Mukadimahnya Sudah Ada


MUKADIMAHNYA SUDAH ADA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum. Sedikit nikmat. Banyak menjadi musibah dan dugaan. Biasa disebut-sebut. Kalau api, kecil kawan. Bila besar lawan. Begitu juga dengan air. Kecil dan sedikit kawan. Bila bah, maka lawan dan dugaan. Hakikat. 

 
Alhamdulillah sudah masuk bulan Julai. Hello Julai. Syukur. Memasuki bulan ketujuh 2024. Kena sentiasa bersyukur kerana Allah swt masih lagi rezekikan umur dan nyawa untuk kita semua menikmati segenap rezeki. Sedikit. Banyak. Tebal. Tipis. Alhamdulillah. 
KERAP hujan. Tidak kira masa. Rutinnya sekarang mula senja bawa hingga tengah malam. Kadang bawa hingga awal pagi esok pula. Alhamdulillah. Tapi jujurnya, risau tetap ada. Walhal,  kita hamba tidak perlu risau. Tapi dah namanya manusia.. macam-macam rasa ada. Tipulah kalau PC tak ada rasa risau. Lebih-lebih lagi bila hujan semakin deras dalam waktu yang lama. Allahuakbar. 
MUKADIMAHNYA SUDAH ADA. Memang sudah tercatat dikalendar salah satu peristiwa mesti tahunan sebahagian besar negeri yang ada di Malaysia. BANJIR!!. Tidak terkecuali Negeri Johor. Termasuk daerah Batu Pahat. Justeru itu, bila hujan berterusan.. degup jantung laju lain macam. Doa minta tidak terlibat banjir memang tidak lekang. Sungguh!!. 
Banjir kilat. Banjir termenung. Tidak kira yang mana tetap meninggalkan kesan yang mendalam. Akan ada rasa fobia yang tersendiri walau sudah ditempuh berkali-kali. Sebab hujan ni sukar diramal. Ramalan kaji cuaca mungkin boleh dijadikan sempadan tapi sebahagian besar peratusnya tetap sahaja atas izin Allah swt.
Bersedia, tidak terjadi. Tidak bersedia itu yang berlaku. Sekalian alam semua bawah pentadbiran Allah swt.

NOTA PC  : kita bukan sesiapa tanpa DIA.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.perducinta.com/2024/07/mukadimahnya-sudah-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abang Jo Hints At July 19 Signing For Bank Takeover

Dua Survey Dapati Najib Terlalu Popular Lalu Ada Pihak Halang Pembebasan Nya

Govt Committed To Building Sungai Bakap Tamil School

Covid 19 No More Quarantine Orders From July 15

M Sia Tong Sampah Pelacur Orang Cina X Problem

Former Court Of Appeal Judge Named New Suhakam Chair

Penjawat Awam Terima Ganjaran Rm100 000 Lapor Kes Rasuah

Majukan Diri Tanpa Hutang



8 Fakta Biodata Scha Elinnea Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Jazmy Juma Khan

Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia

Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah The Corpse Washer 2024 Kini Di Netflix Malaysia

Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda


Keisya Levronka Tersemogakan Chord

Doa Akhir Tahun

Sa Dah Masak

Rabokki

Rekomendasi Oleh Oleh Khas Solo Yang Enak Baik Tradisional Dan Kekinian

Hiburan Rujuklah Kembali Dari Berkahwin Dengan Wanita Lain Ibu Mentua Saran Inara Kembali Bernikah Dengan Virgoun