Minta Menteri Kewangan Jelaskan Perlantikan Mp Sebagai Pengerusi Glc




Anwar Ibrahim



Saya meminta Menteri Kewangan
menyatakan dasar pengambilan Ahli-ahli Parlimen dilantik menjadi pengerusi berbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kewajaran pelantikan mereka menggantikan profesional yang ahli dalam bidangnya.

Berikut jawapan yang diberikan Menteri Kewangan:

Secara amnya, pencalonan dan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) termasuk Pengerusi bagi syarikat-syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dibuat berdasarkan kesesuaian dari segi kelayakan, pengalaman dan kepakaran seseorang individu. Bagi syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), garis panduan mengenai pelantikan Pengerusi dan ALP Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di dalam Buku Hijau berkaitan Meningkatkan Keberkesanan Lembaga Pengarah (2006) telah menggariskan beberapa kriteria untuk melantik individu yang benar-benar berwibawa dan berkebolehan untuk menerajui Lembaga Pengarah syarikat.

Selain itu, pelantikan ALP juga dilihat dari sudut kepelbagaian latar belakang dan kepakaran yang bersesuaian (fit and proper requirements) bagi memastikan komposisi Lembaga Pengarah yang mantap di samping menggalakkan pelaksanaan polisi keterangkuman (inclusiveness) dan kepelbagaian (diversity) di bawah Malaysian Code of Corporate Governance (MCCG) 2017.

Bagi syarikat MKD yang tersenarai di Bursa Malaysia, pencalonan seseorang individu sebagai Pengerusi atau ALP syarikat akan melalui pertimbangan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan (Nomination and Remuneration Committee - NRC) serta Lembaga Pengarah syarikat masing-masing. Setelah ianya diluluskan oleh NRC dan Lembaga Pengarah barulah calon tersebut dikemukakan untuk tapisan Suruhanjaya Sekuriti dan seterusnya dikemukakan kepada Bursa Malaysia untuk pengumuman.

Manakala bagi syarikat MKD yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia, pencalonan seseorang individu sebagai Pengerusi atau ALP syarikat akan melalui pertimbangan NRC serta Lembaga Pengarah syarikat masing- masing.

Di samping itu juga, selaras dengan Akta Syarikat 2016, secara umumnya setiap calon ALP bagi semua syarikat MKD perlu melalui beberapa tapisan iaitu tapisan keutuhan yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semakan kebankrapan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan semakan tindakan undang-undang oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) sebagai prosedur (requirement) sebelum dilantik. Tapisan tersebut merupakan penambahbaikan yang telah dilaksanakan semenjak Akta Syarikat 1965 dipinda, digubal dan diluluskan oleh Parlimen sebagai Akta Syarikat 2016, sebagai sebahagian daripada usaha memperkemaskan tadbir urus pelantikan Pengerusi dan ALP syarikat.

Kewajaran pelantikan Ahli Politik menggantikan Ahli Korporat dalam Lembaga Pengarah syarikat bukanlah kes terpencil kerana ia telahpun menjadi amalan sejak Kerajaan terdahulu. Pelantikan Ahli Politik adalah sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif yang mana terdapat pembatasan kuasa di antara Lembaga Pengarah dan Pengurusan selaras dengan MCCG 2017 dan sebagai mekanisma semak dan imbang (check and balance).

Kesimpulannya, pelantikan ALP syarikat MKD bukan sekadar mengisi jawatan Lembaga Pengarah syarikat sebaliknya disuaipadankan berdasarkan keperluan setiap syarikat MKD dengan mengambil kira latar belakang dan kebolehan seseorang individu daripada pelbagai sudut bagi menganggotai Lembaga Pengarah syarikat MKD. Justeru itu, Ahli Parlimen yang berkelayakan atau memenuhi kriteria fit and proper sahaja yang dilantik untuk menerajui Lembaga Pengarah syarikat-syarikat MKD.

Sekian, terima kasih.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/minta-menteri-kewangan-jelaskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Menteri Kewangan Cadang Lanjut Tempoh Moratorium 6 Bulan Lagi

Bekas Menteri Kewangan Cadang Lanjut Tempoh Moratorium 6 Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 220 hits
July 2020 Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng berkata ramai rakyat dan banyak perniagaan tempatan tidak bersedia untuk menghadapi tamatnya tempoh moratorium ke atas bayaran balik pinjaman mereka PETALING JAYA Bekas menteri kewangan Lim Guan...
Menteri Kewangan Mengakui Muhyiddin Silap Sebut Angka

Menteri Kewangan Mengakui Muhyiddin Silap Sebut Angka

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 388 hits
Menteri Kewangan Mengakui Muhyiddin Silap Sebut Angka Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengakui terdapat angka yang tidak tepat yang disebutkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya semalam Ia ber...
Terengganu Isytihar Hari Arafah Sebagai Cuti Umum Bermula Tahun Ini Menteri Besar

Terengganu Isytihar Hari Arafah Sebagai Cuti Umum Bermula Tahun Ini Menteri Besar

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 396 hits
Tarikh 9 Zulhijjah iaitu Hari Arafah akan menjadi cuti umum di negeri Terengganu bermula 2020 Hal ini diumumkan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan beliau sebentar tadi Bermula tahun ini hari Arafah merupa...
Hanifa Hina Menteri Kkm Sebagai Menteri Doraemon Dalam Dewan

Hanifa Hina Menteri Kkm Sebagai Menteri Doraemon Dalam Dewan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 243 hits
Menteri air suam Doraemon cetuskan ketegangan Dewan Tindakan bekas timbalan menteri di jabatan perdana menteri Mohamed Hanipa Maidin melabelkan menteri kerajaan Perikatan Nasional sebagai Doraemon menimbulkan ketegangan di Dewan Rakyat Keny...
Gelar Menteri Sebagai Doraemon Hanipa Kena Gasak

Gelar Menteri Sebagai Doraemon Hanipa Kena Gasak

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 194 hits
KUALA LUMPUR Gara gara menggelarkan seorang menteri sebagai Doraemon Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menjadi sasaran hingga mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat hari ini Tindakan itu dibuat Hanipa ketika membahaskan usul titah diraja se...
Hari Jumaat Sebagai Hari Jawi Bermula Hari Ini Dr Zulkifli Menteri Jpm

Hari Jumaat Sebagai Hari Jawi Bermula Hari Ini Dr Zulkifli Menteri Jpm

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 345 hits
Perkasa tradisi kebudayaan Dr ZulkifliKUALA LUMPUR Kerajaan memutuskan hari Jumaat sebagai Hari Jawi bermula hari ini dalam usaha mengekalkan dan memperkasakan sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga ke hari ini M...
Gelar Al Jazeera Sebagai Al Jahiliyah Pengacara Diambil Tindakan Menteri

Gelar Al Jazeera Sebagai Al Jahiliyah Pengacara Diambil Tindakan Menteri

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 216 hits
Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata tindakan telah diambil terhadap kejadian pengacara program bual bicara Bernama TV mengutuk stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera dengan memanggilnya Al Jahiliyah Kita tak setuj...
Gbp Usd Julai 8 Laporan Cot Menteri Kewangan Uk Mencadangkan Untuk Mengedarkan Baucar Kepada Penduduk Untuk Pembelian

Gbp Usd Julai 8 Laporan Cot Menteri Kewangan Uk Mencadangkan Untuk Mengedarkan Baucar Kepada Penduduk Untuk Pembelian

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 222 hits
GBP USD 1H Selamat sejahtera pedagang Menurut carta setiap jam pasangan pound dolar melakukan pembalikan baru yang memihak kepada mata wang Britain dan meneruskan proses pertumbuhan Saya telah membentuk koridor arah aliran baru yang dapat m...
Waktu Pembayaran Bsh Fasa Ketiga Bermula Akhir Minggu Ini Menteri Kewangan

Waktu Pembayaran Bsh Fasa Ketiga Bermula Akhir Minggu Ini Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 380 hits
Berikut kami kongsikan tarikh rasmi pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 fasa ke 3 akan dilaksanakan Mengikut sumber ia akan dibayar bermula pada Jumaat ini Sumber mengatakan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan pada hari semalam ...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Cara Memasarkan Homestay Anda

Overcoming Funding Challenges

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur