Mengapa Dap Jadi Liabiliti Kepada Ph



TANPA perlu dipercakapkan, tetapi ramai pemimpin Melayu dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) mulai percaya bahawa DAP merupakan liabiliti kepada gabungan itu. Ada yang percaya bahawa pelbagai masalah besar yang sedang menghantui PH pada masa ini sebahagian besarnya berpunca daripada DAP.Segala-galanya bermula dengan baik. PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

DAP merupakan sebahagian daripada pasukan tersebut. Gabungan empat parti yang benar-benar menampilkan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia berjaya menggulingkan kerajaan yang berkuasa sejak Merdeka. Tidak ramai yang percaya hal tersebut boleh berlaku.

Namun demikian PH memenanginya. Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin negara untuk kali kedua. Harapan merupakan kata kuncinya. Rakyat mengharapkan Tun Mahathir dan barisan menterinya bakal mengubah Malaysia selama-lamanya, sudah pasti ke arah yang lebih baik.

Tambahan pula mereka berjaya menumbangkan pemerintahan kerajaan yang dikatakan korup dan kleptokratik di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

DAP memainkan peranan penting dalam pilihan raya itu. Walaupun peralihan undi dalam kalangan orang Melayu tidak begitu ketara kepada PH, tetapi pengundi Cina dan India telah menunjukkan jalannya. Disebabkan bilangannya besar, peralihan 10 peratus undi orang Melayu kepada PH pun boleh menjejaskan hasil keseluruhan.

Manifesto pilihan raya PH pula menjanjikan matahari dan bulan. Jika kita menang pada hari ini, esok kita akan hapuskan tol. Jika kita menang hari ini, kita akan hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Banyak lagi janji yang kini menyebabkan PH pasti menyesal kerana memasukkannya dalam manifesto.

Namun, rakyat mahu melihat perubahan. Jikalau kerajaan sebelum ini korup, mereka mengharapkan pentadbiran yang lebih baik. Lebih penting lagi kebanyakan rakyat Malaysia mahukan Malaysia yang lebih bebas, adil dan saksama. Malangnya semua harapan di atas tidak tertunai.

Kegirangan bertukar menjadi kekecewaan dan harapan hilang di angin lalu. Rakyat menjangkakan perubahan berlaku pada beberapa bulan pertama selepas kemenangan.

Hakikatnya tidak banyak yang berlaku. Kabinet baharu yang dibentuk terdiri daripada mereka yang berusia 24 tahun hingga 94 tahun. Kebanyakannya merupakan orang baharu, yang pertama kali jadi menteri dengan berbekalkan hanya semangat dan dendam. Atau sekadar mahu membuktikan mereka lebih baik daripada penyandang yang terdahulu.

Untuk beberapa bulan pertama, keseluruhan naratif PH ialah menyalahkan kerajaan sebelumnya. Kritikan terhadap Najib menjadi trend. Begitu hebat serangan ke atas Najib hingga ia menimbulkan kesan sebaliknya. Najib bukan ahli politik sebarangan. Beliau berada dalam dunia politik selama lebih empat dekad. Beliau sedar serangan melampau ke atasnya tidak boleh diterima baik oleh orang Melayu, walaupun apapun pegangan politik mereka.


PH berjaya membentuk kerajaan selepas menumbangkan BN pada PRU14 hasil gabungan PKR, Bersatu, DAP dan Amanah.

Seperti yang diduga, serangan berterusan ke atasnya digunakannya sebaiknya. Dia memilih ungkapan “Malu Apa Bossku!” dan selebihnya adalah sejarah.

Kita harus menerima hakikat bahawa ungkapan itu mungkin salah satu daripada yang paling berkesan dalam sejarah penjenamaan politik baik. Najib tahu beliau perlu melawan kembali dan beliau juga sedar ke mana arah perbicaraan membabitkan pertuduhan ke atas beliau. Tetapi “lawan kembali” yang beliau rancangkan begitu berkesan sekali.

Tetapi Najib bukanlah satu-satunya masalah yang menghantui PH. PH kalah kepada BN di Kimanis di Sabah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) terbaru. Ia merupakan kekalahan kelima buat PH, dan mungkin banyak lagi.

Walaupun pertarungan di Kimanis unik bagi Sabah namun ia harus dianggap sebagai satu wake-up call bagi PH.

Apa yang sebenarnya berlaku? DAP terutamanya perlu membuat banyak soul-searching mulai sekarang. Jangan mudah dibuai dengan hasil tinjauan demi tinjauan bahawa prestasi menteri mereka mendahului yang lain.
Prestasi

Pelantikan seorang menteri DAP di Kementerian Kewangan tidak membantu. Tanpa perlu menilai prestasi sebenar Lim Guan Eng di situ, bagi banyak orang Melayu kerusi itu terlalu sensitif untuk seorang menteri Cina. Guan Eng sendiri tidak menangani pelbagai tanggapan negatif secara terbuka.

Sementara itu, Gobind Singh Deo pula berusaha keras untuk membuktikan keupayaannya. Malangnya beliau terperangkap dalam kejahilannya sendiri. Kenyataan beliau bahawa kerajaan PH tidak mengawal media sangat naif. Kumpulan yang mengambil alih lesen akhbar Kumpulan Utusan dan pengambilalihan Media Prima Berhad bukankah terdiri daripada mereka yang dekat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Apakah beliau tidak menyedari perkara itu?

Mungkin DAP memang tidak sedar tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Menterinya sibuk cuba melayan sektor tertentu media untuk diisytiharkan sebagai menteri berprestasi tinggi.

Sesetengah pemimpin DAP nampaknya mengambil sikap tidak perlu mendekati kumpulan Melayu. Perhubungan awam (PR) mereka cukup lemah.

Supaya berlaku adil, kegagalan mendekati rakyat dan berkomunikasi dengan orang awam bukan hanya kelemahan pemimpin DAP sahaja tetapi juga banyak pemimpin PH yang lain.

Orang Melayu dan Islam juga telah menunjukkan reaksi kepada dakwaan bahawa kerajaan masa ini dikuasai oleh DAP dengan pelbagai cara. Lihat sahaja serangan ke atas DAP dalam media sosial. Terdapat perbincangan serius dalam kalangan orang Melayu (bukan hanya dalam kalangan ultra Melayu) yang bimbang tentang pelbagai isu.

DAP perlu bercermin diri. Mendakwa diri sebuah parti berbilang kaum adalah satu percubaan yang baik tetapi kenyataannya ia tidak lebih sekadar kosmetik.

Kerajaan PH mungkin tidak menjangka penolakan orang Melayu dan Islam yang keras terhadap ICERD. Kebanyakan pemimpin PH mengambil ringan mengenai kerjasama antara UMNO dan Pas. Dakwaan bahawa DAP cuba menghakis hak orang Melayu mendapat perhatian serius. Saya tidak terperanjat apabila Kongres Maruah Melayu diadakan. Saya lebih tidak terperanjat apabila Tun Mahathir turut menyertai perhimpunan itu. Beliau dilihat mahu menenangkan kemarahan orang Melayu.

Dalam kalangan orang Cina sekalipun, DAP mulai banyak dipersoalkan. Mereka kehilangan banyak sokongan orang Cina berdasarkan apa yang saya dengar. Pemimpin DAP dalam kerajaan pula hanya sekadar mampu merungut tentang sesuatu dasar yang terlaksana. Tetapi bagi tujuan perpaduan, mereka mendiamkan diri. Atau Tun Mahathir telah berjaya menundukkan mereka. Sesetengah orang percaya pemimpin DAP dalam kerajaan tidak lebih daripada harimau kertas.

Ringkasnya, mereka tidak berjaya memenangi hati orang Melayu dan pada waktu sama menyebabkan hilang keyakinan dan kepercayaan orang bukan Melayu, termasuk orang Cina.

DAP perlu bercermin diri. Mendakwa diri sebuah parti berbilang kaum adalah satu percubaan yang baik tetapi kenyataannya ia tidak lebih sekadar kosmetik. DAP masih dilihat sebagai parti Cina. Dan bagi kebanyakan orang Melayu, DAP dilihat sebagai parti perkauman dan cauvinis Cina.

DAP perlu membuktikan bahawa ia adalah parti untuk semua. Untuk menjadi lebih berkesan dalam PH, DAP perlu mengubah caranya.

Saya juga tidak terkejut sekiranya banyak pemimpin Melayu dalam PH mulai menyesal mempunyai rakan sekutu seperti DAP dalam pakatan itu. Mereka malah percaya, keadaan mungkin lebih baik tanpa DAP.

Rencana ini merupakan terjemahan daripada rencana asal yang tersiar dalam akhbar Sin Chew Daily




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/mengapa-dap-jadi-liabiliti-kepada-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Dap Lepas Bebas Tuduhan Berkait Ltte

Adun Dap Lepas Bebas Tuduhan Berkait Ltte

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 190 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Adun Seremban Jaya P Gunasekaren daripada 2 pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam Hakim Muhammad Jamil Hussin dan Mohd Nazlan Mohd Gh...
Anwar Wan Azizah Dijadual Menghadap Agong Dap Adakan Mesyuarat Tergempar

Anwar Wan Azizah Dijadual Menghadap Agong Dap Adakan Mesyuarat Tergempar

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 198 hits
Desas desus berhubung kemungkinan pengaturan semula politik yang menggemparkan negara semalam masih belum berakhir dan isu itu dijangka berterusan hari ini Ini berikutan beberapa program yang dijadual berlangsung hari ini antaranya Timbalan...
Pemimpin Tertinggi Dap Bertemu Bincang Masa Depan Parti

Pemimpin Tertinggi Dap Bertemu Bincang Masa Depan Parti

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 227 hits
Pemimpin tertinggi DAP berkumpul di ibu pejabat DAP hari ini selepas spekulasi mengatakan ia akan disingkirkan daripada kerajaan PH KUALA LUMPUR Pemimpin tertinggi DAP berkumpul di ibu pejabat parti mereka untuk membincangkan kedudukannya s...
Gabungan Baru Anwar Jumpa Pemimpin Dap Dan Amanah Azmin Ikrar Teruskan Agenda Reformasi

Gabungan Baru Anwar Jumpa Pemimpin Dap Dan Amanah Azmin Ikrar Teruskan Agenda Reformasi

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 551 hits
WARTAWAN MALAYSIAKINI LANGSUNG Malaysiakini membawakan liputan langsung berkenaan perkembangan susulan pertemuan kumpulan kumpulan politik yang bermula pagi ini Terima kasih kerana mengikuti laporan langsung MalaysiakiniSekian liputan kami ...
Please Come Back Dap Begs Dr Mahathir

Please Come Back Dap Begs Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 260 hits
The DAP leadership today said it would call for Dr Mahathir Mohamad to return to the top post at Pakatan Harapan s Presidential Council emergency meeting tonight This comes after Mahathir submitted his resignation letter to the Agong I had ...
Dap Mahu Tun Mahathir Terus Kekal Sebagai Perdana Menteri Lim Guan Eng

Dap Mahu Tun Mahathir Terus Kekal Sebagai Perdana Menteri Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 388 hits
Kuala Lumpur 24 Feb Parti Tindakan Demokratik menyuarakan hasrat kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan agar terus Tun Mahathir agar terus menyandang jawatan itu Hasrat itu disuarakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu sidang medi...
Mahkamah Bebas Adun Dap Yang Dituduh Menyokong Ltte Sebab Tu Sekarang Kena Tukar Kerajaan

Mahkamah Bebas Adun Dap Yang Dituduh Menyokong Ltte Sebab Tu Sekarang Kena Tukar Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 204 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaren daripada dua pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dan Hakim Mohd Na...
Dap Amanah Mati Kutu Konco Anwar Bisu Ini Kesan Bila Mahathir Letak Jawatan

Dap Amanah Mati Kutu Konco Anwar Bisu Ini Kesan Bila Mahathir Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 294 hits
Majlis presiden Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dengan DAP berikrar untuk mencalonkan Dr Mahathir Mohamad semula untuk terus menjadi perdana menteri Dalam satu kenyataan hari ini selepas mempengerusikan mesyuar...
Tendang Keluar Dap Pertemuan Presiden Presiden Parti Politik

Tendang Keluar Dap Pertemuan Presiden Presiden Parti Politik

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 319 hits
Makan malam Azmin PAS Umno dan PPBM tamat tanpa umum kerajaan baru PETALING JAYA Majlis makan malam melibatkan pemimpin PKR yang bersepakat dengan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali Umno PAS dan PPBM berakhir tanpa pengumuman ketika negara...
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Airasia Santan Menu Baru Harga

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Itu Kwsp Akaun 3

Sakit Tekak Yang Amat Sangat

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins

Dating Dengan Suami Di Ikea Cheras