Mic Nafi Kuota 2 200 Pelajar India Hanya One Off


Kasthuri Jeevendran Ahli Tertinggi MIC, Datuk P.Kamalanathan bercakap pada sidang media mengenai isu tawaran matrikulasi pelajar India di Ibu Pejabat MIC, Menara Manicavasagam, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM,
KUALA LUMPUR – Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia (KPM), Dr. Maszlee Malik berhubung tawaran 2,200 tempat kepada pelajar India ke matrikulasi dianggap tidak jujur.

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, jelas lagi bersuluh kenyataan itu menunjukan pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahawa mereka tidak ‘bersedia’ memberikan semula tawaran itu yang ditetapkan semasa Barisan Nasional (BN) memerintah.

Menurutnya, kenyataan Maszlee kononnya tawaran 2, 200 kepada pelajar India untuk mengikuti program matrikulasi hanya sekadar one off oleh kerajaan BN adalah satu ‘penipuan siang hari’.

“Saya tidak mahu salahkan warga KPM sebenarnya, mungkin mereka keluarkan fakta sedemikian atas ‘desakan’ segelintir pihak. Saya pernah bekerja dengan KPM malah juga terlibat dalam transformasi pendidikan untuk pelajar India sepanjang berkhidmat sebagai timbalan menteri. Jangan temberang, saya tahu fakta.

“Tidak pernah wujud tawaran one off dari kami malah kami juga berniat untuk menambah bilangan itu sehingga mencecah angka 3,000 pada masa akan datang, jadi bagaimana pula dari angka sejak tahun 2012?  Daripada 1,500 itu kami tambah kepada 700 lagi boleh jadi one off?

“Sebenarnya, soalan saya mudah dan saya pasti ini juga persoalan yang sedang bermain dalam benak masing-masing, adakah sebenarnya kerajaan PH ini mahu berikan tawaran kerusi 2,200 kepada pelajar India?

“Kedua, mengapa kenyataan semalam tidak langsung menyebut apa-apa tentang apakah sebenarnya jumlah yang diberikan kepada pelajar India bagi pengambilan tahun ini? Mengapa tidak beri maklumat itu?

“Fakta pada perenggan keempat yang di sebut Maszlee semalam kononnya tawaran kepada pelajar India dan Cina untuk matrikulasi hanya berdasarkan kekosongan kuota bumiputera yang tidak diisi juga tidak betul serta tidak berasas.

“Hakikatnya, pengambilan matrikulasi boleh sehingga maksimum 28,000 tetapi sehingga kini tidak sehingga itu sebaliknya dalam 25,000 tawaran di mana kita mendapat 10 peratus. Daripada 10 peratus itu adalah 2,200 itu. Kenapa cuba kelirukan umum dengan beri fakta dan angka seperti ini?

“Benar matrikulasi sebenarnya untuk pelajar bumiputera tetapi dasar kerajaan dahulu telah membuka peluang kepada kaum lain di negara termasuk Sabah dan Sarawak. Maszlee, fahami dulu dan jangan main ‘bedal’ sahaja.

“Sebenarnya apa niat kamu, adakah tidak mahu beri kami hak 2,200 itu?

“Statistik ada menunjukan seramai lebih 6,000 pelajar dalam kalangan India telah memohon pada tahun 2017 dan kerana itu kita bagi tawaran tambahan yang ketika itu di cadangkan oleh bekas Presiden MIC, Datuk Seri Dr. Subramaniam dan di persetujui dengan senang hati oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jadi bagaimana wujud one off dalam cerita ini? Kita jangka permohonan tahun ini juga lebih 6,000 jadi bagaimana pula hendak kurangkan? Jangan cuba kelirukan umum, pusing fakta atau kata ‘one off’,” katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi MIC dalam sidang media hari ini.

Semalam, Maszlee dalam kenyataan mendakwa, tawaran 2,200 dan 1,000 tempat kepada pelajar berketurunan India dan Cina dalam program matrikulasi adalah inisiatif  one-off bagi tahun 2018.

Malah jelas Maszlee, dasar pengambilan program matrikulasi masih mengekalkan 90 peratus tempat kepada bumiputera dan 10 peratus tempat kepada bukan bumiputera berdasarkan meritokrasi.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mendapat kritikan dan sindiran Najib yang menafikan kerajaan terdahulu yang diterajuinya hanya memberikan tawaran itu sekadar one off seperti yang didakwa Maszlee.

Tambah Kamalanathan lagi, beliau ‘sanggup’ duduk semeja dengan warga KPM untuk menyelesaikan perkara itu bagi memastikan tidak ada pelajar yang layak itu terabai atau teraniaya.

“Saya bersama yang lain-lain boleh duduk dengan anda, bekerja dengan anda cari jalan penyelesaian bagi perkara ini, tolonglah, jangan kerana politik dendam anda korbankan masa depan anak-anak ini apatah lagi yang benar-benar memerlukan. Tolonglah,” ujarnya. –MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/mic-nafi-kuota-2-200-pelajar-india.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 200 Tempat Untuk Pelajar India Masuk Matrikulasi Hanya One Off Maszlee

2 200 Tempat Untuk Pelajar India Masuk Matrikulasi Hanya One Off Maszlee

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 336 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan hari ini berkata tawaran 2 200 dan 1 000 tempat kepada pelajar berketurunan India dan Cina dalam program matrikulasi adalah inisiatif one off bagi 2018 Menurut menterinya Dr Maszlee Ma...
3 200 Places For Indian Chinese Students For Matriculation A One Off Last Year

3 200 Places For Indian Chinese Students For Matriculation A One Off Last Year

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 320 hits
SPM students who have not received offer letters to do matriculation can appeal to the education ministry PETALING JAYA The education ministry has clarified that the 2 200 places for Indian students and 1 000 places for Chinese in the matri...
Maszlee Apa Status Permohonan Pelajar India Ke Program Matrikulasi

Maszlee Apa Status Permohonan Pelajar India Ke Program Matrikulasi

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 590 hits
Ahli Parlimen Tapah Datuk M Saravanan KUALA LUMPUR Sejak minggu lepas kecoh tentang kegagalan pelajar cemerlang dalam kalangan masyarakat India yang gagal mendapat tempat ke program matrikulasi Malah pelajar ini bukan sahaja calang calang s...
Jangan Main Tabur Perkataan One Off Maszlee Nanti Ph Pun One Off Najib

Jangan Main Tabur Perkataan One Off Maszlee Nanti Ph Pun One Off Najib

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 367 hits
Najib Razak KUALA LUMPUR Kenyataan bersahaja Menteri Pendidikan Dr Maszle Malik berhubung penawaran tempat kepada pelajar India ke program matrikulasi hanya sekadar one off oleh kerajaan terdahulu mendapat kecaman Bekas Perdana Menteri Datu...
Fathia Latiff Nafi Merajuk Keluar Tv Hanya Memilih Watak

Fathia Latiff Nafi Merajuk Keluar Tv Hanya Memilih Watak

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 380 hits
Lama tidak kelihatan kelibat Fathia Latiff sejak pelbagai kontroversi menimpa dirinya sebelum ini beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya merajuk dengan The post appeared first on
Matrikulasi Tambah Jumlah Pelajar Bukan Penyelesaian Kata Mic

Matrikulasi Tambah Jumlah Pelajar Bukan Penyelesaian Kata Mic

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 281 hits
Keputusan kerajaan untuk menambah jumlah pengambilan pelajar kolej matrikulasi seterusnya menambah bilangan pelajar bukan bumiputera bukanlah penyelesaian yang dimahukan masyarakat India kata seorang pemimpin MIC Anggota Jawatankuasa Kerja ...
Djoko Santoso Duga Surat Suara Tercoblos Tidak Hanya Di Malaysia

Djoko Santoso Duga Surat Suara Tercoblos Tidak Hanya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 235 hits
Terkait kasus di Malaysia Djoko menyerahkan kepada aparat berwajib Dia berharap aparat bisa menyelesaikan dengan mekanisme yang objektif
Jangan Buang Masa Berdebat Hanya Parti Yang Menang P Raya Boleh Tentukan Siapa Menteri Besar

Jangan Buang Masa Berdebat Hanya Parti Yang Menang P Raya Boleh Tentukan Siapa Menteri Besar

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 345 hits
Perdebatan mengenai kuasa Raja atau Sultan dalam melantik Menteri Besar berterusan lagi berikutan perletakan jawatan Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor baru baru ini Sebenarnya perdebatan ini adalah sia sia saja Sebabnya ialah kerana ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025