Mengenali Rumah Yang Diganggu Jin Kaedah Penyelesaiannya



Selepas seharian berada di pejabat atau ditempat kerja masing-masing, apabila tiba waktu habis kerja, tidak ada tempat yang ingin dituju selain rumah kediaman kita.
Mengapa?
Ini kerana rumah adalah tempat untuk beristirehat, melepaskan rasa letih seharian di tempat kerja. Bukan itu sahaja, rumah juga menjadi tempat untuk kita mendapat ketenangan dan kebahagiaan.
Apatahlagi jika anda sudah berkeluarga. Gelak ketawa anak-anak dan layanan dari pasangan suami atau isteri, akan dapat menghilangkan segala kerunsingan dan ketegangan yang dihadapi di tempat kerja.

Oleh kerana besarnya peranan rumah dalam kehidupan, tidak hairanlah ada istilah yang menyebutkan sebagai “Rumahku Syurgaku”.
Mengapa Jin Mengganggu Rumah Anda Diantara salah satu faktor yang dapat menghilangkan ketenangan di dalam rumah ialah apabila rumah tersebut diganggu oleh jin.
Persoalannya, mengapa jin menggangu rumah anda? Ada beberapa faktor yang menyebabkan jin mengganggu rumah seseorang. Antaranya ialah:
Pertama: Rumah Dijadikan Seperti Kuburan
Rumah dijadikan kuburan? Apa maksudnya?
Sebelum saya menjelaskan maksud rumah yang dijadikan kuburan, mari sama-sama kita menghayati hadis di bawah.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Janganlah jadikan rumah kamu seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang didalamnya dibacakan surah Al-Baqarah” (HR Muslim, no hadis1860)
Rumah yang dijadikan seperti kuburan itu bermaksud rumah yang tidak pernah didirikan solat di dalamnya samada solat wajib ataupun solat sunat.
Selain itu, di dalam rumah tersebut juga lalai dari aktiviti membaca Al-Quran. Syeikh Muhammad  bin Soleh Al-‘Utsaimin berkata,
Para ulama telah menjelaskan bahawa maksudnya adalah jangan meninggalkan solat di rumah. Ertinya rumah yang tidak ada solat di dalamnya disebut sebagai kuburan.
Kerana solat tidaklah sah dilakukan dikuburan sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadis:
“Seluruh permukaan bumi adalah masjid, kecuali kuburan dan tempat permandian.” (HR. Tirmidzi no. 317, Ibnu Majah no. 745 dan Abu Daud no. 492. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)
Oleh itu, agar rumah tidak dihuni makhluk halus, selalulah mengimarahkan rumah anda dengan solat-solat sunat, bacaan Al-Quran terutamanya surah Al-Baqarah, zikir-zikir dan juga majlis ilmu.
Kedua: Rumah Yang Ada Tangkal Di Dalamnya
Tangkal atau azimat ialah apa-apa sahaja benda yang diletakkan di dalam rumah samada digantung, ditampal, atau sebagainya, dengan tujuan untuk melindungi rumah dari gangguan makhluk halus atau jin.
Ini adalah cara melindungi rumah dari gangguan makhluk halus yang diharamkan di dalam Islam. Islam mengharamkannya kerana mereka yang menggunakan dan mempercayai tangkal adalah mereka yang telah melakukan syirik kepada Allah.
Syirik di sini kerana mereka yang memakai atau menggunakan tangkal ini mempercayai bahawa ada lagi kuasa lain selain Allah yang mempu melindungi diri atau rumah mereka dari gangguan makhluk halus.
Ada banyak hadis-hadis dari Nabi s.a.w yang menjelaskan tentang amalan pemakaian tangkal ini, antaranya:
“Sesiapa yang menggantung tamimah (tangkal dari permata), maka Allah tidak akan menyempurnakannya (akan hajatnya), sesiapa yang menggantung wad’ah (tangkal dari kulit-kulit kerang), maka Allah tidak memberikan keamanan baginya.” (HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 154)
Tamimah adalah tangkal yang diamalkan oleh orang-orang Arab purba. Ianya diperbuat daripada permata atau manik-manik kepada kanak-kanak kerana mereka mempercayai bahawa perbuatan tersebut dapat menghindarkan daripada penyakit, menolak gangguan sihir dan membawa kebaikan.
Begitu juga dengan amalan masyarakat Melayu kita. Saya kerapkali terjumpa kanak-kanak yang menangis malam dan mereka ini dipakaikan dengan benang berwarna merah atau hitam. Kononnya untuk mengatasi masalah bayi menangis malam.

(Gambar ladam kuda. Sumber gambar dari http://www.caywoodcolors.com)
Masyarakat Melayu juga ada satu kepercayaan tentang ladam (tapak kaki kuda). Dari pemerhatian saya, pernah saya terjumpa beberapa buah rumah yang menggantung ladam kuda di setiap pintu. Dari maklumat yang saya terima, kononnya ladam kuda boleh menakutkan jin yang datang untuk mengganggu rumah.
Sebenarnya amalan-amalan syirik begini yang akan mengundang jin untuk datang mengganggu rumah seseorang. Mengapa? Sebab jin mahu ahli rumah tersebut terus melakukan syirik kepada Allah. Ini yang dipanggil tipu daya syaitan.
Bagaimana tipu daya tersebut dilakukan. Mudah sahaja. Apabila ladam kuda digantung di dalam rumah, jin akan keluar dari rumah. Tetapi apabila ladam kuda tersebut diturunkan, jin akan datang mengganggu semula. Ini akan menjadikan ahli rumah meyakini bahawa ladam kuda tersebut dapat menghindari rumah dari diganggu jin.
Walaupun jin itu tidak mengganggu rumah dan ahlinya, tetapi jin mendapat kejayaan yang lebih besar iaitu dapat mensyirikkan ahli rumah tersebut. Sedangkan dosa syirik adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah sebagaimana firman-Nya di dalam surah An-Nisa ayat 48:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya”
Ketiga: Jin Yang Dihantar Untuk Menyihir
Ini juga boleh menjadi faktor jin mengganggu rumah anda. Sihir adalah satu amalan yang dilakukan dengan menggunakan perantaraan jin bagi mencapai satu-satu tujuan.
Sihir ada bermacam-macam jenis contohnya seperti sihir tafriq, sihir pelalau, sihir pendarahan dan sebagainya. Sihir-sihir ini dinamakan berdasarkan kepada apa tujuan ianya dilakukan ke atas diri mangsa.
Saya ambil contoh sihir pelalau. Sihir pelalau ini juga dipanggil sebagai sihir penghalang. Antara contoh sihir pelalau yang dilakukan yang boleh menyebabkan jin sihir mengganggu rumah ialah kerana perebutan harta, iaitu rumah itu sendiri.
Jin sihir yang dihantar adalah bertujuan untuk mengganggu ahli rumah tersebut dengan harapan agar mereka keluar dari rumah tersebut ataupun menjualnya.
Antara ciri-ciri rumah yang terkena sihir pelalau seperti yang saya sebutkan di atas ialah:
Bila bangun dari tidur badan akan terasa bisa-bisa. Terlalu sukar untuk bangun di waktu subuh. Menjadi terlalu malas apabila berada di rumah. Rumah akan terbiar dalam keadaan kotor, berselerak dan tidak berkemas. Sering berlaku pertengkaran diantara ahli rumah walau hanya kerana perkara kecil. Rumah berbau busuk tanpa diketahui puncanya. Masakan/makanan menjadi cepat basi tanpa sebab. Selalu terdengar bunyi guli. Selalu dengar bunyi perabot bergerak sendiri. Kerap perasan seperti ada kelibat seseorang di dalam rumah. Sering merasakan seram sejuk tanpa sebab apabila berada di dalam rumah. Cara Membezakan Orang & Rumah Yang Diganggu Jin Seringkali pesakit keliru diantara gangguan jin yang berlaku di rumah atau ia berlaku kepada sesorang yang tinggal di dalam rumah tersebut.
Sebab itu apabila pesakit memberitahu kepada saya yang rumah mereka diganggu jin, saya tidak akan terus mempercayai kata-kata mereka.
Sebaliknya saya akan lakukan beberapa langkah dahulu. Langkah-langkah yang akan saya lakukan ialah:
Pertama: Tanyakan Tanda-Tanda Gangguan Jin Di rumah
Sama seperti manusia, rumah yang mengalami gangguan jin juga akan mempunyai tanda-tandanya. Ciri-ciri rumah ada gangguan jin seperti yang telah saya sebutkan di atas.
Kedua: Berapa Ramai Yang Perasan Tentang Tanda-Tanda Gangguan Jin
Dari pengalaman saya, sekiranya tanda-tanda tersebut sememangnya disebabkan rumah ada gangguan jin, biasanya boleh dikatakan kebanyakan ahli keluarga yang tinggal di dalam rumah tersebut akan menyedari akan kemunculan tanda-tanda gangguan jin.
Contohnya, selalu terdengar bunyi guli bergolek. Jika benar ianya merupakan gangguan di rumah, maka ahli keluarga yang lain juga akan dengar bunyi guli tersebut.
Tetapi jika seorang sahaja yang mendengarnya, maka kemungkinan orang yang mendengar tersebut sebenarnya yang mengalami gangguan jin.
Dalam keadaan begini, saya mengesyorkan agar cubalah scan orang yang selalu mendengar atau perasan dengan tanda-tanda gangguan jin tersebut.
Tetapi, jika kebanyakan ahli keluarga yang menyedari tentang tanda-tanda gangguan itu, dalam keadaan ini rumah tersebutlah yang perlu dipagar.
Bagaimana cara untuk memagar atau meruqyah rumah yang mengalami gangguan jin?
Teruskan bacaan anda pada topik yang seterusnya.
Kaedah Memagar Rumah Yang Diganggu Jin Sekiranya memang benar rumah anda mengalami gangguan jin, saya biasanya mengesyorkan langkah-langkah di bawah. Ini adalah kaedah yang saya amalkan.
Langkah yang pertama ini sangat mudah dan anda boleh lakukan sendiri. Iaitu bacalah keseluruhan surah Al-Baqarah setiap hari sekiranya mampu.
Jika tidak mampu, anda bolehlah dapatkan cd bacaan surah Al-Baqarah di kedai-kedai berhampiran dengan tempat anda.
Ataupun anda boleh lakukan secara berselang-seli. Maksudnya apabila anda ada ruang masa yang lapang, maka anda bacalah sendiri surah Al-Baqarah setakat yang anda mampu.
Kemudian, sekiranya anda tidak dapat meneruskan bacaan, sambung pula dengan memasang cd bacaan surah Al-Baqarah. Kesimpulannya jangan putuskan bacaan surah tersebut. Biarkan sentiasa dibaca di dalam rumah anda.
Mengapa surah Al-Baqarah?
Ini kerana terdapat hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang menyebut tentang kelebihan surah Al-Baqarah ini, iaitu:
“Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan padanya surah Al-Baqarah” (Riwayat Muslim 780)
Lakukanlah amalan di atas selama sebulan secara konsisten. Ataupun setakat yang anda mampu. Sekiranya langkah di atas tidak berkesan, maka ketika ini, saya mengesyorkan untuk anda hubungi mana-mana perawat ruqyah syariyyah yang berhampiran dengan rumah anda dan minta mereka pagarkan rumah tersebut.
Kesimpulan Perkara paling asas untuk menghindari rumah dari gangguan jin ialah sentiasalah menghidupkan rumah anda dengan aktiviti keagamaan seperti menunaikan solat sunat di rumah, membaca Al-Quran, berzikir, mengadakan majlis ilmu dan sebagainya.
Ini kerana rumah yang sentiasa dihidupkan dengan amalan-amalan keagamaan akan sentiasa dikunjungi oleh para Malaikat Allah. Malaikat adalah makhluk-makhluk yang dimuliakan oleh Allah. Jadi apabila rumah anda sentiasa didatangi oleh makhluk-makhluk yang dimuliakan oleh Allah, sudah tentulah jin akan menjauhkan diri mereka dari rumah tersebut.

Anda Dapat Sesuatu? Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.
Sumber rujukan:
Rumah Yang Seperti Kuburan Penggunaan Tangkal dan Azimat Irsyad Al-Hadith: Kelebihan Membaca Surah Al-Baqarah  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://perawatislam.com/alam-jin/mengenali-rumah-yang-diganggu-jin-kaedah-penyelesaiannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Elak Rumah Dimasuk Pencuri Atau Jin Iblis

Doa Elak Rumah Dimasuk Pencuri Atau Jin Iblis

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 4243 hits
Pelbagai cara yang diguna oleh pencuri untuk menjayakan misi mereka Apa yang menakutkan ialah pencuri menggunakan ilmu sihir dan santau Himpunan Doa Bagaimana untuk pastikan anak anak isteri dan keluarga kita selamat ketika tidur waktu mala...
Banjir Di Padang 600 Rumah Terendam Dan 3 Jembatan Rusak

Banjir Di Padang 600 Rumah Terendam Dan 3 Jembatan Rusak

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 323 hits
Tidak kurang dari 600 rumah warga terendam air hingga 150 sentimeter satu jembatan hanyut dan dua putus Keenam kecamatan terdampak banjir yaitu Lubuk Kilangan Lubuk Begalung Bangus Teluk Kabung Padang Selatan Padang Utara dan Pauh
Sprm Berkunjung Lagi Ke Rumah Najib

Sprm Berkunjung Lagi Ke Rumah Najib

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 317 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkunjung lagi ke kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini bagi mendapatkan keterangan kes Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk ...
2 Rumah Warga Di Banyuasin Rusak Akibat Semburan Lumpur Pipa Pertagas

2 Rumah Warga Di Banyuasin Rusak Akibat Semburan Lumpur Pipa Pertagas

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 266 hits
Menurut dia semburan lumpur itu tidak berbahaya karena pipa belum terisi gas Semburan lumpur juga bukan akibat kebocoran gas melainkan tekanan air saat proses pembersihan
Sprm Datang Rumah Najib Lagi

Sprm Datang Rumah Najib Lagi

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 308 hits
SPRM datang rumah Najib lagi Dikemas kini 18 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 2 Nov 2018 1 46PM middot
Dana Sebanyak Rm1 Bilion Untuk Pembelian Rumah Pertama

Dana Sebanyak Rm1 Bilion Untuk Pembelian Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Bank Negara akan menyediakan dana RM1 bilion untuk membiayai pembelian rumah pertama bagi golongan berpendapatan bulanan tidak lebih RM2 300 kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata dana tersebut akan disediakan bermul...
Bajet 2019 Rumah Hartanah

Bajet 2019 Rumah Hartanah

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 487 hits
Bajet Rumah 2019 Berkaitan Rumah HartanahHarga Rumah kurang 10 1 SST Kerajaan telah mengumumkan pengecualian SST ke atas perkhidmatan pembinaan dan bahan binaan Sebagai balasan persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia telah bersetuj...
Subsidi Elektrik Isi Rumah Di Tingkat Kepada Rm40 Ke Bawah

Subsidi Elektrik Isi Rumah Di Tingkat Kepada Rm40 Ke Bawah

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan meningkatkan kadar subsidi bil elektrik isi rumah daripada RM20 dan ke bawah kepada RM40 dan ke bawah kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Bagaimanapun katanya selaras dengan dengan hasrat kerajaan melaksanakan subs...
Spm Ketuk Pintu Rumah Najib Lagi

Spm Ketuk Pintu Rumah Najib Lagi

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 324 hits
SPM ketuk pintu rumah Najib lagi Bagaimanapun pegawai kanan agensi antirasuah itu sahkan ia bukan serbuan terbaru sebaliknya hanya kunjungan untuk mendapatkan maklumat
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles