gazali pihak RSUD Tangerang Selatan sempat menangani pelaku bakar diri tersebut Pelaku mengalami luka bakar hampir di sekujur tubuh sebelum di rujuk ke RS Fatmawa...
Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Eaaci Melancarkan Kempen Kesedaran Alergi Antibiotik Global

Badan Greges Tapi Tidak Demam Ini Penyebabnya

Lirik Lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu Nadhif Basalamah Aziz Harun Aisha Retno

Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Perkukuh Komitmen Terhadap Teknologi Nuklear Untuk Kegunaan Keamanan

Tmj Bantu Sprm Bongkar Sindiket Penyeludupan Didalangi Pegawai Kanan Atm

Shouts Of Justice For Zara Echo As Crowds Rally In Kl Ipoh

Colonel Douglas Macgregor On Ukraine

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Persib Bandung Lega Satu Grup Dengan Klub Asean Di Acl 2 2025 2026