Mengapa Tiada Sesiapa Membela Mahathir Termasuk Mukriz Di Dalam Dewan Rakyat
Menyaksikan Sidang Parlimen baru-baru ini di mana berlaku perdebatan dalam sessi perbahasan antara Tun Mahathir Mohamad dengan beberapa Ahli Parlimen UMNO yang jelas dapat dilihat perlakuan mereka yang agak sedikit keterlaluan, ramai yang menzahirkan rasa kasihan terhadap bekas Perdana Menteri itu.Ramai yang mengatakan sebagai bekas Perdana Menteri bertaraf negarawan, Tun Mahathir tidak sepatutnya dilayan seperti dibuli sebegitu rupa.Sekurang-kurangnya, kata mereka, mesti ada rasa hormat terhadap beliau dan Ahli-Ahli Parlimen UMNO tidak sepatutnya terjerit-jerit seperti mereka bercakap dengan rakan yang sebaya usia dengan mereka.Janganlah mentang-mentang beliau bukan lagi Perdana Menteri, berbeza pula pendirian politik, lalu dilayan sebegitu rupa, walhal beberapa Ahli Parlimen yang lantang dan terjerit-jerit itu hanya banyak berdiam diri di dalam Parlimen sebelum ini?Apakah sekarang mereka berani berbuat bising kerana UMNO sudah menjadi kerajaan semula, walaupun kes mahkamah sebahagian Ahli-Ahli Parlimen itu masih lagi berjalan?Antara Ahli Parlimen yang terbabit dalam perdebatan dengan Tun Mahathir dalam sessi perbahasan baru-baru ini ialah Shahidan Kassim, Azeez Rahim dan Bung Mokhtar Radin.Wujud perbezaan pandangan dalam hal ini di mana sementara ramai yang menzahirkan rasa kasihan dan simpati, yang lain pula mengatakan tiada mana-mana Ahli Parlimen mempunyai keistimewaan tertentu berbanding rakan mereka yang lain.Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata, semua Ahli Parlimen mesti sedia dikritik ketika sessi perbahasan.“Kita kena ingat, walaupun kita orang besar ke atau orang berjasa ke tetapi kalau kita bersetuju untuk masuk dalam gelanggang, macam pepatah Melayu yang berbunyi, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.“Jadi tidak ada dua peraturan dalam dewan, semuanya akan dilayan serupa sahaja, kalau bangun berucap dan kena lanyak berterusan, itu kena terima sebab tidak ada siapa paksa seseorang itu jadi Ahli Parlimen,” ujarnya.Bagi yang kasihan itu, mereka turut menyalahkan keluarga Tun Mahathir dan Ahli-Ahli Parlimen blok bebas yang ada bersama bekas Perdana Menteri itu yang dilihat tidak langsung memainkan peranan untuk membela negarawan tersebut.Memandangkan perjalanan politik Tun Mahathir sudah di penghujung, tidak kurang berpandangan ahli keluarga, terutama anak-anaknya sepatutnya memberi nasihat kepada bapa mereka agar sama ada bersara terus atau mengambil langkah yang membolehkan dirinya sentiasa dihormati oleh kawan dan lawan.Dan kalau pun beliau mahu terus berjuang, pihak yang bersamanya harus menyediakan benteng pertahanan yang ampuh untuknya lebih selesa bertempur.Ini tidak, Tun Mahathir seolah-olah bersendirian berjuang dan mempertahankan dirinya, sedangkan ketika berjawatan dulu begitu ramai yang berkeliling dan mendapat nikmat daripada jawatan yang disandangnya.Lebih buruk, ada yang mengatakan, di dalam blok bebas itu terdapat anak Tun Mahathir sendiri iaitu Mukhriz yang sepatutnya tidak berdiam diri atau membiarkan saja penghinaan oleh Ahli-Ahli Parlimen UMNO terhadap bapanya.Apakah Mukhriz tiada perasaan sensitif terhadap apa yang berlaku kepada bapanya? Soal mereka.Lebih-lebih lagi, tambah mereka, Tun Mahathir dalam sejarah perjalanan politiknya begitu menyayangi Mukhriz dan sedia berbalah dengan Tun Abdullah Badawi, Najib Razak dan kini Muhyiddin Yassin hanya semata-mata melihat kemaraan anaknya dalam politik cuba dihalang oleh mereka itu.Lagi pun, kata mereka lagi, bukankah panggilan manja untuk Mukhriz adalah Boboi yang menggambarkan watak seorang anak lelaki yang sedia berbuat apa saja untuk membela seorang bapa?Tetapi, kenapa beliau tidak melakukannya?Adakah Mukhriz lebih sesuai dipanggil dengan gelaran Gegirl pula selepas ini?
(Shahbudindotcom 16/07/2020)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/07/mengapa-tiada-sesiapa-membela-mahathir.html