Minda Presiden Pas Penegasan Pas Terhadap Perpaduan Ummah



Kepada sesiapa yang berada dalam dilema kefahamannya terhadap PAS yang beraqidah Islam yang bersifat universal, pada masa yang sama turut memperjuangkan kebangsaan Melayu dan bumiputera. Sikap yang menimbulkan persoalan sehingga menimbulkan keraguan terhadap PAS yang membawa agenda perpaduan umat, dikatakan pula PAS memasuki semua kolam, kecuali kolam yang banyak buaya atau binatang berbisa.
Aqidah Islam yang berbeza dengan ideologi, perlu dirujuk kepada huraian al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah yang mentafsirkannya. Kedua-dua sumber tersebut merupakan rujukan tertinggi dalam Undang-undang Tubuh atau Perlembagaan PAS.
Al-Quran menegaskan wujudnya bangsa dan perasaan kasihkan bangsa masing-masing itu merupakan fitrah kejadian manusia makhluk ciptaan Allah SWT. Perkara ini dinyatakan melalui firman-Nya:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ١٣﴾
“Wahai manusia! Sesungguhnya, Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam AS) dan seorang perempuan (Hawwa’ AS), kemudiannya menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat: 13)
Firman Allah SWT:
﴿وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ٢٢﴾
“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi serta berlainan bahasa dan warna kulit kamu. Sesungguhnya, pada hal yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” (Surah al-Rum: 22)
Setiap rasul terdahulu dilantik bagi menyelamatkan kaum masing-masing dengan Islam. Mereka berjuang untuk membetulkan aqidah agar beribadat kepada Allah yang Maha Esa, yang menjadi asas kepada seluruh kehidupan manusia berpandukan kepada syariat Allah SWT.
Berlaku kezaliman dan kejahatan dalam segala aspek kehidupan seperti diri, keluarga dan masyarakat, termasuk dari sudut politik, ekonomi dan lain-lain. Segalanya bermula dengan perbuatan syirik terhadap Allah SWT, sehingga mendorong diri mereka kepada pengaruh nafsu kejahatan yang lahir daripada kelemahan manusia yang tidak berpandukan hidayah (petunjuk Allah) itu. Hal ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:
﴿وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّٰغُوتَۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنۡهُم مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَيۡهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ٣٦﴾
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): ‘Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah taghut itu (pelampau daripada sempadan Allah)’, maka antara umat itu ada orang-orang yang diberikan petunjuk oleh Allah dan ada pula antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka, berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (para rasul).” (Surah al-Nahl: 36)
Firman Allah SWT:
﴿وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ٤﴾
“Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul, melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dapat menjelaskannya (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka, Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, juga memberikan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Dialah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ibrahim: 4)
Kasih kepada kaum dan bangsa menjadi fitrah kejadian manusia. Setiap orang rasul menunjukkan kasih sayang kepada kaum dan bangsanya dengan menyelamatkan mereka bersama Islam dan menegakkan aqidah tauhid (mengesakan Allah). Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:
﴿لَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَقَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥٓ إِنِّيٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٖ٥٩﴾
“Sesungguhnya, Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu dia berkata: ‘Wahai kaum kesayanganku! Sembahlah Allah sahaja, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya, (jika kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat).’” (Surah al-A‘raf: 59)
Dan juga firman Allah SWT:
﴿۞وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمۡ هُودٗاۚ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥٓۚ أَفَلَا تَتَّقُونَ٦٥﴾
“Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum ‘Aad saudara mereka, Hud. Dia berkata: ‘Wahai kaum kesayanganku! Sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain-Nya. Maka, mengapa kamu tidak bertaqwa kepada-Nya?’” (Surah al-A‘raf: 65)
Seterusnya setiap rasul memulakan dakwah terhadap kaumnya dengan perkataan: “Wahai kaumku!”
Pada masa yang sama, dukungan keluarga terhadap setiap rasul juga hendaklah diambil kira. Allah SWT menunjukkan contoh bagaimana Nabi Lut AS yang merintih kepada-Nya kerana tiada ahli keluarga yang bersamanya bagi menghadapi musuh:
﴿قَالَ لَوۡ أَنَّ لِي بِكُمۡ قُوَّةً أَوۡ ءَاوِيٓ إِلَىٰ رُكۡنٖ شَدِيدٖ٨٠﴾
“Lut berkata: ‘Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau jika aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan).’” (Surah Hud: 80)
Sabda Rasulullah SAW:
‌رَحْمَةُ ‌اللَّهِ ‌عَلَى ‌لُوطٍ، ‌لَقَدْ ‌كَانَ ‌يَأْوِي ‌إِلَى ‌رُكْنٍ ‌شَدِيدٍ. -يَعْنِي: اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ- فَمَا بَعَثَ اللَّهُ بَعْدَهُ مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا فِي ثَرْوَةٍ مِنْ قَوْمِهِ.
“Semoga rahmat Allah kepada Nabi Lut. Sebenarnya dia telah mendapat perlindungan yang kuat daripada Allah, namun Allah tidak mengutuskan seorang nabi pun (selainnya), melainkan bersamanya kaum keluarga bersama mempertahankannya.” (Riwayat al-Bazzar 7934)
Dalam pada itu, Allah SWT menyebutkan betapa Nabi Syu‘aib AS mendapat perlindungan daripada keluarganya, sebagaimana yang disebutkan oleh firman-Nya:
﴿قَالُواْ يَٰشُعَيۡبُ مَا نَفۡقَهُ كَثِيرٗا مِّمَّا تَقُولُ وَإِنَّا لَنَرَىٰكَ فِينَا ضَعِيفٗاۖ وَلَوۡلَا رَهۡطُكَ لَرَجَمۡنَٰكَۖ وَمَآ أَنتَ عَلَيۡنَا بِعَزِيزٖ٩١ قَالَ يَٰقَوۡمِ أَرَهۡطِيٓ أَعَزُّ عَلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَٱتَّخَذۡتُمُوهُ وَرَآءَكُمۡ ظِهۡرِيًّاۖ إِنَّ رَبِّي بِمَا تَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ٩٢﴾
“Mereka berkata: ‘Wahai Syu‘aib! Kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu; dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah antara kami; kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah kami telah merejammu, sedang kamu pun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami.’ (91); Syu‘aib menjawab: ‘Wahai kaumku! Apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah, sedang Allah itu kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu? Sesungguhnya, (pengetahuan) Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan.’ (92)” (Surah Hud: 91-92)
Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada seluruh manusia pada akhir zaman ketika seluruh dunia berhubungan dengan mudah. Perjalanan Baginda SAW dimulakan dengan memperoleh kekuatan daripada dukungan kaumnya Quraisy dan kelompok keluarganya yang mempertahankannya. Maka, Allah SWT berfirman:
﴿وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ ٱلۡأَقۡرَبِينَ٢١٤﴾
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.” (Surah al-Syu‘ara’: 214)
Apabila Islam menjadi aqidah perjuangan yang menentukan dasar dan hala tuju kehidupan manusia yang sempurna dan berwawasan yang kekal sehingga akhirat, maka kecintaan kepada bangsa sekali-kali tidak boleh mendahului dan mengatasi kepentingan Islam. Hal ini demikian kerana, Islam ialah penyelamat bangsa dan segala yang lain. Adapun perkara selain daripada Islam hanyalah alat dalam kehidupan dunia sahaja.
Maka, diharamkan suatu kumpulan itu bersikap ‘asabiyyah bangsa atau fanatik kaum, sehingga sikap itu melebihi kecintaan kepada Islam. Sabda Rasulullah SAW:
‌لَيْسَ ‌مِنَّا ‌مَنْ ‌دَعَا ‌إِلَى ‌عَصَبِيَّةٍ، وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ، وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ.
“Bukan daripada kalangan kita; orang yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan daripada kalangan kita; orang berperang kerana ‘asabiyyah, dan bukan daripada kalangan kita; orang yang mati kerana ‘asabiyyah.” (Riwayat Abu Dawud 5121)
‘Asabiyyah itu ialah membela kaum atau bangsa yang zalim. Sikap zalim terbesar ialah syirik terhadap Allah SWT yang menghasilkan kezaliman dalam semua lapangan kehidupan yang lain.
Kecintaan kepada bangsa tidak boleh sekali-kali menghalang perjuangan Islam apabila berlaku pertembungan. Termasuklah berkait hubungan kekeluargaan yang menjadi terasnya. Hal ini ditegaskan oleh firman Allah SWT:
﴿قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ٢٤﴾
“Katakanlah: ‘Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.’ Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.” (Surah al-Tawbah: 24)
Rasulullah SAW menentang kaum Musyrikin Makkah yang terdiri daripada kaum atau bangsa dan keluarganya sendiri, apabila mereka menghalang dakwah Islam dan usaha menegakkan negaranya. Seterusnya, Baginda SAW akhirnya membebaskan Makkah daripada penguasaan kumpulan jahiliah Arab daripada kalangan keluarga dan bangsanya juga.
Begitulah pendekatan perpaduan umat Arab yang menganut Islam daripada kalangan Muhajirin yang berbilang-bilang keluarga bersama Aus dan Khazraj penduduk asal Madinah. Begitu juga suku kaum Arab lain yang memeluk Islam menjadi tonggak kepimpinan negara yang beraqidah Islam, seterusnya menerima penyertaan bukan Islam yang tidak ekstrem daripada kalangan kaum Yahudi Madinah, Kristian Najran dan Musyrikin Arab di seluruh Semenanjung Arab.
PAS wajib mengambil teladan daripada Sunnah Nabawiyyah dalam sirahnya dengan menjadikan agenda perpaduan umat Islam dan mesejnya kepada seluruh umat manusia bermasyarakat majmuk.
Langkah ini bermula dengan perpaduan umat Islam yang memimpin dengan mengumpulkan semua kumpulan Islam daripada berbagai-bagai jemaah atau parti. Kemudiannya, disertai oleh kumpulan bukan Islam yang tidak ekstrem dalam konteks masyarakat majmuk.
Adapun kumpulan Islam itu tidak hanya PAS dan Umno sahaja tanpa Bersatu dan lain-lain. Begitulah juga tidak hanya PAS dan Bersatu sahaja tanpa Umno dan lain-lain.
Kalau hanya PAS dan Umno sahaja atau PAS dan Bersatu sahaja, maka tidak memenuhi ciri-ciri perpaduan umat, dan hanya bertujuan politik yang terbatas dan tidak sempurna. Jika tanpa golongan bukan Islam yang tidak ekstrem pula, maka tidak terlaksana mesej Islam yang adil kepada seluruh manusia.
Adapun kumpulan Islam yang memimpin tidak boleh terikat kepada satu-satu bangsa sahaja. Hal ini disebabkan oleh Allah SWT telah memberikan amaran kepada bangsa Arab, setelah mereka meninggalkan Islam dengan firman-Nya:
﴿إِلَّا تَنفِرُواْ يُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِيمٗا وَيَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيۡ‍ٔٗاۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ٣٩﴾
“Jika kamu tidak berangkat untuk berjuang (menegakkan Islam), nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan seksaan yang pedih dan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah al-Tawbah: 39)
Maka, Allah SWT menggantikan kepimpinan Islam kepada bangsa bukan Arab yang menganut Islam dan berjuang untuk menegakkannya.
Ibn Khaldun RH menegaskan suatu bentuk maqasid al-syari‘ah daripada hadis Rasulullah SAW yang berikut, sabda Baginda:
‌الْأَئِمَّةُ ‌مِنْ ‌قُرَيْشٍ.
“Para pemimpin itu daripada kalangan Quraisy.” (Riwayat Ahmad 12307)
Pada masa awal Islam merekalah bangsa yang mendominasi umat Islam. Apabila mereka lemah dan kecil jumlahnya, maka kepimpinan Islam diambil alih oleh kaum lain seperti Kurdi dan Turki.
Maka, dalam politik Malaysia masa kini penganut Islam majoritinya berbangsa Melayu dan bumiputera, maka merekalah yang berhak memimpin negara beraqidah Islamiah. Selain itu, mereka juga berkewajipan bersatu dengan tali Allah yang pernah menyatukan bangsa Arab, sebagaimana yang dinyatakan oleh firman-Nya:
﴿وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ١٠٣ وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ١٠٤﴾
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni‘mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) saling bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu kerana ni‘mat Allah, kamu menjadi orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (103); Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam), menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah daripada yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung. (104)” (Surah Ali ‘Imran: 103-104)
Tali Allah yang menyatukan umat Islam ialah al-Quran, kerana berpandukan kepada sabda Rasulullah SAW:
هُوَ ‌حَبْلُ ‌اللهِ ‌الْمتِينُ، ‌وَصِرَاطُهُ ‌الْمُسْتَقِيمُ.
“Al-Quran itu ialah tali Allah yang teguh dan jalan yang betul.” (Riwayat al-Tirmizi 2906, al-Darimi 3374 dan lain-lain)
Oleh itu, sebarang perselisihan atau pertelingkahan hendaklah diselesaikan dengan berpandukan kepada al-Quran dan mengikut contoh yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Perkara itu kemudiannya dihuraikan oleh para pemimpin yang disebut dengan Ulul Amri, sebagaimana firman Allah SWT:
﴿۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا٥٨ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا٥٩﴾
“Sesungguhnya, Allah menyuruhmu melaksanakan segala amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (58); Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul(-Nya), dan ulul amri antara kamu. Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Hal yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (59)” (Surah al-Nisa’: 58-59)
Tafsir daripada perkataan Ulul Amri ialah para umara’ (pemimpin Islam) dan para ulama’ iaitu ilmuwan berkenaan ajaran Islam daripada Allah SWT (al-Quran) dan Rasulullah SAW (al-Sunnah).
Justeru, mana-mana pihak yang menolak usaha penyatuan ini boleh dikira melampau terhadap usaha perdamaian dan akan dikeluarkan daripada pakatan perpaduan ummah.
Firman Allah SWT:
﴿وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱقۡتَتَلُواْ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَهُمَاۖ فَإِنۢ بَغَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا عَلَى ٱلۡأُخۡرَىٰ فَقَٰتِلُواْ ٱلَّتِي تَبۡغِي حَتَّىٰ تَفِيٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ ٱللَّهِۚ فَإِن فَآءَتۡ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَهُمَا بِٱلۡعَدۡلِ وَأَقۡسِطُوٓاْۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ٩ إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ١٠﴾
“Dan jika ada dua golongan daripada mereka yang beriman itu berperang, maka hendaklah kamu mendamaikan antara kedua-duanya! Tapi jika salah satunya melampau terhadap yang lain, hendaklah kamu perangi yang melampau itu sehingga dia kembali kepada perintah Allah. Sekiranya dia telah kembali, damaikanlah antara kedua-duanya dengan adil, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. (9); Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Oleh itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua-dua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu beroleh rahmat. (10)” (Surah al-Hujurat: 9-10)
Ayat ini Allah SWT menegaskan bentuk penyelesaian dalam keadaan perpecahan yang paling tegang sehingga boleh mencetuskan peperangan, maka perdamaian itu wajib diutamakan bagi mendapat rahmat Allah SWT.
Allah SWT melaknat bangsa Yahudi dalam kalangan Ahli Kitab apabila mereka berpecah belah dan meninggalkan ajaran Kitab Taurat, dengan menyebabkan mereka merempat di alam dunia dan mendapat seksaan di Hari Akhirat kelak. Firman Allah SWT:
﴿وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ١٠٥﴾
“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksa yang berat.” (Surah Ali ‘Imran: 105)
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/10/01/minda-presiden-pas-penegasan-pas-terhadap-perpaduan-ummah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Presiden Pas Pendirian Politik Semasa

Kenyataan Media Presiden Pas Pendirian Politik Semasa

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 177 hits
PAS berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan PAS tetap akan men...
Penyatuan Ummah Hanya Agenda Palsu Pas Yang Kemaruk Kuasa

Penyatuan Ummah Hanya Agenda Palsu Pas Yang Kemaruk Kuasa

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 163 hits
Penyatuan Ummah hanya agenda palsu Pas yang kemaruk kuasa By NASUHA RAHMAN October 3 2022 Penyatuan ummah atau Muafakat Nasional merupakan agenda yang pernah digunakan untuk bersatu dengan Umno bagi menjatuhkan Pakatan Harapan sudah tidak k...
Serangan Pas Tanpa Henti Terhadap Ph Tanda Terdesak Hadapi Pru 15

Serangan Pas Tanpa Henti Terhadap Ph Tanda Terdesak Hadapi Pru 15

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 123 hits
Pas terdesak untuk kekal relevan di arena politik Malaysia dengan menyerang Pakatan Harapan secara bertalu talu Hal itu dibangkitkan oleh KEADILAN Kemaman Terengganu Menurut Kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan Cabang Kemaman Pas yang d...
Will Macc Probe Pas Mp Local Council For Abuse Of Power Over Daughter S Wedding

Will Macc Probe Pas Mp Local Council For Abuse Of Power Over Daughter S Wedding

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 209 hits
Nik Abduh did not offer to pay any fees or rental rates in his official letter which raises warning bells DAP chairman Lim Guan Eng wants to know if the anti graft busters will probe a PAS lawmaker who requested a local council s help to pr...
Muhyiddin Kata Lain Pas Kata Lain

Muhyiddin Kata Lain Pas Kata Lain

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 177 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 26 2022 9 21 AMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menyindir Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin yang menegaskan bahawa BN adalah musuh utama mereka pada pilihan raya umum ke 15 akan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator