Menginap Di Zenrooms Premium Hulo Hotel
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada s para pembaca yang dikasihi sekalian .semoga nda smeua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Zenrooms Premium di Hulo Hotel Pudu.
Sebenarnya saya hanya menemani Mawardi Yunus sebelum keberangkatannya ke Indonesia. Jadi beliau menginap seketika di hotel ini. Oleh kerana bersendirian, saya menemaninya sementara berada di Kuala Lumpur ini.
Hotel ini tidaklah begitu jauh dari pusat bandar. Hanya beberapa minit sudah sampai. Lagipula hotel ini sememangnya berdepan dengan Menara TRX yang bakal siap tidak lama lagi.
Semua sedia maklum bahawasanya TRX bakal menjadi pusat kewangan Islam dunia. Pastinya kedudukan hotel ini amatlah strategik. Lagipula waktu malam cukup indah dari bilik yang berhadapan dengan bangunan ini.
Untuk makluman semua, Hulo Hotel + Gallery merupakan sebuah butik hotel yang mempunyai 63 buah bilik bertema. Setiap daripada 63 bilik di sini mempamerkan karya seni dan reka bentuk dari artis dan kreatif tempatan dan serantau yang berlainan. Selain dari itu terdapat juga banyak kanvas dan hasil seni dipamerkan di sepanjang koridor setiap aras dan lobi.
Memang menarik, seperti di dalam galeri pameran namun anda menginap di situ! Terbaik bukan?
Dalam perjalanan ke bilik pun anda disajikan dengan pelbagai lukisan dan hasil kerja yang indah dan menarik. Pastinya memberikan satu sisi lain kepada penginap yang menginap di sini.
Lukisan disepanjang laluan ke bilik
Lukisan disepanjang laluan ke bilik
Sebenarnya hotel ini ditempah melalui aplikasi Zenrooms. Apa yang menariknya adalah, hotel secantik ini hanya berharga RM260 untuk 2 malam. Wah! Memang berbaloi dengan keadaan bilik yang ada di sini.
Katil queen yang boleh memuatkan 2 orang dewasa
Lukisan tema di bilik saya menginap
Untuk info lanjut berkenaan promosi dan tempahan bilik hotel di Zenrooms, korang boleh layari media sosial dan website mereka di :
Instagram : https://www.instagram.com/zenrooms.mys/
Facebook : https://www.facebook.com/zenrooms.malaysia/
Website : https://www.zenrooms.com/
The post Menginap di Zenrooms Premium Hulo Hotel appeared first on AMIRNAWAWI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://amirnawawi.com/menginap-di-zenrooms-premium-hulo-hotel/