Muhyiddin Dengan Pelan Damainya


 

Bagi Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin ia suatu 
hasil perbincangan serta kesepakatan kepimpinan tertinggi partinya. Bagi saya ia merupakan ‘pelan damai’ yang mungkin disenangi semua pihak mungkin tidak. Saya bercakap mengenai susunan barisan pimpinan Bersatu menjelang pemilihan parti Oktober ini.Apabila Muhyiddin mengumumkan susunan atau istilah yang digunakan media, ‘formula’, beliau sebenarnya sama ada sedar atau tidak mengakui apa yang ramai sudah tahu bahawa 1) dalam Bersatu wujud beberapa kem diketuai para panglima perang dan 2) keadaan dalam parti amat panas membabitkan panglima perang berkenaan yang mahu merebut jawatan pada pemilihan parti.
Imbau kembali pagi 13 Julai lalu. Berucap pada konvensyen Bersatu, Muhyiddin memberitahu kepimpinan tertinggi parti melakukan rundingan menjelang pemilihan Oktober ini membabitkan beliau sendiri sebagai ‘perunding’. Bagi saya istilah lebih tepat ialah ‘orang tengah’ atau ‘mediator’. Apa pun langkah itu, kata Muhyiddin, ialah untuk memastikan pertembungan dielakkan supaya Bersatu kekal bersatu. Tidak bercerai-berai akibat pemilihan parti.
Pada petang hari yang sama Muhyiddin mengadakan sidang media dan menghuraikan hasil rundingan yang diadakan itu. Ia merangkumi ‘kenaikan pangkat’ untuk Hamzah Zainudin daripada jawatan setiausaha agung ke jawatan timbalan presiden. Kekosongan jawatan setiausaha agung ditawar kepada Azmin Ali.
Lalu timbalan presiden sekarang Ahmad Faizal Azumu bagaimana? Faizal menurut Muhyiddin bersetuju untuk mengundurkan diri dan akan menawarkan diri untuk mengisi satu daripada tiga jawatan naib presiden yang kosong selepas penyandangnya, Rafiq Naizamohidden, keluar Bersatu pada 2022. Dua penyandang naib presiden — Radzi Jidin dan Ronald Kiandee — akan mempertahankan jawatan dalam pemilihan Oktober ini. Berdasarkan kata-kata Muhyiddin ini bermakna mereka termasuk Faizal yang juga dikenali sebagai Peja boleh dicabar oleh sesiapa yang berminat duduk jawatan itu. Tetapi Muhyiddin tetap menegaskan semua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.
Mengikut apa yang diumum Muhyiddin juga, jelas Hamzah diberi jawatan timbalan presiden on a silver platter at the expense of Faizal. Mengambil penjelasan Muhyiddin ada kompromi terjalin. Penawaran yang dibuat kepada Azmin pula dilihat sebagai mematikan langkah beliau jika berhasrat mencuba nasib untuk jawatan timbalan presiden. Jawatan setiausaha agung ialah pelantikan.
Azmin, bekas timbalan Presiden PKR, menyertai Bersatu selepas berbalah dengan presiden parti asalnya. Ramai dalam kalangan Bersatu masih melihatnya sebagai ‘orang luar baru masuk’ yang tidak terlibat dalam usaha penubuhan parti dahulu. Namun tidak boleh dinafikan Azmin juga orangnya yang memainkan peranan besar untuk membolehkan Muhyiddin menjadi perdana menteri semasa tercetusnya Langkah Sheraton pada 2022. Penyokong Azmin yang beliau bawa masuk Bersatu daripada PKR mahu lihat bos mereka naik dalam hierarki parti.
Sebelum perkembangan terbaharu yang diumum presiden Bersatu, Hamzah dikatakan akan mencabar Muhyiddin untuk jawatan presiden. Beliau menafikan. Muhyiddin juga menafikan Hamzah akan menentangnya. Imbau kembali November tahun lalu. Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan parti 2024. Pengumuman dibuat pada Perhimpunan Agung Bersatu 2023. Lalu penganalisis, pemerhati politik, dan sumber Bersatu menjangka Hamzah akan menjadi presiden tanpa bertanding. Mereka bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Azmin menentang Hamzah untuk jawatan itu.
Akibat pengumuman Muhyiddin itu, ramai pemimpin yang mula pasang badan untuk merebut pelbagai jawatan kerana wujud kekosongan pada setiap takok. Namun Muhyiddin mengubah fikiran dan kekal presiden. Untuk pemilihan Oktober ini beliau tidak dicabar. Maka timbul spekulasi perebutan jawatan timbalan presiden akan menyaksikan perebutan antara Hamzah dan Azmin. Bukanlah rahsia besar kedua-dua dengan ‘bala tentera’ masing-masing tidak sebulu. Bukan rahsia juga semakin hampir pemilihan parti semakin panas keadaan dalam Bersatu. Muhyiddin mengakui formula menyusun barisan pemimpin adalah untuk mengurangkan suhu kempen pemilihan parti.
Tetapi setelah berkata demikian beliau berkata pula bukan bermakna Bersatu menghalang ahlinya daripada bertanding mana-mana jawatan. 
Saya tak kata tak boleh (bertanding) kalau ada antara kalangan mereka masih lagi berhasrat untuk bertanding itu adalah hak mereka. Tapi untuk memberikan sedikit harapan supaya kesemua jawatan itu dapat kita susun lebih awal supaya suhu kempen tidak terlalu panas, beliau dipetik media berkata.
Dalam lain perkataan, kalau nak tanding, tandinglah tapi kalau boleh jangan. Letakkan diri anda dalam keadaan pemimpin yang berminat menawarkan diri. Kalau teruskan hasrat bertanding akan dituduh kurang ajar atau ingkar nasihat orang tua. Jika tidak bertanding penyokong bengkak hati. Hati sendiri pun membengkak.
Teringat lagu lama nyanyian R Azmi: 
Diturut salah tak turut salah, jadi semua serba salah. - FMTArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/muhyiddin-dengan-pelan-damainya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Laporan Audit Berlaku Zaman Muhyiddin Patut Diam Mat Jargon Mana Pi

Rupanya Laporan Audit Berlaku Zaman Muhyiddin Patut Diam Mat Jargon Mana Pi

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 150 hits
Terjumpa ini di Menarik penjelasan yang diberi Baca sendiri di https tinyurl com mrxn8shx Rupanya yang dibuat adalah untuk tempoh 2021 hingga 2022 Jadinya isu yang berlaku berkenaan HRDCorps tu berlaku sewaktu Patutlah YBM Steven Sim Chee K...
Peguam Diraja Nak Bantu Muhyiddin

Peguam Diraja Nak Bantu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 99 hits
Seorang peguam diraja dari United Kingdom akan mewakli Muhyiddin Yassin minggu depan semasa perbicaraan dalam permohonan semakan untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri itu Steven Per...
Jana Wibawa Case Aug 20 Verdict On Muhyiddin Bid For Acquittal

Jana Wibawa Case Aug 20 Verdict On Muhyiddin Bid For Acquittal

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 131 hits
Muhyiddin Yassin will know on Aug 20 whether he can walk free from four abuse of power charges linked to the Jana Wibawa programme A five person Court of Appeal bench chaired by Azizah Nawawi today set the decision date over the former prim...
Kes Jana Wibawa Pn Muhyiddin Pmx Tak Paya Berlari Berjogging

Kes Jana Wibawa Pn Muhyiddin Pmx Tak Paya Berlari Berjogging

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 89 hits
Permohonan Muhyiddin Yassin untuk menyemak keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat tuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa akan diketahui pada 20 Ogos ini Keputusan itu ditetapkan oleh panel lima hakim ...
Muhyiddin Terlebih Perasan Di Sungai Bakap

Muhyiddin Terlebih Perasan Di Sungai Bakap

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 262 hits
Serius sangat ke saya ni tanya Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin kepada hadirin di pertengahan satu ceramahnya dalam kempen PRK Sungai Bakap seolah olah baru tersedar jika ucapannya membosankan mereka Membandingkan tempohnya seb...
Pelan Kompromi Bersatu Untuk Selamatkan Anak Emas

Pelan Kompromi Bersatu Untuk Selamatkan Anak Emas

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 101 hits
FMT ReportersAda ahli MPT dan ketua bahagian Bersatu dilaporkan tidak senang cadangan untuk elak pertembungan jawatan tertinggi pada pemilihan Oktober ini PETALING JAYA Ada ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan ketua bahagian Bersatu dilaporka...
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 244 hits
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan manifestasi transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan besar bagi murid dari pra sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi dalam mendatangkan pulangan terbaik modal insan untuk memacu seg...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation