Mengguris Hati Kami Veteran Tentera Polis


MyMetro
Mohd Azam Shah Yaacob
[email protected]

LAPORAN portal Harian Metro

PERSATUAN Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) mengecam tindakan kumpulan yang membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) ke negara ini.

Malah, tindakan membawa pulang abu mayat Chin Peng dari Thailand ke Perak pada 16 September lalu secara senyap-senyap sebelum ditabur di laut berhampiran Lumut serta hutan di banjaran Titiwangsa itu dilihat menghina perjuangan rakyat yang menolak komunis.

Presiden PVATM Datuk Sharuddin Omar berkata, tidak ada sebarang keperluan bagi membawa abu mayat Chin Peng untuk balik ke negara ini berikutan pemimpin komunis itu sendiri memilih untuk menetap dan menjadi rakyat Thailand.

Katanya, tindakan kumpulan yang menyelaras pengurusan membawa pulang abu mayat Chin Peng itu mengguris hati rakyat termasuk pasukan keselamatan.

“Persoalan yang timbul di sini adalah bagaimana abu mayat Chin Peng itu boleh lepas dibawa masuk ke negara ini sedangkan dasar kerajaan sememangnya melarang perkara itu dilakukan.

“Malah, ketika perjanjian peletakan senjata dimeterai antara kerajaan dengan PKM pada 1989, Chin Peng sendiri bersetuju untuk menetap dan menjadi rakyat Thailand sehingga meninggal dunia enam tahun lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sharuddin berkata, beliau tidak melihat sebarang motif penting membawa balik abu mayat Chin Peng melainkan ia propaganda bagi mencabar larangan kerajaan selain cubaan mengiktiraf Chin Peng selaku pemimpin PKM.

“Ketika keganasan komunis dahulu, kekejaman dilakukan mereka tanpa mengira kaum menyebabkan seluruh rakyat bersatu menentang.

“Sebaik berjaya diusir dan PKM dibubarkan, PKM kekal sebagai gerakan yang diharamkan dan tindakan membawa pulang abu mayatnya secara senyap-senyap juga jelas mencerminkan perbuatan pihak terbabit yang tidak menghormati larangan dikeluarkan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Presiden RESPA, Tan Sri Ismail Che Rus berkata, tindakan membawa pulang abu mayat Chin Peng tidak sepatutnya berlaku dan tindakan perlu diambil kepada pihak berkaitan.

“Jika perkara itu benar berlaku, sudah semestinya ia perlu disiasat berikutan ia sudah jelas melanggar larangan dikeluarkan kerajaan sebelum ini.

“Malah, pada pendapat saya tindakan bukan sahaja patut diambil kepada mereka yang membawa masuk abu mayat berkenaan, sebaliknya kepada pihak yang membenarkan ia dibawa masuk sedangkan larangan masih berkuat kuasa,” katanya.

Terdahulu portal berita tempatan, Malaysiakini melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang meninggal dunia pada usia 90 tahun di sebuah hospital di Bangkok pada 16 September 2013 sudah dibawa pulang ke Perak pada 16 September lalu.

Satu majlis peringatan dihadiri 150 individu turut diadakan pada hari sama abu mayat itu tiba di Ipoh sebelum ditabur di kawasan laut di Lumut dan kawasan hutan di banjaran Titiwangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 November 2019 @ 8:59 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/11/mengguris-hati-kami-veteran-tentera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Student Lain Sujud Syukur Selepas Habis Spm Korang Remp Motor Kat Jalan 13 Bbnu Ditahan Tempa Nama Dalam Rekod Polis

Student Lain Sujud Syukur Selepas Habis Spm Korang Remp Motor Kat Jalan 13 Bbnu Ditahan Tempa Nama Dalam Rekod Polis

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 768 hits
Polis menahan sekumpulan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang meraikan hari terakhir peperiksaan dengan menunggang motosikal sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain di Klebang Melaka Kumpulan terbabit bukan hanya sekadar ber...
Bekas Ketua Polis Negara Tempelak Pas

Bekas Ketua Polis Negara Tempelak Pas

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 434 hits
Bekas Ketua Polis Negara Tempelak PAS Bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor mempertahankan tindakan membawa pulang abu mayat Chin Peng dengan mengatakan pemimpin komunis itu bukan lagi menjadi suatu ancaman Abdul Rahim memberitahu Malay...
Polis Pej Peguam Dituduh Penuduh Perlu Diambil Tindakan Dr Kamarul Zaman

Polis Pej Peguam Dituduh Penuduh Perlu Diambil Tindakan Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 499 hits
Polis dan Pejabat Peguam Negara dituduh sabotajSERANGAN terhadap pegawai kerajaan yang didakwa mensabotaj kerajaan dan menjadi daulah terpendam berterusan nampaknya Hari ini Ahli Parlimen P 107 Sungai Buloh dari PKR Sivarasa K Rasiah yang m...
Batuuban Polis Marin Jabatan Perikanan Pulau Pinang Rampas 211 Unit Bubu Naga

Batuuban Polis Marin Jabatan Perikanan Pulau Pinang Rampas 211 Unit Bubu Naga

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 1086 hits
Batu Uban 27 Nov Kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Batu Uban dan Jabatan Perikanan Pulau Pinang dalam Op Bersepadu 07 2019 berjaya merampas 211 unit bubu naga di kawasan perairan Pulau Pinang Op Bersepadu ini dijalankan selama 1 hari ...
Sebab Bekas Ketua Polis Negara Pertahankan Abu Mayat Chin Peng

Sebab Bekas Ketua Polis Negara Pertahankan Abu Mayat Chin Peng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 930 hits
Kita tentu terkejut dengan kenyataan bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor yang mempertahankan tindakan pihak yang membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia Kenyataan beliau itu dilaporkan oleh portal pro PH Malaysiakini Abdul Rahim...
Kes Kematian Adib Polis Pamer Semula Gambar Perusuh

Kes Kematian Adib Polis Pamer Semula Gambar Perusuh

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 352 hits
Bagi bantu siasatan kematian anggota bomba berkenaanKUALA LUMPUR Polis akan mempamerkan semula gambar individu individu yang dipercayai berada di tapak Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya pada malam kejadian rusuhan tahun lepas Penga...
Da I Farhan Buat Laporan Polis Saman Rakan Baik Isteri

Da I Farhan Buat Laporan Polis Saman Rakan Baik Isteri

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 647 hits
Kontroversi rumah tangga Da i Nik Ahmad Farhan hangat diperkatakan apabila muncul surat terbuka daripada seorang individu yang merupakan rakan baik isteri pertamanya The post appeared first on
Tak Benarkan Abu Chin Peng Pulang Jahil Kata Bekas Ketua Polis

Tak Benarkan Abu Chin Peng Pulang Jahil Kata Bekas Ketua Polis

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 621 hits
RAKYAT Malaysia yang tidak berpuas hati dengan abu mayat Chin Peng diminta membaca perjanjian yang telah ditandatangani oleh tiga pihak Malaysia Thailand dan Parti Komunis Malaya yang kini sudah tidak berfungsi lagi kata bekas ketua polis n...
Peminat Tidak Sabar Kemunculan Polis Evo 3

Peminat Tidak Sabar Kemunculan Polis Evo 3

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 786 hits
Polis Evo 3 Bakal Shoot Tak Lama Lagi Peminat Teruja Tunggu Kemunculan Zizan Sam Menjengah ruangan komen video terbabit peminat sudah tidak sabar menantikan kemunculan semula Zizan dan pelakon gandingannya Shaheizy Sam dalam filem tersebut ...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

Majlis Khatam Hafazan Perdana

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia

Sumbangan Pakaian Terpakai 3 0