Minimalist Dekorasi Perabot Ikea
Pejam celik pejam celik hari Jumat dah. Tahu tahu dah 30 Syawal. Hari terakhir raya sebulan yang cuma diraikan hari pertama. InshaAllah tahun depan kita pasti akan raya sebulan. Daah hujung hujung Syawal baru ada mood nak mendeko rumah.
Tak membeli perabot baru pun cuma cat dinding je bertukar. Dari tema biru (Navy Blue + Neptune's Castle + lighthouse view) ke tema putih semunya. Back to basic. Tak payah pening pening fikir tema warna lain.
Dah lama berhasrat nak tukar warna putih bagi ruang nampak lebih luas dan lebih terang memandangkan rumah jenis tertutup kurang masuk cahaya luar. Ambil masa seminggu jugalah nak mengecat dan mengemas.
Dapur je belum siap kemas lagi. Perlu touch up sikit je sebab dapur dah memang dinding putih sebelum ni. Lek lu, charge energy
Alang-alang PKP ni, ada masa nak buat dekorasi sikit.Tukar mood bagi cerah dan lapang otak sama. Saya pilih white minimalist decorations dengan gabungan warna hitam. Pintu dah memang hitam dan perabot pun ada yang hitam. Kira ngam je lah black and white. Cuma ada beberapa warna lain. It's okay. Not problem at all.
Dimulakan dengan sudut ni. Jam Slipsten sebelum ni berlatarbelakangkan dinding warna lighthousee view nampak match dengan jam green. Bila dah tukar warna putih, nampak menyerlah sikit warna tu
Dudero Floor lamp tu beli tahun 2015. Lama bertahan cuma warna agak kepam. Sekarang dah tak wujud dah lampu ni kat IKEA. Macamana eh nak bagi warna dia putih semula? Kalau ada jual spare paper pun okay jugak. Tapi tak ada!
Honefoss mirror tu dah habis idea dah nak buat design macamana. Sebelum ni letak dalam bilik, pindahkan kat luar pulak.
Sumpah suka gila bila cat dinding warna putih. Sesuai sungguh la dengan perabot serba putih kat ruang TV ni. Tambah seri dengan bunga fake tu. Tak dapat nak letak bunga real sebab ruang sini kurang dapat cahaya matahari. Risau mati pulak pokok tu nanti. Letak yang pelesu je sudah. Tak payah nak beria jaga.
Rak hiasan ruang tamu ikea saya gunakan Laiva, ada banyak level. Tak ada hiasan sangat cuma letak buku dan yang berkaitan. Sebenarnya meja tu tak tahu nak letak mana. Macam extra meja lah. Letak je lah situ sepadan dengan step stool serbaguna tu yang dah kepam juga. Nak syelek macam tak best pulak bertukar warna. Suka warna kayu natural tu
Masih diruang tamu, ada lagi sudut cermin. Shoes cabinet ni cara jugak boleh letak barang lain selain kasut. Sesekali kena kreatif fikir luar kotak. Kan? Ada 6 units sebenarnya. 2 units lagi letak luar buat tempat letak kasut
Masih menggunakan cermin untuk memantul mantulkan cahaya masuk bagi nampak terang dan effect ruang yang luas. Dulu beli plant stand konon nak letak bunga hidup tapi cahaya kurang masuk, auto terbatal niat tu. Sudahnya kosong cuma bawah je guna letak helmet
Stool tu pulak beli sebab comel. Dulu tema biru, beli biru. Kalau dapat ulang balik masa dulu, beli putih je. Ank buah kecik datang, suka lah buat tempat duduk dia. Orang dewasa pun boleh duduk. Setakat ni masih kuat lagi
Mari ke workspace saya pulak. Workspace yang simple dalam bilik. Masih kurang cahaya, gambar pun banyak noise kurang sharp
Untuk menjimatkan ruang atas meja, husband beli dual monitor stand two arms untuk letakkan monitor. Elok tergantung dua screen monitor. Atas meja pun lapang sikit
Keyboard yang berlampu tu adalah Tecware wired gaming mechanical keyboard spectre pro with RGB Lighting. Boleh switch colour, pattern lampu dan banyak lagi. Tak sakit jari menekan keyboard ni macam spring. Selesa dan seronok menaip.
Dah ada keyboard baru, wireless keyboard dan silent mouse saya pass kat husband lah. Tahan lama betul keyboard dan mouse tu. Beli tahun 2016
Agak kosong sikit dekorasi untuk workspace ni. Rak pun kosong lagi belum susun barang barang yang ada. Saya suka gunakan table top lerberg ni sebab luas dan boleh share dua orang. Jenis table top tak diskru dengan kaki meja. Letak je table top atas trestle. Kerja pindah memindah lebih mudah.
Ruang ni dah biasa nampak dah kan. Tempat favourite terapi mata dan jiwa
Last but not least, bukan IKEA product. Ini je kot saya beli baru. Beli poster kalimah Allah, Muhammad dan ayat kursi. Surah Al fatihah tu seller bagi free. Boleh tengok kat shopee kedai artnestwallart.
Frame pun saya beli baru saiz A3 sama dengan poster. Beli kat shopee dululah tak dapat nak ke IKEA. Sambil shopping sambil kumpul points kaedah dia. Nak shopping IKEA online ada barang tak boleh delivery pulak. Takpe, abaikan dulu. Benda tak penting
Seriously sangat suka dengan tulisan khat jawi dan printing dia. Memang terbaik. Cuma kalau ada saiz besar lagi better lah. Sebelum ni ruang ni saya letak gambar masa kecik, family, konvo dan gambar kahwin. Dah kata tak boleh gantung gambar orang, saya pun turunkan dah gantikan dengan yang kalimah dan surah
Terang mata tengok ruang dalam rumah yang sebelumnya kelam dah bertukar cerah. Hilang terus kemurungan yang melanda dan otak yang semak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/06/minimalist-dekorasi-perabot-ikea.html