Muhyiddin Tidak Lagi Diam Kini Sudah Sedia Berlawan Dengan Umno


 
Setelah diserang bertalu-talu sekian lama oleh UMNO dengan ancaman tidak mahu berkongsi kerusi dengan Bersatu, Muhyiddin Yassin yang selama ini diam membisu akhirnya bersuara juga.
Bukanlah rahsia lagi bahawa sudah ramai pemimpin UMNO bersuara lantang enggan berkongsi kerusi dengan Bersatu, terutama melepaskan kerusi-kerusi yang dimenangi parti itu atas tiket BN, tetapi pemimpinnya kemudian melompat menyertai Bersatu.
Malah, ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pagi tadi, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan turut menyentuh isu yang sama.
Kata beliau, UMNO sama sekali tidak akan melepaskan walau satu kerusi yang dimenanginya pada PRU14 lalu kepada Bersatu.
“UMNO tidak akan memperjudikan mana-mana kerusi UMNO. Kerusi UMNO adalah kerusi UMNO – dulu, kini dan selamanya.
“Ia bukan untuk dilepaskan demi memberi talian hayat kepada mana-mana pihak. Jangan ada yang cuba untuk mengilas tangan UMNO,” tegasnya.
Mengulas sentimen UMNO itu, Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu berkata, jika begitu kehendak UMNO, pihaknya tiada halangan untuk berlawan dengan mereka.


Selain memberi bayangan akan mempertahankan semua kerusi yang dimiliki Bersatu, Muhyiddin juga menyatakan kesediaan partinya untuk bertanding di semua kerusi yang akan ditandingi UMNO.
“Lebih baik UMNO ambil semua 222 kerusi Parlimen. Jika (mereka) menang (dan) bentuk kerajaan, tidak mengapa.
“Tetapi kalau UMNO ambil semua (kerusi), saya (Bersatu) pun hendak ambil semua.
“Satu lawan satu pun boleh, satu lawan dua pun boleh, satu lawan tiga pun boleh… sebab ini politik.
“Tetapi saya tidak mahu sombongkan diri, nanti rakyat marah. Saya faham dengan kenyataan pemimpin UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kerana saya juga pernah ada di situ suatu masa dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Zon Ekonomi Khas Pagoh Fasa Satu, Bandar Universiti Pagoh di sini.
Muhyiddin yang juga Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak mahu berdebat dan berbincang soal pembahagian kerusi secara terbuka, sebaliknya akan memberi keutamaan kepada hal rakyat terutama soal keperluan asas dan ekonomi.
“Bukan saya tidak boleh berpolitik, bukan saya tak boleh berbahas.
“Sebahagian kehidupan saya merupakan politik. Saya boleh berbahas dengan sesiapa sahaja, namun itu saya elakkan.
“Saya nak elak begitu bukan saya takut tetapi kerana rakyat resah, hidup susah, nak makan tiada duit, makan tidak cukup untuk alas perut.
“Saya tak tahu kenapa parti politik tak prihatin. Ada masalah lain yang perlu diberikan keutamaan.
“Soal pertama ialah menguruskan masalah Covid-19. Soal kedua pula pemberian vaksinasi yang cukup penting dalam menentukan rakyat selamat dan sihat. Seterusnya soal ketiga pula ialah ekonomi,” katanya.
Dengan kenyataan Muhyiddin ini, secara tidak langsung beliau yang selama berdiam diri telah menyahut cabaran UMNO untuk berlawan dengan parti tersebut dalam PRU15 akan datang.
Selain ini menampakkan jalan rundingan telah tertutup, apakah mungkin PRU akan diadakan dalam waktu terdekat di mana ketika ini UMNO sedang berpecah dan berantakan?


 (Shahbudindotcom 27/03/2021)














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/muhyiddin-tidak-lagi-diam-kini-sudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Ulang Enggan Kerjasama Dengan Bersatu Di Pru15 Muhyiddin Sedia Letak Calon Pn Di Semua Kerusi Parlimen

Umno Ulang Enggan Kerjasama Dengan Bersatu Di Pru15 Muhyiddin Sedia Letak Calon Pn Di Semua Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 280 hits
652 total views 652 views today Tekanan demi tekanan UMNO kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin kerap berlaku lebih lebih lagi di musim Persidangan Agung UMNO yang sedang b...
Beberapa Menteri Daripada Umno Bertemu Muhyiddin

Beberapa Menteri Daripada Umno Bertemu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 388 hits
356 total views 356 views today Putrajaya 29 Mac Beberapa menteri daripada Umno mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini Pertemuan itu difahamkan bermula pada 5 30 petan...
Annuar Antara Menteri Umno Hadiri Pertemuan Mengejut Dengan Muhyiddin

Annuar Antara Menteri Umno Hadiri Pertemuan Mengejut Dengan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 403 hits
Setiausaha Akhbar kepada menteri Wilayah Persekutuan Tun Faisal Ismail Aziz mengesahkan Annuar Musa menghadiri pertemuan mengejut itu tetapi beliau tidak jelas mengenai butirannya PUTRAJAYA Perdana Menteri dan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin...
Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Termasuk Dengan Umno

Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Termasuk Dengan Umno

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 435 hits
malaysiadateline com AMANAH Kelantan kini sedia berbincang dengan semua pihak dalam persiapan menghadapi PRU ke 15 akan datang termasuk dengan Umno yang selama ini menjadi lawan tradisi Pas di negeri pantai timur itu Dalam satu respon terha...
Umno Hanya Buat Bising Bagi Tekanan Pada Muhyiddin Tak Akan Berani Berentap

Umno Hanya Buat Bising Bagi Tekanan Pada Muhyiddin Tak Akan Berani Berentap

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 373 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Samad berpendapat gertakan Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu hanyalah sekadar cakap cakap sahaja dan tiada apa yang akan berlaku Beliau berkata Umno hanya membuat bising...
Nasihati Menteri Menteri Umno Jangan Letak Jawatan Muhyiddin Sah Penakut

Nasihati Menteri Menteri Umno Jangan Letak Jawatan Muhyiddin Sah Penakut

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 227 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akhirnya mengesahkan menteri menteri UMNO telah datang menemuinya pada Isnin lalu susulan ketetapan PAU2020 yang memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu seterusnya memberi mandat kepada Presiden dan MT U...
Sembilan Menteri Umno Bersama Muhyiddin

Sembilan Menteri Umno Bersama Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 233 hits
SPEKULASIWALAUPUN perhimpunan agung Umno telah memutuskan wakil rakyat mereka yang jadi menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan PN akan menarik balik sokongan pada Ogos depan namun arahan itu seperti tidak akan dipedulikan oleh sembilan...
Menteri Umno Ikut Cakap Muhyiddin Wak Jahid Kena Game Hahaha

Menteri Umno Ikut Cakap Muhyiddin Wak Jahid Kena Game Hahaha

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 423 hits
Cerita dongeng wak jahid nampaknya dimalukan secara berjemaah oleh kluster menteri umno Mereka lebih memilih untuk bersama muhyiddin untuk memulihkan negara daripada mengikut telunjuk politik wak jahid yang dilihat berkepentingan individu O...
Gayung Bersambut Pemuda Pas Sedia Hadapi Pemuda Umno

Gayung Bersambut Pemuda Pas Sedia Hadapi Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 292 hits
ARIF ATANPemuda Pas Selangor tampil memberi amaran kepada Asyraf Wajdi Dusuki susulan ucapan Ketua Pemuda Umno itu yang mengaitkan kisah perseteruan antara golongan Khawarij dan Ali bin Abi Talib yang berlaku dalam sejarah Islam Timbalan Ke...
Myborderpass Apps Baru Untuk Pengembara Dari Malaysia

Filem Emp4t

Rayer S Pro Bjp Remarks Led To Strong Local Tamil Backlash

I Gps 2025 Insentif Graduan Pulang Sarawak

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord

Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government

Durian Durian Durian Imam

Helping The Poor Will Be A Blessing And The Happiness Gained Will Be Enormous


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Vitamin E Rahsia Kulit Cantik Dan Sihat

Siri Pembongaran Dan Propaganda Sejarah Perebutan Takhta Perak 1871 1874 Satu Penilaian Semula

Ulasan Jurnal Mazhab Syafie Wadah Penyatuan Ummah Di Malaysia

Majlis Purnama Jasa Nian Merindu

Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur