Meninggal Dunia Di Balik Timbunan Barang Pengusaha Hoarder Clean Up Kongsi Kisah Menyayat Hati


Meninggal Dunia Di Balik Timbunan Barang, Pengusaha “Hoarder Clean Up” Kongsi Kisah Menyayat Hati
Bayangkan anda melangkah masuk ke sebuah rumah yang dipenuhi timbunan barang, dari dinding hingga ke dinding. Hanya satu lorong sempit muat untuk sebelah kaki melangkah.
Bagi sesetengah individu, keadaan yang kelihatan tidak terurus ini bukan semata-mata hanya semak. Di sebalik setiap barang yang disimpan, terselit memori, kisah dan kenangan yang menggamit jiwa.
Bermula dari pengumpulan buah tangan dan pemberian, membawa kepada penyimpanan ‘harta warisan’ daripada insan tersayang.
Terasa begitu sukar untuk mereka lepaskan ‘hadiah’ kenangan dari masa silam itu.
Berikutan itu, sebuah rumah yang dahulunya mempunyai ruang untuk duduk santai bersama ahli keluarga kini dipenuhi pelbagai ‘artifak’.
Bagi mereka, segala ‘artifak’ itu amat berharga tanpa menyedari bahawa koleksi tersebut menjadi petanda kepada sejenis penyakit yang diberi nama kecelaruan tabiat umpukan (hoarding disorder).
Kesukaran untuk menyedarkan individu yang menghidap penyakit ini amat dirasai oleh insan terdekat.
Tidak hanya menyebabkan berlaku salah faham, malah teguran kecil juga mampu menyebabkan berlaku pertengkaran.
Dari itu, muncul sekumpulan individu yang cuba membantu. Mungkin bagi kita, mereka ini kelihatan seperti cleaner atau pembantu rumah harian biasa yang diupah.
Namun sebenarnya, perkhidmatan Cleaning Specialist lebih dari itu.
Sebagai Pengarah Urusan syarikat yang menawarkan khidmat pembersihan, ArtClean Ventures Sdn Bhd, Mohd Ariff Mohd Yunos berpegang kepada prinsip kerja pembersihan longgokan barang ini sebagai satu bentuk bantuan kemanusiaan.
“Tugas ini memerlukan empati, kepakaran dan pendekatan yang memahami situasi unik setiap pelanggan.
“Kami mahu menjadi syarikat yang bukan sahaja membersih, tetapi juga memulihkan keadaan hidup dan maruah mereka yang memerlukan,” katanya memulakan perbualan.
Menurutnya, usaha mereka itu bukan hanya sekadar menjalankan tugas, namun bertujuan mengembalikan keselesaan, keselamatan dan kehidupan yang sihat kepada pelanggan mereka.
Sejak 2014, mereka telah menguruskan pelbagai kes hoarder di seluruh negara. Dari situ, mereka belajar untuk memahami emosi dan menjaga maruah pelanggan.
“Kami tahu, kadang-kadang kes macam ni sensitif. Jadi kami datang dengan hati yang terbuka dan tanpa menghakimi,” ujarnya lagi.
Pengalaman menyelami jiwa yang telah pergi Ketika ditanya berkenaan pengalaman yang paling memberi kesan sepanjang menjalankan perniagaan ini, Ariff berkongsi sebuah kisah yang meruntun jiwa.
Mereka dipanggil untuk menjalankan lawatan kerja bagi proses pembersihan di sebuah rumah. Menurutnya, rumah tersebut kelihatan sunyi dan tidak terurus.
“Panggilan dibuat oleh waris keluarga yang mula risau akan keadaan saudara mereka selepas kematian ibu tercinta kira-kira sembilan bulan lalu,” katanya ketika memulakan kisah.
Difahamkan, biarpun individu berkenaan masih menjalani kehidupannya seperti biasa, dia lebih banyak menyendiri di rumah.
Dia mula tidak dapat menguruskan diri setelah pemergian ibu tercinta.
“Hakikatnya, dalam diam, dia sedang bergelut dengan kehilangan yang amat menyakitkan. Rumah yang dulunya menjadi tempat berlindung kini bertukar menjadi lautan barang parcel dan sampah yang tidak berkesudahan.
“Petanda jelas bahawa dia menyimpan segalanya, seolah-olah untuk kegunaan ibunya,” sambung lelaki berkenaan.
Suasana semakin hiba.
“Atas dasar kasih sayang dan keprihatinan, mereka minta kami bantu, tapi tiada siapa dapat jangka apa yang kami temui,” tambahnya.
Ketika mereka mengadakan lawatan, rumah berkenaan sudahpun penuh sesak dan berbau.
“Pasukan kami tersentak. Di sebalik timbunan barang yang menimbun, tubuh kaku arwah ditemui.
“Sunyi, senyap dan sudah tidak bernyawa. Dia pergi seorang diri, tersembunyi di sebalik apa yang mungkin menjadi satu-satunya cara dia ‘berpegang’ pada masa lalu,” ujarnya menamatkan kisah.
Sebak. Hilang kata-kata tatkala kisah tersebut tamat diceritakan.
Bagi Ariff, kisah ini bukan hanya berkenaan kebersihan atau timbunan barang.
“Ia tentang kehilangan, kesunyian dan jeritan jiwa yang tidak terdengar,” ulasnya.
Peluang kedua buat sekeluarga Dalam mengenang kisah-kisah pengalaman mereka sepasukan, timbul sebuah lagi kisah yang menarik.
Kali ini, lelaki berkenaan berkongsi pula kisah yang membanggakan.
“Salah satu kejayaan yang paling membanggakan ialah bila kami membantu satu keluarga yang hampir hilang hak penjagaan anak sebab rumah tak selamat.
“Selepas proses pembersihan, rumah jadi selesa dan pihak berkuasa benarkan anak-anak tinggal semula di rumah itu.
“Itu moment yang buat kami rasa sangat berbaloi,” kongsinya, bangga.
Etika dan emosi, seiringan Biarpun pelbagai kejadian meruntun jiwa yang mereka temui, Ariff dan pasukannya tetap kekal menjaga etika dan sensitiviti sepanjang menguruskan rumah pelanggan.
“Kami faham yang hoarder clean up melibatkan isu sensitif dan keadaan emosi yang tidak mudah.
“Sebab itu, kami ada mengambil langkah-langkah seperti melatih pasukan agar beretika dan berempati, serta menjaga privasi pelanggan sepenuhnya,” jelas lelaki berkenaan.
Katanya lagi, mereka juga tidak memberikan tekanan kepada pelanggan.
“Kami tidak tergesa-gesa. Pelanggan diberi ruang untuk menilai barang mereka dan buat keputusan sendiri terhadap barang yang ingin disimpan atau dilupuskan,” maklumnya.
Selain itu, pasukannya turut memastikan kawasan kerja ditutup dan terkawal bagi mengelakkan jiran atau orang luar berasa kurang selesa.
Dalam pada itu, lelaki berkenaan juga memastikan pasukannya memberi sokongan berterusan sepanjang proses.
“Kami sentiasa bersedia memberi sokongan moral dan menjelaskan proses kerja dengan tenang dan jelas, supaya pelanggan rasa selamat dan yakin,” ujarnya lanjut.
Memandang serius tentang emosi pelanggan, pasukan ini turut dilatih untuk tidak menghakimi.
“Kami gunakan pendekatan sopan dan profesional. Contohnya, kami tak gunakan istilah seperti ‘pemalas’ atau ‘jijik’.
“Kami hormat privasi dan emosi pelanggan, dan kami faham yang setiap barang ada nilai sentimental.
“Kami masuk (rumah) dengan niat membantu, bukan mengkritik,” katanya.
Kesedaran masyarakat, bantuan buat mereka Mengakhiri perbualan, lelaki berkenaan berharap masyarakat lebih faham, lebih empati dan tahu bahawa bantuan untuk kes-kes begini wujud.
Dia turut berharap masyarakat juga tidak terlalu cepat menilai mereka yang berdepan cabaran ini.
Dengan adanya teknologi terkini, lelaki tersebut berhasrat untuk terus menghasilkan kandungan kesedaran menerusi media sosial agar lebih ramai yang mendapat maklumat dan bantuan yang diperlukan.
SK doakan semoga usaha mereka terus berjaya dan memberi manfaat kepada masyarakat.
BACA: “Baki Akaun Tinggal RM17”, Kisah Dua Ayah Berjuang Cari Rezeki & Pengakhiran Buat Ramai Sebak BACA: “Menu Tengah Bulan,” Lelaki Ini Kongsi Resipi Mudah & Menyelerakan BACA: Lelaki Kongsi Pengalaman Manis Jadi Suri Rumah, Buat Ramai Terharu The post Meninggal Dunia Di Balik Timbunan Barang, Pengusaha “Hoarder Clean Up” Kongsi Kisah Menyayat Hati appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/17/meninggal-dunia-di-balik-timbunan-barang-pengusaha-hoarder-clean-up-kongsi-kisah-menyayat-hati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Xpeng Dedah Robot Humanoid Paling Realistik Di Dunia

Xpeng Dedah Robot Humanoid Paling Realistik Di Dunia

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 216 hits
XPENG kini membawa revolusi kecerdasan buatan ke dunia fizikal dengan memperkenalkan robot humanoid generasi baharu Next Gen IRON Inovasi ini menandakan lonjakan besar dalam bidang robotik yang menggabungkan reka bentuk ultra realistik deng...
Perang Tersembunyi Di Hati Menghargai Suami Yang Berjuang Di Balik Tabir

Perang Tersembunyi Di Hati Menghargai Suami Yang Berjuang Di Balik Tabir

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 158 hits
Tidak semua lelaki mampu berjuang dalam pertarungan yang tidak terlihat Jika suami anda memilih untuk tidak merokok itu adalah pilihan yang menunjukkan prioritasnya terhadap anda dan keluarga mengatasi segala godaan nikotin di luar sana Dia...
Diuji Gugur Derita Kanser Kisah Wanita Ini Runtun Hati Ramai

Diuji Gugur Derita Kanser Kisah Wanita Ini Runtun Hati Ramai

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 148 hits
Diuji Gugur Derita Kanser Kisah Wanita Ini Runtun Hati Ramai Seorang wanita bergelar isteri pastinya menantikan detik paling indah dalam hidup saat rahimnya mula dihuni oleh versi kecil dirinya dan suami Namun tidak semua perjalanan menuju ...
Tudung Macam Daging Saya Tidur Pun Pakai Noor Kumalasari Kongsi Kisah Penghijrahan

Tudung Macam Daging Saya Tidur Pun Pakai Noor Kumalasari Kongsi Kisah Penghijrahan

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 120 hits
Primadona legenda Noor Kumalasari 69 mengakui bahawa hijab yang dipakainya sejak puluhan tahun lalu sudah menjadi sebahagian daripada identitinya Menurutnya tudung bukan lagi sekadar pelengkap penampilan malah sudah sebati seperti darah dag...
Lelaki Indonesia Kongsi Pandangan Kenapa Pasport Malaysia Antara Terkuat Dunia

Lelaki Indonesia Kongsi Pandangan Kenapa Pasport Malaysia Antara Terkuat Dunia

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 200 hits
Lelaki Indonesia Kongsi Pandangan Kenapa Pasport Malaysia Antara Terkuat Dunia Seperti yang diketahui pasport Malaysia kini berada di tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025 Malaysia berada di kedudukan ketiga bersama sama 15 n...
Anak Meninggal Dunia Selepas Mengebumikan Jenazah Ibu

Anak Meninggal Dunia Selepas Mengebumikan Jenazah Ibu

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 138 hits
KOSMOTangkap layar video menunjukkan orang ramai mengusung kedua dua jenazah ke sebuah tanah perkuburan TikTokJAKARTA Satu klip video tular di Banyumas wilayah Jawa Tengah memaparkan detik menyayat hati apabila seorang askar meninggal dunia...
Hebat Perjalanan Kisah Ceo Amd Ini Membua Mata Dunia

Hebat Perjalanan Kisah Ceo Amd Ini Membua Mata Dunia

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 239 hits
Hebat perjalanan CEO AMD ini membangunkan syarikatbenar benar memberi inspirasiMasa Lisa Su naik jadi CEO AMD pada Oktober 2014 ramai yang skeptikal Syarikat tu waktu tu macam nyawa nyawa ikan market cap baru USD 2 bilion saham pun orang ta...
Bekas Naib Presiden As Paling Berpengaruh Dick Cheney Meninggal Dunia

Bekas Naib Presiden As Paling Berpengaruh Dick Cheney Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 155 hits
Bekas Naib Presiden AS Paling Berpengaruh Dick Cheney Meninggal Dunia WASHINGTON Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat paling berpengaruh Dick Cheney dilaporkan meninggal dunia pada usia 84 tahun lapor CNN News Menurut kenyataan keluarga Che...
Tokoh Sarjana Sejarah Tempatan Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam Meninggal Dunia

Tokoh Sarjana Sejarah Tempatan Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 223 hits
Tokoh Sarjana Sejarah Tempatan Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam Meninggal Dunia Tokoh sarjana sejarah tempatan Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam dilapor telah meninggal dunia petang tadi Berita dukacita ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri...
Lagu Boboiboy Bergema Di Festival Anime Luar Negara Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Malam Indah Bahagia Terasa Di Suria Klcc Kuala Lumpur 3 12 2025

Amazing Dinner Recipes Pasta

The Twenty Rules Of Chandeliers

Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

Chelum Burak Alon Lupeng Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengapa Anak Menjauh

Setup Google Analytics Untuk Blogspot

Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari Apa Itu Green Lab

Gotik Senja

Bila Kita Jadi Watak Jahat Dalam Cerita Orang

Bila Tak Lagi Dihargai Bahagian 19