Menguruskan Rumahtangga


Walaupun hari hari mengurus rumah, tapi tuan puan rumah ni tak mengurus pun. Makin menggemuk aje adalah
Hari Khamis masa Mijan kat wad, adik beradik lain semua cuti sekolah. Itulah dia.. kalau maknya takde, tak sekolah la semua. Takpe, duduk je kat rumah tu diam diam. Mamanya pun tak risau. 
Balik dari wad hari Jumaat tu dah malam. Mandi solat tidur. Letih rasanya walaupun tak buat kerja apa pun kat ward. Esoknya bangun pagi, barulah plan nak kemas mana dulu. Tapi plan tinggal plan aje la... tengok ada 4 bakul baju yang tak berlipat, terus jammed. 
Kemas dapur dulu lahhh... lagi jammed, ikan yang MY goreng hari Mijan masuk ward tu ada lagi atas meja. Pakej ada ulat lagi bersepah atas meja. Malas nak bebel, panggil je la bujang tu kasi clear meja tu. Kalau mak tak suruh tak buat la ye? Bukan MY tak nak buat sendiri, tapi memang fobia dengan ulat yang menguit nguit. Bila tengok je segmen badan ulat tu yang menguit nguit, terus rasa loya, rasa nak muntah, rasa bergidik, berdiri roma semua. Padan muka dioranglah, siapa suruh tak kemas meja dapur. Biar je makanan rosak bawah tudung saji. Ayahnya pula, bini takde kat rumah, dia angkut anak2 makan kat kedai je. Dia kata senang, takyah kemas dan basuh pinggan. Memang la, tapi yang ada tu dikemas dulu la...hahahahadoiii..

Lepas tu vakum rumah... dan cari orang untuk tolong kemas rumah. Jumpa la kat group kelas mengaji anak. Orangnya pun tak berapa senang. Sambil tu niat nak bantu aje la. Mintak tolong orang tu tolong lipatkan baju 4 bakul tu, gosokkan baju sekolah anak dan lap sliding door. Tu je. Dari pukul 10 sampai 12.30 tengahari, MY bagi RM150. Sebab malas masak hari tu, order kat food panda je. Belikan juga dia 1 family meals Marrybrown. Alhamdulillah... selesai urusan lipat baju. Walaupun tak kena dengan piawaian, takpe, belajar bertoleransi mengikut situasi

Bila bakul baju dah tak berlonggok depan mata, barulah rasa lapang sikit mata dan minda. Lepas tu tolong anak bujang siapkan kerja sekolah dia. Cuti punya lama... esok nak sekolah, hari ni juga dia nak keluarkan kerja sekolah dia. Ehhh... geramnya la mama dia ni. Tapi kalau tak tolong, memang takkan siaplah. Sebab kerja sekolah dia yang tak siap tu macam kerja kursus sikit. Kalau takde Covid, memang kena buat kerja di lapangan dah tu. Tapi sebab sekarang keadaan tak mengizinkan, diorang google aje la. Tapi dia belum cekap mencari kata kunci untuk google search dan sangat lemah menyusun ayat mengarang

Malamnya tu, baru lah Sarah bagitahu, kasut dia tertukar kat sekolah agama. Adoiii...lupa nak tulis nama pada kasut dia. 
Taknak bagitahu awal awal. Esok nak sekolah, Malam ni baru nak bagitahu kasut tertukar
Macam macam lah anak anak ni..
Macam bertih jagung mama dia membebel
Semua kena sekali kena bebel sudahnya..
Hahaha   
Sebelum tidur malamnya tu,Dah suruh anak anak sediakan keperluan
Stokin, tali leher, anak tudung, singlet masing2.
Sediakan ke tepi..
Esok pagi pagi senang,Ambik sarung je..

Ehhh.. takkkk...
Tak buat pun apa yang mama diorang bebelkan
Entah macam mana... kesiangan pula MY pagi tu..
Suami pun palaukan aje bininya tidur
Dah la jadi kelam kabut nak buat sarapan. Dah tu..
Ucid pula tak jumpa tali leher,Sarah tak jumpa anak tudung,Adehhh..
Malas nak cara..
Lantakkan aje
Sila belajar tanggung kealpaan dan kecuaian sendiri












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2022/01/menguruskan-rumahtangga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Rumahtangga Untuk Lelaki

Petua Rumahtangga Untuk Lelaki

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 197 hits
30 tips untuk keluarga bahagia till jannah 1 Kalau isteri bergaji RM3K dan kau bergaji RM4K ingat household income is not RM7K but it remains RM4k That s the math of happy marriage 2 No matter how right you are minta maaf dulu walaupun kita...
Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Menu Kering Kering Je Hari Ni

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Cara Buat Link Whatsapp

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chatgpt Untuk Pelajar Guna Cara Betul

Bila Tak Dapat Dia Tantrum Elak Anak Ketagih Gajet Naz Rahman Ganti Dengan Lego Jadi Lebih Fokus Kreatif

6 Sekeluarga Tenggelam Dalam Sungai Anak Sulung Tak Ikut Kini Sebatang Kara

15 Adab Kita Yang Anak Akan Cepat Tiru

Bateri Cas Semula Energizer Lcd Charger Jimat Tahan Lama Ada Free Storage Box

Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey Jb