Menjelang Ulang Tahun Penubuhan Umno Dan Kekalahan Bn Pada 9 Mei


Zin Mahmud



Pilihan raya kecil Parlimen Sandakan akan diadakan 11 Mei ini. Tarikh itu ialah ulang tahun penubuhan Umno ke-73. Tetapi, 9 Mei juga merupakan ulang tahun pertama Umno kehilangan kuasa.

Umno mula berkuasa pada 31 Ogos 1957, apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Hanya ketika Majlis Gerakan Negara (Mageran) mentadbir Malaysia dari 1969 hingga 1971, parti itu tidak berkuasa.

Namun begitu, majlis itu diketuai Pengerusi dan Pengarah Operasinya, Abdul Razak Hussein yang merupakan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.
Presiden MCA, Tan Siew Sin dan Presiden MIC, VT Sambanthan juga ahli Mageran. Walaupun ketua Perikatan itu menganggotainya, tetapi Mageran merupakan badan pentadbiran darurat, bukannya pemimpin parti politik yang memenangi pilihan raya umum kerana Parlimen digantung.

Mageran ditubuhkan pada 24 Jun 1969 sehingga 22 Februari 1971. Dalam tempoh itu, Umno dan Perikatan yang memenangi PRU pada 1969 belum mengambil alih kuasa mentadbir negara.

Ketika Mageran ditubuhkan, jawatan presiden Umno dan perdana menteri masih disandang Tunku Abdul Rahman, tetapi kuasa terletak pada Mageran.

Beliau memangku jawatan presiden Umno dan menjadi perdana menteri mulai 22 September 1970, ketika Mageran masih beroperasi di negara ini.

Walaupun Umno melalui Perikatan mula memerintah Malaya pada 31 Ogos 1957, tetapi ia sudah menyertai kerajaan sejak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

Majlis Perundangan Persekutuan turut dianggotai Yang Dipertua Agung Umno, Onn Jaafar yang mewakili orang Melayu. Setelah memenangi pilihan raya umum 1955, Umno mengetuai Perikatan dan menubuhkan Kabinet dengan persetujuan pesuruhjaya tinggi British sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Tetapi, pada 9 Mei 2018, Umno kehilangan kuasa di peringkat persekutuan dan menjadi parti pembangkang utama. Walaupun tidak dapat menubuhkan kerajaan, ia tetap menjadi parti tunggal yang mempunyai kerusi paling banyak di Dewan Rakyat, iaitu 54 kerusi.

Tetapi, dalam masa setahun, ia kehilangan sejumlah wakil rakyat bukan kerana kalah dalam pilihan raya kecil, tetapi disebabkan mereka meninggalkan parti untuk menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai PPBM.

Kini menjelang ulang tahun pertama kekalahan Barisan Nasional, Umno hanya memiliki 37 kerusi di Dewan Rakyat.

Maka, 9 Mei ini bukan saja untuk menilai prestasi Pakatan Harapan sempena kemenangannya dalam pilihan raya umum ke-14 lalu, tetapi juga apa yang berlaku ke atas Umno dan BN selepas kehilangan kuasa di peringkat persekutuan.

Dari segi kepimpinan, selepas 9 Mei, Umno menyaksikan penggantian ketuanya. Najib Razak melepaskan jawatannya selepas BN kalah dalam PRU14. Beliau digantikan Ahmad Zahid Hamidi, tetapi tidak lama selepas itu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan dilantik memangku jawatan Zahid.

Umno menerima tamparan besar bukan saja daripada ahli Parlimennya yang melompat parti, tetapi juga parti komponennya, termasuk di Sarawak dan Sabah yang meninggalkan gabungan itu.

Di Sarawak, bekas parti komponen BN menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Di Semenanjung pula, Gerakan dan myPPP meninggalkan BN, menyebabkan tinggal parti asal Perikatan, iaitu Umno, MCA dan MIC.

Tetapi, sepanjang setahun lalu, Umno dilihat sedang bangkit daripada kekalahan PRU14. Walaupun tinggal 3 parti komponen, kerjasama Umno dengan PAS memperlihatkan kebangkitan pihak pembangkang.

Disebabkan GPS tidak menyokong usul berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini, ternyata BN masih boleh mengharapkan kerjasama parti berpangkalan di Sarawak itu.

Semangat awal kebangkitan Umno dapat dilihat dengan penyertaan PAS dalam perhimpunan menentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada Disember lalu.

Kerjasama ini dilihat dapat diterjemahkan kepada undi, apabila calon BN menang dalam PRK Parlimen Cameron Highlands dan Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Tetapi, kemuncak kejayaan BN dalam menaikkan semangat penyokongnya ialah kemenangan pemimpin tertingginya, Mohamad di kerusi DUN Rantau, Sabtu lalu.

Kejayaan di Rantau ialah kemenangan manis kerana ia merupakan kawasan pengundi campuran dengan ramai pengundi bukan Melayu, walaupun bukan majoriti. Maknanya, pengundi India dan Cina bukannya menyokong PH secara automatik.

Berdasarkan pemerhatian penulis pada Rabu minggu lalu ketika tempoh berkempen, bukan saja aktivis MIC dan MCA bekerja untuk calon BN, tetapi juga Parti Makkal Sakti dan Penang Front Party (PFP) yang mewakili kaum India dan Cina membantu Mohamad.

Maknanya, Umno yang menggunakan retorik Melayu-Islam tetap diterima segolongan kecil orang bukan Melayu. Walaupun golongan ini kecil, tetapi ia tetap dapat menyumbang kepada kemenangan calon BN.

Sejak kehilangan kuasa, Umno bersama sekutunya dalam BN dan PAS melalui 7 PRK, iaitu Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Port Dickson, Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau. Mereka kalah 4 PRK, tetapi menang 3 daripadanya.

Daripada kekalahan atau memilih untuk tidak bertanding, Umno bangkit dengan kemenangan di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Walaupun keputusan PRK tidak nampak perubahan besar sokongan pengundi, tetapi harapan sebahagian pendokong PH hendak melihat Umno hilang di pentas politik negara tidak tercapai.

Rentetan kemenangan Umno, terutama di Semenyih menyaksikan kawasan itu kembali kepada BN dan kemenangan Mohamad di Rantau mengukuhkan kedudukannya sebagai jaguh Umno, BN dan pembangkang.

Umno tidak akan bertanding di PRK Sandakan kerana ia bukan kawasannya. Ia merupakan kawasan yang ditandingi sekutu-sekutunya, sama ada dalam bentuk Perikatan Sabah ataupun BN. Sejak diwujudkan kawasan Parlimen Sandakan, pergolakan politik berlaku baik di pihak parti kerajaan mahupun pembangkang.

Kawasan Parlimen Sandakan ditubuhkan pada 1966 dan pada PRU 1969, calon Persatuan Cina Sabah (SCA) yang merupakan anggota Perikatan Sabah, dan sekutunya dengan Perikatan di Semenanjung telah menang.

Apabila BN ditubuhkan, mereka menang di kawasan itu. Tetapi pada 1978, calon DAP menang.

Dalam sejarah politik Sandakan, ada calon bebas, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP). Ada masa mereka menyertai BN, ada masa pula mereka menjadi pembangkang.

Ada masa DAP juga bergolak sehingga pemimpinnya pernah keluar parti dan menyertai parti pecahannya, Parti Demokratik Malaysia (MDP). Sandakan bukan kubu DAP ataupun parti lain.

Bagi pihak PH, DAP akan bertanding di situ. Setakat ini, pembahagian kawasan di kalangan parti PH dipertahankan. Maka dalam PRK terdahulu, pembahagian kawasan itu berjaya dipertahankan dan ia menyumbang kepada keharmonian politik dalam PH, walaupun menjejaskan kempen PRK mereka.

Setakat ini, walaupun Umno menyatakan mereka tidak akan bertanding dalam PRK Sandakan, BN belum mengumumkan pendiriannya. Difahamkan, BN akan menyokong sesiapa yang menentang PH.

Strategi yang dilaksanakan BN ialah mengukuhkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama Umno dan PAS. Apabila teras Melayu kukuh, dengan mudah Cina dan India akan turut serta. Kemudian mereka akan menggembleng kekuatan parti sekutu di Sarawak dan Sabah.

Apabila berjaya, mereka percaya akan mampu kembali memerintah selepas penggal ini tamat.

Penamaan calon akan diadakan pada 27 April ini.

PRK Sandakan yang bakal diadakan juga sudah memasuki tahun ke-2 kerajaan PH memerintah.

Maknanya, ia merupakan PRK pertama bagi tahun ke-2 PH memerintah negara.

Strategi PH berbeza daripada BN. Daim Zainuddin sudah meminta rakyat memberi masa 6 bulan lagi kepada kerajaan PH. Jadi, tunggulah sehingga 9 Oktober ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/menjelang-ulang-tahun-penubuhan-umno_16.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
71 Tahun Dir Yasin Darah Tertumpah Penubuhan Israel Di Bumi Palestin

71 Tahun Dir Yasin Darah Tertumpah Penubuhan Israel Di Bumi Palestin

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 231 hits
71 Tahun Dir Yasin Darah tertumpah belum berbalas PADA hari ini 9 April dalam tahun 1948 bumi Palestin dibasahi darah 254 penduduk Islam Dir Yasin di mana 100 dari mereka adalah wanita Kumpulan pengganas Yahudi Hajnah dan Irgun diketuai Men...
India Kenang Ulang Tahun Ke 100 Pembunuhan Beramai Ramai Amritsar

India Kenang Ulang Tahun Ke 100 Pembunuhan Beramai Ramai Amritsar

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 230 hits
India kenang ulang tahun ke 100 pembunuhan beramai ramai Amritsar Dikemas kini 38 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Apr 201
Rieta Amalia Terkejut Dengan Kehadiran Amy Qanita Di Ulang Tahun Nya

Rieta Amalia Terkejut Dengan Kehadiran Amy Qanita Di Ulang Tahun Nya

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 239 hits
Ibunda Nagita Slavina Rieta Amalia baru saja merayakan ulang tahun nya yang ke 57 Ia pun membuat sebuah perayaan Dalam acara tersebut Rieta dikejutkan dengan kehadiran ibunda Raffi Ahmad Amy Qanita
Rebut Hadiah Di Ulang Tahun Cekaja Com Yang Ke 5

Rebut Hadiah Di Ulang Tahun Cekaja Com Yang Ke 5

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 260 hits
SEMARAK HARI ULANG TAHUN CEKAJA COM Dalam rangka memperingati ulang tahun CekAja com yang ke 5 ada banyak hadiah yang menanti kamu Mulai dari Sepeda Motor Scoopy terbaru Kamera Mirrorless Fuji X A10 8 Smartphone Samsung Galaxy M20 dan grati...
Kanak Kanak Dilahirkan Tanpa Otak Sambut Ulang Tahun Ke 6

Kanak Kanak Dilahirkan Tanpa Otak Sambut Ulang Tahun Ke 6

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 271 hits
LONDON Seorang budak perempuan yang dilahirkan tanpa sebahagian besar otaknya telah melangkaui jangkaan doktor apabila menyambut ulang tahun keenam di rumahnya di Aylesbury Buckinghamshire baru baru ini lapor akhbar Daily Mail Lily Wetheral...
Foto Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Anak Fasha Sandha Ini Ucapan Jejai Bikin Ramai Sebak

Foto Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Anak Fasha Sandha Ini Ucapan Jejai Bikin Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 574 hits
FOTO Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Anak Fasha Sandha Ini Ucapan Jejai Bikin Ramai Sebak FOTO Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Anak Fasha Sandha Ini Ucapan Jejai Bikin Ramai Sebak
Adun Umno Rosakkan Perpaduan Bukan Sekolah Vernakular

Adun Umno Rosakkan Perpaduan Bukan Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 299 hits
MALAYSIAKINI Presiden Gerakan Dominic Lau menyangkal kenyataan Adun Kemayan dari Umno yang mengatakan sekolah vernakular merosakkan perpaduan di negara ini Sebaliknya Dominic berkata kenyataan Mohd Fadil semasa sesi soal jawab di Dewan Unda...
Didemo Rakyat Presiden Aljazair Akhirnya Mundur Setelah Berkuasa Selama 20 Tahun

Didemo Rakyat Presiden Aljazair Akhirnya Mundur Setelah Berkuasa Selama 20 Tahun

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 249 hits
Stasiun televisi pemerintah memperlihatkan Bouteflika yang mengenakan pakaian tradisional musim dingin menyerahkan surat pengunduran dirinya kepada ketua dewan konstitusi Dalam kesempatan itu juga hadir Abdulkadir Bensalah ketua parlemen ya...
Misteri 30 Tahun Telefon Garfield Sering Terdampar Di Pantai Akhirnya Terbongkar

Misteri 30 Tahun Telefon Garfield Sering Terdampar Di Pantai Akhirnya Terbongkar

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 271 hits
Lebih 30 tahun telah berlalu sejak telefon Garfield berwarna jingga dilaporkan sering ditemui terdampar di pantai Finistere Perancis Akhirnya terbongkar Persatuan kami telah wujud sejak 18 tahun lalu dan hampir setiap kali kami membersihkan...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran