Menjejak Pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin


Assalamualaikum semua.
Sejarah pemerintahan ke empat-empat orang Khulafa' Ar Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar Al Khattab, Saidina Uthman Bin Affan  dan Saidina Ali Bin Abi Talib RA mengandungi banyak pengajaran dan panduan yang sangat penting kepada seluruh umat Islam hari ini. 
Umat Islam wajar meneladani Khulafa' Ar- Rasyidin kerana mereka telah ditarbiah oleh Rasulullah SAW secara langsung.
Menjejak Pemerintahan Khulafa' Ar Rasyidin Terdapat 4 buah buku karangan Tn Guru Haji Abdul Hadi Awang mengenai 4 tokoh Khulafa' Ar Rasyidin dari sisi Fiqh Siasah yang patut anda baca

Khalifah Saidina Abu Bakar RA

Buku Fiqh Siasah Khalifah Saidina Abu Bakar RA



3 Fakta Menarik Mengenai Buku Fiqh Siasah Khalifah Saidina Abu Bakar RABuku ini memaparkan sejarah perjalanan hidup Khalifah Abu Bakar RA khususnya peranan dan sumbangan beliau dalam melangsungkan pemerintahan Islam pasca kewafatan Rasulullah SAW sebagai Khalifah yang pertama.
Selain itu, secara keseluruhan buku ini memberikan gambaran bentuk pemerintahan, dasar dan strategi politik yang diterapkan oleh Khalifah Abu Bakar RA sepanjangan pemerintahannya.
Sudah pasti sarat dengan sejumlah pengajaran daripada pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi oleh Khalifah Abu Bakar RA dalam menegakkan sebuah pemerintahan Islam.
Khalifah Saidina Umar Bin Al Khattab RA
Fiqh Siasah Khalifah Saidina Umar Bin Al Khattab RA

Apa yang menarik dalam buku Fiqh Siasah Khalifah Saidina Umar Bin Al Khattab RA?Anda akan dapat menelusuri perjalanan hidup Saidina Umar Bin Al Khattab RA bermula daripada kelahiran sehingga wafatnya beliau.
Buku ini memberi gambaran mengenai peristiwa yang berlaku secara jelas melalui lakaran peta.
Tambahan pula terdapat visual infografik yang padat dan menarik.
Dalam buku ini juga ditunjukkan proses silang rujuk (takhrij) melalui lebih 40 sumber kitab dan rujukan semasa.


Khalifah Saidina 'Uthman Bin Affan RABuku Fiqh Siasah Khalifah Saidina ‘Uthman bin ‘Affan RA?

Buku Fiqh Siasah Khalifah Saidina ‘Uthman bin ‘Affan RABuku yang ke tiga ini menceritakan riwayat hidup seorang lagi sahabat dan khalifah Islam iaitu Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan RA.
Beliau merupakan sosok yang diberikan gelaran Zu al-Nurain kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW dan disegani para malaikat. 
Khalifah ‘Uthman RA menghadapi suatu tahap yang baharu mewarisi pemerintahan yang sangat luas wilayahnya dan majmuk masyarakatnya, khususnya setelah kejatuhan dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi. 
Keadaan yang sangat mencabar itu menuntut Khalifah ‘Uthman RA mengemukakan ijtihad baharu dan langkah memelihara kerukunan seluruh umat. 
Beliau juga mendepani zaman fitnah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
Keistimewaan Buku IniBanyak hikmah yang boleh dipelajariBuku ini ditulis berdasarkan kepada keilmuan, pengamatan dan pengalaman penulis berdasarkan acuan penguasaan ilmu sejarah dan adunan kefahaman politik lslam.
Fakta dari sumber yang shahihIa disemak dan dibuat proses silang rujuk fakta-fakta berkenaan melalui pelbagai sumber serta rujukan kitab turath dan kontemporari sejarah lslam.
Sangat bermaklumatDalam buu ini juga disediakan maklumat dalam bentuk infografik, dialog dan peta bagi menambahkan penghayatan terhadap penulisan.


Saidina ‘Ali bin Abi Talib RABuku Fiqh Siasah Khalifah Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA?


Buku Fiqh Siasah Khalifah Saidina ‘Ali bin Abi Talib RAKhalifah yang ke empat dalam Khulafa' Ar Rasyidin ialah Saidina Ali bin Abi Talib RA dan kisah pemerintahannya disemadikan dalam buku edisi terakhir bagi menyempurnakan penerbitan karya siri Fiqh Siasah Khulafa’ al-Rasyidin. 
Buku ini menceritakan riwayat hidup seorang sahabat agung dan khalifah Islam ulung iaitu Khalifah ‘Ali bin Abi Talib RA.
Beliau juga  mendapat tarbiah secara langsung daripada Rasulullah SAW sejak kecil lagi dan memainkan peranan yang signifikan sepanjang pemerintahan Islam era tiga orang khalifah sebelumnya.
Khalifah ‘Ali RA mengharungi suatu fasa pemerintahan yang sangat mencabar kerana mewarisi era kepemimpinan setelah kewafatan Khalifah ‘Uthman RA yang terbunuh syahid. 
Dalam pada itu, beliau meneruskan langkah politik secara berhikmah bagi meneruskan kelangsungan Islam. 
Malah, beliau juga mendepani dengan penuh kebijaksanaan terhadap fitnah dalaman umat yang sangat dahsyat kesan daripada tipu daya musuh Islam yang telah meninggalkan luka dan parut kepada ummah sehingga hari ini.


KesimpulanKesemua buku ini amat bagus dibaca oleh semua golongan masyarakat khususnya para pemimpin

Suatu perjalanan menjejak khalifah Islam yang unggul selepas kewafatan Rasulullah SAW iaitu Khulafa al Rasyidin. 
Mereka merupakan model dan ikutan yang disarankan oleh Rasulullah SAW untuk kita semua ikuti dan semestinya kita mengambil pengajaran daripada kisah-kisah yang dicoretkan sepanjang pemerintahan mereka

Kita patut berbangga sebagai seorang Islam kerana memiliki contoh pemimpin yang hebat dalam menjalankan perintah Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi

Kalau nama-nama pemimpin selain orang Islam kita boleh ketahui kenapa pemimpin yang sudah di'itiraf oleh Islam tidak kita kenali

Marilah kita baca buku- buku tentang pemimpin Islam ini. Anda boleh dapatkan menerusi syarikat penerbitan Pustaka Permata Ummah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://notainsan.blogspot.com/2022/06/menjejak-pemerintahan-khulafa-ar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Perlu Kepimpinan Kukuh Tinggalkan Gaya Pemerintahan Lapuk Anwar

Malaysia Perlu Kepimpinan Kukuh Tinggalkan Gaya Pemerintahan Lapuk Anwar

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 131 hits
Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih kukuh dan tidak terikat kepada gaya lama dan idea lapuk pemerintahan Visi itu dibawa oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dijemput menghadiri dialog Majlis Pernia...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang