Moh Ronda Maran Galeri 3d Yang Unik Dan Kreatif Di Maran
Moh ikut Seri Wangi Ronda-Ronda Maran Destinasi Pelancongan yang menarik dan pastinya banyak pengalaman dan ilmu yang kita akan dapat. Seri Wang memang belum pernah melancong ke Maran dan tidak tahu apa yang menarik di Maran. Jadi Jom ikut Seri Wangi sama-sama kita Jelajah Maran. Kali ini Seri Wangi nak bawa tempat yang menarik iaitu Galeri 3D dan Galeri Tokoh dalam satu bangunan. Kalau anda nak tahu di Maran ni sebenarnya banyak terdapat pelbagai Galeri. Sebelum tu Seri Wangi ada kongsikan tentang Galeri Pahang. Boleh baca:
Untuk pengetahuan semuaJawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin yang juga ADUN Kuala Sentul dan Ketua UMNO Maran pada 2 Febuari 2020.Galeri Tokoh adalah antara tempat menarik untuk dikunjungi apabila bercuti di bandar Maran. Baca di sini: maranunlimited.com.
GALERI 3D
Seri Wang paling suka berkunjung ke Galeri 3D sebab bila anda masuk saja ke tempat ini, sudah pastinya anda rasa terpegun dengan keunikan dan betapa kreatif lukisan 3D yang dihasilkan. Seri Wangi pun rasa seronok dan terpenuh melihat lukisan_lukisan 3D yang ada di dalam Galeri 3D tersebut, maunya nanti ada yang tak mahu balik sebab asyik berselfie sakan. Rasanya kalau anak-anak yang masuk ke sini tentu emak-emak penat melayan kerenah mereka.
Cantik kan lukisan-lukisan 3D tersebut, rasa tak puas masa hendak bergambar dan tak cukup masa sebab banyak lukisan ya menarik, cantik dan nampak hidup. Jadi apa lagi jika dah datang bercuti ke Maran, Pahang, mohlah kita berkunjung ke Galeri 3D, tiket-tiket masuk harga berpatutan.
Tiket masuk:
Untuk maklumat bayaran masuk Galeri Tokoh dan 3D
Dewasa: RM8Kanak-kanak dan wsrga emas : RM3Warga Asing: RM10
.
#maranbandarsejahtera
#mohrondamaran #maranunlimited.com
#maranbandarsejahtera #galeri3D #galeritokoh #mohrondamaran #wonderfulmaran
#maranunlimitedcom
#tourismpahang #tourismmaran
#travelblogger #malaysiablongger
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2022/03/moh-ronda-maran-galeri-3d-yang-unik-dan.html