Mukmin Yang Bermanfaat Itu Umpama Pohon Kurma


Mukmin Yang Bermanfaat Itu Umpama Pohon Kurma. Kurma adalah makanan sunnah, dahlah buahnya sedap dimakan tetapi banyak juga manfaatnya kepada manusia. Kurma antara buah yang mengandungi serat asli yang tinggi hinggakan dengan memakan beberapa butir kurma sudah mencukupi keperluan serat harian terhadap tubuh manusia.
Oleh kerana banyaknya manfaat pohon kurma, Rasulullah mengumpamakan seorang muslim yang membawa kebaikan itu seperti sepohon kurma.


Mukmin Yang Bermanfaat Itu Umpama Pohon Kurma

Jadilah Umpama Pohon Kurma. Setiap kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain. 
Rasulullah SAW mengumpamakan orang mukmin yang berguna dan bermanfaat seperti pohon kurma. 


عَنِ ابْنِ عُمَرَ , قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:مَثَلُ الْمُؤْمِنِ مَثَلُ النَّخْلَةِ , مَا أَخَذْتَ مِنْهَا مِنْ شَيْءٍ نَفَعَكَ.



Daripada Ibn Umar dia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan seorang mukmin itu seperti pokok kurma, apa pun yang engkau ambil darinya pasti bermanfaat bagimu" HR. Al-Tobarani  No: 13332
Semua yang ada pada sepohon kurma, daripada batang hinggalah kepada daun kurma, ia tetap berguna dan boleh diambil manfaat. Batangnya boleh buat jambatan, boleh juga dibuat tiang bangunan dan daunnya boleh digunakan sebagai atap serta dinding rumah. Buahnya sudah tentu dijadikan makanan berkhasiat sama ada buah yang muda, yang tua serta yang kering.
Sebagai Mukmin, kita perlu menjadi bermanfaat di mana jua kita berada serta dalam keadaan apa juga. Jadilah seperti pohon kurma yang bermanfaat di semua bahagian pokok. 
Pokok kurma sangat kukuh dan kuat kerana akarnya. Amat jarang dan sukar pokok kurma tumbang ditiup angin berbanding dengan pokok lain. 
Seorang Mukmin perlu memiliki sifat sabar dan tabah menghadapi sebarang ujian dan musibah seperti pokok kurma sangat sabar menghadapi angin kencang.

Bersyukurlah bila diberi nikmat namun tetap sabar tatkala didatangi ujian. Itulah prinsip seorang mukmin yang bertakwa.
Seorang Mukmin yang kuat dan sabar, imannya mengakar dalam hati dan tidak akan goyah dengan ujian seumpama pohon kurma.
Berusahalah kita menjadi seperti pokok kurma, semakin tua semakin sedap dan berkualiti buahnya. Demikian juga seorang mukmin, semakin tua semakin baik dan berkualiti amalnya serta bermanfaat kepada orang lain.
Berusahalah kita untuk menjadi seperti buah kurma yang sangat bermanfaat. Ketika buah masih basah yang disebut rothab boleh dijadikan buah dan manisan. Ketika kering disebut tamar boleh menjadi sebagai makanan, buah-buahan, manisan, ubat dan manfaat yang pelbagai. 
Marilah sama-sama menjadi perumpamaan pohon kurma. Kita perlu berusaha menjadi bermanfaat di mana jua kita berada. Jadilah orang yang semakin baik amalnya sama ada sewaktu kecil, remaja, belia, dewasa mahupun tua. 
Semoga kehidupan kita diberkati dengan kebaikan samada dari segi umur, persaudaraan dan segala di sekitar kita.
Insya Allah.. 
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2021/06/mukmin-yang-bermanfaat-itu-umpama-pohon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Tak Percaya Allah Itu Maha Pemurah

Bila Tak Percaya Allah Itu Maha Pemurah

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 285 hits
Bila Tak Percaya Allah Itu Maha Pemurah Allhamdulillah Setiap apa yang berlaku ada hikmahNya Seperti keadaan yang meruncing dengan jumlah kes yang kian hari semakin mening sikap menyalahkan pihak itu dan ini kerajaan gagal dan sebagainya cu...
Itu Nyawa Orang Bukan Anak Ayam Dianggap Tidak Pandai Bergurau Naim Daniel Kesal Angka Kes Nak Capai 10 000 Sehari

Itu Nyawa Orang Bukan Anak Ayam Dianggap Tidak Pandai Bergurau Naim Daniel Kesal Angka Kes Nak Capai 10 000 Sehari

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 893 hits
Penyanyi dan juga pelakon Naim Daniel meluahkan rasa kesal apabila wujud segelintir netizen yang seolah olah mempermainkan bilangan kes harian COVID 19 yang semakin meningkat dan menganggapnya sebagai jenaka sehingga tular di media sosial U...
Polis Dakwa Dalam Siasatan Menteri Dakwa Segala Cerita Di Sensasikan Itu Tidak Benar

Polis Dakwa Dalam Siasatan Menteri Dakwa Segala Cerita Di Sensasikan Itu Tidak Benar

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 348 hits
KUALA LUMPUR Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan seleb...
Ramalan Gbp Usd Pada 1 Jun Laporan Cot Warga Britain Itu Menunggu Ucapan Andrew Bailey

Ramalan Gbp Usd Pada 1 Jun Laporan Cot Warga Britain Itu Menunggu Ucapan Andrew Bailey

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 318 hits
GBP USD 1H Menurut carta setiap jam harga pasangan mata wang GBP USD melakukan pembalikan baru memihak kepada dolar Britain pada hari Isnin dan ditutup di koridor trend mendatar Namun masih ada perasaan bahawa trend menaik tidak lagi dapat ...
Mungkin Itu Salam Terakhir Petugas Kkm Kongsi Detik Pilu Sebelum Tidurkan Pesakit Covid 19

Mungkin Itu Salam Terakhir Petugas Kkm Kongsi Detik Pilu Sebelum Tidurkan Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 436 hits
Kakitangan Kementerian Kesihatan menguruskan pesakit Covid 19 PETALING JAYA Mungkin itulah salam terakhir pada keluarga itu antara perkongsian di Facebook Kementerian Kesihatan dipercayai luahan kakitangannya mengenai detik akhir sebelum me...
Belajar Dari Penjimatan Kerajaan Ph Namun Kerajaan Pn Itu Sendiri Satu Pembaziran

Belajar Dari Penjimatan Kerajaan Ph Namun Kerajaan Pn Itu Sendiri Satu Pembaziran

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 315 hits
June 2 2021 Ramai kalangan penyokong PN terpesona dengan potongan Gaji barisan Kabinet terbesar Negara itu selama 3 Bulan Hakikatnya Kerajaan PN itu sendiri adalah satu Pembaziran Kerajaan yang ada hari ini bukanlah atas jalan yang Hak Apal...
Sebab Pkp 1 Dulu Adalah Planning Kerajaan Ph Tapi Setelah Dirampas Pn Ambil Dan Lakukan Sebab Itu Berjalan Lancar

Sebab Pkp 1 Dulu Adalah Planning Kerajaan Ph Tapi Setelah Dirampas Pn Ambil Dan Lakukan Sebab Itu Berjalan Lancar

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 291 hits
SHAHBUDIN HUSINKononnya menurut wakil bank dalam kabinet ini moratorium automatik sepenuhnya tidak dapat dilaksanakan kerana bank2 bukan dipunyai oleh kerajaan Kalau begitu kenapa semasa PKP 1 0 pada Mac 2020 lalu moratorium automatik sepen...
Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar

Resipi Snek Homemade Sihat Paling Digemari Anak Anak Ketika Cuti Sekolah

Boleh Ke Oven Rumah Buat Roti Macam Kedai Ini Jawapan Sebenar

Papagomo Didakwa Terima Sumbamgan Bayar Saman Anwar Tanpa Kemas Kini Perniagaan

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page

Ford Ranger Wildtrak Vs Ford Ranger Raptor Which Pickup Suits Your Lifestyle


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Pengalaman Melancong Ke Turki Dengan Arba Travel

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Trump Umum Serangan Besar Besaran Terhadap Isil Di Syria

Cabaran Pekerjaan Menjelang Tahun 2026

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini