Mengapa Orang Ramai Sanggup Langgar Sop Covid 19


 


Ketibaan vaksin Covid-19, persepsi bahawa wabak itu adalah fenomena sementara dan sikap tidak peduli rakyat Malaysia adalah antara alasan orang ramai kembali menghadiri acara sosial, kata pakar.
Pakar psikologi dan kriminologi Geshina Ayu Mat Saat dari Universiti Sains Malaysia berkata, orang ramai mula selesa, percaya bahawa mereka akan disokong oleh penjagaan kesihatan kerajaan yang baik yang akan meningkatkan peluang mereka untuk terus hidup. Ketersediaan vaksin Covid-19 juga membuatkan orang ramai cuai.

“Selain itu, sikap tidak peduli masyarakat seperti kurangnya minat terhadap berita dan isu-isu yang dibangkitkan di platform tempatan dan antarabangsa juga mengakibatkan peningkatan kluster berkaitan perhimpunan sosial.
“Bagi sebilangan orang, apa yang dibangkitkan dalam berita dilihat sebagai sebahagian dari agenda politik dan manipulasi kerajaan walaupun sebenarnya berita atau mesej seperti itu adalah penting,” katanya.

Pakar psikologi klinikal Lum Khay Xian dari Relate Mental Health Malaysia pula merasakan, rasa selesa itu mungkin disebabkan oleh keletihan tingkah laku, di mana orang ramai mulai bosan dengan pelbagai peraturan untuk mencegah jangkitan Covid-19, dan kurangnya motivasi untuk mematuhi peraturan.
“Sebahagian mereka bergelut mematuhi SOP dan berusaha untuk mendapatkan rasa normal dan merasa bahagia melalui acara sosial dan perjumpaan,” katanya, sambil menambah yang lain mungkin menganggap mereka tidak akan dijangkiti Covid-19, iaitu keadaan yang dikenali sebagai ‘optimism bias’ (kecenderungan bagi individu untuk memandang rendah kebarangkalian mereka mengalami kesan buruk walaupun jelas).
Beliau berkata, ‘optimism bias’ mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, seperti berita mengenai vaksinasi, liputan Covid-19 di media yang kurang, dan jumlah kes yang lebih rendah.
“Ini dapat menimbulkan persepsi bahawa mereka berisiko rendah terkena jangkitan, dan mereka mempertimbangkan untuk kurang mematuhi SOP berbanding sebelum ini,” katanya.
Bagaimanapun, ahli kriminologi P Sundramoorthy berkata, tahap kesedaran kesihatan dan keselamatan awam yang rendah dan kurangnya integriti adalah penyebab utama orang ramai masih melakukan perkara yang tidak dibenarkan.
Beliau berkata, orang ramai gagal menimbang kebaikan dan keburukan dalam membuat keputusan dan tidak menyedari bahawa hanya dengan beberapa kesilapan akan menyebabkan kerosakan yang serius seperti menyebabkan wujud kluster baharu.
“Sebilangan mereka bersedia mengambil risiko dan melanggar peraturan bila mereka mengetahui kemungkinan ditangkap atau dikesan oleh agensi penguatkuasaan adalah minimum – terutamanya membabitkan pertemuan keluarga dan majlis sambutan hari jadi yang diadakan di kediaman dan premis persendirian.
“Oleh itu, berlakunya peningkatan kluster dari perhimpunan sosial, katanya.
“Ini adalah sikap umum masyarakat Malaysia, tidak hanya ketika pandemik tetapi dalam banyak aspek kehidupan harian mereka, seperti ketika mereka berada di jalan raya, di mana mereka secara terang-terangan melanggar peraturan lalu lintas.”
Beliau berkata, ini juga sebab Malaysia menjadi antara negara yang mempunyai kadar kematian tertinggi akibat kemalangan jalan raya.

“Sikap dan tingkah laku seperti itu tidak dapat diubah sekelip mata. Satu-satunya cara adalah dengan meningkatkan penguatkuasaan dengan ketara,” katanya.
“Selain itu, kita perlu mula mendidik anak muda tentang pentingnya integriti – kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku selepas Covid-19. Adakah terdapat wabak lain? Apabila kita mempunyai generasi yang berintegriti tinggi, kita dapat memastikan kepatuhan yang tinggi terhadap pelbagai undang-undang dan peraturan, yang akan membantu mengurangkan angka kematian,” tambahnya.

Minggu lalu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata peningkatan jumlah kes Covid-19 di Sarawak sejak awal tahun ini membimbangkan, sambil menambah kementerian itu sedang mengambil langkah-langkah untuk membendung peningkatan itu

Katanya, Sarawak mencatatkan 39 kluster masyarakat dalam empat bulan terakhir, 21 daripadanya berasal dari perhimpunan sosial. Beliau berkata terdapat juga 17 kluster tempat kerja yang aktif di negeri itu pada masa ini

Sumber: FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/mengapa-orang-ramai-sanggup-langgar-sop.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Muhyiddin Azmin Di Gombak Langgar Sop Cegah Covid 19

Program Muhyiddin Azmin Di Gombak Langgar Sop Cegah Covid 19

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 227 hits
FAZLI RADZIMahiaddin dan Azmin solat Isyak dan tarawih di Masjid Jamek Al Amaniah Gombak Program dihadiri Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali di Masjid Jamek Al Amaniah Gombak kelmarin dilihat bercanggah dengan...
Majlis Ijabkabul Neelofa Pu Riz Langgar Sop Polis Cadang Mereka Dikenakan Kompaun

Majlis Ijabkabul Neelofa Pu Riz Langgar Sop Polis Cadang Mereka Dikenakan Kompaun

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 440 hits
Majlis Ijabkabul Neelofa PU Riz langgar SOP Polis cadang mereka dikenakan kompaunKetua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata kertas siasatan berhubung kes pelanggaran SOP membabitkan pasangan selebriti N...
Menteri Nikah Kahwin Jangan Lepaskan Juga Ya Sudah Dua Tiga Kali Langgar Sop

Menteri Nikah Kahwin Jangan Lepaskan Juga Ya Sudah Dua Tiga Kali Langgar Sop

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 424 hits
Langgar SOP Polis keluar cadangan nak kompaun Neelofa dan lakinyaApril 13 2021 Kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan usahawan dan selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail atau dikenali PU Riz sudah diserahk...
Sabah Perinci Sop Pkp Tawau Keningau Cegah Penularan Covid 19

Sabah Perinci Sop Pkp Tawau Keningau Cegah Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 261 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata mana mana individu yang perlu bekerja di Tawau dinasihatkan untuk mendapatkan surat daripada ketua jabatan atau kebenaran polis KOTA KINABALU Kerajaan negeri Sabah memperin...
5 Bulan Tak Kemana Mana Pelajar Matrik Keliru Dikompaun Langgar Sop

5 Bulan Tak Kemana Mana Pelajar Matrik Keliru Dikompaun Langgar Sop

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 296 hits
Isu rakyat dikenakan kompaun akibat melanggar Standard Operating Procedure nampaknya masih tidak habis lagi walaupun pandemik sudah setahun berlegar legar di sekeliling kita Namun kali ini tular di laman sosial Twitter apabila ada beberapa ...
Ketua Pengarah Kesihatan Gesa Penerima Vaksin Covid 19 Patuh Semua Langkah Kesihatan Awam Dan Sop

Ketua Pengarah Kesihatan Gesa Penerima Vaksin Covid 19 Patuh Semua Langkah Kesihatan Awam Dan Sop

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 320 hits
Seramai 40 kakitangan Kementerian Kesihatan yang selesai menjalani proses vaksinasi dengan menerima dua dos suntikan dikesan dijangkiti COVID 19 Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sembilan k...
Hiburan Salah Ke Saya Tegur Datuk Hattan Didakwa Lantang Beri Kritikan Mengenai Soal Artis Langgar Sop Rentas Negeri

Hiburan Salah Ke Saya Tegur Datuk Hattan Didakwa Lantang Beri Kritikan Mengenai Soal Artis Langgar Sop Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 265 hits
Didakwa lantang bersuara mengenai isu selebriti dan artis yang menyalahguna kebenaran rentas negeri baru baru ini penyanyi lagenda negara Datuk Hattan menjelaskan bahawa teguran serta nasihatnya itu tidak ditujukan khas kepada mana mana ind...
Dulu Saya Lagi Teruk Saya Dihentam Rasanya Neelofa Mohon Maaf Atas Kesilapan Langgar Sop Mahu Positif Move On

Dulu Saya Lagi Teruk Saya Dihentam Rasanya Neelofa Mohon Maaf Atas Kesilapan Langgar Sop Mahu Positif Move On

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 302 hits
Dulu saya lagi teruk saya dihentam rasanya Neelofa mohon maaf atas kesilapan langgar SOP mahu positif move onSetelah dikecam banyak pihak pengacara Neelofa 32 tampil memohon maaf kerana tidak menjaga sensitiviti umum berhubung isu pelanggar...
Pekan Mosque Slapped With Rm10 000 Fine For Covid 19 Sop Breach

Pekan Mosque Slapped With Rm10 000 Fine For Covid 19 Sop Breach

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 567 hits
Bahari said the Pekan district health officers issued the fine after finding that the mosque management did not register the names of the congregation as required Picture by Farhan NajibKUANTAN April 21 The RM10 000 compound fine imposed on...
Beli Tudung Di Muaz Kl

Galakan Berpuasa Di Bulan Muharram

Kerajaan Rangka Strategi Bangunkan Industri Jagung Bijian Tempatan

Kl Convention Centre Turns 20 Here S How It S Shaping The Future

Lunch Bubur Nasi Segera

Netizen Dakwa Nampak Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Perempuan Free Hair Undur Diri Maksudnya Memang Kena Sondol Kot

Pesuruhjaya Polis Lempar Telur Separuh Masak Ke Muka Pelayan Restoran

Lg Oled Tv Now Certified For Perfect Indoor Viewing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


King Western Food

Masjid Kampung Bukit Banjar

Effective Solutions For Stubborn Breakouts Exploring Acne Injection In Malaysia

Kawan Racun Beli Anas Lipmatte Masa Sale

Can A Single Light Upgrade Make You Fall In Love With Your Bike Again

Inilah Komputer Riba Pertama Di Dunia Yang Menjadi Asas Kepada Laptop Moden