Mengimbau Sebuah Sejarah Di Kota Mahsuri
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Langkawi sebuah nama yang perlu diceritakan lagi pasti semua tahu ianya sebuah pulau bebas cukai yang mahsyur di Malaysia bahkan di dunia. Begitu juga dengan kisah sumpahan Mahsuri terhadap pulau ini selama tujuh keturunan yang menjadikan pulau ini seperti padang jarak padang terkukur
Siri Travelogue Langkawi kali ini membawa kami team Borakkita mengimbau sebuah perjalanan kisah hidup insan bernama Mahsuri binti Pandak Mayah atau lebih dikenali sebagai Mahsuri.
MahsuriKota Mahsuri menjadi saksi kisah luka insan yang teraniya ini. Di sini kami diceritakan semula perjalanan hidup Mahsuri
Pintu Masuk Kota Mahsuri
Jadual Tayangan Teater Mahsuri Kami sangat bertuah kerana pada hari team kami mengadakan lawatan diadakan tayangan teater kisah Mahsuri
Kami dicerita serba sedikit tentang Mahsuri sebelum tayangan teater
Dalam kisah Mahsuri ini dapat mengingatkan kita tentang sesuatu perkara yang dijalankan tanpa usul periksa akhirnya membawa kepada padah yang berpanjangan. Fitnah adalah suatu bentuk penganiyaan yang sangat kejam. Begitu juga dengan ketaatan membuta-tuli masyarakat dahulu kepada pemimpin membawa padah kepada masyarakatnya sendiri
Setelah selesai tontonan kisah Mahsuri kami melawat pula tapak berlakunya kisah silam itu
Jalan masuk ke kampung Mahsuri
Makam Mahsuri
Kediaman asal Mahsuri
Pergi MahsuriBegitulah berakhir sebuah perjalanan kami mengimbau sebuah sejarah luka insan bernama Mahsuri. Kepada korang yang ke Langkawi jangan lupa datang ke Kota Mahsuri untuk melihat kesan sejarah agung dan penceritaan kisah yang banyak memberi pengajaran buat kita meneruskan perjalanan hidup kita hari ini
Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati www.anytimeholidays.com
Kota Mahsuri
Jalan Makam Mahsuri
07000 Langkawi
KEDAH.
Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolabrasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile Adventureland, Ombak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.duniazumal.com/2018/10/mengimbau-sebuah-sejarah-di-kota-mahsuri.html