Mengapa Didahulukan Berbuat Baik Kepada Ibu Sebanyak Tiga Kali



Soalan:
Mengapakah kedudukan seorang ibu diutamakan sebanyak tiga kali melebihi kedudukan seorang bapa dari sudut anjuran berbuat kebaikan kepada keduanya?

Jawapan:
Islam adalah sebuah agama yang sangat menitik beratkan soal berbuat baik kepada kedua ibubapa. Bahkan amalan birr al-walidayn (berbuat baik kepada kedua ibubapa) merupakan antara ibadah yang paling besar selepas tauhid kepada Allah S.W.T. Ini seperti yang ditunjukkan oleh firman Allah S.W.T:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
“Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” [Surah Al-Nisa’ (36)]

Justeru, apabila kita melihat kepada konteks ayat di atas, Allah S.W.T meletakkan anjuran dan tuntutan berbuat baik kepada kedua ibubapa sebaik sahaja memerintahkan kepada umat Islam untuk mentauhidkan-Nya serta tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

Meskipun kita dituntut untuk berbuat baik dengan kedua ibubapa, namun di sana terdapatnya sebuah riwayat yang melebihkan kedudukan seorang ibu berbanding bapa dalam isu berbuat kebaikan kepadanya. Ini dapat kita lihat berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ
“Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.” [Riwayat Muslim (2548)]

Maka diambil manfaat daripada hadis ini bahawa seorang ibu didahulukan dalam proses berbuat baiknya seorang anak itu kepada kedua ibubapanya sebanyak tiga kali ke atas bapanya. Bahkan telah disebutkan ijma’ para ulama seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Haris al-Muhasibi dalam mentafdhilkan (mengutamakan) berbuat baik kepada ibu ke atas bapa disebabkan sarihnya madlul (isi yang ditunjukkan) oleh hadis di atas ini.

Manakalah perkataan حُسْنِ الصُّحْبَةِ di dalam hadis di atas membawa maksud berbuat baik, berlemah lembut, merendahkan diri di hadapan mereka, mengasihi, memuliakan, serta mentaati mereka dalam hal-hal yang makruf. Ini dibuktikan dengan beberapa firman Allah S.W.T, antaranya:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ
“Dan rendahkanlah kepada kedua ibubapa kamu sayap kehinaan (rendahkan diri kamu) disebabkan perasaan kasih sayang (kepada mereka).” [Surah al-Isra’ (24)]

Berikut kami kongsikan beberapa kelebihan berbuat baik kepada ibu menerusi nas dari al-Quran dan al-Sunnah. Antaranya:

Pertama: Peribadi Akan Menjadi Santun dan Bahagia

Ini merupakan mafhum dari firman Allah S.W.T:

وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا
“Dan aku (Nabi Isa) berbuat baik kepada ibuku dan Allah tidak menjadikan aku ini bersikap keras dan derita.” [Surah Maryam (32)]

Maka difahami daripada ayat di atas bahawa Allah S.W.T tidak menjadikan Nabi Isa A.S sebagai seorang yang keras (sombong dan bongkak) dan juga orang yang menderita, sebaliknya baginda menjadi individu yang santun dan bahagia disebabkan ketaatan baginda kepada ibunya Maryam.




Kedua: Memperoleh Kemustajaban Doa

Dalam sebuah hadis yang panjang, daripada Umar bin al-Khattab R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ
“Sekiranya kamu mampu untuk meminta supaya dia (Uwais al-Qarani) memohon keampunan Allah buat kamu, maka lakukanlah.”

Ini adalah saranan dari Rasulullah S.A.W, iaitu untuk meminta Uwais al-Qarani yang merupakan seorang tabiin memohon keampunan Allah untuk Umar. Sedangkan Umar berada pada kedudukan yang jauh lebih tinggi dan afdhal berbanding Uwais. Hal ini tidak lain tidak bukan adalah disebabkan amalan mulia yang dilakukan oleh Uwais al-Qarani, seperti yang dikatakan oleh Nabi S.A.W:

لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ
“Dia (Uwais) mempunyai seorang ibu yang dia amat taat kepadanya.”

Justeru, dapat diambil isyarat daripada hadis di atas bahawa perbuatan berbuat baik dan mentaati ibu akan menjadikan seseorang itu memperoleh doa yang mustajab.

Dalam menjawab persoalan yang dikemukakan, berikut kami kongsikan kata-kata Imam al-Nawawi yang menukilkan pendapat para ulama yang menjelaskan sebab-sebab didahulukan seorang ibu dengan kata mereka: “Sebab didahulukan seorang ibu (dalam berbuat baik) adalah kerana banyaknya kepenatan yang ditanggung oleh seorang ibu disebabkan anaknya. Demikian juga kerana sifat kasih dan sayangnya ibu kepada anak, serta berterusannya kepayahan yang ditanggungnya sepanjang proses mengandungkan anak, kemudian melahirkannya, kemudian menyusukannya, kemudian mendidik dan membesarkan anak serta sakit yang ditanggungnya sepanjang proses tersebut.” [Rujuk Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (16/79)]

Manakala Syeikh Mulla ‘Ali al-Qari dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata: “Sebab didahulukan ibu sebanyak tiga kali ada diisyaratkan melalui firman Allah S.W.T:

حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا
“Seorang manusia itu, dia telah dikandungkan oleh ibunya dalam keadaan yang penuh kesukaran dan begitu juga dia dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan yang penuh kepayahan. Dan kandungan serta susuan (kepada anak) adalah selama tiga puluh bulan.” [Surah Al-Ahqaf (15)]

Maka didahulukan ibu sebanyak tiga kali adalah disebabkan tiga perkara yang terkhusus dengan seorang ibu iaitu kepenatan dalam mengandungkan bayi, kesukaran dalam proses melahirkan anak, serta ujian yang dihadapi semasa menyusukan bayi.” [Rujuk Mirqaat al-Mafatiih, Mulla Ali al-Qari (7/3079)]

Penutup

Sebagai kesimpulan, marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan berbuat baik kepada kedua ibubapa kita, lebih-lebih lagi kepada seorang ibu yang telah mengandungkan, melahirkan kita ke dunia dengan penuh jerih perih, serta menyusukan kita dengan penuh kesabaran.

Marilah kita sentiasa memperbanyakkan bacaan doa:

رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
“Wahai Tuhan, kasihilah keduanya (ibubapa ku) sebagaimana mereka mendidik aku semasa aku kecil.” [Surah Al-Isra’ (24)]

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/mengapa-didahulukan-berbuat-baik-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risiko Ibu Meninggal 3 Kali Ganda Jika Hamil Lewat Usia Kematian Ibu Disebabkan Komplikasi Semasa Hamil Bersalin

Risiko Ibu Meninggal 3 Kali Ganda Jika Hamil Lewat Usia Kematian Ibu Disebabkan Komplikasi Semasa Hamil Bersalin

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 358 hits
Ramai wanita yang hamil ketika berumur 35 tahun dan ke atas mungkin kehamilan pertama atau kedua atau seterusnya Jika kehamilan pertama di usia yang agak lewat sudah semestinya ingin kandungan selamat dan sihat Namun tahukah anda kehamilan ...
Dalam Diam Rupa Rupanya Lagi Tiga Bulan Juliana Evans Bakal Bergelar Ibu

Dalam Diam Rupa Rupanya Lagi Tiga Bulan Juliana Evans Bakal Bergelar Ibu

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 315 hits
Juliana Evans dan suami Tengku Shariffuddin bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi PELAKON Che Puan Juliana Evans membuat kejutan apabila mengumumkan dia dan suami Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al Hajj bakal meni...
Mama Tahu Afina Baik Baik Disana Doakan Mama Kuat Bayi 12 Hari Meninggal Dunia Rindu Ibu Tak Terluah

Mama Tahu Afina Baik Baik Disana Doakan Mama Kuat Bayi 12 Hari Meninggal Dunia Rindu Ibu Tak Terluah

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 728 hits
Pemergian anak yang dikandung dan dilahirkan sama sekali tidak dijangka Beberapa hari selepas kelahiran si kecil ini meninggalkan ibu dan semua buat selama lamanya Luahan ibu ini cukup membuatkan rasa sayu dan air mata menitis Perkongsian i...
Tiga Kali Kpu Diserang Isu Hoaks

Tiga Kali Kpu Diserang Isu Hoaks

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 241 hits
Komisi Pemilihan Umum setidaknya telah tiga kali diterpa isu hoaks Pertama isu hoaks mengenai tujuh kontainer berisi surat suara tercoblos Kedua informasi hoaks pencoblosan surat suara di Sumatera Utara Ketiga kasus tuduhan server Komisi Pe...
Tak Hanya Satu Atau Dua Kali Artis Indonesia Ini Nikah Cerai Hingga Tiga Kali

Tak Hanya Satu Atau Dua Kali Artis Indonesia Ini Nikah Cerai Hingga Tiga Kali

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 365 hits
Setiap orang tentu mengidamkan pernikahan hanya sekali dalam seumur hidup Namun beberapa artis Indonesia ini
Ibu Hamil Tidur Terlentang Tingkatkan Risiko Bayi Mati Mengejut 3 Kali Ganda Mesti Sentiasa Berhati Hati

Ibu Hamil Tidur Terlentang Tingkatkan Risiko Bayi Mati Mengejut 3 Kali Ganda Mesti Sentiasa Berhati Hati

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 537 hits
Tidur dalam posisi terlentang memberikan kesan kepada kandungan Kalau tak berhati hati bayi boleh mati dalam kandungan Semakin meningkat usia kandungan ibu hamil lazimnya akan menghadapi masalah untuk tidur kerana saiz kandungan yang makin ...
Beritahu Ibu Jika Saya Berkelakuan Baik

Beritahu Ibu Jika Saya Berkelakuan Baik

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 431 hits
Hari Ini Saya Baik Nanti Cikgu Beritahu Mak Soalan Murid Nakal Yang Mengubahku Cikgu sapanya Semalam saya kena rotan dengan mak saya sambungnya membuatkan saya memusingkan badan lalu duduk betul betul mengadapnya Rotan kat mana soal saya in...
Bayi 3 Bulan Maut Terjatuh Dari Eskalator Netizen Dakwa Si Ibu Sengaja Berbuat Demikian

Bayi 3 Bulan Maut Terjatuh Dari Eskalator Netizen Dakwa Si Ibu Sengaja Berbuat Demikian

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 366 hits
The ReporterKetika mengunjungi sebuah pusat beli belah di Dongguan China pada Sabtu 30 Mac seorang ibu mendukung bayi lelakinya berusia tiga bulan ketika menuruni eskalator Namun secara tiba tiba bayinya terlepas dari dukungannya dan terjat...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord