Mufti Perlis Penang Dan Kl Serta Pan Bukan Ahli Sunnah
Mat Sabu, Presiden PAN telah beberapa kali di kesan 'mesra' dengan pemimpin-pemimpin Syiah dunia...
Bukan saja 'mesra' dengan pemimpin-pemimpin Syiah, malah Mat Sabu juga di lihat 'mesra' dengan amalan-amalan Syiah...
Selain dari fahaman Syiah yang berkembang subur di dalam Amanah, fahaman Wahhabi juga di kesan sedang giat di tularkan dalam Amanah...
Admin tidak melemparkan tuduhan bahawa parti Amanah adalah parti yang sesat akidahnya, tapi yang pasti, jumhur ulama' telah sepakat, fahaman Wahhabi dan Syiah telah di tolak akidahnya...
Wahhabi (Pseudo-Salafi) Bukan Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jamaah
Ada banyak perkara yang mana golongan Pseudo-Salafi menyalahi pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, ini termasuk mazhab Hanbali...
Secara ringkas antara perkara-perkara tersebut adalah :
》Bahawa neraka akan musnah (Ibn Taymiyyah, Risalah fi Baqa’ al-Jannah wa Fana’ al-Nar; Ibn Qayyim, al-Ruh; Hadi al-Arwah)...
Al-Albani sendiri menolak pandangan Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim ini...
Akan tetapi para pengikut mereka yang ta'assub tetap mempertahankan pandangan kedua tokoh ini walaupun ianya tidak berasas dan salah...
》Istigathah dengan Nabi, termasuk tawassul dan meminta Shafaat, adalah Syirik akbar...
Kata-kata Muhammad bin Abdul Wahhab :
"Barangsiapa menjadikan seseorang menjadi perantara (wasa’it) di antara dirinya dengan Allah berdoa dan meminta Syafaat daripadanya serta bertawakkal kepadanya maka ia kafir secara ijma" (lihat Nawaqid al-Iman)...
Sedangkan menurut Hanabilah kata-kata "Wahai Rasulullah ambillah tanganku" adalah di benarkan dan tidak membawa kepada syirik...
Kerana sememangnya Rasulullah di beri kuasa untuk memberi Syafaat kepada umatnya...
》Mengharamkan Taqlid dalam masalah furu’ (fiqh)...
Sedangkan Ijma’ para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah taqlid dalam masalah furu’ bagi orang awam adalah di galakkan...
Hal ini di nyatakan oleh Ibn Qudamah, Imam dalam mazhab Hanbali di dalam Rawdat al-Nazir...
Ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-jama’ah berpandangan bahawa orang awam tidak memiliki kemampuan untuk berijtihad oleh kerana itu taqlid terhadap imam-imam Mazhab adalah jalan selamat bagi mereka...
Sebenarnya pandangan yang mengharamkan taqlid adalah pandangan Mu’tazilah Jahmiyyah yang kemudiannya di ambil oleh Pseudo-Salafi...
Sheikh Hatim al-Awni berkata :
"Telah bertukar daripada orang-orang yang memerangi taqlid menjadi orang-orang pentaqlid yang ta’sub, kerana mereka tidak akan sesekali menerima bahawa ada pandangan yang salah dan keliru daripada ulama’ mereka sendiri"...
》Menolak ta’wil dan tafwid...
Ulama’ Ahl al-Hadith terkenal seperti Ibn Qutaybah (wafat 276H) sendiri menerima ta’wil apabila perlu, seperti hadith 'kedua tanganNya adalah kanan' beliau ta’wilkan sebagai mengandungi makna kesempurnaan, dan kedermawanan, demikian juga 'nafas al-Rahman" di ta’wilkan sebagai pertolongan Tuhan (lihat al-Ikhtilaf fi al-Lafz)...
Bahkan ta’wil juga di lakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam sekurang-kurangnya tiga perkara iaitu "Hajar Aswad tangan kanan Tuhan', 'Nafas al-Rahman' dan 'Aku adalah teman duduk (Jalis) orang yang mengingatiKu' (al-Ghazali, Faysal al-Tafriqah)...
Golongan Pseuso-Salafi ini juga menyesatkan Ibn Hajar al-Asqalani dan Imam al-Nawawi...
Dengan alasan bahawa mereka bersetuju dengan Asha’irah dalam menta’wilkan Sifat...
》Mengkafirkan golongan Sufi...
Muhammad bin Abdul Wahhab berkata :
"Seorang awam dari kalangan orang beriman dapat mengalahkan seribu daripada ulama’ orang-orang Musyrik ini", iaitu ulama Ahli Sunnah yang membenarkan tawassul dan ziarah kubur. (Kashf al-Shubuhat)...
Bahkan Ibn Abdul Wahhab juga mengatakan bahawa ulama' Hanabilah yang bersetuju dengan ulama' yang membenarkan tawassul seperti Abd al-Latif , Ibn Fairuz, Ibn Afaliq dan Ibn Mutliq adalah kafir...
》Mengkafirkan orang awam yang tidak memahami Tawhid Uluhiyyah versi mereka...
Ini termasuk Asha’irah yang menolak pembahagian Tawhid oleh Ibn Taymiyyah kepada Tawhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ wa Sifat...
Muhammad bin Abd al-Wahhab berkata :
"Sangat hairan orang yang mengaku Islam sedangkan mereka tidak mengetahui makna la ilaha illa’Llah, orang yang cerdik di antara mereka percaya bahawa maknanya adalah tidak menciptakan, tidak memberi rezeki, tidak mengatur urusan melainkan Allah, maka tidak ada kebaikan pada seseorang apabila orang jahil di kalangan orang kafir lebih mengetahui daripada mereka akan makna la ilaha illa’Llah"(Kashf al-Shubuhat)...
Beliau juga menyenaraikan hal-hal yang membatalkan shahadah adalah berkata-kata perkara yang mengeluarkannya daripada Islam walaupun ia jahil dan di paksa...
Menolak peranan akal...
Menuduh Asha’irah mendahulukan akal apabila menggunakan istilah-istilah falsafah dalam perbincangan ilmu Kalam seperti wajib al-wujud, qadim, hadith, jawhar, ‘arad dsb...
Bahkan Safar al-Hawali dalam bukunya Manhaj al-Asha’irah fi al-Aqidah mengatakan bahawa Asha’irah adalah penyembah berhala, agama pagan, pengikut Aristotle dan Plato...
Jelas bahawa beliau tidak membaca karya-karya Asha’irah yang mengkritik Falasifah seperti karya Imam al-Ghazali Tahafut al-Falasifah...
》Pujian yang berlebihan kepada Ibn Taymiyyah dengan menganggap para ulama’ yang lain kejam dan melakukan kezaliman terhadapnya...
Muhammad Khalil Harras berkata tetang Ibn Taymiyyah :
"Beliau adalah pemuka kebangkitan Islam yang agung, ia keluar daripada segala yang di anggap biasa di zamannya sama ada berkaitan mazhab atau pandangan, beliau adalah orang yang bebas dalam memberi pandangan, merdeka dalam berfikir, tidak taqlid terhadap satu mazhab dan tidak mendukung mana-mana kumpulan" (Ibn Taymiyyah al-Salafi)...
Mustafa Abd al-Raziq pula berkata :
"Beliau telah di fitnah oleh para ulama’ di zamannya sehingga menyebabkan beliau di penjara beberapa kali"... (Faylasuf al-Arab wa al-Mu’allim al-Thani)...
Walhal beliau di penjara kerana beberapa fatwa beliau telah menyebabkan kegusaran masyarakat awam, seperti isu ziarah kubur Nabi dan perkara-perkara lain menyalahi ijma' para ulama'...
Hal ini di akui oleh al-Zahabi(Zaghal al-Ilm) murid Ibn Taymiyyah dan Ibn Hajar al-Asqalani (al-Durar al-kaminah) dan Ibn Hajar al-Haythami (al-Fatawa al-Hadithiyyah)...
Jika ulama’ Hanabilah sendiri mereka tolak, sedangkan mereka kononnya mengaku bermazhab Hanbali, maka tidak hairanlah apabila mereka menolak para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dari mazhab yang lain...
Maka dakwaan bahawa golongan Wahhabi (Pseudo-Salafi) ini mengikuti para ulama’ muktabar dan menghormati karya ilmuwan silam adalah tidak benar...
Mustafa Ulayan, juga seorang ulama’ bermazhab Hanbali, dalam bukunya al-Hanabilah wa Ikhtilafuhum ma' al-Salafiyyah al-Mu’asirah mengatakan bahawa penisbahan diri mereka (Pseudo-Salafi) terhadap mazhab Hanbali adalah suatu pembohongan, oleh kerananya ramai ulama’ Hanabilah di zamannya menyanggahnya demi menegakkan kebenaran...
Pandang Dengan Mata Hati
》Bila Talqin di katakan BIDAAH...
Amalan itu ditinggalkan...
Talqin tidak bergema lagi!!!
Bila Tahlil Arwah di katakan BIDAAH...
Amalan itu ditinggalkan...
Tahlil tidak bergema lagi!!!
》Bila Qunut di katakan BIDAAH...
Amalan itu ditinggalkan...
Qunut tidak bergema lagi!!!
》Bila membaca Yasin setiap malam jumaat di katakan BIDAAH...
Amalan itu ditinggalkan...
Yasin tidak bergema lagi!!!
》Bila membaca Al Quran tanpa memahami maksud di katakan sia-sia...
Amalan itu ditinggalkan...
Al Quran tidak bergema lagi!!!
Bila zikir beramai- ramai di katakan SESAT...
Amalan itu di tinggalkan...
Zikir tidak bergema lagi!!!
Tidakkah kita nampak, sesungguhnya ianya adalah agenda dan hasutan musuh-musuh Islam yang secara halus menyerang umat Islam...
Tiada lagi gema2 Talqin, Tahlil, Qunut, Yasin, Alunan Al Quran bersilih ganti dengan zikir di malam hari...
Bumi semakin sepi dari gema-gema memuji Allah...
Hanya ada satu makhluk sahaja yang memohon kepada Allah untuk SESATKAN umat manusia...
Betapa bijaksananya dia menjauhkan umat manusia dari Allah...
"Dia (iblis) berkata : Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku SESATKAN keturunannya, kecuali sebahagian kecil"...
QS. Al-Isra ayat 62
Menghadap telefon dari pagi hingga malam tidak pun kita katakan SESAT...
Sebaliknya sebarang usaha ke jalan Allah SWT sentiasa ada perkataan SESAT...
SIAPA SEBENARNYA YANG MENYESATKAN DAN DI SESATKAN?
HANYA IBLIS SAHAJA YANG SENTIASA CUBA MENYESATKAN MANUSIA!!!
Akhirnya Iblis tertawa berdekah-dekah kerana berjaya menyesatkan manusia...
BUMI SEMAKIN SEPI DARI GEMA- GEMA MEMUJI ALLAH!!!
Sumber :
Prof. Dr. Khalif Muammar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://theunspinners.blogspot.com/2019/06/mufti-perlis-penang-dan-kl-serta-pan.html