Menikmati Hidangan Fusion Di Anggun Chef Restoran Mitec
Jom ikut Seri Wangi jalan-jalan cari makan...dah lama tak keluar kawasan sejak bermulanya PKP hingga sekarang, nasiblah sekarang dah boleh kuar kalau tidak maunya boringkan? Asyik fikir nak gi kuar dengan kekawan gi mana-mana, tapi...yang utama cari tempat makan yang best-best jer! Dah lama tak melepak and membawang and mengopi...haaaa...tapi kita bukan kaki lepak kalau takde benda yang penting melainkan buat kerja...!Okay kali ni Seri Wangi dipelawa lunch the best place and nama pun unik iaitu di Anggun Chef Restoran...pasti korang terbayangkan chefnya seorang wanita yang cantik kan? Haaaa....silap tu...ownernya yang anggun and ayu
Dekat jer restoran ni kalau dari rumah Seri Wangi, Anggun Chef Restoran ni terletak kat South Entrance (MITEC). Bila jejak kaki masuk ke bahagian dalamnya nampak di sudut ruang restorannya yang unik dengan susunan meja dan hiasan dalamannya yang kemas,cantik dan selesa buatkan hati Seri Wangi berasa tenang duduk santai menikmati hidangan yang disediakan, lebih-lebih lagi dengan layanan mesra staf-staf mereka.
Anggun Chef Restoran adalah dimiliki seorang wanita anggun iaitu Mimie Azura Mohammad. Anggun Chef menyediakan hidangan elegan dan gabungan malaysia asli dengan dedikasi dalam mencipta hidangan yang enak and fusion.
"To move people with the sheer power of creativity and food is Pure Passion"
Menu Hidangan Anggun Chef
Memang enjoy menikmati hidangan di Anggun Chef seperti hidangan fusion yang enak-enak belaka, desert and minuman panas dan sejuk, semua memenuhi citaras Seri Wangi. Korang patut cuba merasai menu-menu di sini.
Hidangan Menu-Menu Hidangan Anggun Chef
Nasi Lemak Rendang Peanut Butter (RPB)
Nasi and Asam Pedas Daging Tetel
Marinara and Margherita Pizza
Speghetti Asam Pedas Lamb Grill
Desert dan Minuman
Mim's Seri Muka
Desert
Desert
Frozen Virgin Margarita, Apple Mint Virgin Mojito, Blueberry Virgin Mojito
Caramel Machiato, Lemon Basil, Paris Tea Drop
Latte
Hmmmm...sedap kan? Sebenarnya banyak lagi pilihan menu-menu yang menarik dan enak yang korang boleh cuba sambil duduk santai dengan kekawan...jangan membawang and gosip-gosip hal orang sudahlah....!
Korang kalau nak tau nilah Coffee Machine Handmade Painting yang satu-satunya di Malaysia dan hanya satu di seluruh dunia..bukan calang-calang tau...!
"Today Is a Good Day" korang jangan lupa amik gambar ataupun video di booth kat pintu masuk Anggun Chef ni sebabnya setiap RM1 dari #AnggunCredle akan disalurkan ke Pusat Baitul Hidayah, Sri Puchong Selangor.
Untuk maklmat lanjut berkenaan Anggun Chef Restaurant
WEBSITEhttps://anggunchef.com
FACEBOOKhttps://www.facebook.com/anggunchefofficial
INSTAGRAMhttps://www.instagram.com/anggun_chef
LOCATION
Anggun ChefSouth Enterance (MITEC)8, Jalan Dutamas 2Kompleks Kerajaan 50480 Kuala Lumpr, W.P
WAKTUDibuka dari Isnin - JumaatDari 7.45 pagi - 6 petang
#AnggunChefCafeRestaurant #AnggunChefRestaurant #AnggunChef #AnggunCredle#ElegenceInFlavours
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2020/09/menikmati-hidangan-fusion-di-anggun.html