Miliki Kedai Online Sendiri Dengan Mecan Trade Mulai Dari Sekarang
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Macam mana kehidupan korang sekarang selepas kita menjalani fasa yang sangat mencabar dengan datangnya Covid-19 ni. Ramai juga yang Maha tengok diberhentikan kerja dan juga tidak kurang yang terpaksa buat banyak kerja dalam satu masa demi untuk kelangsungan hidup. Banyak sangat sekarang ni kita belajar daripada Covid ni agar jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada kerana kita tidak tahu masa hadapan macam mana
Tapi ramai juga yang bijak ambil peluang didalam keadaan seperti ini untuk terus mencari pendapatan sendiri dengan berniaga. Walaupun kita tiada produk sendiri tapi kita ada pelbagai platform yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan atas talian. Sekarang semua orang dah boleh menjadi usahawan dan berniaga tak kira dimana sahaja dan juga apa sahaja. Mencari peniagaan yang tanpa rosiko sangat penting buat masa yang sangat mencabar ni
Sekarang sangat mudah ma kerana dah ada satu platform yang menyediakan peluang perniagaan atas talian yang juga memberi peluang kepada semua orang untuk menjadi usahawan. Apa yang Maha maksudkan ini adalah MeCan Trade. MeCan Trade adalah platform yang sentiasa menghasilkan peluang penjualan untuk korang yang baru berjinak dalam dunia perniagaan tanpa perlu ada produk sendiri, tanpa kos tapi mampu berniaga. Bagaimana
Bagaimana MeCan Trade berfungsi
Ia adalah pusat e-commence sehenti yang menghubungkan terus penjual dan pembeli di seluruh dunia. Penjual boleh terus menyediakan platform jualan dalam talian sendiri dan menjadi pemilik perniagaan segera dengan pelbagai jenis produk atau barang dagangan yang ditawarkan tanpa perlu menyimpan stok dimana ia memerlukan pelaburan modal yang besar. Ia adalah kedai dalam talian sehenti yang mengurus keseluruhan proses pembelian dari A hingga Z di mana dari prosedur pendaftaran, pembelian, pembayaran hingga penghantaran ke depan pintu pelanggan
Apa yang perlu korang lakukan hanyalah dengan membuka e-kedai yang platformnya telah siap tersedia di MeCan Trade. Kemudian kongsi produk pilihan korang dalam talian atau media sosial kepada rakan atau sedara-mara korang. Paling menariknya korang boleh berniaga bukan sahaja dipasaran tempatan malah juga ke peringkat antarabangsa
Melalui platform MeCan Trade ia memanfaatkan kekuatan hubungan manusia melalui Program e-commerce MeCan Trade Ambassador. Ia adalah program mendorong pengusaha baru yang mempunyai pengaruh sosial yang cukup besar untuk menjual barang-barang yang relevan dari MeCan Trade ke rangkaian rakan dan pengikut korang yang ramai. Setiap yang mendaftar sebagai Ambassador akan diberikan URL tersendiri yang unik untuk menjadikan korang pemilik kedai dalam talian dengan segera.
Langkah-langkah untuk menjadi MeCan Trade Ambassador: -- Mendaftar akaun pembeli untuk mengaktifkan MeCan Trade Ambassador- Mulakan membeli-belah dan reka sendiri e-store korang dengan URL yang tersendiri - Mempromosikan kedai dan penjualan produk ke rangkaian sosial untuk meraih keuntungan
Kalau korang tiada pengikut yang ramai jangan bimbang masih boleh sertai program ini dengan menjadi penjual biasa sahaja atau program 'Seller'. Yang penting kena rajin dan juga usaha mesti boleh berjaya. Ini kerana melalui platform MeCan Trade mereka akan membantu korang melalui sokongan 'End-to-End' dimana pasukan tempatan yang akan memfasilitasi dan memberi nasihat mengenai operasi, pemasaran, rangkaian, IT dan kewangan.
Ini kerana produk-produk yang ada dalam MeCan Trade ini diyakini dan juga telah lama berada dipasaran yang terbaik serta berkualiti. Pengasas platform ini Mr Andy Goh juga seorang usahawan pengasas kepada Oldtown dan kini merupakan pemilik rangkaian Restoran Nam Heong. Seorang yang sangat optimis dan berpandangan jauh didalam bidang perniagaan dan teknologi. Di mana dengan pengalaman yang cukup lama serta berpengetahuan strategi dalam bisnes, beliau ingin membantu mereka yang menghadapi masalah didalam perniagaan ketika ini
Platform ini beribu pejabat di Kuala Lumpur kini mempunyai perdagangan bukan sahaja di Malaysia malah China, Thailand dan Indonesia. Rancangan pengembangannya dimasa hadapan untuk merangkumi negara-negara Asia Tenggara lain seperti Singapura, Filipina, Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar. Itu satu peluang besar untuk anda menjadi peniaga diperingkat antarabangsa
Maha Juga Telah Ada Kedai Sendiri
Sebenarnya Maha sendiri telah mendaftar dengan platform ini dan menubuhkan e-store Maha sendiri untuk mula menjana pendapatan pasif. Ini kerana ia adalah perniagaan tanpa modal dan tanpa risiko yang membolehkan Maha memberi tumpuan kepada rangkaian di internet yang merupakan kelebihan Maha. Korang boleh layari kedai Maha di https://mahamahu.mecan.trade
Korang tak perlu susah-susah nak mencipta platform perniagaan online mereka semua dah sediakan template hanya perlu daftar sahaja. Tapi kalau korang ada kemahiran dalam design dan juga susun atur boleh sahaja korang buat platform korang seperti mana yang korang suka dan lebih menarik. Produk yang ada dalam ni pun tak perlu kepada produk korang sendiri kerana kat dalam ni ia telah mempunyai rakan kongsi yang kuat dan rangkaian afiliasi ternama yang memberikan kestabilan dan kelebihan tambahan untuk korang jual.
Item yang paling menarik bagi Maha kat dalam platform ini dan Maha telah gunakan adalah penyegar udara Vanzo. Ia adalah produk daripada negara Jepun yang dibuat daripada ekstrak berasaskan tumbuhan dan bebas dari bahan kimia berbahaya kerana ia tidak mengandungi alkohol, formaldehid, benzena, dan toluena. Sebenarnya Maha gunakan sendiri produk ini kat dalam kenderaan kerana ia ada penyegar udara yang baik untuk kenderaan dan disahkan selamat digunakan. Produk ini telah lulus Laporan Ujian Standard Antarabangsa MSDS, lulus ujian SGS, dan menerima Sijil Analisis
Terdapat dua siri pewangi Venzo ini iaitu untuk kegunaan di dashboard kenderaan dan juga untuk penghawa dingin kenderaan. Wanginan pula ada tiga variasi yang boleh dipilih iaitu English Pear and Freesia 1818, LX Secret Musk 1616 dan LX Velvet Musk 1717 untuk variasi Dashboard. Manakala kalau yang mini pula ada Miniature English Pear and Freesia 658, Miniature LX Secret Musk 656 dan Miniature LX Velvet Musk 657. Semua sangat nampak elegant kalau letak dalam kenderaan dan wangian sangat harum
Satu lagi adalah produk makanan yang dijamin halal yang Maha juga turut guna iaitu mentega kacang Jobbie. Produk mentega kacang ini adalah 100% daripada bahan semulajadi dan tanpa lemak trans, tiada bahan pengawet, tiada minyak terhidrogenasi dan tiada perasa tiruan tambahan itu penting. Ada dua variasi produk mentega kacang ini iaitu Chunky yang masih mengandungi kacang garing didalamnya dan juga Classic Creamy yang lebih halus.
Selain daripada berniaga Maha juga menggunakan kedua-dua produk ini untuk kegunaan harian. Jadi kenapa kita tidak membeli dan juga dalam masa sama menjana pendapatan di platform yang sangat mudah ini. Rugi tak rebut peluang yang masih ada dalam musim ekonomi yang tidak menentu ini. Korang tak perlu nak fikir kerana mereka sediakan strategi pemasaran yang kuat untuk meningkatkan kesedaran dan aktiviti untuk platform dan jenama yang diwakilinya. Ini dilakukan melalui pemasaran kandungan media sosial, iklan media sosial, komunikasi media digital, acara & bengkel, pemasaran & pengurusan influencer dan komunikasi e-mel. Tunggu apa lagi daftar sekarang juga kat https://mecan.trade/mainsite
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2020/07/miliki-kedai-online-dengan-mecan-trade.html