Menjamu Selera Bagaikan Di Dalam Istana Di Faroz Cafe


Hello pembaca kesayangan,
Kali ni Misz-ella nak bawak you all jalan-jalan cari makan di Faroz Cafe yang terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. 


Dari luar, cafe tiga tingkat ini kelihatan sangat cantik dan menarik perhatian ramai.
Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam Faroz Cafe, Misz-ella rasa kagum dengan suasana hiasan dalaman cafe ini - terasa bagai berada di dunia yang berbeza. Hummm .. bagai berada di dalam istana. Tingkat bawah cafe ini boleh memuatkan 50 orang tetamu dalam satu masa.
Di satu sudut, ada princess seat buat mereka yang mahu menjamu selera dengan lebih selesa. Ini adalah tempat kegemaran Misz-ella kerana kecantikan warnanya (i memang peminat purple) dan keunikkan kerusinya .. Wow sangat!!

Di tengah-tengah cafe ada tangga cantik yang bakal membawa pengunjung ke tingkat atas ..

Sebaik sampai ke tingkat 2 cafe ini, keterujaan Misz-ella menjadi berganda. Setiap sudut cafe ini dihias dengan sangat terperinci .. dari lantai hingga ke siling dan perabot, semuanya dihias dengan teliti berkonsepkan dekorasi klasik Eropah. Kemudahan surat turut disediakan di tingkat 3.
Pemilik Cafe, Puan Sri Faridah Idris

Seronok berbual dengan pemilik Faroz Cafe, Puan Sri Faridah Idris yang sangat peramah. Menurut Puan Sri Faridah, beliau mendapat ilham dekorasi cafe ini hasil dari kunjungan beliau ke negara-negara Eropah. Beliau jatuh cinta dengan senibina Eropah yang penuh kesenian dan ketelitian lalu menterjemahkannya di Faroz Cafe agar dapat dikongsi bersama pengunjung yang datang.
Puan Sri Faridah turut berkongsi tentang antara impian beliau ketika membuka cafe ini adalah untuk mengangkat martabat hidangan Melayu agar ianya boleh didapati di dalam suasana yang mewah, lebih selesa tapi pada harga yang sangat berpatutan agar ianya boleh dinikmati bersama.

Faroz Cafe juga sesuai untuk dijadikan lokasi bagi sebarang majlis keraian seperti sambutan harijadi atau ulangtahun perkahwinan, press conference, pelancaran produk dan sebagainya.

Nak tengok tak antara hidangan yang Misz-ella dah cuba di Faroz Cafe? Jom kita ramai-ramai check it out ..

Nasi Goreng Pedas - RM18
Nasi goreng ala Melayu yang digoreng bersama cili api dan kicap, dihidang bersama ayam goreng, telur goreng dan keropok serta salad. Rasanya pedas dan sedikit manis, betul-betul rasa seperti homemade. Sedap!


Laksa Johor - RM18Sebenarnya Misz-ella bukanlah peminat Laksa Johor tetapi yang Laksa Johor di Faroz Cafe ini memang sedap. Cukup rasa lemak, sedikit pedas (bila digaul sambal belacan) dan sayur-sayurannya pun segar.
Spagetthi Goreng - RM18Spagetthi goreng ala 'mamak' bersama seafood .. tengok gambar pun dah boleh boleh agak kesedapannya .. percayalah yang saya makan sampai licin pinggan.
Aglio Olio -RM28
Misz-ella panggil ini Aglio Olio versi Melayu kerana rasanya sedikit pedas. Jangan risau kalau you all bukan pemakan makanan pedas macam Misz-ella kerana kepedasannya adalah ditahap masih boleh diterima .. dihidang bersama seafood segar .. sedap!!

Nasi Kerabu  - RM27Misz-ella memang peminat Nasi Kerabu. Bila disyorkan agar mencuba Nasi Kerabu Faroz Cafe yang merupakan antara top selling food di sini, Misz-ella terus setuju. Nasi Kerabu dihidang bersama ikan goreng celup tepung, daging bakar, telur masin, serunding kelapa bercampur ikan, ulam-ulaman segar digaul dengan sambal cili dan budu .. sedap tak terkata! No wonder la top selling, kan.

Sup Tulang Merah bersama Mantou - RM38Misz-ella bukan peminat Sup Tulang Merah tetapi yang ini memang boleh layanlah .. kena dengan selera Melayu saya.


Braised Lamb Shank - RM48Braised Lamb Shank di sini sangat lembut (walaupun masa makan tu, dah sejuk) tetapi masih tetap lembut. Dihidang dengan kentang putar, jagung dan sayur brocolli dan tomato .. serius sedap! I wont hesitate to repeat this dish!
Nachos - RM18
Nachos sentiasa menjadi pilihan Misz-ella dan keluarga. Istimewanya Nachos di Faroz Cafe adalah kerana segala-galanya adalah dibuat sendiri of Chef di sini. Nachos dibuat dari corn tortila yang dibakar rangup lalu dimakan bersama beef bolognese, mashed avocado, salsa berserta dengan mozarella dan orange cheddar. Sedap tak terkata you alls ..


Tahu Garing - RM10
Buat mereka yang inginkan makanan ringan ataupun snack, berbagai hidangan ada di Faroz Cafe. Antaranya adalah Tahu garing berinti isi ikan yang digoreng rangup dan dinikmati bersama sos cili Thai.


Cekodok Pisang - RM12
Siapalah Melayu tanpa cekodok ataupun cucur, betul tak? Cekodok atau cucur pisang adalah antara makanan ringan paling popular di kalangan masyarakat Melayu tetapi malangnya paling susah didapati di restoran-restoran mewah. Jangan risau you alls .. kalau teringin nak makan Cekodok pisang panas-panas segar dari kuali, ianya ada di Faroz Cafe. 



Sizzling Brownies with Ice cream - RM20
Buat peminat pemanis mulut, boleh la cuba Sizzling Brownies with Ice cream ni. Brownies moist secukup rasa dimakan bersama aiskrim vanila. You all kena cuba baru tau kesedapannya.



Coffee Art - RM12
Di Faroz Cafe, juga terdapat pelbagai jenis kopi untuk dinikmati oleh peminat-peminat kopi. Paling menarik adalah peminat kopi berpeluang untuk menikmati secawan kopi panas dengan menggunakan wajah sendiri untuk dijadikan Coffee Art pada harga RM12 sahaja. Menarik, kan.

Faroz Cafe dibuka setiap hari (kecuali Ahad dan Cuti umum) dari jam 10:30 pagi hingga 10 malam dengan berbagai jenis pilihan menu baik masakan tempatan mahupun masakan Barat disediakan untuk pengunjung ke sini.


Terima Kasih kepada Puan Sri Faridah kerana menjemput kami ke Faroz Cafe. Makanan di sini memang sedap, suasana sangat mendamaikan, bersih dan selesa malah harga juga sangat berpatutan.


So you all, Misz-ella dah habis kongsikan tentang keistimewaan menjamu selera di Faroz Cafe. Buat sesiapa yang ingin merasai sendiri pengalaman menikmati masakan Melayu dalam suasana yang berbeza silalah ke Faroz Cafe yang terletak di :-
39 Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. No. tel :- 019-7797608 dan 03-77279068
Jangan lupa ikuti Instagram Faroz Cafe untuk promosi-promosi terkini ye.






































Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://misz-ella.blogspot.com/2019/08/menjamu-selera-bagaikan-di-dalam-istana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jokowi Dan Jan Ethes Sambut Ahy Annisa Di Istana Merdeka

Jokowi Dan Jan Ethes Sambut Ahy Annisa Di Istana Merdeka

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 328 hits
AHY tampak mengenakan pakaian adat dari Sumatera Barat terlihat saling sapa dan ngobrol dengan Jokowi
Tarian Adat Sambut Tamu Undangan Hut Ke 74 Ri Di Istana Negara

Tarian Adat Sambut Tamu Undangan Hut Ke 74 Ri Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 297 hits
Panitia sengaja menyuguhkan tarian ini untuk para tamu undangan yang tengah menunggu kedatangan bendera pusaka
Jokowi Sapa Warga Di Luar Istana Diiringi Lagu Tulus Berjudul Manusia Kuat

Jokowi Sapa Warga Di Luar Istana Diiringi Lagu Tulus Berjudul Manusia Kuat

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 309 hits
Senyum terpancar di wajah Jokowi saat menyapa masyarakat Setelah puas menyapa warga dia kembali masuk ke dalam Istana
Meriahkan Hut Ke 74 Ri Istana Pajang Mobil Mobil Kepresidenan Era Soeharto

Meriahkan Hut Ke 74 Ri Istana Pajang Mobil Mobil Kepresidenan Era Soeharto

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 261 hits
Mobil yang pernah digunakan Soeharto untuk mengurus negara merupakan sedan Cadillac tipe Fleetwood Brougham
Bertemu Di Istana Jokowi Minta Kesediaan Adian Napitupulu Jadi Menteri

Bertemu Di Istana Jokowi Minta Kesediaan Adian Napitupulu Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 216 hits
Bertemu di Istana Jokowi Minta Kesediaan Adian Napitupulu Jadi Menteri Adian Napitupulu saat dikonfirmasi tampak menghindar saat disinggung soal isu menjadi menteri kabinet Adian hanya tutup mulut saat dicecar oleh awak media
Jokowi Akan Panggil Tiga Siswa Penemu Obat Kanker Ke Istana

Jokowi Akan Panggil Tiga Siswa Penemu Obat Kanker Ke Istana

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 527 hits
Jokowi menilai apa yang telah ditemukan para siswa itu adalah penemuan besar Namun untuk mendapatkan penelitian yang optimal masih perlu dilakukan riset lebih lanjut lagi
Restoran Aroma House Cafe Bertam Kepala Batas

Restoran Aroma House Cafe Bertam Kepala Batas

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 994 hits
Jalan jalan di Bertam Kepala Batas saja nak cari port makan yang baru nak buka di area area sini Banyak bangunan atau lot lot kedai baru Ada juga yang buka kedai makan Ada banyak jugak la InsyaAllah akan try semuanya Tapi untuk posting kali...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik