Menu Sihat Untuk Pesakit Kencing Manis



Pesakit diabetes atau umumnya disebut kencing manis tidak boleh mengambil sebarang makanan bagi tujuan mengawal kadar gula darah.

Bagi mereka yang baru sahaja didiagnosis dengan penyakit ini, mungkin anda juga sedang mencari contoh menu makanan untuk diabetes agar pemakanan harian terkawal.

Jika anda sememangnya ingin mengetahui apakah contoh menu makanan untuk diabetes, sila ikuti artikel ini.

Zat atau nutrisi yang mesti ada dalam menu makanan pesakit diabetes

Pengambilan jenis dan jumlah makanan oleh pesakit diabetes sememangnya perlu dikawal dan diberi perhatian. Ini kerana ia boleh mempengaruhi dan memberi kesan mendadak pada paras gula darah pesakit ini.

Namun, ia tidak bermakna mereka boleh mengabaikan sebarang pengambilan nutrisi penting untuk tubuh mereka.

Berikut adalah jenis dan amaun nutrisi yang perlu diambil oleh seorang pesakit diabetes dalam pemakanan mereka.

#1. Karbohidrat


Walaupun karbohidrat sering dikaitkan dengan peningkatan paras gula darah, namun ia mesti diambil oleh pesakit diabetes. Ini kerana karbo penting sebagai sumber tenaga utama bagi tubuh badan manusia.

Pengambilan karbohidrat bagi pesakit diabetes adalah antara 46 hingga 65% daripada pengambilan kalori keseluruhan harian.

Untuk jenis karbohidrat yang disarankan, pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan serat seperti beras perang dan pengambilannya mestilah tidak kurang daripada 130 gram setiap hari.

#2. Lemak


Bagi kandungan lemak, mereka yang menghidap diabetes disarankan untuk mengambil sebanyak 20 hingga 25% kandungannya daripada keseluruhan jumlah kalori yang diambil.

Jangan sesekali makan lebih 30% daripada jumlah lemak yang diambil.

Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans seperti daging yang berlemak untuk mencegah risiko penyakit lain seperti penyakit jantung.

#3. Protein


Pesakit diabetes juga perlu mengambil sumber protein bagi menyokong kesihatan sel-sel tubuh. Untuk pesakit diabetes, mereka memerlukan sebanyak 10 hingga 20% protein daripada keseluruhan jumlah kalori yang diambil.

Jenis makanan berprotein yang disarankan ialah seperti ikan, udang, daging tanpa lemak, produk tenusu rendah atau tanpa lemak atau kekacang seperti kacang soya.

#4. Garam


Garam berfungsi mengawal keseimbangan elektrolit selain menyokong fungsi saraf pada tubuh manusia.

Oleh sebab itu, anda mesti mengambil garam dalam makanan tetapi dengan jumlah yang terkawal. Jumlah pengambilan garam yang dicadangkan ialah tidak kurang daripada 2,000 miligram setiap hari.

#5. Serat


Pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil jenis makanan yang tinggi dengan kandungan serat seperti beras perang selain daripada sumber buah-buahan, kekacang dan juga sayur-sayuran.

Mereka juga disarankan untuk mengambil sebanyak 20-35 gram serat setiap hari daripada pelbagai sumber makanan.

Makanan yang tinggi serat membantu pesakit diabetes untuk berasa kenyang dengan lebih lama.

Kami berikan kepada anda 3 jenis menu berbeza yang merangkumi hidangan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam.

Contoh menu makanan untuk diabetes 1


#1. Sarapan pagi

    200 gram nasi (sekitar 1 cawan setengah)
    1 biji telur dadar
    20 gram sayur seperti kacang panjang
    Sup labu
    Buah tembikai susu

#2. Makan tengah hari

    200 gram nasi
    1 potong ikan sekitar 40 gram
    2 potong tempe sekitar 50 gram
    1 mangkuk sup sayur
    Buah nanas

#3. Makan malam

    200 gram nasi
    1 potong ayam goreng sekitar 40 gram
    Sayur cendawan goreng bersama tauhu sekitar 110 gram
    1 mangkuk sayur bayam
    Buah betik

Contoh menu makanan untuk diabetes 2


#1. Sarapan pagi

    Nasi goreng sekitar 200 gram
    1 potong tempe goreng
    Sup sayur petola
    Buah betik

#2. Makan tengah hari

    200 gram nasi
    1 potong ikan goreng sekitar 40 gram
    Sayur kangkung goreng sekitar 100 gram
    2 biji buah pisang

#3. Makan malam

    100 gram nasi
    1 biji telur dadar
    1 gelas sayur brokoli tumis sekitar 100 gram
    Buah epal

Contoh menu makanan untuk diabetes 3


#1. Sarapan pagi

    150 gram nasi
    Daging masak lada hitam sekitar 35 gram
    Sayur kacang panjang dan juga tauge yang ditumis sekitar 50 gram
    Buah tembikai

#2. Makan tengah hari

    200 gram nasi
    1 potong ikan masak stim sekitar 40 gram
    Sayur goreng
    Buah nanas

#3. Makan malam

    200 gram nasi
    1 potong ayam masak sambal sekitar 40 gram
    1 potong ikan goreng sekitar 40 gram
    Sayur sawi goreng sekitar 50 gram
    Buah pisang

Kesimpulan

Bagi penghidap diabetes yang mencari contoh menu makanan untuk diabetes, anda boleh mengikuti model makanan seperti yang dicadangkan ini.

Tidak semestinya anda perlu ikut cara hidangan yang dicadangkan ini. Anda boleh mempelbagaikan resepi dan cara masakan mengikut kegemaran anda.

Tetapi pastikan anda mengawal segala penggunaan bahan-bahan sampingan lain dalam lauk anda seperti gula, minyak dan juga garam.

www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2020/10/menu-sihat-untuk-pesakit-kencing-manis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelak Pesakit Kencing Manis Tahap Dua Hanya Memerlukan Satu Suntikan Insulin Seminggu

Kelak Pesakit Kencing Manis Tahap Dua Hanya Memerlukan Satu Suntikan Insulin Seminggu

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 295 hits
Pesakit kencing manis tahap dua pada waktu ini memerlukan satu atau dua suntikan sehari bagi mengawal tahap gula dalam darah Kelak pesakit kencing manis tahap dua hanya memerlukan satu suntikan insulin sahaja setiap minggu Ujian rawatan ins...
Akshay Kumar Dedah Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari Untuk Kekal Sihat

Akshay Kumar Dedah Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari Untuk Kekal Sihat

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 462 hits
Jika anda peminat filem Bollywood pasti anda kenal dengan pelakon Akshay Kumar Nama pelakon itu sememangnya cukup terkenal dalam industri Bollywood dan masih digilai ramai wanita walaupun sudah banyak hero baru Meskipun usianya kini sudah m...
Bintang Bollywood Akshay Kumar Dedah Rahsia Kekal Sihat Minum Air Kencing Lembu

Bintang Bollywood Akshay Kumar Dedah Rahsia Kekal Sihat Minum Air Kencing Lembu

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 349 hits
Bintang Bollywood Akshay Kumar Dedah Rahsia Kekal Sihat Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari Sanggup tak korang minum air kencing haiwan kalau ia terbukti memiliki khasiat dan manfaat untuk menguatkan ketahanan badan dalam melawan jangkitan ...
Hilang Punca Pendapatan Selepas Kaki Dipotong Akibat Kencing Manis Hanya Harap Ihsan Ramai Bantuan Jkm

Hilang Punca Pendapatan Selepas Kaki Dipotong Akibat Kencing Manis Hanya Harap Ihsan Ramai Bantuan Jkm

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 398 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Begitulah apa yang dilalui oleh pasangan warga emas ini apabila diuji dengan kesusahan hidup yang bertimpa timpa Manakan tidak suami yang merupakan insan kurang upaya kerana cacat di bahagia...
Macam Mana Boleh Kena Kencing Manis Ni Budak 11 Tahun Kerap Makan Makanan Ringan Alami Diabetic Ketoacidosis

Macam Mana Boleh Kena Kencing Manis Ni Budak 11 Tahun Kerap Makan Makanan Ringan Alami Diabetic Ketoacidosis

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 362 hits
Sejak dari kecil kita digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat Pemakanan yang sihat bukan sahaja baik untuk kesihatan malahan bagi tumbesaran kanak kanak Namun begitu kanak kanak kini terlalu mudah terpengaruh dengan makanan segera...
Sumbangan Lzs Ringankan Beban Pesakit Hospital

Sumbangan Lzs Ringankan Beban Pesakit Hospital

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 299 hits
SHAH ALAM 14 SEPT Kementerian Kesihatan Malaysia merakamkan penghargaan kepada Lembaga Zakat Selangor kerana menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kebajikan Pesakit Hospital pada setiap tahun Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Rohaiza...
Lzs Sumbang Rm1 77 Juta Kepada Hospital Biaya Rawatan Pesakit Miskin

Lzs Sumbang Rm1 77 Juta Kepada Hospital Biaya Rawatan Pesakit Miskin

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 361 hits
SHAH ALAM 14 SEPT Sejumlah RM1 77 juta disalurkan Lembaga Zakat Selangor kepada 17 hospital pusat perubatan dan institut kesihatan melalui Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Ketua Pegawai Eksekutifnya Saipolyazan Mat Yusop berkata Hospital K...
47 Kes Baharu Covid 19 591 Pesakit Aktif Kata Kkm

47 Kes Baharu Covid 19 591 Pesakit Aktif Kata Kkm

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 349 hits
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada pertambahan kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan kekal 128 kes Foto BernamaKUALA LUMPUR 13 Sept Kes baharu Covid 19 kekal dua digit dengan 47 kes dilaporkan membabitkan 45 kes penularan te...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Agih Zakat Rm33 Juta Tenaga Nasional Berhad Komited Sokong Pembangunan Negara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Realiti Kehidupan Apabila Bekerja Dari Rumah

Gambar Konsert Sudirman Jalan Chow Kit Tahun 1986

Saifuddin Belum Buat Keputusan Tanding Pemilihan Pkr

Health Ministry S 5 Year Plan To Prevent Teens From Smoking

Daganghalal Strengthens Its Global Halal Trade Foothold At Gulfood 2025

The Wisdom Of Ramadan