Move On La Ph Cukup La Meratib Kerajaan Tebuk Atap


 

March 27, 2021 1. Sejak kejatuhan kerajaan PH pada Mac 2020, PH sering meratib kerajaan PN sekarang adalah kerajaan tebuk atap dan kerajaan pintu belakang. Setelah setahun berlalu, cukuplah PH meratib perkara yang sama.
2. PH pun tidak kuat dan tidak bersatu lagi seperti mana semasa menghadapi PRU-14. Ini dapat dilihat dari kegagalan PH menyekat usaha kerajaan PN menukar speaker dewan rakyat dan juga bajet 2021. Jikapun speaker dewan membenarkan ‘undi tidak percaya’ diusulkan di dewan sekarang, belum tentu PH dan pakatannya boleh memenangi usul tersebut.
3. Jadi, cukuplah dengan ratib ini. Rakyat sudah bosan dan rakyat nampak macam pemimpin PH ini gila kuasa atau menjadi nanar setelah tidak berkuasa. Sebaliknya, ambillah kesempatan dengan pelbagai isu sekarang untuk memperjuangkan sesuatu yang bermakna bagi rakyat, sekali gus bersedia menghadapi PRU-15.
Isu Apa Yang Perlu PH Perjuangkan?
4. Isunya banyak. Tentu sekali yang utama ialah ekonomi, pelaburan asing, peluang pekerjaan, bebanan kos hidup dan Covid-19. Biarpun kerajaan PN menafikan Malaysia kehilangan pelaburan asing ke negara-negara jiran, namun Laporan UNCTAD menunjukkan pelaburan asing ke Malaysia jatuh sebanyak 68% kepada hanya US$2.5 bilion pada tahun 2020, menjadikan Malaysia negara terburuk prestasinya di rantau Asia Tenggara (AT).
5. Negara-negara jiran kita seperti Singapura, Vietnam dan Indonesia terus mencatat pelaburan yang kukuh. Pada tahun 2019, ketiga-tiga negara tersebut menerima lebih daripada 80% aliran masuk pelaburan langsung asing ke rantau ini. Pada tahun 2020, Singapura mencatat aliran masuk pelaburan langsung asing sebanyak AS$58 bilion iaitu 23.2 kali ganda lebih banyak daripada Malaysia.
6. Bukan hanya itu. Biarpun kerajaan PN menyatakan keadaan ekonomi negara dan pelaburan Malaysia adalah baik, realitinya adalah banyak syarikat yang menutup kilangnya. Misalnya, pada 14 Januari 2020, Nikkei Asia melaporkan Toyota dan Honda menutup kilang di Malaysia. Pada November 2020, syarikat IT Jerman T-Systems telah menjual perniagaannya di Malaysia menyebabkan 800 pekerja kehilangan pekerjaan. Pada 3 Disember 2020, FMT melaporkan Sony akan menutup kilangnya di Perai selepas 36 tahun di negara ini menjejaskan 3,400 pekerja. Pada 23 Mac 2021, FMT melaporkan IBM akan menutup pusat penyampaian global di Cyberjaya pada 31 Mei ini menjejaskan 1,000 orang pekerja.
7. Begitu juga dengan kenaikan harga barang yang semakin ketara sekarang. Laporan CPI Jabatan Statistik Malaysia mencatatkan 326 jenis barang naik harga, termasuk harga makanan dan minuman. Ini memang betulpun. Tanya sahaja suri rumah, berapa kenaikan harga sayur, harga minyak masak, telur dan lainnya? Jawapan mereka tentunya sama: harga barang semakin naik dan kos hidup semakin tinggi.
8. Dari segi pekerjaan pula, PH perlu perjuangkan peluang pekerjaan untuk anak muda. Usah dibincangkan peluang pekerjaan untuk sektor lain, peluang pekerjaan untuk doktor siswazah pun sukar sekarang. Dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang memerlukan bilangan doktor yang ramai, mereka yang baharu selesai menjalani ‘houseman’ hanya dilantik secara kontrak sahaja. Mengapa sampai begitu sekali? Adakah disebabkan oleh bilangan doktor yang terlalu ramai atau bilangan hospital yang sedikit atau keupayaan kewangan kerajaan yang terbatas menyebabkan mereka ini tidak dilantik secara tetap? Hal sebegini harus menjadi perjuangan utama PH bukan sahaja untuk menarik sokongan rakyat, tetapi memperjuangkan kebajikan rakyat.
9. Akhirnya, perlu bagi pemimpin PH memperjuangkan SOP Covid-19 dan pelaksanaannya. Rakyat terkeliru dengan denda RM10,000 dan bagi industri pula RM50,000. Apakah denda sebanyak ini adil kerana kesannya besar kepada rakyat? Jika ini adalah kesalahan jenayah, maka ‘pesalah’ ini hilang masa depan. Kenapa buat undang-undang dahulu dan baharu kemudian mahu perincikan pelaksanaannnya?
10. Perkara di ataslah yang perlu PH perjuangkan dari terus merintih tentang kuasa yang hilang dan meratib isu kerajaan tebuk atap atau kerajaan pintu belakang. Tebuk atap atau pintu belakang, yang jelasnya satu: kerajaan PN adalah kerajaan yang sah biarpun dengan majoriti yang kecil.
11. Menutup kata, saya mempunyai satu harapan besar kepada pemimpin politik negara kita. Saya mahu pemimpin kita memberi jiwa kepada politik dan memanusiakan rakyat, tanpa mengira apapun parti kita. Bertindak adillah dalam memerintah negara. Layani rakyat dengan saksama. Hapuskanlah tindakan dua darjat dalam sebarang keputusan. Yakinlah dengan cara ini, kita boleh menjauhi kebencian dalam politik.
12. Saya akhiri dengan kata-kata Martin Luther King, Jr. seperti berikut: “We need leaders not in love with money but in love with justice. Not in love with publicity but in love with humanity.”
Mohammad Agus Yusoff












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/move-on-la-ph-cukup-la-meratib-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukuplah Ph Meratib Kerajaan Tebuk Atap Prof Dr Mohammad Agus Yusoff

Cukuplah Ph Meratib Kerajaan Tebuk Atap Prof Dr Mohammad Agus Yusoff

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 211 hits
Prof Dr Mohammad Agus YusoffSejak kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Mac 2020 PH sering meratib kerajaan Perikatan Nasional sekarang adalah kerajaan tebuk atap dan kerajaan pintu belakang Setelah setahun berlalu cukuplah PH meratib per...
Arafat Sokong Nurul Izzah Kembali Aktif Lawan Kerajaan Tebuk Atap

Arafat Sokong Nurul Izzah Kembali Aktif Lawan Kerajaan Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 309 hits
March 15 2021 Pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat menyokong saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dua bekas pemimpin parti itu kembali aktif dalam politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Kedua dua mereka ialah bekas Naib P...
Ekonomi Jahanam Jika Kerajaan Tebuk Atap Kekal Berkuasa

Ekonomi Jahanam Jika Kerajaan Tebuk Atap Kekal Berkuasa

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 199 hits
Oleh Syed Mohd Al Amin Tuan Sharif Ketika negara jiran lain di Asia Tenggara terus menikmati limpahan kemasukan pelaburan langsung asing yang tinggi sewaktu pandemik Covid 19 Malaysia pula terus dirundung malang apabila satu demi satu syari...
Menteri Menteri Kerajaan Tebuk Atap Berlagak Sombong

Menteri Menteri Kerajaan Tebuk Atap Berlagak Sombong

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 264 hits
ARIF ATANPresiden AMANAH Mohamad Sabu menyifatkan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional berlagak sombong susulan taklimat Ahli Ahli Parlimen pembangkang hari ini Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata pertemuan diketuai Ketua Pembangkang Datuk ...
Undi 18 Jadi Igauan Buat Kerajaan Tebuk Atap

Undi 18 Jadi Igauan Buat Kerajaan Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 229 hits
Pada 16 July 2020 saya pernah menulis dan menimbulkan persoalan WAJARKAH PAKATAN HARAPAN JADI KERAJAAN WAKTU INI Ini adalah kerana keadaan politik pentadbiran KERA jaan dan ekonomi pandemik yg KETIKA ITU saya jangka semakin teruk dan meneka...
Tidak Cukup Setakat Putuskan Hubungan Dengan Bersatu Pau Sabtu Ini Mesti Juga Buat Ketetapan Keluar Kerajaan Pn

Tidak Cukup Setakat Putuskan Hubungan Dengan Bersatu Pau Sabtu Ini Mesti Juga Buat Ketetapan Keluar Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 219 hits
Apa yang sepatutnya dilakukan Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO hujung minggu ini Satu perkara yang jelas akan dilakukan UMNO ialah memuktamadkan putus hubungan parti itu dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang Berdasarkan senar...
Mana Tahu Malu Punya Puak Ni Kalau Malu Tak Gila Jawatan Walau Bersekongkol Dengan Parti Tebuk Atap

Mana Tahu Malu Punya Puak Ni Kalau Malu Tak Gila Jawatan Walau Bersekongkol Dengan Parti Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 259 hits
Walaupun kena sindir Pemuda Pas buat muka sardin March 28 2021Apa beza beradab tak beradab dan biadab Beradab walaupun di sindir ketika menjadi tetamu namun tetap tidak angkat kaki tinggalkan majlis Sabar dan kerana tingginya adab air muka ...
Panas Najib Dakwa Ada Menteri Kanan Kerajaan Pn Tidak Didakwa Atas Alasan Video Tak Cukup Hd

Panas Najib Dakwa Ada Menteri Kanan Kerajaan Pn Tidak Didakwa Atas Alasan Video Tak Cukup Hd

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 342 hits
March 13 2021 2Rasanya ada seseorang bekas naib presiden parti sebelah sana yang juga ahli parlimen telah terbaca posting minggu lepas saya ini Beza antara ampu dengan lawan Berani lawan Berani kerana benar
Anwar Dakwa Cukup Sokongan Bentuk Kerajaan

Anwar Dakwa Cukup Sokongan Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 304 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yakin mempunyai sokongan mencukupi di Parlimen untuk membentuk kerajaan Anwar yang juga presiden PKR juga yakin kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti mudah di Dewan Ra...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin