Minyak Masak Botol Tidak Diberikan Subsidi


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menegaskan bahawa minyak masak botol tidak diberikan subsidi dan dijual mengikut harga pasaran berdasarkan mekanisme pengapungan harga.
Subsidi hanya diberikan kepada minyak masak yang dipek dalam bungkusan polibeg satu kilogram (kg) dan ditawarkan kepada pengguna pada harga mampu milik iaitu RM2.50 sepaket walaupun harga minyak masak mentah (CPO) di pasaran dunia meningkat pada masa ini.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, minyak masak yang dijual dalam botol plastik bersaiz 2kg, 3kg, 5kg dan dalam tin 17kg adalah tidak bersubsidi di mana harganya ditentukan oleh harga CPO di pasaran dunia.
Beliau berkata, harga CPO di pasaran dunia ketika sudah mencecah lebih RM4,500 tan
metrik berbanding sebelum ini kira-kira RM2,500 tan metrik sahaja yang bersamaan RM4.50 per kg sebelum diproses dan dibotolkan.
“Ini bermakna kos minyak sawit mentah sahaja sebelum dibotolkan sudah melebihi RM22 untuk 5kg. Ia tidak termasuk kos-kos lain seperti pemprosesan, pembotolan, pengangkutan dan keuntungan di semua peringkat kilang, pemborong, pengedar dan peruncit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, rakyat boleh membuat pilihan sama ada hendak membeli minyak masak bersubsidi dalam kemasan polibeg 1kg atau yang tidak bersubsidi dalam kemasan botol plastik dan tin.
“Kerajaan memberi jaminan kualiti minyak masak sawit bersubsidi yang dijual dalam polibeg adalah sama dengan yang dijual dalam botol malahan ada di antaranya dikeluarkan dari kilang sama,” katanya.
Sementara itu, Alexander berkata, KPDNHEP sedang berbincang dengan beberapa kementerian dan agensi berkaitan untuk mempertingkatkan mekanisme pelaksanaan harga untuk minyak masak bersubsidi dan tidak bersubsidi di pasaran bagi mengurangkan beban pengguna.
“Kerajaan akan memaklumkan hasil perbincangan dan mekanisme yang dipersetujui,” katanya
sumber: Kosmo Online
The post Minyak masak botol tidak diberikan subsidi appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/minyak-masak-botol-tidak-diberikan-subsidi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selesai Segera Isu Minyak Masak Botol

Selesai Segera Isu Minyak Masak Botol

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 182 hits
Oleh Gambar hiasan Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Kerajaan diminta mencari jalan untuk mengawal kenaikan harga minyak masak dalam botol supaya ia tidak membebankan pengguna Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Persatuan Pengguna Malaysia Mohd Yu...
Kerajaan Tidak Kawal Harga Minyak Masak Dalam Botol Kata Kpdnhep

Kerajaan Tidak Kawal Harga Minyak Masak Dalam Botol Kata Kpdnhep

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 295 hits
Minyak masak dalam botol kerana ia bukan minyak masak bersubsidi kata KPDNHEP PETALING JAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memaklumkan kerajaan tidak menetap atau mengawal harga minyak masak dalam botol Unit Kom...
Peningkatan Harga Minyak Minyak Masak Global Kerajaan Tampung Subsidi Rm8b Tahun Ini

Peningkatan Harga Minyak Minyak Masak Global Kerajaan Tampung Subsidi Rm8b Tahun Ini

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 255 hits
Oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz KERAJAAN bersedia menanggung perbelanjaan subsidi yang lebih tinggi sehingga RM8 bilion tahun ini berikutan peningkatan harga minyak dan minyak masak di peringkat global Menteri Kewangan Tengk...
Pas Dakwa Minyak Masak Botol Yang Dijual Di Kedai Milik Parti Itu Lebih Murah

Pas Dakwa Minyak Masak Botol Yang Dijual Di Kedai Milik Parti Itu Lebih Murah

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 288 hits
gemilangdaily comPasar raya yang diterajui Lajnah Ekonomi PAS Selangor PAS Mall mengekalkan harga jualan RM28 untuk sebotol 5kg minyak masak sawit Pengerusinya Ustaz Zaharudin Muhammad berkata tindakan itu dibuat demi membantu ekonomi negar...
Waktu Ph Perintah Harga Minyak Sawit Botol Rm22 Kenapa Sekarang Rm30

Waktu Ph Perintah Harga Minyak Sawit Botol Rm22 Kenapa Sekarang Rm30

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 200 hits
Waktu PH perintah harga minyak sawit botol RM22 kenapa sekarang RM30 Oleh June 09 2021Kenaikan harga minyak sawit botol yang dianggap munasabah oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi semalam dibantah majoriti rakyat Alasan kenaika...
Alhamdulillah Pas Bantah Harga Minyak Masak Mahal Dijual Pada Rakyat Tapi Walaun Sokong Minyak Masak Naik Harga

Alhamdulillah Pas Bantah Harga Minyak Masak Mahal Dijual Pada Rakyat Tapi Walaun Sokong Minyak Masak Naik Harga

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 207 hits
WALAUN MACAMANA NI LEBAI BANTAH HARGA MINYAK Kenyataan Media Penerangan 113 4 November 2016 3 Safar 1438 MINYAK MASAK KERAJAAN SENDIRI PUNCA RAKYAT TERBEBAN Oleh Nasrudin bin Hassan Ketua Penerangan PAS Pusat 1 Kerajaan wajar dipertanggungj...
Minyak Masak Paket Plastik Sebagai Alternatif Kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Minyak Masak Paket Plastik Sebagai Alternatif Kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 383 hits
nbsp Pengguna boleh mendapatkan minyak masak bersubsidi dalam paket plastik sebagai alternatif susulan kenaikan mendadak harga minyak masak dalam botol lima kilogram ketika ini Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggun...
Panas Zolkharnain Dedah Menteri Berbohong Mana Ada Minyak Masak Paket Berjenama Harga Murah

Panas Zolkharnain Dedah Menteri Berbohong Mana Ada Minyak Masak Paket Berjenama Harga Murah

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 253 hits
June 10 2021Sepanjang ingatan saya hampir setiap minggu pergi pasaraya beli barang dapur bersama isteri semenjak sekian lama tak sampai 5 kali saya jumpa minyak masak paket berjenama seperti dlm botol Kalau saya jumpa memang saya beli minya...
Minyak Masak Naik Mana Kpdnhep Wujud Atau Tidak Kementerian Ini

Minyak Masak Naik Mana Kpdnhep Wujud Atau Tidak Kementerian Ini

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 202 hits
Oleh Yuneswaran Ramaraj ULASAN Saya pernah bertugas sebagai Penyelaras kepenggunaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Tuga hakiki adalah untuk memberi laporan pemantaun harga barang kepada KPDNHEP Memang b...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil