Mukhriz Tolak Pelawaan Pimpin Perikatan Nasional Kedah



ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah baharu, Muhammad Sanusi Md Noor mengakui pernah berjumpa dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menyatakan sokongan terhadap pemimpin tersebut bagi memastikannya terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah, namun tidak berhasil.

Ini kerana katanya, pendirian Mukhriz yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah untuk kekal bersama-sama kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menyebabkan beliau kehilangan sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di negeri itu yang bertindak menyokong kepimpinan Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memilih Perikatan Nasional.

Bukan itu sahaja, pihaknya juga pernah memberi ruang kepada Mukhriz untuk memperbaiki hubungannya dengan Muhyiddin, namun usaha itu tidak menampakkan sebarang perubahan.

"Semasa Mukhriz masih Menteri Besar, saya pergi jumpanya untuk menyatakan sokongan beliau terus jadi Menteri Besar.

"Boleh baik semula, memperbaiki hubungan dengan Tan Sri Muhyiddin tapi nampaknya pertembungan tu makin tajam, maka berlakulah apa yang berlaku pada hari ini," katanya pada sidang akhbar pertama Menteri Besar Kedah ke-14, di Bilik Gerakan Wisma Darul Aman hari ini.

Berhubung dakwaan Mukhriz bahawa Pas memungkiri janji untuk tidak memujuk ADUN-ADUN PH dan Bersatu menyertai gabungan Perikatan Nasional di Kedah, beliau berkata, pemimpin-pemimpin terbabit membuat keputusan sendiri menyertai gabungan Perikatan Nasional yang dilihat selari dengan kepimpinan di peringkat Persekutuan sekali gus menolak PH.

Sebelum ini, Perikatan Nasional Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 ADUN termasuk empat daripada Bersatu.

Keempat-empatnya ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; ADUN Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadian Saad; ADUN Kuah, Mohd Firdaus Ahmad dan ADUN Ayer Hangat, Juhari Bulat.

MR :  PAS dah beri peluang walaupun PAS ada 15 Adun, tapi Mukhriz ni bukan jenis boleh berunding.. macam bapak dia.. degil... anak bapak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/mukhriz-tolak-pelawaan-pimpin-perikatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Falls To Perikatan Nasional Analysis

Kedah Falls To Perikatan Nasional Analysis

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 329 hits
Photo Rizalis FlickrThis comes as a result of two PKR assembly members quitting the party yesterday pledging their support to Prime Minister Muhyiddin Yassin BFM discusses the political implications of this development with Bridget Welsh ho...
23 Adun Perikatan Nasional Selesai Menghadap Sultan Kedah

23 Adun Perikatan Nasional Selesai Menghadap Sultan Kedah

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 491 hits
Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Noorazura Abdul RahmanADUN PN yang hadir ketika majlis mengadap Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman pagi ini Foto ihsan pembacaALOR SETAR Seramai 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Per...
Pakatan Harapan Tumbang Di Kedah Perikatan Nasional Dijangka Umum Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu

Pakatan Harapan Tumbang Di Kedah Perikatan Nasional Dijangka Umum Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 483 hits
Perikatan Nasional dijangka mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas memperolehi bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri mencukupi hari ini Sumber memaklumkan dua ADUN dari PKR iaitu ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Rob...
Kerajaan Negeri Kedah Sah Jatuh Ke Tangan Perikatan Nasional

Kerajaan Negeri Kedah Sah Jatuh Ke Tangan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 471 hits
Perikatan NasionalBerikutan 2 ahli Dewan Undangan Negeri Kedah PKR yang telah keluar daripada parti dan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional memastikan gerakkan yang selama ini sudah diduga Kerajaan Pakatan Harapan musnah apabila t...
Pas Kata Kerajaan Kedah Akan Bertukar Tapi Pemuda Bersatu Mahu Keluar Pn Umno Tolak Pn Camner

Pas Kata Kerajaan Kedah Akan Bertukar Tapi Pemuda Bersatu Mahu Keluar Pn Umno Tolak Pn Camner

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 562 hits
Perubahan dalam kerajaan Kedah tidak dapat dielakkan lagi kata Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya Ahmad mendakwa antara sebabnya adalah Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir kini mendapat kurang daripada separuh sokongan di kalangan wakil ra...
Ke Mana Muhyiddin Nak Bawa Perikatan Nasional

Ke Mana Muhyiddin Nak Bawa Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 378 hits
Ahad lalu satu MoU dikeluarkan mengandungi deklarasi persetujuan antara BERSATU BARISAN NASIONAL PAS Gabungan Parti Sarawak Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku untuk membentuk PERIKATAN NASIONAL Namun belum sempat MoU itu m...
Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

New Samarahan Kuching International Airport Access Road Opened By Motorists Despite Incomplete Works

Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

Laluan Jalan Dan Jambatan Baharu Jerantut Lipis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Showstoppers The 5 Most Viewed Custom Motorcycles Of August

Lirik Lagu Ratu Hati Kugiran Masdo

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Akhirnya Merasa Roti Gardenia Quick Bites Strawberry

Resipi Kari Ayam Kampung Kerala Yang Pekat Tips Buat Chapati Ori Mudah Di Rumah

Doa 8 September 2025