Menolak Belanjawan 2021


blogtunm.blogspot.com Tun M 1. Kita telah melihat betapa mengecewakan proses perbahasan Belanjawan berjalan beberapa hari kebelakangan. Selain dari perbahasan yang terhad, tidak ada sebarang tanda dipihak Kerajaan untuk mendengar atau menerima pandangan yang telah diajukan oleh ahli-ahli parlimen mahupun kritikan rakyat yang boleh kita dengar rintihan mereka melalui laman-laman media sosial dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat

2. Sebaliknya, pihak Kerajaan bertindak mengugut ahli-ahli Parlimen dengan naratif bahawa jika Belanjawan 2021 tertolak maka gaji, elaun dan pencen penjawat awam dan “frontliners” tidak dapat dibayar. Selain itu, ugutan juga menjurus kepada cubaan menimbul rasa kurang senang dikalangan rakyat bahawa jika Belanjawan tidak lulus maka bantuan-bantuan kewangan tidak akan sampai kepada rakyat yang amat memerlukannya pada ketika ini

3. Saya telah terangkan sebelum ini bahawa jika Belanjawan tidak lulus ia tidak akan menghalang penyaluran gaji, pencen dan elaun penjawat awam dan “frontliners”. Begitu juga dengan bantuan kewangan untuk keperluan rakyat tidak akan terjejas

4. Penyaluran kewangan tanpa Belanjawan diluluskan telah berlaku pada tahun 1999 untuk sesi Belanjawan tahun 2000.
5. Selain itu, Kerajaan juga memilih tidak menerangkan bahawa segala perbelanjaan untuk penjawat awam dan “frontliners” sudah diperuntukkan sehingga akhir bulan Januari tahun 2021

6. Yang kelihatan menjadi keutamaan Kerajaan ialah untuk memastikan Belanjawan yang tidak mementingkan rakyat tetapi mementingkan kelangsungan politik ini dilulus seberapa segera yang mungkin

7. Kita dapat lihat bagaimana isu kuarantin ahli Parlimen dari Sabah yang menyokong Kerajaan mendapat layanan “double-standard”. Tiba-tiba sahaja, kuarantin 14 hari yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan kepada mereka yang terlibat di dalam pergerakan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan kembali tidak lagi menjadi satu ketetapan.
8. Kerana apa dasar atau ketetapan ini tidak berkuat-kuasa? Ia kerana undi ahli-ahli Parlimen ini perlu kepada Kerajaan untuk meluluskan Belanjawan. Setiap perlakuan dan pertukaran dasar dan ketetapan dibuat seperti menukar pakaian semata-mata untuk kepentingan politik

9. Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Apabila rakyat tidak mengikut peraturan atau ketetapan itu, mereka didenda dan dihukum. Jika ahli Parlimen dipihak Kerajaan melakukannya, peraturan ditukar dan mereka bebas dari sebarang hukuman

10. Jadi, apakah yang akan berlaku jika Belanjawan 2021 tidak lulus?
11. Pertamanya, ia akan bukti bahawa Kerajaan telah hilang “legitimacy” kerana ia tidak mempunyai majoriti yang cukup untuk melulus Belanjawan.
12. Apabila ini berlaku, jika Perdana Menteri seorang yang bermaruah ia akan meletak jawatan

13. Seterusnya, jika di dalam suasana biasa, ia boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Palimen.
14. Tetapi masa sekarang, ketika Negara dilanda pandemik COVID-19, keadaan adalah amat luar biasa dan pengalaman pilihanraya di Sabah baru-baru ini memperlihat bahawa mengadakan pilihanraya umum bukanlah satu pilihan malahan jika dipilih boleh membawa kemudaratan.
15. Kerana itu, proses yang mungkin boleh dipertimbang ialah memberi peluang kepada Parlimen untuk menentu siapakah dikalangan ahli-ahli Parlimen yang ada yang mempunyai sokongan majoriti.
16. Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ahli Parlimen tersebut mempunyai sokongan majoriti, maka dia boleh dipilih untuk menjadi Perdana Menteri untuk menubuh Kerajaan yang baru dan berkhidmat sehingga tamat penggal pemerintahan dan tiba masa untuk pilihanraya umum ke-15 diadakan.
17. Ini akan dapat memastikan bahawa Kerajaan baharu ini mempunyai legitimacy dan tidak dipersoalkan seperti Kerajaan pintu belakang sekarang ini

18. Setelah Kerajaan baharu dapat ditubuh, maka Kerajaan ini boleh memilih untuk membentangkan Belanjawan yang baru ataupun mengambil Belanjawan yang telah ditolak dan dilakukan pindaan-pindaan yang telah diminta dahulu

19. Semua ini dapat dilakukan di dalam sidang Parlimen khas dan tidak akan mengambil masa yang begitu lama

20. Kerana itu, saya dan rakan-rakan mengambil ketetapan menolak Belanjawan 2021 dan kami lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang kami pegang bagi pihak rakyat sehingga penggal perkhidmatan kami sebagai wakil rakyat tamat


Terima kasih



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blogtunm.blogspot.com/2020/11/menolak-belanjawan-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 S 24 Bilion Untuk Ubah Perniagaan Pekerja Sepanjang 3 Tahun Akan Datang

Belanjawan 2021 S 24 Bilion Untuk Ubah Perniagaan Pekerja Sepanjang 3 Tahun Akan Datang

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 214 hits
SINGAPURA Pemerintah melakarkan pelan S 24 bilion bagi membantu syarikat dan pekerja menyesuaikan diri dengan dunia pasca COVID 19 dan ini termasuk menambah geran dan melanjutkan inisiatif latihan Dalam ucapannya semasa membentangkan Belanj...
5359 Sebab Kebodohan Suami Isteri Jadi Mangsa Skodeng Ah Long Tv Ppim 02 02 2021

5359 Sebab Kebodohan Suami Isteri Jadi Mangsa Skodeng Ah Long Tv Ppim 02 02 2021

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 400 hits
Ah long semakin liar Bahana Isteri Menjadi ugutan Ah long Nyawa dan keselamatan isteri menjadi taruhan disebabkan Si suami yang tak melangsaikan hutang Kerana terdesak sanggup berhutang dengan ceti haram Lepas tu tak mampu nak membayar huta...
5358 Koppim Kumpul Rm20 Juta Dalam Masa Kurang Setahun Malakat Tribune 01 02 2021

5358 Koppim Kumpul Rm20 Juta Dalam Masa Kurang Setahun Malakat Tribune 01 02 2021

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 273 hits
CYBERJAYA Kejayaan membangunkan ekosistem perniagaan Islam yang kukuh dapat melepaskan ummah daripada pergantungan kepada bantuan subsidi dari kerajaan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia berkata sudah tiba masanya umat Islam di na...
Isyarat Perdagangan Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 02 03 Februari 2021 Buka Pesanan Menjual Di Bawah 1 3690

Isyarat Perdagangan Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 02 03 Februari 2021 Buka Pesanan Menjual Di Bawah 1 3690

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 229 hits
Pasangan mata wang GBP USD kini diniagakan di zon SMA 21 sekitar tahap 1 3687 Ia tetap berada di atas saluran menaik pada carta 4 Jam Sementara itu indikator eagle menunjukkan isyarat penurunan harga dan mencapai tahap oversold Tahap 1 3705...
Ramalan Terkini Eur Usd 2 Februari 2021

Ramalan Terkini Eur Usd 2 Februari 2021

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 263 hits
Data ekonomi yang lebih baik daripada yang dijangkakan mungkin menyokong Euro berbanding mata wang utamanya dalam beberapa minggu akan datang Kadar EUR USD terus digabungkan di atas titik utama Pasangan EUR USD melantun di sekitar 1 2060 te...
Jadual Pembukaan Kaunter Bpr 2021 Di Cawangan Pusat Khidmat Hasil Lhdnm

Jadual Pembukaan Kaunter Bpr 2021 Di Cawangan Pusat Khidmat Hasil Lhdnm

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 367 hits
JADUAL PEMBUKAAN KAUNTER BPR 2021 DI CAWANGAN PUSAT KHIDMAT HASIL LHDNM Kepada pemohon yang ingin ke kuanter LHDNM untuk urusan BPR sila rujuk JADUAL PEMBUKAAN KAUNTER BPR 2021 DI CAWANGAN PUSAT KHIDMAT HASIL LHDNM Nota Kaunter BPR tidak di...
Checklist Sebelum Masuk Bulan Cukai Tahun 2021

Checklist Sebelum Masuk Bulan Cukai Tahun 2021

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 349 hits
LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34 000 barulah kena daftar nombor cukai hantar borang cukai Contoh Gaji setahun sebelum tolak KWSP RM38 202Potongan KWSP RM4 202Gaji setahun selepas tolak KWSP RM34 000 Sekiranya penda...
5355 Pelancaran Rintis Misi Bantuan Kemanusian Ke Pahang Kaca Tv 31 01 2021

5355 Pelancaran Rintis Misi Bantuan Kemanusian Ke Pahang Kaca Tv 31 01 2021

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 212 hits
KACATV Sukacitanya menjayakan Majlis Pelancaran Rintis oleh NGO NGO dan pihak Persatuan Masjid pelancaran dilepaskan di Masjid Abu Ubaidah Aljarrah Setapak Kuala Lumpur BERITA 11 January 2021 ada acara Pelancaran Rintis misi bantuan kemanus...
5 Sektor Yang Paling Cuan Di 2021

5 Sektor Yang Paling Cuan Di 2021

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 309 hits
Sektor pekerjaan yang menghasilkan cuan paling banyak tiap tahunnya berganti ganti begitu juga di tahun 2021 Berikut 5 sektor yang paling cuan di tahun 2021 1 Sektor NikelRamainya antusiasme dari This is a content summary only Visit my webs...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi