Menunjuk Hasil Susu Badan Di Sosial Media
Nak tanya ni, pernah tak nampak di sosial media kita ada ibu-ibu yang berkongsi hasil perahan susu ibu..mesti ada kan?k.fiezz pun dulu selalu nampak..cuma sis perempuan, masa tengok tu biasa je la..tapi terfikir..eh, kalau lelaki yang tengok..tak ke macam diaorang bayangkan si ibu tengah mengepam..kan?tak pun bayangkan saiz 'tek' si ibu..huhu..nampak tak implikasi dari perkongsian yang rasa biasa-biasa je..tapi sebenarnya menjurus kepada gangguan seksual pada orang lain..
K.fiezz tertarik dengan ayat di bawah ni..ada member di fb kongsikan..Berkaitan susu ibu tu terutamanya macam k.fiezz mention atas ni...Selalu nampak mak-mak yang menunjukkan hasil perahan susu ibu di media sosial..k.fiezz bukan la nak pandang sinis pula..cuma tertanya-tanya..tak pe ke tunjuk hasil perahan susu badan tu?yup, betul..masa perah susu tu bukannya ada orang lain pun..tapi bila dah post pula di sosial media..k.fiezz rasa macam si ibu memerah depan orang ramai pula..huhu..yelah, dah tunjuk hasil perahan tu..tak ke macam serupa si ibu mengepam depan orang...sorry just my opinion..
tak cemburu pun si ibu dapat hasil perahan susu badan yang melimpah-limpah..rezeki baby dia la tu..cuma menunjukkan hasil perahan susu badan tu..hmmmm...macam kurang manis sikit..untuk k.fiezz la..
Terbaca pula ada orang kongsikan di bawah ni..so k.fiezz setuju sangat...
Lagi satu si ibu yang dapat hasil perahan susu ibu yang banyak sampai melimpah ruah tu, kena fikir juga bila post di sosial media..Dalam list kawan-kawan dia mungkin ada ibu-ibu yang tak dapat hasil seperti dia..Cuba bayangkan bila post di sosial media dengan caption 'alhamdulillah..rezeki anak ibu harini'..hmm..apa perasaan kawan-kawan yang bergelar ibu tapi tak dapat nak bagi susu badan pada baby sebab kekurangan susu atau tak ada pengeluaran susu badan..dah cuba tapi hasilnya tak ada...sikit sebanyak mesti kawan tu terasa dengan post tu..memang boleh cakap 'eh..suka hati la fb aku..aku nak tulis apa'..tapi kalau post yang tanpa sedar menyinggung perasaan orang lain, rasanya dapat apa..menambahkan dosa sebab menyinggung hati orang lain...yea tahu si ibu bangga sebab susu badan banyak, melimpah ruah..tapi jangan la berlagak..susu ibu yang keluar tu pun rezeki dari Allah...
plus tak fikir ke dalam sosial media kita tu, kawan-kawan kita lelaki perempuan ada..yang perempuan mungkin masa tengok hasil susu badan tu, tak ada apa la..yang lelaki?rasa bayangkan apa?tak bayangkan 'tek' si ibu..mungkin tak semua lelaki yang berimaginasi macamtu..tapi kita bukan tahu perangai setiap orang...okey, kata la si ibu post bukan di sosial media peribadi secara terbuka tapi di group-group tertentu..contoh macam group susu ibu..contoh je la ni..kita joint group tu tapi kita bukan kenal setiap ahli dalam kumpulan tu..mungkin kita rasa semua perempuan..tapi pasti ke?mungkin ada yang menyamar ke..zaman teknologi ni, apa-apa pun boleh jadi..Gambar profile, nama tu boleh reka...mana tahu yang lelaki ni masuk group tu nak stalk sebab tahu ramai ibu-ibu dalam tu suka berkongsi gambar hasil perahan susu badan masing-masing so dia sebagai lelaki boleh bayangkan & menaikkan nafsu dia..sorry k.fiezz tak tahu la wujud ke tidak group susu ibu ni..cuma kata la ada..kita fikir buruk dulu sebelum nak post apa-apa di sosial media ni..
pada pendapat k.fiezz, hasil perahan susu ibu tu tak perlu rasanya ditayangkan secara terbuka..cukup la untuk tunjuk pada suami sahaja yang anak dia dapat makan kenyang sebab susu badan kita melimpah ruah..
Sekarang ni dah kurang rasanya yang tunjuk hasil perahan susu ibu..dulu selalu juga k.fiezz nampak orang duk share..Tapi seriusly k.fiezz dah lama nak komen isu ni tapi tak berani..dah la kita anak pun belum ada lagi..eh sibuk nak kecoh pasal orang berkongsi gambar susu badan dia..haha...tak la...sebagai perempuan kan & secara logik bila ternampak post gambar hasil perahan susu ibu tu, terus terbayang si ibu tengah memerah...adeh..nampak tak..k.fiezz yang perempuan pun boleh bayangkan gitu..apa lagi lelaki?tu yang k.fiezz musykil 'eh..diaorang ni..duk kongsi gambar hasil perahan susu pulak'..hmmm..tak pe ke..kadang tu tertanya juga, suami diaorang tak marah ke isteri kongsi gambar macamtu di media sosial..yelah walaupun tunjuk gambar susu je..bukan letak gambar tengah mengepam ke apa..but still imaginasi orang, kita tak tau..si suami tak terfikir ke orang yang tengok hasil perahan tu duk imaginasikan apa?
Nasib baik dalam friendlist facebook k.fiezz, tak ada kawan-kawan yang bergelar ibu, duk share gambar-gambar hasil perahan susu badan..hehe..Selalu yang k.fiezz nampak ni, orang share dari group..Walaupun dari group & tak kenal si ibu tapi boleh nampak siapa yang post gambar tersebut..tak ke boleh tahu juga profile si ibu dari situ..
Jadi pendapat peribadi k.fiezz, rasa sangat tak proper untuk ibu-ibu yang menyusukan baby untuk kongsi hasil susu badan tu di media sosial..
Reminder to myself too mana tahu nanti ada rezeki nak susukan zuriat sendiri, jangan taksub sangat nak post hasil perahan susu badan di FB, IG, WhatsApp Status, Twitter..hehe..segala mak nenek sosial media ko nak kongsi..Note that k.fiezz!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2019/10/menunjuk-hasil-susu-badan-di-sosial-media.html