Misi Quan Hongchan Di Usia 14 Tahun Raih Emas Untuk Tanggung K0s Rawatan Ibu
Quan Hongchan hadir sebagai atlet paling muda di Olimpik Tokyo 2020. Di antara 10 atlet yang menyertai pasukan menyelam China ke Olimpik, Quan adalah satu-satunya yang tidak mempunyai gelaran dunia.
Di usia 14 tahun, dia hadir ke Olimpik dengan satu misi, iaitu untuk mencari dana yang lebih bagi mer4wat ibunya yang s4kit. Dan siapa sangka, semalam Quan berjaya mencipta sejarah baharu untuk keluarganya apabila dinobatkan sebagai pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020.
Quan dilahirkan pada tahun 2007 di sebuah desa di Zhanjiang, Guandong. Datang daripada keluarga yang sus4h membuatkan Quan sedar bahawa dia memerlukan cara lain untuk keluar daripada kemiskinan.
Pada tahun 2014, Quan mendedahkan dirinya dengan sukan terjun di usia 7 tahun. Permulaannya dikatakan agak lambat, tetapi dia tidak pernah berhenti berlatih. Pada tahun 2018, dia berjaya memasuki Pasukan Provinsi Guandong.
FUHH !! QUAN HONGCHAN PERFECT 10 !!
#Olympics pic.twitter.com/2PDJqbXKlX
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 5, 2021
Oktober 2020 adalah tahun yang membuka rezekinya, Quan berjaya layak ke pentas akhir untuk acara 10 meter platform di Stesen Shijiazhuang bagi kelayakan Olimpik Tokyo 2020. Di pertandingan terbabit, Quan berjaya menew4skan nama-nama besar dan memenangi kejuaran dengan 28 mata di hadapan naib juara.
Dan pada 5 Ogos 2020, di acara akhir sukan 10 meter platform di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Quan telah membuktikan kerja keras beliau akhirnya berjaya membuahkan hasilkan. Di usia 14 tahun, dia berjaya menyempurnakan terjunan dengan perfect 10 di dua pusingan.
Sensational from #CHN's Quan Hongchan!
The 14-year-old receives two perfect 10 scores as she wins gold in the women's 10m platform #Diving.@fina1908 pic.twitter.com/1Y0badJv60
— Olympics (@Olympics) August 5, 2021
Quan mengatakan sebelum pertandingan tersebut, ibu bapa “memberitahu saya untuk tidak gugvp, tidak ada masalah jika saya mendapat pingat atau tidak dan hanya jadi diri sendiri. Kata-kata itu benar-benar membantu saya,” katanya kepada Reuters.
Ketika ditanya oleh The Washington Post selepas berjaya membawa pulang emas, Quan mendedikasikan kemenangan ini kepada ibunya yang sedang s4kit. “Saya ingin membawa pulang wang yang cukup untuk membantunya,” kata Quan melalui jurubahasa. “Saya ikut arahan jurulatih saya dengan teliti.”
Untuk rekod, China berjaya memenangi setiap acara menyelam wanita di Olimpik buat kali keempat berturut-turut. Manakala Quan pula menjadi pemenang pingat emas kedua termuda China dalam temasya Olimpik setelah Fu Mingxia memenanginya pada tahun 1992 pada usia 13 tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : Vocket
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2021/08/misi-quan-hongchan-di-usia-14-tahun.html