Menilai Nasib Bersatu Di Johor




Johor ialah sebuah negeri yang mencipta keajaibannya yang tersendiri apabila setelah berpuluh tahun dikuasai UMNO, Johor akhirnya jatuh ke tangan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya ke-14.

Walaupun Bersatu bukanlah pemenang terbesar kerusi-kerusi DUN yang dipertandingkan, namun Johor telah diserahkan kepada Bersatu untuk dianggap sebagai negeri Bersatu.

Ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi kepada Bersatu oleh parti-parti komponen PH yang akhirnya dikhianati oleh Bersatu feksyen Tan Sri Muhyiddin Yassin. Akhirnya kerana pengkhianatan inilah, Bersatu diserah secara percuma kembali kepada UMNO selepas Langkah Sheraton.

Jika disorot kembali, pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Bersatu diberi amanah untuk bertanding di 17 kerusi di kawasan majoriti Melayu dan rata-ratanya untuk berlawan dengan UMNO.

Bersatu berjaya meraih kemenangan dengan 8 kerusi untuk Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Negeri dengan jumlah 36 kerusi, berbanding 20 untuk gabungan lawan (17 dari UMNO,  1 dari MIC  dan 1 dari PAS).

Sejurus kemudian, 3 lagi ADUN UMNO yang menang di Endau, Johor Lama dan Sedili melompat ke Bersatu, menjadikan kerusi Bersatu 11 sekaligus meningkatkan jumlah kerusi PH menjadi 39, manakala kerusi BN (dan PAS) tinggal 17.

Kerusi yang ditandingi oleh Bersatu di Johor melibatkan 524,413 pengundi. Daripada 524,413 pengundi ini, kita boleh bahagikan komposisi etniknya seperti berikut:

Komposisi etnik Melayu ialah 63%.

Cina ialah 29%

India pula 8%.

Dari jumlah keluar mengundi iaitu seramai 434,473 (bersamaan dengan 82.8%), sokongan undi popular Bersatu berada berada di tahap 49.4% melalui undi yang diraih sebanyak 214,703.

Bersatu berjaya meraih undi sebesar itu kerana sumbangan undi bukan Melayu sebanyak 133,550. Ternyata di Johor, undi bukan Melayu lebih besar berbanding undi Melayu yang hanya sebanyak 81,150.

Kesimpulannya di Johor, tahap sokongan undi Melayu untuk Bersatu berada di tahap 29.6% sahaja.

Kini, sejurus Langkah Sheraton, Tan Sri Muhyiddin telah membawa keluar Bersatu dari PH dan bergabung dengan gabungan tidak berdaftar yang digelar sebagai Perikatan Nasional (PN). Hasilnya, Johor bukan lagi milik Bersatu seperti di dalam PH.

Bukan sekadar Menteri Besar Johor bukan dari Bersatu, malah Bersatu menjadi pasif dan tidak sedominan UMNO. Agak menarik, UMNO yang dahulunya kalah dan ditolak oleh rakyat Johor, kini kembali memerintah Johor dengan pengorbanan besar dari Bersatu yang telah memberikan segalanya kepada UMNO.

Sejarah akan merakamkan peristiwa yang paling ironik ini, dan anehnya ia boleh diterima oleh Bersatu feksyen Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rela hati.

Walau bagaimanapun, cabaran yang terbesar bukanlah di waktu sekarang ini. Jika Bersatu mampu untuk melihat ke hadapan dan berfikir sedikit panjang, cabarannya ialah pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan Pilihan Raya Negeri yang akan belangsung selari dengan PRU15 tersebut. Dalam menuju Pilihan Raya Negeri atau Pilihan Raya Umum ke-15, rundingan pembahagian kerusi dengan rakan-rakan dalam ‘PN’ tentunya tidak mudah.

Bersatu yang sangat bermurah hati menggadaikan negeri milik mereka kepada UMNO melalui pakatan tidak berdaftar, tentunya mengharapkan untuk diberi laluan oleh PAS dan UMNO di Johor tanpa diganggu untuk bertanding di sekurang-kurangnya 11 kerusi milik Bersatu kini.

Tanggapan mereka bahawa pertandingan satu lawan satu bertembung dengan PH, Bersatu feksyen Tan Sri Muhyiddin akan memperoleh kemenangan mudah.

Namun, ia tidak semudah itu.

Situasinya, dari 11 kerusi Bersatu kini, 3 kerusi daripadanya merupakan kerusi tradisi UMNO. Bersatu juga tewas kepada UMNO di ketiga-tiga kerusi ini pada PRU14. Kalaupun menang atas tiket Bersatu pada PRU15 nanti, kerusi ini pada dasarnya adalah kerusi UMNO.

Dari 8 kerusi asal yang dimenangi Bersatu, paling tidak pun cuma 1 kerusi (iaitu Bukit Kepong) yang agak selamat untuk Bersatu, manakala 7 kerusi lain, tidak akan selamat.

3 dari mereka sudah pasti kalah, terutamanya kerusi Puteri wangsa kerana ianya merupakan Kawasan campur yang mana Bersatu memenanginya adalah kerana pengundi bukan Melayu yang menyokong PH, manakala 4 lagi akan kalah ataupun menang tipis berdasarkan demografi bukan Melayu yang besar, termasuk kerusi Gambir milik Perdana Menteri.

Perlu diingat, sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, Bersatu berjaya meraih undi di DUN-DUN yang mereka tandingi pada PRU14 kerana sumbangan undi bukan melayu (133,550) yang lebih besar berbanding undi melayu (81,150). Perlu diulang, tahap sokongan undi melayu untuk Bersatu di Johor berada pada tahap 29.6% sahaja.

Sekiranya Bersatu memilih untuk bersaing sendiri sebagai parti melayu semata mata dan tidak memanafaatkan asas pengundi bukan melayu dan pengundi Melayu bukan UMNO-PAS, segmen pasaran Bersatu cuma seramai 81,150.

Semua sedia maklum, hampir separuh dari undi melayu ini adalah bekas pengundi tradisi UMNO yang mengundi Bersatu pada PRU14 atas faktor menolak korupsi dan rasuah UMNO, begitu juga dengan faktor Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir merupakan faktor penting sehingga ramai pengundi tradisional UMNO di Johor beralih kepada Bersatu atau PH sewaktu itu. Jika dipisahkan undi mereka ini, asas yang ada untuk Bersatu adalah di sekitar 9% undi popular sahaja. Bilangan ini tidak cukup untuk memenangkan Bersatu jika berhadapan tiga penjuru, hatta jika berhadapan dengan PH nanti pun sekiranya Tun tidak lagi bersama dengan Bersatu.

Dengan 9% undi popular, tak sukar untuk membayangkan senario semua calon Bersatu di Johor nanti. Semuanya akan hilang deposit pada PRU15 nanti.

Untuk menghadapi PRU15 nanti juga, Bersatu perlu membawa 11 kerusi ini sebagai bekal berunding berkenaan agihan kerusi sekiranya Bersatu akan bertanding di bawah payung PN yang masih tidak berdaftar.

Persoalannya, jika kerusi sedia ada pun Bersatu cuma mampu menang 1 kerusi, disamping 3 kerusi percuma dari UMNO, bagaimana mungkin Bersatu boleh membuat tuntutan untuk berebut lebih banyak kerusi? Apatah lagi untuk memenangkan kerusi tersebut dan menyumbang kepada koalisi PN.

Jika berterusan bersama PN, Bersatu akan termaktub dalam buku sejarah sebagai sebuah parti satu musim pilihanraya di Johor.

Yang jelas, Bersatu Johor dengan bermurah hati dan redha bahawa mereka tidak akan selamanya kembali dipilih sebagai Menteri Besar Johor. Mereka juga sangat bermurah hati untuk mewakafkan kerusi tersebut selamanya kepada UMNO.

Dan bersama PN juga bermaksud Bersatu rela melukut di tepi gantang dengan menobatkan UMNO selamanya sebagai pemerintah Johor.

Persoalan saya, apakah ini yang dimahukan oleh rakyat ketika mereka mengundi Bersatu dalam PRU 14 yang lalu?

Apakah ini juga harapan hali-ahli Bersatu di Johor ketika mereka meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu pada awal penubuhannya dahulu?

YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/menilai-nasib-bersatu-di-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Johor Bersatu Division Chiefs Express Support For Muhyiddin

20 Johor Bersatu Division Chiefs Express Support For Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 271 hits
Twenty Bersatu division leaders in Johor pledged full support for Muhyiddin Yassin as the party president acting chairperson and the eighth Prime Minister of Malaysia last night Their expression of support was contained in a statement issue...
Maszlee Predicts Johor Bersatu Losing 7 Seats Without Non Malay Votes

Maszlee Predicts Johor Bersatu Losing 7 Seats Without Non Malay Votes

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 378 hits
Bersatu is in danger of becoming a single term party in Johor if it continues on its current trajectory against Pakatan Harapan warned Simpang Renggam MP Maszlee Malik Maszlee said without non Malay support the party is in danger of losing ...
Soulofjohor Rampasan Dadah Terbesar Jsjn Johor Dalam Tempoh Pkpp

Soulofjohor Rampasan Dadah Terbesar Jsjn Johor Dalam Tempoh Pkpp

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 320 hits
Johor Bahru Sindiket penyeludupan dadah yang dianggotai empat ahli keluarga tumpas dalam 5 serbuan berasingan di sekitar Muar padaJumaat dan Sabtu lalu Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ahli keluarga yang terdiri darip...
Soulofjohor Guna Dron Seludup Dadah Johor Singapura

Soulofjohor Guna Dron Seludup Dadah Johor Singapura

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 404 hits
Johor Bahru Polis Johor mencari seorang lelaki warga Singapura bagi kes penghantaran dadah menggunakan dron ke republik negara itu Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lelaki berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Boy Set...
Dalil Hasni Mb Johor Tersingkat Dalam Sejarah

Dalil Hasni Mb Johor Tersingkat Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 302 hits
AMNI JAGAT Seakan tidak pernah reda ragam politik di Johor sejak Februari lalu Kesannya masih berbahang dengan tuntutan pelbagai pihak berkenaan pentadbiran di negeri itu sehingga apa yang dapat dipastikan ketidakselesaan pemerintahan di Jo...
Fenomena Air Pasang Banjir Di Johor 614 Mangsa Ditempatkan Di 10 Pps

Fenomena Air Pasang Banjir Di Johor 614 Mangsa Ditempatkan Di 10 Pps

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 236 hits
PERKEMBANGAN terkini banjir di Johor Jumlah mangsa banjir meningkat sedikit pagi tadi Sebanyak 614 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara berbanding 607 orang malam tadi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R...
Resipi Asam Pedas Ikan Pari Stail Johor

Resipi Asam Pedas Ikan Pari Stail Johor

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 485 hits
Tidak semua orang pandai membuat asam pedas yang sedap dan cukup segala rasa Tetapi dengan resipi perkongsian oleh Mizah Ngatiman ini masakan anda pasti akan menjadi Dimakan pula dengan ikan pari dan nasi panas memang padu Nak belajar cara ...
Polis Johor Buru Boy Setan Bantu Siasatan Kes Seludup Dadah Ke Singapura Guna Dron

Polis Johor Buru Boy Setan Bantu Siasatan Kes Seludup Dadah Ke Singapura Guna Dron

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 596 hits
Johor Bharu Polis Johor sedang memburu seorang lelaki warga Singapura dikenali sebagai Boy Setan yang merupakan suspek utama bagi kes penyeludupan dadah menggunakan dron ke republik itu baru baru ini Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin ...
Lagi Keluar Pkr Naib Ketua Wanita Pkr Johor Keluar Parti

Lagi Keluar Pkr Naib Ketua Wanita Pkr Johor Keluar Parti

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 367 hits
Naib Ketua Wanita PKR Johor Nor Ashidah Ibrahim dan 50 penyokongnya mengisytiharkan keluar parti itu dan akan menumpukan perhatian mereka terhadap dua NGO yang diterajui dua tokoh berkaitan Mohamed Azmin Ali Nor Ashidah berkata buat masa in...
Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki