Michan The Cat 1st Vaksin Di Klinik Jul S Vaterinary
Sebenarnya mama tak nak vaksinkan kucing ni. Tapi dek kucing Michan ni betina mama terpaksa kena mandulkan dia. Sebelum mandulkan kucing ni mama tanya doctor vet boleh tak terus mandulkan jer tapi doc kata kena vaksin dulu. Yer lah tiba-tiba terus mandulkan risau pulak takut kena infection jer. Nak tak nak kena vaksinkan dulu sebelum nak mandulkan Michan ni. Ehh jangan tak tahu sebelum nak vaksin ni mama survey banyak vet untuk dapat harga murah. Hahaha weh hujung tahun ni pepaham la dengan anak nak sekolah banyak pakai duit. Ni tiba kena bayar harga vaksin, mama terkrik krik skit la. dah la payment job dapat lambat pulak tu. wakakak...
So mama pergi klinik Jul's Veterinary dekat Taman Pelangi Semenyih 2. Masa mama sampai klinik vet ni ada sekor anjing tengah check up. Heheh ingatkan kucing jer anjing pun ada la. Macam biasa buat registration isi borang semua dan dapat Pet Health Record macam dekat bawah ni. Kemahin kucing pun ada buku record dia tau. En papa kata dah datang check up anak pulak. wakaka..
Mama ni pertama kali bawak kucing datang check up dan vaksin so mama pun blur la. Banyak jugak mama tanyakan dekat doc ni. Memula doc check suhu dia huhuhu ini pun mama tak tau doc check suhu masukkan temperature tu dekat montot kucing. Mama ingat masuk kat dalam mulut macam orang. wakakak.. masa check tu Michan macam marah skit la sapa sula montot dia.. kekeke tibe dia buat bunyi ggrrr grrr.. mama risau kang dia rengau doc tu nanti. Tapi Michan baik jer duk baik atas meja ni.
Doc ni pun pandai la duk usap-usap dia nak bagi dia relax. Mama duk pegang fon sambil record padahal tak boleh record.. erkk sorry doc mama tak perasan pulak tak boleh record kat dalam bilik ni. Yang lawak mama pun tak tau berapa umur Michan ni. Yer lah mama bela dia pun dah besaq lagu ni. So doc kata Michan ni dalam umur 7 - 8 bulan. Ohh anak dara lagi rupanya Michan ni. Lepas tu doc timbang Michan dan berat dia 2.3kg jer. Ok takper Michan nanti makan banyak-banyak bagi tambah berat tu yer.
Masa vaksin tu mama ingat kena cucuk dekat peha heheh tapi dekat atas leher dia. Sumpah mama tak tau!!. Cucuk pun dia ok takder bunyi meow ker apa. Baik giler!!. Lepas tu doc letak ubat kutu dekat bahagian kepala dia dan bagi makan ubat cacing kat Michan. Pandai dia luahkan balik ubat cacing tu. Mama baru teringat anak-anak mama makan dak lagi ubat cacing. Kucing dah tapi 3 anak ni rasanya belum. Hahaha haru jugak sebab anak-anak sendiri mana mau makan ubat cacing!! mau pelekoh depa nanti.
Bukti Michan dah kena vaksin. So next vaksin ke 2 pula pada 24 Januari 2019. Tapi sebelum tu mama kena mandulkan Michan dalam bulan Disember ni jugak sebab ada promo untuk mandulkan kucing betina. Kalo bukan harga promo RM150 weh tapi untuk promo bulan ni RM100 jer. so mama nak mandulkan dia sebelum masuk Januari. Kalo terlepas mandulkan Michan bulan ni mau kata bulan depan harga mandul RM150 + vaksin RM45 ok mama nagissss.. hahahaha. Sebelum nak mandulkan kucing wajib kena puasakan kucing dari 10 malam hingga 10 pagi. en papa kata dah macam orang daa..
Oh ya selepas vaksin ke 2 lepas tu tak perlu datang lagi untuk check up cuma buat vaksin setahun sekali untuk booster pulak.
Doctor vet ada pesan lepas kucing dah vaksin ni :-Kucing haruslah disimpan dalam sangkar selama 1 mingguJangan mandikan kucing selama 1 mingguJangan sentuh bahagian kepala haiwan selama 24 jam pertamaKucing akan mengalami demam (muntah-muntah, kurang makan, cirit birit) 48 jam pertama selepas vaksin. Itu adalah NORMAL. Tapi jika demam melebihi 48 jam, sila bawa ke klinik dengan segera.Hahhh dah tak betul mama duk check kucing takut dia demam. Orang kata check dekat telinga tapi mama rasa ok jer. Yang pasti mama perasan dia kurang makan lepas tu dia tidooo jer.. Hahaha. berak tetap berak hari-hari tau. Harap Michan ok la lepas vaksin ni. Dah 2 hari tak pegang dia sian dia nak keluar dari sangkar tak boleh. Takper Michan seminggu jer lepas ni Michan keluar yer.
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mamajue.com/2018/12/michan-cat-1st-vaksin-di-klinik-juls.html