Muharam 15 Manusia Paling Jahat




DARIPADA sejumlah ceramah dan tazkirah sempena Maal Hijrah yang saya hadiri baru-baru ini, izinkan saya 'mempersembahkan' rumusan saya bagi difikir-fikirkan oleh pembaca 'barang sejenak jua'.

Saya begitu terkesan apabila seorang ustaz memberitahu bahawa orang paling jahat di dunia ini bukanlah penyamun, perompak, pembunuh, perogol dan 'penjahat sespesies' mereka tetapi manusia yang tidak dapat menerima kebenaran. Mereka yang menutup pintu hati (hati keras) inilah adalah sejahat-jahat manusia.

Kata sang ustaz, manusia keras hati ini bukanlah hanya daripada golongan yang 'kelihatan jahat' tetapi juga di kalangan mereka yang 'nampak baik-baik'. Ya, mereka solat (malah secara berjemaah di masjid), berpuasa dan berhaji tetapi kata sang ustaz, 'tak berkesan' 'tonggang tongek' mereka (menunaikan solat) jika mereka tidak berlapang dada untuk menerima sesuatu kebenaran itu.

"Apa buktinya?" tanya sang ustaz. Katanya, orang jenis ini pantang ditegur. Kalau ditegur dia akan melenting. Sepantas kilat dia menolak pandangan orang malah cuba pula 'menegakkan benang basah'. Ini bermakna orang ini secara automatis sudah menutup pintu hati; dia fikir dia atau pendapat dia sahaja betul jadi bagaimana dia dapat mengutip 'mutiara-mutiara' daripada kehidupan ini!

Fokuskan kepada sirah Nabi Muhammad SAW. Sebelum menjadi Nabi dan Rasul pada usia 40 tahun, Nabi Muhammad diakui kejujurannya dan diberi gelaran Al-Amin (Yang Amanah). Ketika mula berdakwah secara terbuka Nabi Muhammad SAW menghimpunkan penduduk Makkah dan bertanya kepada mereka "jika aku katakan ada unta di belakang bukit ini (Safa) percayakah kamu?" Orang Quraisy mengiyakannya tetapi selepas Nabi SAW menyampaikan dakwahnya, mereka yang diketuai oleh Abu Lahab lantas menuduh Nabi SAW berbohong sedangkan sebelumnya mereka mengakui 'keamanahan' Nabi.

Ya, orang yang menutup pintu hati daripada kebenaran adalah sama cirinya dengan Abu Lahab yang dikutuk oleh Allah SWT dalam al-Quran. Menjadikan sirah Rasul SAW ini sebagai pedoman kehidupan, insaflah kita bahawa masalah-masalah membabitkan diri, keluarga, masyarakat, negeri, negara kita dan dunia ini adalah berpunca daripada keras hatinya diri kita daripada menerima kebenaran. Namun percayalah, apabila kebenaran datang maka sirnalah kejahatan.

Sekarang marilah kita 'terjemahkan' peristiwa zaman Rasul SAW sebagai pengajaran kehidupan semasa kita. Kemelut demi kemelut yang melanda negara sebahagiannya adalah disebabkan oleh kita terutama pemimpinnya yang sudah keras hati, tidak dapat menerima kebenaran. Hati mereka sudah beku, Mereka pekakkan telinga kepada teguran, mereka fikir mereka saja betul dan apabila ini berlaku, dikhuatiri suasana dalam negara kita daripada 'sebawah-bawah dan setinggi-tingginya' dalam keadaan 'tunggang-telanggang'.

Tidak 'makan ditegur' atau menjauhi daripada kebenaran ini menyebabkan dunia rosak; sebagai contoh di negara kita kini diancam jerebu; sebahagiannya disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang jahat; mereka mementingkan hawa nafsu masing-masing - katakanlah berlaku kebakaran hutan puncanya kerana apa...pemerintah mahu mengaut keuntungan semaksimum mungkin, demikian juga pemodal, peneroka dan sebagainya. Manusia (daripada pemimpin kepada rakyat) rakus 'membotakkan' hutan dan bukit malah gunung pun ditarah mereka! Ya, apakah mereka ini dapat menerima kebenaran apabila ditegur? Tidak, kita bimbang mereka sudah jadi 'Abu Lahab' yang tidak dapat menerima kebenaran.

Manusia keras hati tidak boleh menjadi 'pentaubat' sedangkan inilah ciri sebaik-baik insan yang disayangi oleh Allah SWT. Perompak dan pembunuh (termasuk yang meletupkan orang) pun berpeluang mengaku bersalah dan bertaubat tetapi makhluk yang sombong daripada kebenaran ini (ketua mereka adalah iblis dan syaitan) tidak boleh dan akan berbuat begitu. Ya, manusia mana yang tidak membuat dosa...namun insan 'pentaubat' mengakui kesilapan diri dan berterusan merayu-rayu kepada Allah agar ditunjuki jalan yang lurus (kebenaran) yang dipohon sekurang-kurang 17 kali melalui solat. 

Sahlah kalau kita tidak membuka hati kepada kebenaran seterusnya bertaubat, kita adalah sejahat-jahat manusia kerana datuk kepada kita semua (manusia), Nabi Adam AS pun berdoa bersungguh-sungguh: "Ya Tuhan kami; kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi." (Quran, Surah Al-A'raaf, ayat 23)
Lanh Sr.

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/muharam-15-manusia-paling-jahat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manusia Yang Paling Dibenci

Manusia Yang Paling Dibenci

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 375 hits
Daripada Aisyah radliallahu anha ia mengatakan Rasulullah SAW bersabda Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah Dar Ibn Kathir Status Hadis SahihPengajaran 1 Keras kepala adalah sifat yang beriringan den...
Lebih 4k Share Apam Berkuah Paling Senang Nak Buat Anak Pun Suka

Lebih 4k Share Apam Berkuah Paling Senang Nak Buat Anak Pun Suka

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 504 hits
Apam nasi mungkin sudah terbiasa namun apam dengan kuah pekat dan likat pasti buat minum petang anda bertambah nikmatnya Apam nasi dengan kuah yang dikongsikan oleh ini nampak cukup mudah hendak disediakannya Hanya perap dan biarkan sahaja ...
Safawi Bakal Jadi Pemain Paling Mahal Di Asia Tenggara Berapa Gaji Bakal Dia Terima Juga Dided4hkan

Safawi Bakal Jadi Pemain Paling Mahal Di Asia Tenggara Berapa Gaji Bakal Dia Terima Juga Dided4hkan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 460 hits
Safawi Rasid pemain baru Portimonense Pemain kelahiran Malaysia adalah salah satu tarikan utama dari Asia itu yang dianggap sebagai pemain terbaik dalam dua musim terakhir Selamat datang Safawi Demikian status ditulis Portimonense SC berhub...
Cara Meningkatkan Keyakinan Diri Yang Paling Berkesan

Cara Meningkatkan Keyakinan Diri Yang Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 404 hits
Keyakinan diri ditakrifkan sebagai perasaan percaya pada kebolehan kualiti dan pertimbangan seseorang Keyakinan diri penting untuk kesihatan dan kesejahteraan psikologi kita Mempunyai tahap keyakinan diri yang sihat dapat membantu kita untu...
Tip Legakan Sakit Kepala Paling Berkesan

Tip Legakan Sakit Kepala Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 284 hits
Tip legakan sakit kepala paling berkesanKEBANYAKAN orang akan mengalami masalah sakit kepala dari masa ke masa tidak kiralah sama ada sakit itu sedikit ataupun sangat teruk Cara menghilangkannya bergantung kepada jenis sakit kepala itu send...
Fitnah Paling Dasyat

Fitnah Paling Dasyat

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 299 hits
Fitnah Paling Dasyat Like Follow Follow Subscribe
Paling Susah Nak Selesai

Paling Susah Nak Selesai

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 309 hits
Bukan saja malaysia hadapi isu ini Thailand dan Filipina menghadapi kes ini dengan begitu serius sehingga memaksa pihak kerajaan mengambil tindakan tegas Dalam kes dadah memang ada yang mampu boleh pulih daripada masa gian dadah Ada juga ya...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Dopamine D Cor How Celebrity Designers Are Embracing This Feel Good Trend

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Putrajaya International Convention Centre


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Power Of Storytelling For Business

Lirik Lagu Batu Belah Batu Konkrit Monoloque Ft Azlina Aziz

Penerangan Jenis Gigi Palsu Dan Harganya

Kerang Goreng Kunyit Dengan Kentang Menu Kerang Sedap Selain Sambal

Dolar Mengikuti Trajektori Yang Biasa

Lrt3 Tarikh Operasi Senarai Stesen Fakta Menarik