Menikmati Yakiniku Di Yakiniku Iwasaki Ueno


🌸 CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KELIMA - AHAD, 8 DISEMBER 2024 🌸
Sambungan entri terdahulu —> Seketika di Higashi-Jujo, Kita City

Malam terakhir di Tokyo, kami mencuba hidangan yakiniku di Yakiniku Iwasaki. Restoran yakiniku yang mendapat persijilan halal ini terletak kira-kira 400 meter dari hotel penginapan kami

Yakiniku (焼肉) ialah istilah bahasa Jepun yang bermaksud daging panggang, ia merujuk kepada cara masakan di mana daging dipanggang dan dimakan bersama sos pencicah.
Sebelum ke Jepun, saya pernah baca entri seorang sahabat blogger pergi makan di sebuah restoran halal Jepun di Malaysia. Nama restoran tersebut bermula dengan ‘Yakiniku’. Saya fikir, mungkin untuk menarik orang Islam makan di restoran Jepun tersebut maka nama restoran diletak yakiniku (yakin halal untuk makan). Bila tiba di Tokyo saya agak terkejut nampak sana sini ada nama restoran yakiniku. Eh, rupa-rupanya yakiniku tu Japanese BBQ! Bukan perkataan bahasa Melayu daaa 🤣
Kedudukan restoran di celah bangunan tapi tak susah nak mencarinya. Kami ke sini dengan panduan Google Maps - mod berjalan kaki. Suasana dalam restoran boleh dilihat jelas dari luar, nampaknya tak ramai pelanggan. Syukur jugalah tak perlu kami menunggu giliran

Pintu masuk restoran Yakiniku Iwasaki

Di luar restoran terdapat paparan menu dengan logo halal JHP (Japan Halal Foundation). Sebelum masuk, bolehlah berkira-kira hidangan mana satu yang sanggup kita bayar 😄
Sebaik melangkah masuk restoran, kami disambut mesra oleh seorang pelayan lelaki. Kami memilih duduk di sudut berhampiran pintu. Ruang dalam restoran ini tak begitu luas - sesuatu yang biasa bagi restoran di Jepun

Sijil halal turut disertakan dalam buku menu

Masa ni saya cuma rakam foto sijil tanpa membaca lanjut. Bila nak menghasilkan entri ini, barulah saya membelek dengan teliti foto-foto yang dirakam. Dan baru saya perasan tertera ‘Food Menu Only Halal’. Seterusnya bila saya belek foto menu minuman, rupa-rupanya restoran ini turut menjual minuman beralkohol. Patutlah pada sijil tersebut pengesahan halal hanya untuk makanan sahaja

Ianya mungkin sesuatu yang biasa di luar negara - restoran menjual makanan berstatus halal tetapi turut menjual minuman beralkohol. Pandangan peribadi saya, adalah lebih baik jika kita dapat elak tempat makan begini kecuali dalam situasi tertentu - contohnya, sukar mencari atau tiada pilihan restoran halal lain di kawasan tersebut. Apa pun, ianya terpulang kepada pertimbangan masing-masing

Berbalik kepada cerita makan-makan. Sementara menunggu hidangan tiba, kami diberi piring kecil dengan ketulan warna putih semacam lilin, tapi kami tak tahu kegunaannya. Tak lama kemudian pelayan datang tunjukkan cara. Katanya untuk bersihkan jaring pemanggang, tak tahulah kalau kami salah faham ya 😅
Hidangan utama kami - wagyu regular beef platter. Terdapat empat bahagian daging yang berbeza, setiap bahagian diberi empat keping daging

Di tengah berwarna hijau tu wasabi, dimakan bersama daging yang telah dipanggang. Saya cuma mampu mencuba sedikit saja. Rasanya agak ‘pelik’, tak tahu saya nak jelaskan rasanya

Seaweed soup.
Udon. 
Awalnya kami letak daging di bahagian tengah pemanggang, tapi jadi cepat sangat masak

Foto zoom-out meja makan kami

Daging yang telah dipanggang dimakan bersama sos wagyu. Warna sosnya macam kicap tapi bukanlah rasa kicap, sedap rasanya sesuai dimakan bersama kepingan daging yang lembut dan berjus

Kami menghabiskan masa menikmati yakiniku dan hidangan sampingan yang lain di sini selama kira-kira satu jam. Selepas itu kami menuju ke sebuah kedai yang menjual pelbagai makanan dan barangan - saya tak tahu nama kedainya kerana tiada tulisan bahasa Inggeris. Antara yang dibeli - dua dozen ‘biskut kapal’ buat stok makan sendiri juga sebagai oleh-oleh untuk ahli keluarga. 
Pukul 10.30 malam, kami kembali ke hotel penginapan. Esok awal pagi kami akan memulakan perjalanan kembali ke tanah air. Malam tersebut sibuklah saya mengemas dan menyusun segala barang dalam dua buah beg. Penat jugalah nak menyusun semuanya supaya muat - susun, keluarkan, susun semula









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/07/menikmati-yakiniku-di-yakiniku-iwasaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti Canai Jumlah Kalori Cara Menikmati Secara Sihat

Roti Canai Jumlah Kalori Cara Menikmati Secara Sihat

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 99 hits
Roti canai yang juga merupakan roti nombor satu terbaik di seluruh dunia merupakan sejenis makanan kaum India yang berasal dari Malaysia yang sangat digemari ramai tidak kira bangsa dan agama Teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dal...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Psychology Of Brand Names

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gubahan Hantaran Nikah

Pencuri Rumah Imam

Lauk Gulai Ikan Tongkol Ni Buat Tambah Nasi Berkali Kali

Untuk Jiwa Yang Dikelilingi Racun

Iwan Fals Nak Chord

Pkr Paya Besar Gesa Ksn Benar Penjawat Awam Turun Himpunan Mereka Mahu Abah Kembali Jadi Pm