Monumen Nasional Menyaksi Patrian Sejarah Kemerdekaan Indonesia
Menyaksi patrian sejarah kemerdekaan Indonesia | Perang dunia kedua (World War II) paling teruk, paling banyak membawa kerosakan dan kesengsaraan. Lebih 50 juta nyawa terkorban dalam peperangan yang berlaku serentak di banyak negara.
Indonesia juga tidak terkecuali. Ia dijajah Inggeris, Belanda dan Jepun sama seperti Tanah Melayu. Sampai suatu ketika pihak Inggeris dan Belanda bertukar wilayah jajahan masing-masing bagi memudahkan urusan pentadbiran. Pemerintah Belanda mula mengambil alih pemerintahan kepulauan nusantara yang sejak 1800-an yang dikenali dengan nama Hindia Belanda. Ianya berlaku setelah Verenigde Oostindische Compagnie (VOC) sebuah persekutuan dagang Belanda yang memonopoli aktiviti perdagangan di Asia sejak 20 Mac 1602 ditutup secara rasmi pada 31 Disember 1799
Setelah bom atom dijatuhkan di Hiroshima oleh Amerika Syarikat pada 6 Ogos 1945, Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) menegaskan lagi keinginan dan tujuan mencapai kemerdekaan Indonesia. Jadi bila bom atom kedua dijatuhkan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945, Jepun pun menyerah kalah kepada Amerika Syarikat dan sekutunya. Tanpa berlengah, Indonesia memanfaatkan momen tersebut untuk mengisytiharkan kemerdekaannya
Pagi Jumaat 17 Ogos bertempat di Jalan Pegangsaan Timur 56, Jakarta Pusat, Proklamasi Kemerdekaan Indonesia dibacakan oleh Soekarno dengan didampingi oleh Drs. Mohammad Hatta
Hanya SEMINGGU tempoh yang diambil Indonesia untuk MERDEKA, berbanding kita yang menerima kembali Inggeris setelah Jepun kalah. Itu yang Dr Mahathir (seperti yang ditulis dalam buku Doctor in the House) dan rakyat Malaya marah, masa Jepun menyerang Inggeris lari ke Siam, tinggalkan kita terkontang-kanting. Bila Jepun menyerah kalah eh eh... dia mengaku kita hak dia lagi. Itu pun ada je yang bangga dijajah. Redha terpaksa melaluinya, lain. Bangga dijajah tu... pelik. Bau ikan sangat
Itulah sedikit kisah kemerdekaan Indonesia
MONAS sebagai tugu peringatanUntuk mengenang pertempuran dan perjuangan rakyat Indonesia dalam mencapai kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda, Presiden Soekarno telah mengarahkan pembinaan Monumen Nasional atau singkatnya, Monas
Inilah Monumen Nasional - Monas. Jerebu masa ni
Tugu Peringatan yang direka bentuk oleh Frederich Silaban dan R. M. Soedarsono, dibina setinggi 132 meter di tengah Lapangan Medan Merdeka, Jakarta Pusat, Ia dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Jumlah keseluruhan kawasan ialah 80 hektar di tengah kota Jakarta. Ia dibuka kepada orang awam pada 17 Julai 1975 setelah melalui proses pembinaan selama 14 tahun
Presiden Soekarno memberikan gambaran awal rekabentuk Monumen Nasional mestilah diinspirasikan dari Lingga dan Yoni. Apa tu? Ni haa... maksudnya yang diambil dari wikipedia:
Lingga adalah sebuah arca atau patung, yang merupakan sebuah objek pemujaan atau sembahyang umat Hindu. Kata lingga ini biasanya singkatan daripada Siwalingga dan merupakan sebuah objek tegak, tinggi yang melambangkan falus (penis) atau kemaluan Batara Siwa. Objek ini merupakan lambang kesuburan.
Yoni adalah kata yang mempunyai erti bahagian/tempat (kandungan) untuk melahirkan. Ia memberi mempunyai banyak erti di antaranya adalah sumber, asal, sarang, rumah, tempat duduk, kandang, tempat istirahat, tempat penampungan air, dan lain-lain. Dalam buku Kama Sutra dan dalam kaitannya dengan batu candi, Yoni berarti pasangan Lingga yang merupakan simbol dari alat kelamin wanita. Yoni merupakan sebuah objek cekung atau berlubang, yang melambangkan kemaluan wanita (vagina). Objek ini merupakan lambang kesuburan. Di beberapa daerah di Indonesia Yoni disebut juga lesung batu karena menyerupai sebuah lesung yang terbuat dari batu.
Apa yang ada di Monas?
1. Relief Sejarah IndonesiaPada tiap sudut halaman luar yang mengelilingi monumen terdapat relief/ukiran yang menggambarkan sejarah Indonesia, yang diatur mengikut kronologi
Sumber https://id.wikipedia.org
2. Museum Sejarah NasionalTerdapat 51 diorama di bahagian dasar monumen berlapis marmar 3 meter di bawah permukaan tanah. Diorama ini dimula dari sudut timur laut bergerak searah jarum jam menelusuri perjalanan sejarah Indonesia; mulai masa pra sejarah hingga masa Orde Baru pada masa pemerintahan Suharto
3. Ruang KemerdekaanDi bahagian dalam cawan monumen terdapat Ruang Kemerdekaan berbentuk amphitheater. Ruangan ini menyimpan simbol kenegaraan dan kemerdekaan Republik Indonesia. Diantaranya naskah asli Proklamasi Kemerdekaan Indonesia yang disimpan dalam kotak kaca di dalam gerbang berlapis emas, lambang negara Indonesia, peta kepulauan Negara Kesatuan Republik Indonesia berlapis emas, bendera merah putih dan dinding yang bertulis naskah Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia
Garuda Pancasila di dalam Ruang Kemerdekaan Monas.
4. Pelataran Puncak dan Api KemerdekaanSebuah lif pada pintu sisi selatan akan membawa pengunjung menuju pelantar puncak berukuran 11 x 11 meter di ketinggian 115 meter dari permukaan tanah. Lif ini berkapasiti 11 orang sekali angkut dengan pelantar puncak ini boleh menampung sekitar 50 orang serentak.
Dari pelantar puncak tugu Monas, pengunjung dapat menikmati pemandangan seluruh penjuru kota Jakarta melalui teropong yang disediakan. Di sebelah selatan sayup-sayup terlihat Gunung Salak di kabupaten Bogor, Jawa Barat, manakala arah utara pula kelihatan laut lepas terbentang luas dengan pulau-pulau kecilnya
Di puncak Monumen Nasional terdapat cawan yang menopang nyala lampu perunggu (obor) yang beratnya mencapai 14.5 tan dan dilapisi emas seberat 35 kg. Sebanyak 28 kg dari keseluruhan berat emas pada obor Monas tersebut merupakan sumbangan dari Teuku Markam, seorang pengusaha Aceh yang pernah menjadi antara orang terkaya di Indonesia
Di mana dan bagaimana untuk ke Monas?Monas ini letaknya di tengah kota Jakarta, di hadapan Stasiun Kereta Api Gambir. Banyak pejabat kerajaan dan perniagaan di sekitarnya
Bas Trans Jakarta melalui halte (hentian bas) Monas yang terletak di pinggir pintu masuk monumen. Naik ojek, teksi pun boleh. Senang je ke sini, semua orang tahu
Kemudahan yang ada di Monas?1. Kenderaan khas disediakan bagi mereka yang mahu pengalaman mengelilingi Monas. Bagi anda yang sanggup beratur, silakan. Ai jalan kaki je...
2. Bersebelahan tugu Monas terdapat karya seni berupa patung dan juga monumen dengan catatan sejarah serta kata-kata membakar semangat dari Chairil Anwar
3. Taman dan kawasan luas untuk berehat dan beriadah
Waktu lawatan ke Monas:
Harga tiket masuk ke puncak Monas:Harganya berpatutan tetapi queue tu yang tak tahan 😧.. di bawah ni gambar sebahagian pengunjung yang beratur untuk membeli tiket dan mengambil giliran untuk masuk ke Monumen Nasional pada pukul 11 pagi. Sabar ya, lif tu mampu bawa 11 orang sahaja
Kerawang-Bekasi
Kami yang kini terbaring antara Kerawang-BekasiTidak bisa teriak Merdeka! dan angkat senjata lagiKami cuma tulang-tulang berserakanTapi adalah kepunyaanmuKaulah lagi yang tentukan nilai tulang-tulang berserakanAtaukah jiwa kami melayang untuk kemerdekaan kemenangan dan harapan atau tidak untuk apa-apaKami tidak tahu kami tidak lagi bisa berkataKaulah sekarang yang berkataKami bicara padamu dalam hening di malam sepiJika dada rasa hampa dan jam dinding yang berdetakKenang kenanglah kamiYang tinggal tulang-tulang diliputi debuBeribu kami terbaring antara Kerawang-Bekasi
Charil Anwar1922-1949
© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruggedmom.com/2019/04/monumen-nasional-monas-menyaksi-patrian.html