Muhibbah Seafood Kg Sungai Penchala
Seafood! Kalini kita mengadap sebuah restoran seafood Chinese halal yang famous kat area Kg. Sungai Penchala ni, memang hari hari parking penuh aje, kereta parking tepi jalan bukan main panjang lagi, sanggup berjalan jauh jauh punye nak makan kat sini, so jom kita tengok ape yang special kat sini!
Pelbagai menu yang ada kat sini, dari menu dari Thailand yang femes dengan Tomyam nye, Chinese food yang femes ngan masakan sayur2 yang fresh, masakan ikan dan juga hasil tangkapan laut lain macam udang ketam dan sebagainya antra yang dihidangkan kat sini, dan seperti biasa ikan akan dikira mengikut berat. Jadi apa hidangan yang menjadi signature kat sini, hidangan tu adalah IKAN MIANG tapi korang jangan salah anggap yang ikan ni rasa rasa gatal ke ape, just nama dia la kot, sebab masa order tu kita leh puilih ikan kerapu ke, ikan siakap ke untuk jamuan ini sebab yang menjadi tarikannya adalah ulam ulaman diatas ikan tu, macamana rupa ikan tu? turun le sikit page ni yea..
Nindia Ikan Miang dan kami pilih ikan siakap untuk menu ni, rasanya menu ni memang jadi feveret orang kat sini kot sebab tengok most of the table kat sini memang ada menu ni, dan pihak restoran siap charge extra utk ulam ulam atas ikan tu kalau korang nak lebih, sebab memang sedap pon, campuran timun, bawang, kacang, limau nipis, cili padi, air gula campur dengan lemon, perghh memang sedap pon yang ni, tapi ikan tu kurang perisa sikit, tu maybe nak balance dengan ulam ulam atas ni kot, so tak kisah sangat
Dan yang ni biasala kalau datang restoran macamni memang akan ada typical siakap sweet sour, rasa dia ok tapi Ikan Miang dah outshine menu ikan untuk malam tu
Antara menu wajib yang perlu ada bila ke restoran ni iaitu butter prawn. Udang memang besar dan sangat berpuas hati tapi sedikit kecewa dengan cara dierang masak maybe sebab dah lewat or ramai orang, tak tau la kan sebab jaringan telur kuning tu dah overcooked dan rasa macam hampas kelapa instead of kemanisan butter yang sepatutnya dah sebati dengan telur tu, mungkin nasib kami malang masa tu dan maybe nasib korang baik sebelum ni atau kemudian hari, wallahualam
Sotong goreng tepung ni dierang ambik dari sotong besor besor tu dierang potong kecik camni dan salut ngan tepung tapi pada aku tepung dia tak best sangat sebab kurang perisa dia dan sekali lagi aku suspek sebab ramai orang, yea la time tu weekend, tapi pada aku itu bukan sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak mantain quality pada food tu. Walaupon batter dia tak best sangat, tapi cover gak ler ngan sos cili yang dihidangkan sebab benda tu dah memang ada cukup rasa, so bila makan tu kurang ler rasa "kurang rasa" pada sotong tu.
Tauhu ni sedap, tauhu masak SAN KONG, ntah ler tapi aku dapat rasa ada touchu dalam bahan bahan dia, dan rasa dia sangat sedap, walaupon tauhu tu dia potong kecik kecik camtu, tapi rasa dia sangat balance dan tak pedas sangat, so sesuai le yang tak makan pedas dan ini akan melengkapkan menu korang bila datang sini. Tapi dalam banyak banyak ni kami tak order TomYam pon sebab dah tau ikan Miang tu dah masam so taknak banyak benda masam, kang muka masing masing masam je :)
Restoran ni pada aku ok lah, cuma korang kena banyak sabar untuk menunggu food korang dihidangkan kat table korang, sebab kalau time tengah peak hour tu memang korang leh tunggu dapat food korang sampai sejam pon ada dan aku dah experience benda nie, kalau takat aku sorang je makan sini, memang dah chow dah aku sebab tak sanggup nunggu lama lama dalam keadaan perut lapar, so korang kalau sanggup menunggu pastikan food tu berbaloi dengan ape yang kita dok hadap kalau tunggu lama lama yea :) selamat mencoba
RASA: 4 / 5
HARGA: RM10 - RM300
ALAMAT: Lot 2851, Jalan Seri Pencala, Kg Sungai Penchala, 60000, Kuala Lumpur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://foodt8ge.blogspot.com/2014/01/muhibbah-seafood-kg-sungai-penchala.html